Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 16, 2012

tips terus bersemangat :)

rutin harian mama dan papa agak padat setiap hari. seharian bekerja ditambah pulak penat travel pergi balik kerja memang memenatkan. ditambah pula tahun ni kami nak join clan "3 series" pulak (ie 30an), so kena amik sikit inisiatif utk kekal cergas dan sentiasa energetik ;p

ada yang tanya, xpenat ke lepas kerja p jalan2 (lepas baca entry smlm la, ada yg tny...kalo ikut penat mmg penat, tp ada tips leh share ;p)

tips utk buang rasa penat (ikut pandangan masing2 la ;p) ni yang mama buat la.

1) mind set. - kalo kita rasa kita kuat, kita memang boleh buat semua benda dgn bersemangat.jgn mudah mengalah pada rasa nak bermalas-malasan, kata badan dah penat etc,(tp bukan smp xcukup rehat la).

2) enjoy dan ikhlas - kena rasa enjoy dan seronok dgn apa yg kita buat. kalo kita tak suka, tak penat pun jadi rasa penat nak buat. satu lagi kalo kita buat utk yg tersayang dgn ikhlas, insyaAllha kita takkan rasa penat, rasa hepi je.

cthnya tokma yg sll dtg KL, tgk rutin mama, tokma sll risau...bgn awal pagi, (kalo smpt buat breakfast buat breakfast, kalo tak terus masak utk lunch nak ditinggalkan pada anak2, pastu kuar umah, mmg sgt la busy setiap hari, sana sini driving dan menempuh jem nak jmpa client dan attend signing....kalo tak, takkan la milage kete mama scecah 10 000km tak smp 2 bulan baru ni...sendiri mau ingat la ye... pastu blk umah, masak lagi utk dinner atau sekadar masak lauk tambahan pulak kalo lauk lunch ada lagi..lepas tu kadang2 lepas dinner n masak2, sempat lagi bawak anak kuar jalan2 jap, bg anak hepi... org nampak macam penat (dan mmg penat jgk), tp kalo kita buat sbb dgn ikhlas dan kita hepi nak balancekan antara keluarga dan kerjaya, nak suami dan anak2 makan dr air tangan kita etc, insyaAllah, kita boleh buat semua tu dgn hepi je, hilang rasa penat masa tgk anak2 hepi2, dan suami berselera je mkn sama2 sekeluarga.

begitu juga dgn papa, even blk keje penat2, sempat layan anak, dan lepas makan2, boleh lagi basuh dua buah kete sekaligus sebelum tido kalo x keluar...semuanya sebab ada rasa ikhlas dan hepi utk buat semua tu :)

3) kena amik supplement

mama belikan ini utk mama n papa...setiap hari mkn, tp mama dh stop lepas pening2 ckit n doktor ckp maybe mama xsesuai dgn ginseng.

selain dr itu, mama juga amalkan amik madu setiap pagi. mama akan pastikan sblm papa pegi kerja, masa breakfast papa amik sesudu madu, n mama pun amik sesudu sblm keluar rumah. insyaAllah impaknya agak terasa, sbb badan rasa lebih bertenaga dan tak mengantuk. fokus kerja pun lagi baik kalo amik berterusan.

ni madu yang mama beli. mama beli kat satu booth kat Prince Court Medical Centre aritu.


utk 550gram (ye ikut gram ;p), harga dia RM168. rasa sedap la, sbb mama jenis tak tahan sgt ada sesetengah madu tu...madu yg warna putih (kata promoter dia la) adalah jenis madu utk queen lebah ;p lg baik dr yg warna gelap la.


alhamdulillah, setakat hari ni, mama rasa masih ok dan hepi dgn rutin mama. semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menajlankan tanggungjawab rumahtangga seiring dgn kerjaya.amin.


pic selingan, smlm balik kerja terus p dapur dan sempatlah sediakan juadah ni utk keluarga tercinta...gulai ayam, ketam masak cili, sayur kangkung dan air asam.


irham dan adam sekarang mmg sll nak mkn sama2 dgn papa n mama...suka tgk pic ni. persamaan pic ni, dua2 anak mama skrang sgt beria nak makan sndr, nak duduk atas meja sama mama n papa masa makan.


perbezaan antara irham dan adam masa makan plk, irham hanya pandai makan nasi ke apa shj dgn sudu n garfu (dgn tgn jadi kekok, xpandai sgt) while adam pulak pandai suap makanan dgn tangan je, dgn sudu sll tumpah ;p heheh...macam2 hero2 sy ni....





tgk tu, sorg makan dgn sudu, sorg lg dgn tgn...gambar diambil masa dinner sblm bertolak ke genting smlm :)


sgt gembira bila kita sekeluarga makan bersama even macam2 kerenah la budak2 ni, nak air la, nak kuah la, nak itu dan ini...


sayang ahmad2 saya semua :)





me,

ratu ahmads






5 comments:

  1. Alahai pandainya makan sendiri. sorang ala melayu sorang ala estern hehehe :D

    ReplyDelete
  2. kami semua merindui dua2 hero kecik tu...lamanya tak jumpa..

    ReplyDelete
  3. Adeeya : tu la macam2 bdk2 ni
    Kaklah : lama plk keje2 renovation tu kan

    ReplyDelete
  4. dekat je kan rumah kak lah dan aimi :-)

    ReplyDelete
  5. Kak ezna : mmg rumah dekat, tp sbb jiran emi ada buat renovation, kami pindah umah parents emi kt bangi.xselesa n bdebu time renovation tu

    ReplyDelete