Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 5, 2012

kisah cinta dan kasih sayang

hari ni hati saya sangat rindukan ma dan abah sy. jarang sy bercerita tentang ibubapa saya di sini. tp kisah mereka tak pernah kosong di hati saya. hari ni entry ini sekadar luahan hati sy, yang merindui insan2 istimewa di hati sy.








ma dan abah sekarang berada di tanah suci sejak sabtu lalu. sungguh saya sangat rindukan org tua saya. kalau ikutkan ma dan abah sll kat kampung jgk, bkn hari2 saya jumpa, tp pemergian ke tanah suci sangat mkenggamit rasa rindu itu.








kenapa? sbb, sudah menjadi rutin sy, setiap hari saya akan menghubungi ma dan abah sy, sekurang-kurangnya sekali berborak dgn ma, dan sekali bercerita dgn abah. bila berjauhan macam ni, mmg agak susah nak telefon, sbb sy tak nak kacau ma dan abah di sana. apa yg sy borak hari2? wajibnya utk tanya khabar kesihatan la.yg lain bergantung. kdg2 sekadar share menu utk dimasak hari tu dgn ma sy, belajar resipi bru ataupun lupa resepi lama :) dgn abah plk, even sekadar share cite lucu atau kongsi teka-teki baru je pun.juga cite2 kisah2 harian kami je :)








tp syukur abah xputus2 telefon dan kirimkan sms utk sy. kenapa sy sgt rindu, sbb sll sy mengadu pada ma n abah kalau berlaku apa shj, tp wkend baru ni ada "benda" tak best terjadi tapi saya xboleh call ma dan abah sy, sy xnak ma dan abah risau jgk. tp instinct ibubapa mmg kuat, pukul 3 pagi tu abah smp abah terus kol nk ckp slmt tiba di Madinah. dan abah tny sy ok ke tak ok....sungguh kuat naluri ibubapa ni .








saya juga rindu kata2 semangat dr ma dan abah juga. (mmg tidak putus2 sy dpt dr suami, tp kebiasaan dgn ma dan abah itu buat sy ralat bila berjauhan). bgn pagi2, dah baca sms abah, buat sy lega.mlm2 sblm tidur pun abah sms sy. even ringkas sekadar menulis "insyaAllah, amy akan sentiasa di dalam rahmat Allah" etc, pun sudah cukup buat hati sy jadi kuat. ma dan abah sgt positif, dan luahan kata2 ma dan abah sentiasalah doa yg terbaik utk kami. abah sentiasa luahkan kata2 semangat dan doa utk saya.








tiba2 sy juga teringat lebih kurang dua minggu sblm tokma pergi umrah, ada satu hari tu sy sgt la xsihat.tp sabarkan diri. pastu ditambah pulak dgn masalah2 keje etc, buat sy xtahan dan saya menangis masa kol tokma ptg tu. sy ckp, betapa sy berharap sy dpt jumpa tokma waktu tu, tp sy xboleh blk kampung lg sbb keesokkannya saya ada meeting penting. sbb waktu tu baru tengah minggu, belum wkend.suami pun bekerja. dan ptg tu juga, tiba2 abah sy telefon dh beli tiket flight utk dtg jmpa sy. abah sudah amik cuti lg utk jenguk sy. sy sgt gembira dan teruja, tp dlm masa yg sama,saya rasa sgt bersalah, sy ckp sy xnak susahkan family sy, sy sekadar meluahkan isi hati sy. itulah kuatnya pengorbanan ma dan abah, tanda cinta ma dan abah pada anak2. betapa sy harap sy pun akan sll dpt membahagia sebagaimana ma dan abah sll menenangkan sy, buat apa shj utk sy.Ya Allah, terima kasih utk nikmat kasih sayang ini....alhamdulillah...








