Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 26, 2013

Kampung vs. Bandaraya | kewangan keluarga

Bulan lepas, sy, adik lelaki dan suami berbicang di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke kuala lumpur. Adik lelaki sy sedang dlm intern dgn sebuah company oil & gas di kl. sblm ni dia dh biasa dgn kehidupan kos rendah di tronoh.

Adik bertanya "awk kadang2 rasa cm susah/ menyesal x keje kt bandar. Ke baik keje kt kampung sbb kos hidup bandar sgt tinggi. Sy sgt terasa skrang cepatnya duit habis, dgn minyak kete, tol n mknan mahal".

Bagi sy, (kampung hny refer pd bandar kuala terengganu - kampung sy dan kota bharu- kampung suami),hidup di bandar atau kampung, dua2 pun terAsa kesannya.( ie kenaikan yg bmacam2 tu). Ni refer pd konteks kecik fmly kami shj.

Utk sy yg bekerja sndr, mgkn kehidupan di KL membuka peluang yg lebih utk meluaskan kerjaya (tp rezeki milik Allah, xsemestinya peluang ada, kita mmg akan dpt peluang tu).

1) makanan mahal

Kesan kenaikan harga minyak etc, hampir semua kedai mkn menaikkan harga mknan. Di kampung mahupun di bandar. 

Sy kira di kampung pun ada kedai yg mahal ie sy mkn dgn suami berdua, nasi goreng n tomyam semangkuk dikongsi dan air masing2 berharga rm30.

Mgkn di tronoh bandar kecil lebih byk pilihan gerai yg murah. Sama jgk KL, sbb persaihgan lebih sengit, kita senang utk mencari gerai yg lebih murah sehinggalah yg ridiculous harganya krn perbezaan lapisab masyarakat di kL.

2) tol/petrol

Yg ni mmg xleh elak. Hny di KL, kita tpaksa mengeluarkan duit extra apabila bergerak ( ie di kampung mgkn kos utk petrol je) tp di sini kita dikenakan tol pula.

Kenaikan yg tinggi mmg sgt membebankan, apatah lg ramai yg wajib menggunakan tol setiap kali keluar bekerja,bkn hny utk bjalan. Syukur sbb rumah kami dekat dgn rumah dan tiada tol. Namun kami masih membayar tol apabila keluar "marketing" mahupun bercuti. 
So yg ni mmg lebih elok tinggal di kg.

3) barang

Yg ni sy dan suami merasakan kebykan brg2 mgkn byk yg harganya lebih murah di bandar (mgkn sama la tp kami xjmpa sgt sbb jarang membeli bila blk kampung). 

Tp dr pengalaman dan logik akal atas dasar persaingan perniagaan yg lebih sengit di KL, mgkn ada benar pandangan ini.

Cth, ketika di kltn, kami plan nk tukar tayar kereta sy. Tp di kelantan, hampir semua kedai termasuk dealer kereta menjual dgn harga RM2000/ sebiji.

Kami blk ke trg pula, harganya masih sama. Plg murah RM1950.

Suami nekad utk blk KL dahulu sbb di kltn dan trg bkn byk pilihan kedai tayar size utk kereta kami.

 Alhamdulillah di KL lepas papa tny beberapa kedai, kami dpt harga plh murah cuma RM1600 sebijik. Nmpk mcm RM 400 je perbezaan, tp sbb tayar tu kan ada 4, so nmpk sgt ketara perbezaan harga iaitu sehingga RM1600.

4) misc

Kadar tarif letrik, petrol, gula etc. secara keseluruhan , setiap individu merasa bebanan xkira dimana mereka berada dan penyebab keseluruhan sara hidup tiba2 meningkat. Sgt menyedihkan. 

Dan byk lg yg kami bahaskan. Apapun hakikatnya, kesan kenaikan harga bkn hanya dirasai oleh warga kota, tp keseluruhan rakyat dinegara kita. Ada untung rugi setiap kawasan. 

Tp kita tetap kena lalui utk kelangsungan hidup. Mgkn lebih ramai lagi yg terasa impak kenaikan segala harga brg ni. Takkan nk migrate (point suami sy utk ajak pindah suma ke canada hehe), sedangkan ini tanah air kita, tpt yg kita berhak ke atasnya.

Adik bertanya lagi, mcmana pengurusan kewangan kami?

Kami xada apa2 rahsia pelik2 dlm uruskan kewangan. Tp kami meletakkan, "duit sy adalah duit fmly sy".

Gaji sy ke gaji suami ke, mmg kami guna bersama utk fmly. Sy dan suami tahu dgn terperinci ke mana duit kami dibelanjakan. Kami mmg sll discuss dulu sblm apa2 duit kami keluar dr poket. (Even duit isteri actually milik isteri hehe, tp keadaan skrang memerlukan kami saling tlg menolong).

Sy sll merasakan aturan Allah tu kena sgt (wajiblah kan).awal perkahwinan, gaji suami lebih tinggi dgn elaun etc. waktu tu hampir kesemua urusan keluarga papa bayarkan kecuali kereta sy, sy guna gaji sy. Waktu tu kad ATM suami ada dgn sy especially time papa offshore, tp still sy xguna dgn sewenang2nya. Smp papa penah call marah2 suh sy beli kasut baru sbb sy dh pregnant dgn menggunakan kad papa. 

Kemudian sy keje sndr. Alhamdulillah, mgkn skrang income sy kadang2 melebihi suami, tetapi ada waktu sy juga sgt terdesak, dgn bonus n gaji suami pula akan bantu sy. Dan waktu keadaan stabil, sy pula akan menampung apa yg perlu. Pendek kata, kami gabungkan duit kami bersama slps masing2 membayar komitmen masing2. Komitment plg besar sy adalah rumah ie RM4300 sebulan. Rumah lagi satu suami yg bayar. Kereta juga kami bayar asing2 selain komitmen lain. 

Lebihan dr duit gaji kami, akan kami guna bersama terutamanya utk anak2 (ie kos susu, diapers, fees sekolah etc). Jarang kami berbelanja duit kami utk diri sndr, especially yg besar2 ckit kecuali sbb hadiah dr pasangan. Rasa bsalah buat kami xmembeli dgn mudah, tp hati kami cepat lemah bila tgk pasangan teringin sesuatu.

Cth : semenjak kahwin sy xpernah beli handbag sndr, kasut sndr dan handphone sndr. Semua hadiah dr suami. Terima kasih.

Utk suami pula, (kasut baju etc dia suka shopping sndr ), brg gadjet termasuk handphone malah termasuk la ekzos kereta etc, ye itu sy yang hadiahkan. 

Sbb suami sll ckp, sy xakan beli brg sndr sbb sll rasa "xperlu tapi sgt mahu" bila inginkan sesuatu. Tp mgkn suami xperasan, awk pun mcmtu.

So conclusion, dlm kehidupan bekeluarga, bila dh berkahwin dgn mcm2 tekanan kewangan, sikap selfish adalah perkara utama perlu dikikis. Kita masing2 ingin "kesempurnaan", jadi kita sama2 kena bsedia utk melalui kesusahan dan kegembiraan bersama2. Jadi kami saling menyokong urusan kerjaya masing2 sbb kami tahu, end resultnya adalah utk kami juga. 

Bila dua2 pokai, kami hidup gaya pokai plk. Xmo stress stress hihi. Bila kami ada durian runtuh ( ie papa dgn bonusnya, sy dgn projek baru), kami akan raikan dan share "keuntungan bersama" pula. 

Apapun, semuanya hanya slps segala keperluan anak selesai. 

Semoga kita sama2 dimurahkan rezeki dan bertabah. Semoga berlaku keajaiban ie pak2 menteri tiba2 dpt idea yg kool nk bantu rakyat. Sbb rakyat "dah bantu" mereka berada di tpt mereka skrang kan!!!!

hehe Byk plk bebel.


3 comments:

  1. suke comment Amy dekat blog mira. true, rakyat kite mudah lupa, kadang terpikir, kenapalah mereka-mereka ni cepat betul nak naikkan harga, one of my thinking, bagi cepat-cepat, so bile next pilihan raya, kita ni dah lupa.. nak nak lepas ni ada injection of more BR1M dan sewaktu dengannya.

    Apa pun tinggal di kampung dan bandar, akan ada pro and cons, tapi cuma mungkin pengalaman mira tinggal kawasan kampung masa belajar dekat Tronoh dulu. and yes, memang tronoh betul2 makan mewah sebab semua murah.. nak nak masa tu dengan dpt scholar.. apa sangat lah kite nak belanja dan mira ni pun bukannya shopaholic.. so dapat paham apa yang adik Amy rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tronoh mmg sgt murah n tlalu byk pilihan mknan. Tiap kali visit adik, sll dia nk belanja mkn ie seorg student sbb dia rasa mampu (scholar jgk).

      Perbezaan masa belajar n keje, belajar mgkn beli buku plg byk, baju etc (dia mmg suka shopping), tp bila intern ie bkenalan dunia keje, kena bayar mcm2 sblm komitment dh buat dia terfikir nk aplly masuk keje oil & gas kat kampung2 ckit kerteh etc (di trg, tpt mknan plg mahal mmg di kerteh sbb suma tau ramai pfficer dr oil & gas kat sana huhu).

      Hakikatnya, kita semua mmg terkesankan. Tp xlama tu, nnti bila ada isu baru, semua akan lupa dan dh terbiasa dgn gaya hidup baru yg menekan :(

      Delete
  2. tol tu untung kalo dok klate..mmg xkena byr tol lgsg..tp kat penang, tol kurang sikit je dr kl.
    bab duit utk family tu sgt setuju. pompuan ni nak belanja duit ke mana sangat kalau bukan utk family, begitu juga bg lelaki yg pentingkan keluarga

    ReplyDelete