Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 7, 2014

Happy 6th Fantastic Years Together

Alhamdulillah.... Hari ni genap 6 tahun usia perkahwinan kami (080808-080814).
Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dgn rahmatNya, diselimuti kasih sayang, rasa hormat, jujur setia dan saling menghargai hingga akhir hayat....

Suami yg dikasihi,

Awk telah mengajar sy tentang cinta manusia yg indah,
Awk telah mengajar sy tentang dalam keperitan ada indahnya rindu,
Awk telah mengajar sy hidup ini memerlukan kecekalan,
Awk telah mendidik sy utk menjadi seorg yg setia dan tabah,
Awk telah menuntut setiap langkah sy adalah utk terus bahagia di SANA,
Awk mengajar sy bahawa bukan semua yg kita rancang adalah yg terbaik tetapi kita tidak pernah putus harapan mencari yg terbaik,
Awk menyuntik semangat sy utk terus yakin dan berusaha mencari bahagia dalam keadaan yg plg lemah,
Awk yakinkan sy selalu, sayalah adalah wanita istimewa di hati keluarga sy....

Suamiku sayang,

Pada sy, awk seorg lelaki yg HEBAT,
Awk lelaki yg plg kuat utk terus berkorban utk keluarga tercinta,
Awk tahu apa yg awk ingin dlm hidup dan sy tahu, awk akan bertindak mengikut apa yg awk inginkan demi kebaikan insan yg disayangi,
Awk lelaki yg luaran sgt kuat, tetapi hati sgt lembut dan penuh kasih,
Awk lelaki yg tidak pernah gentar pd kesusahan,
Awk lelaki yg tak pernah putus mencari yg terbaik utk insan yg awk kasihi,
Awk lelaki yg boleh menerima tiap kelemahan isteri dan menjadikan kelemahan itu kekuatan pd diri,
Awk adalah lelaki yg sarat dengan kasih sayang, 
Awk lelaki yg sangat manja tanpa mereka sedari,

Awk adalah insan istimewa yg terus bertakhta dihati anak dan isteri, yg sentiasa menjadi kebanggaan kami, tempat kami berpaut dengan yakin, awk adalah hero kami utk selamanya... InshaAllah...

Semoga Allah merahmati kita dgn penuh kasih syg di dalam keluarga kecil kita ini :) inshaAllah....

Senpat kami raikan anniversary kami malam sebelum papa bertolak di Thirty8 Restaurant, Grand Hyatt KL. Kami buat anniversary reservation, table for two. Tempat yg sangat cantik dan indah utk bersama pasangan :) alhamdulillah....




View dr table kami :)



Makanan pun sedap :)







Dan kek anniversary yg sgt sedap :)


Alhamdulillah... Apa hadiah dr suami sy? Sy xperlukan apa2 dh hadiah bentuk material dr abg sekarang sbb awk dh bg segalanya pd sy. Cukuplah abg sll ada dgn kami, kasihkan kami seikhlasnya. Tetapi "text" abg sehari slps abg meninggalkan sy adalah hadiah plg sempurna utk sy, hadiah yg telah berjaya buat sy senyum kembali lepas waktu down sy. InshaAllah semoga dipermudahkan dan dimakbulkan...


Indeed !

All of me loves all of you abang ...
Take care.

Me,
Happy mRs Nizar
2-1-2








2 comments: