Assalamualaikum en ahmads etc. Dah lama tak menulis, sbb sy betul2 tak sempat nak bahagikan antara masa utk kerja yg makin menekan dan juga meluangkan masa terbaik utk suami dan anak2. tiap masa tluang rasa xsampai hati pulak nak spend kat sini, terus blk umah cepat2 n duk dgn anak2. hari ni sy cuti....nape cuti? meh kita tgk kronologi sebuah kehidupan...ye ada suka ada duka.... kisah mei yg indah, june yg diuji dan insyaAllah Julai adalah penentu..insyaAllah kita jadikan 2012 adalah tahun plg bermakna kita, tahun penuh kejayaan dan kegembiraan je...kita mampu merancang, berdoa...tetapi semuanya adalah ketetapan Dia juga adanya...tp kena sll yakin, apa jua ketentuan Dia adalah yg paling sempurna dan terbaik utk kita.
waahhh wahhh wahhh...kata lama tak tulis, sekali tulis, intro pun dh pjg...mgkn pjg entry kali ni, jom kita pendekkan. mei mmg byk kisah gembira....jom tgk kronologi :)
5 Mei 2012 - cuti johor bharu. yup tiba2 mood rasa nak lawat blk tempat honeymoon. ye kita stay kat hotel honeymoon kita, dulu HYATT, now dh tukar nama THISTLE. suka sgt hotel ni, selain cantik, penuh makna utk kami :) smpt pegi JPO shopping ckit2. pegi desaru etc :) entry penuh insyaAllah nnti ye...byk sgt cite n pic masa honeymoon kita "lakonkan" kembali, kan papa :)
12 Mei 2012 - Birthday suami tercinta. tepat jam 12 malam, mama n papa dlm kereta, otw blk kampung. papa drop mama di terengganu kul 4 pg utk mama settle urusan di terengganu while papa teruskan perjalanan ke kelantan hantar nenek blk kampung. tepat pukul 12 senmua org dh tido, ada mama n papa je ( hmmm hmmm ;p) xsmpt celebrate pada 12.5.2012 tp sempat mama hadiahkan ini utk suami sy Samsung Galaxy Note...sy tau dh lama suami nak gadjet ni kan :) - konfius plk smlm bila papa ckp nak jam tissot hadiah bday tahun ni...amboi, dh lupa ek sy dh bg hadiah.hahahaha....pastu malu sndr ;p insyaAllah nanti kita cari ek ;p
13 Mei 2012 - alhamdulillah sy menandatangani Letter Offer loan utk rumah baru kita :) alhamdulillah. itu yg sy blk terengganu byk document nak kena settlekan :)
14 Mei 2012 - ye saya buat ujian UPT, dan resultnya, saya mengandung lagi :) alhamdulillah, dlm terkejut tp penuh syukur utk rezeki drNYa. kisah pregnancy ada dlm entry sblm ni ye syg :)
25 Mei 2012 - alhamdulillah saya menandatangani perjanjian jual beli rumah baru kita. insyaAllah tak de aral dan dengan izinNya, kita akan pindah ke kondominium kita di Kampung Warisan tak lama lagi. mmg kalo ikutkan harga, utk rumah yg kecik tu, mcm xberbaloi. boleh beli semiD kalo di tpt jauh cm bangi dan shah alam, tp kami membeli location sebenarnya.demi lebihkan masa utk anak2 jgk. rumah tu insyaAllah berdepan dgn ofis sy je dan papa pulak cuma perlu cross jejantas, naik lrt, lepas 3 stesen dh smp ofis KLCC. 10 min je....so papa leh kuar ofis 8.30 pagi ye, dan boleh kuar lunch dr kul 12 - 2 di rumah (kata sy masak hari2 kan) n insyaAllah tak la anak2 rasa lama kami tinggalkan mereka. then kul 2 papa masuk ofis, (sbb nak cukup kan 8 jam keje) kul 6 papa dh boleh blk. kejap je masa kita xbersama anak2 kan :) sbb sllnya pun even papa kuar awal, sbb jem, kul 6 jgk baru smp umah :) insyaAllah. juga byk jimat tol, petrol, parking etc :) ofis mama plk insyaAllah akan nampak je dr umah :) dan sekolah anak mama juga dekat, mama n papa leh sama2 gilir hantar amik ikut masa free masing2 :) dh kol utk registration :) Genius Aulad Wangsa Maju. semoga semua dipermudahkan.ameen