inilah wajah2 yang sll sy rindu, yg plg penting dan plg sy cinta :)








saya juga punya adik beradik yg sentiasa ada utk sy.saya tak pernah rasa keseorangan. dalam setiap gerak geri sy, sy tau, sy ada penyokong sy, setiap masa, pengkritik sy utk merubah sy ke arah kesempurnaan. ahad lepas, masa sy agak down pagi tu, kakak kedua sy yg tgh boyot sarat mengandung sanggup bgn awal pg, dtg jmpa sy, bwk breakfast utk kami semua. adik lelaki sy dr cyberjaya juga dtg utk gembirakan sy blk , turun utk breakfast sama2 , kakak sulung sy xperlu la cerita, sentiasa menjaga kami dgn sempurna...saya ada kesemua 5 org adik beradik sy waktu tu, yg tenangkan sy, smp sy boleh senyum semula. byk nikmat Allah bagi pada saya, tp nikmat kasih sayang la nikmat paling besar dianugerahkan kepada sy dlm hidup sy.




inilah wajah sebahagian org penting dlm hidup sy.... kerana terlalu byk kasih syg sy perolehi, sy tidak kekok utk menyemai dan menyuburkan kasih syg itu pada keluarga sy juga, suami dan anak2....semoga nikmat ini kekal selamanya, amin.




dan ini pula wajah2 manis, yg menenangkan hati sy, lambang cinta sy setiap hari.apa jua yg situasi sy, waktu sedih, waktu gembira, cukup dgn melihat keletah anak2, buat sy rasa, sy la wanita sempurna , sy diberikan segala-galanya drNya. semoga sy tidak alpa, dan menjadi insan yg sll bersyukur. ni wajah anak2 mama pagi tadi, pagi2 lagi sibuk tunjuk macam2 aksi utk mama masa mama tgh kelam kabut masak, bekal utk lunch anak2 tercinta.














dan tak pernah sy lupa, org plg penting dlm hidup sy, pembekal kasih syg yang tidak bertepi, teman yg sentiasa ada utk sy bercerita, pengkritik utama setiap gerak geri sy, mesin yg mampu membuatkan sy mengeluarkan ketawa yg berdekah2 setiap masa, agen yg boleh buat sy tersenyum dengan hati yg sgt lapang, insan yg tak pernah lupa memanjakan sy, org yg sll buat sy menangis kerana usikannya, org yg buat hati sy xtenang dan merajuk kerana nakalnya dia, dia juga yg sll buat sy rasa sgt selamat di mana jua sy berada, dan dialah suami sy, insan yang memberikan cinta sempurna pada sy di dunia ini...juga pembimbing utama saya utk kesenangan sy "disana" nanti, insyaAllah. semoga hanya dia suami sy, di dunia dan di akhirat.amin








inilah kisah cinta dan kasih sayang sy. mungkin sy tidak sekaya mereka yg lain dr segi harta dan aset dunia, punya harta yg melimpah ruah, tp setiap apa yg Dia berikan pada sy sudah terlalu banyak dan sangat mencukupi utk kami sekeluarga, tp sy dgn rendah hati bersyukur kerana sayat ahu, saya dilimpah kekayaan kasih sayang dan cinta yang melimpah ruah dari org2 yg sgt sy sayang, dan sy juga dikurniakan nikmat dan hati olehNya utk memberikan sepenuh rasa cinta dan sayang pada merka semua kembali. saya cuba yg terbaik utk semua mereka ni.

























inilah kisah cinta dan kasih sayang suci yang mampu saya zahirkan dek mampatan rindu di hati hari ni. semoga saya juga mampu memberikan kasih syg sempurna pada anak2 sebagaimana kasih syg yg sy terima dr ma dan abah sejak kecik sehingga sekarang. dan semoga sy mampu membahagiakan suami saya yg tercinta sebagaimana dia tak pernah gagal membahagiakan sy. Ya Allah, besarnya nikmat kasih sayang ini, syukur aku dipilih utk merasai nikmat ini.semoga nikmat ini berkekalan sll. amin




















sekadar luahan hati,



aimi aziz






















1 comment: