Alhamdulillah, semalam genap 3 tahun usia perkahwinan kami , 3 tahun bersama berkongsi segala detik yang indah, pahit dan manis, susah dan senang......hanya dengan IzinNya, semoga ikatan ini berkekalan dengan penuh rahmat, keberkatan dan rasa syukur kepada penciptaNya...
maaf kalau coretan kali ini tidak sehaluan dengan pandangan sesiapa, ianya hanyalah satu luahan yang terbit dari jauh di sudut hati penulisnya semata-mata....pandangan peribadi yang bersandarkan pada pengalaman peribadi semata.
Apakah erti bahagia dan sempurna di mata kita?
Sempurna
saya hanya merujuk perkataan "sempurna" kepada satu skop yg kecil iaitu kepada mencari pasangan. sempurna pada saya adalah satu pandangan dan/atau perasaan yang sangat berbeza dari persepsi setiap insan. ia terlalu subjektif dan tidak ada kriteria khusus untuk melabelkan kita insan yang sempurna...malah sering diperkatakan bahawa "manusia ini tidak ada yang sempurna"...dan saya juga bersetuju kerana Hanya Dia yang layak untuk segala kesempurnaan.
tapi "kesempurnaan" itu boleh diwujudkan hanya sekiranya adanya rasa CINTA.
kenapa sy berpandangan begini??? (hishhh...terskema plk entry ini sbb sy dalam mood kerja dipejabat...sorry sorry, nnti sy tukar ckit intonasi yea ;p)
ok saya merujuk kepada perempuan la dulu ye...ISLAM ada memberi panduan dalam memilih calon isteri (juga suami) iaitu elok paras rupa, dari keturunan yang baik2, berharta dan paling utama beragama.
saya sbg insan yang kerdil agak risau utk mengupas isu yang dimaksudkan "beragama", sbb terlalu detail utk kita tafsirkan dan bincangkan.
saya cuma ambil "paras rupa"...tahu tak cantik itu sangat subjektif. cantik di mata kita belum tentu cantik di mata orang..dan pada saya rasa cantik pada pasangan (sy hanya refer pada kisah pasangan berkahwin je tau, bkn pada artis ke apa yea ;p) itu akan terbit hanya sekiranya rasa CINTA itu ada...mungkin benar kata org cinta itu buta tapi janganalah sampai bercinta mem"bab1 buta" pulak.
bila adanya rasa cinta itu, kita akan hanya nampak segala kebaikan dan kesempurnaan pada pasangan kita, dan perasaan itu bukanlah boleh dipaksa2 tau, ia boleh datang dan pergi pada bila2 masa sahaja... tapi jangan sesekali dilupa bahawa rasa CINTA itu boleh dipupuk, dijaga, disemai, dinikmati jika kita benar2 ingatkan rasa itu hadir....dan paling penting, kita kena berusaha dan berdoa agar rasa itu sentiasa mekar dalam hati kita...
bagi saya, rasa sempurna (pada pasangan) kita ada dan mekar sekiranya kita inginkan ia hadir....kalau kita tak perlukan rasa sempurna itu, kita akan sentiasa mencari kekhilafannya, makin pincanglah rasa CINTA itu di hati kita...
CINTA dan SEMPUNA hadir apabila kita ingin dia HADIR.
Bahagia
Bahagia juga sesuatu yang sangat subjektif..apakah erti bahagia bagi kita??? apakah yang perlu kita gapai untuk mencapai rasa bahagia itu...
teringat saya dalam satu cerita 4 sahabat tidak merasa bahagia dan tenang walaupun mereka diberi kekayaan, kemewahan, kemasyuran etc, tetapi mereka hidup dalam gundah, hati resah, ketakutan etc (pjg la nk ulas kenapakan ;p)...tp selepas dicari2, akhirnya sepakat mengatakan bahawa "bahagia itu adalah apabila tiada duka"...hmmm, bg sy nk kata betul sgt pun tak juga filem ni, sbb mana ada hidup langsung takde duka kan, tp part of it bg sy betul :)
mungkin bahagia itu akan kita rasa bila kita lebih menghargai apa yang telah diberikan olehNya pada kita...bila kita mula mengakui kesempurnaan dalam rendah hati dengan pemberianNya.
apapun, pada saya BAHAGIA ITU ADALAH SESUATU YANG HARUS KITA NIKMATI, RASAI DAN BUKAN UTK DICARI...ia akan dirasai disegenap sudut nafas kita apabila kita hidup dgn lebih menghargai, hargai nikmat yang diberi olehNya, hargai insan penting dalam hidup kita, dan plg penting hargai diri kita sndr.
ingatlah setiap NIKMAT itu datang bersama UJIAN dan setiap UJIAN itu hadir bersama KEBAHAGIAAN.
saya pun tak pasti apa yang ingin sy sampaikan ( ;p punya pjg kan sy tulis, tp sy sempat terfikir pada bahagia dan sempurna ini ketika saya senyum dan melihat wajah2 insan2 tersayang yang saya abadikan di dalam bilik di ofis saya ini :)
yang saya rasa pada ketika ini, saat ini.......
Alhamdulillah, diberikan kesedaran utk bersyukur, ye sgt bersyukur kerana diberikan nikmat utk merasai dan sangat menghargai hari2 yg saya lalui dgn penuh kebahagiaan ini, dan alhamdulillah, saya mengakui kata2 suami sy selama ini (even sy tau dia mmg bergurau), saya tak akan dapat seorang lelaki yang boleh menjaga saya dengan lebih sempurna dari apa yang suami saya hadiahkan pada saya sehingga hari ni....terima kasih suamiku, syukur alhamdulillah YA Allah atas pemberian terbesar ini....
doa saya, semoga rasa yang Dia berikan sarat di hati saya terus mekar selamanya, dan rasa ini menjadikan saya insan yang lebih bersyukur...kita tak pernah tahu apa yang berlaku pada kemudian hari (even setiap hari saya berdoa utk yang terbaik) tapi insyaAllah saya tidak akan lupa utk setiap dugaan mendatang, bahawa saya adalah insan yang pernah dipilih utk merasai nikmat BAHAGIA dan RASA CINTA yang sempurna kepada suami, anak2, dan keluarga kami...ALHAMDULILLAH...Ya Allah semoga diri yang kerdil ini sentiasa diberikan rahmat utk terus merasai nikmat ini.
abang, sama2 kita doa utk rasa ini kekal milik kita, dan kita tidak lalai dengan nikmat dariNya...kerana tanpa izinNya, rasa itu boleh direnggut pada bila-2 masa..hati kita milik DIA...dia yang berkuasa utk setiap yg lahir dr hati kita ini...doa yang terbaik utk kita sentiasa..amin
buat anak2 ku, yang tak putus rasa cinta dan kasih yang mengalir di setiap nadi mamamu, yakinlah, utk apa jua dugaan mendatang, mama tetap ibumu yang sentiasa menyayangimu sepenuh hati utk setiap detik selagi jantung ini diizinkan berdetik....
~aimi shaniza~
p/s : apa kita buat masa 3rd anniversary kita?? :):) nnti mama cerita yea :)


happy 3rd anniversary!
ReplyDeleteThanks kak :)
ReplyDelete