29 Mei 2012 - kita (papa mama dan irham) berangkat ke tanah suci. syukur diberi peluang drNya mendapat jemputan istimewa itu. semoga kita dapat ke sana lagi tak lama lagi.. semua sekali pergi, papa, mama, irham, adam, adik...ye...mgkn kena bawak bibik la time tu ;p jaga adik kat blk n gilir2 kadang2 bibik pun leh join jgk .. semua tu bergantung pd rezeki dariNya. kita merancang Allah merancang :)
June 2012 - tak ada tarikh specific, tp june adalah bulan ujian sy. blk umrah 9.6.2012, mula la sy alahan agak teruk kali ni. makan je muntah semua. n sgt xde selera. awal dulu sy tlalu nak makan masakan kampung n sy makan n xmuntah kalo yg saya masak je (aduh, dh la penat, tekak ni buat hal lak nak suh masak sndr). lauk yg sgt kampung je sy leh terima, ie ikan singgang, ikan kembung atau selar yg digoreng shj, sayur lemak putih, laksa terengganu (sy xsuka sgt, tp kali mengidam, mujur mak sy sudi turun dr terengganu nak masak utk sy :), nasi dagang (nama je org trg, sy xmakan nasi dagang sbnanrnya etc). sekarang alahan dh makin OK, syukur.
kerjaya pun byk ujian jgk. memerlukan sy memerahkan kudrat yg tak seberapa masa berbadan dua ni....bla bla bla bla (panjang cite pun xguna)
kemuncaknya ......
29.6.2012 - sy sgt sibuk jumaat lepas. memerah tenaga fizikal dgn sepenuhnya. ada masa sy terpaksa berlari. dr pagi smp lewat ptg. semuanya sbb nak kejar dua date keje la kan. lepas tu, ada satu waktu lg tu, sy diduga lagi dgn ujian lain (semua yg ni akan sy cite kemudian). ujian dan pegnkhianatan yg buat sy sgt sedih. biasalah, adat dlm bisnes, ada yg baik tak kurang juga yg tak seanng dan menyusahkan kita. dlm terkejut tu, ye sy smp tlupa sy bkn fit sgt, sy dan partner sy berlari ok. lintas jalan etc sbb di KL jem teruk (area mahkamah lama, jln tun perak dan daya bumi) so xsesuai naik kereta utk settlekan 3 benda dlm n\masa hanya ada 40 min. mmg tak leh imagine kegilaan sy hari tu. dan dalam masa yg sama kena selsaikan juga kerja di pebata tanah wilayah. dan Allah Maha Adil , Dia sentiasa ada bersama org teraniaya. kesemua masalah kami selesai hari tu, dan di setiap tempat Diua hantar kemudahan dan org2 yg membantu kami . syukur. tak terjangkau dek akal sy. hanya Allah tau luka di hati sy utk pengkhianatan pada hari tu, tp Allah jua memberi kegembiraan amat pada hari tu juga. terima kasih utk pengkhiantan dan ujian itu, sbb sy mendapat jalan baru yg sy yakin Allah rencanakan utk yg lebih baik pd sy :):)
selesai semua tu, sy ke KLCC. jumpa dgn suami tercinta, sahabat berbicara, tempat luahan utama, dan tempat utk kembalikan kegembiraan sy, ye sy terus mencari suami sy. smp je sana, sy ke tandas, dh waktu tu bru sy sedar, sy ada heavy bleeding. lemah jantung kejap. rasa nak nangis ada. tp sy sabar. usap perut dan pujuk adik sayang, jgn tinggalkan mama...segala ujian ni mama yakin utk jadikan anak kecik mama ni juga kuat bila diduga esok. kita berkongsi segala rasa syg,.
terus papa bwk p klinik n hospital. mlm tu kami x warded, nak bed rest kat rumah. esok tu sbb sakit sgt pegi lagi klinik n doktor kata uri belah kanan berdarah teruk mcm mama terjatuh. mama ckp mama xde jatuh tp mmg mama sgt stress hari sblm tu dan byk guna fizikal, lari dan berbgegas sana sini dr pg smp ptg. terus warded kat ampang puteri. syukur di ampang puteri, dgn mesin scan yg lebih baik dan jelas, doktor kata, mgkn kesilapan result sblm tu. sy ok. baby sgt sihat. uri sgt cantik. xde luka apa.2 cuma berlu CBR (complete bed rest) sy janji nak masuk wad sehari je sbb sy akan rehat di rumah. doktor kata kalo stress boleh sebab kan contraction utk menolak baby turun, dan keadaan fizikal yg diperah akan menyebabkan bleeding. ok sy cuba utk hepi2 :) dan xpaksa bdn dh. tp inilah nature keje sy . sy cuti seminggu ni. tp hari ni dan esok sy ada meeting penentu yg sgt penting. sy mgkn terpaksa hadir, dlm keadaan sgt berjaga2 dan hanya utk meeting itu shj. weekend baru ni byk perbincangan melibatkan kerjaya sy anatara sy suami dan ibu bapa sy. terima kasih utk semua cadangan dan semangat semua. sy kuat kerana cinta dr org sekeliling sy. kata papa, "kalo ramai org suka kita, kita baik ke apa, kena la expect lagi ramai yg tak suka disebabkan itu." betul kata papa. so,sentiasa positif ye aimi ! insyaAllagh, sy berusaha menjadikan 2012 adalah "tahun saya", janji sy pd suami dan ma dan abah sy.
anak mama yg kuat, doktor kata awk notty??? aiseh, tu la, kaki dh panjang, tendang2 mujur xkena lg perut mama, aktif sungguh. nangis mama tgk. tlupa jap ada budak tecit tomei dlm perut masa mama lari sana sini, sedih geram marah dan hepi juga. dia rasa semua tu. sorry syg. kata papa, tgk pada aktif n gaya dlm perut tu, xubah cm abg2 sblm ni. aiseh, baby boy lagi kah? hahaha xkisahlah, semua rezeki ye :) doktor kata dr pengalaman dia, sll anak no 3 plg "notty" n ada perangai dia sndr. papa gelak dekah2 tp sy senyap je. nape senyap? alaaaaaa, sbb sy kan anak ketiga....ayoyoyo...tp sy baik je kan ;p
insyaAllah sy akan lebih jaga diri, jaga emosi, jaga baby dan doakan yg terbaik sll utk family tercinta. ni pic adik smlm :)
macam sy ckp, selagi bernafas di dunia fana ni, kita akan sentiasa diuji, ujian boleh dtg dalam dugaan kesusahan dan kegembiraan. ye, bila gembira, kita diuji ingatkah kita pd Dia, bersyukurkah kita, dan bila kita susah adakah kita berserah pada Dia juga?? kerana itu bg sy, gembira sedih, berita baik atau berita buruk, semuanya adalah ujian keimanan dr Dia utk kita semua.
syukur dlm gembira sy ada keluarga, dan dlm sedih juga sy ada sokongan mereka. ni wajah2 anak manis sy, sy buat muka boring sbb nak pegi toys r us tp kami bwk pi picnic kat janda baik je....hehehehehe.....xsmp2 tpt dituju, boring ye duk dlm kete ;p (pic akhir)
teringat dialog irham last week masa sy nak p keje last week :
eham : mama pakai tudung tu nak pegi mana?
mama : mama nak pegi keje la syg.
eham : mama tak yah la keje, eham nak duk umah dgn mama.
adam : mama, tak yah jeje (keje)
eham ; papa kan dh keje, mama tak yah la keje.
mama : mama kena keje jgk. nanti mama nak beli susu, pampers ngan mainan kan utk eham ngan adam.
eham : susu dan ada dh (sambil tunjuk botol susu dia), pampers dh ada juga. mainan dh ada dh. ada robot, transformers, trains, cars, suma dh ada.eham dh tak nak mainan dh.
sayu hati dgr keluhan anak. hati sy pun bukan kuat sgt ni.
mama :mama pegi kejap je syg. eham nak pegi skool x?
eham : eham tak nak pegi skool, eham nak duk umah dgn mama. nnti pegi skool cikgu bagi gula2, rosak la gigi. adam pegi skool.
adam : tak nak. abg skool. adam kut (ikut) mama.
eham : eham nak tolong mama kat ofis.....
aduuhhh....anak2 makin petah, makin bijak. lemah sy. sy berjanji cuba yg terbaik utk fmly dan kerjaya. sy berserah selebihNya pada Dia. DIA sll ada memelihara sy dan keluarga sy. itu pasti, insyaAllah.
sekian, entry pjg kali ni. entah bila boleh menulis lagi. insyaAllah.
salam sayang, cinta hati ku
aimi shaniza aziz
No comments:
Post a Comment