Sejak ariana dilahirkan, bermula episod kami diuji dgn cinta jarak jauh. Mula dgn berjauhan sbb dlm pantang melahirkan ariana pada disember 2012-- papa dtg visit kami setiap weekend di terengganu). Kemudian, lepas habis pantang, papa pula ditugaskan diipoh selama dua bulan pada februari 2013, (ulang alik setiap wkend sblm papa ubah fikiran utk berulang setiap hari dr ipoh ke KL utk bersama keluarga tersyg--awal pagi papa bertolak dr kl, lepas keje pukul 4.30 ptg papa bergegas blk ke KL lagi. Rutin yg memenatkan. Itulah pengorbanan papa pd fmly... tq). Kemudian kami diuji lagi bila papa ditugaskan ke oklahoma utk job training di sana selama tiga bulan.
Lepas habis training, elok papa blk msia (sblm balik msia lagi actually), dpt plk surat utk papa dipindahkan ke canada pula.
Lama papa blk bercuti di KL (rutin plg indah masa ni, suami ada dgn sy 24/7, teman sy kerja n meeting setiap hari) sblm papa kena transfer ke canada.
Segala ujian berjauhan dan slps segala kesusahan dan pelbagai impak dr segi emosi, fizikal etc terhadap kami ie mama papa n anak2, keputusan suami meninggalkan company sblm ni mgkn satu langkah drastik utk kembalikan kami kepada sebuah "family normal". InshaAllah.
Alhamdulillah slps papa bersama kami, rutin yg kami rindui dpt kami laksanakan bersama atas izinNya.
Pagi2, sy dan suami sibuk uruskan anak, breakfast bersama n sama2 hantar anak pegi sekolah. Alhamdulillah anak dh hepi pegi sekolah. Setiap hari nk bawak bekal. So mama kena plan bekal setiap hari (rindu rutin ni jgk).
Lunch hour sy bergegas jmpt ariana (ni rutin baru) dan jemput papa utk sama2 amik abg irham dan abg adam di sekolah. (Ni sesekali x bdisiplin, layan anak dara. Sekadar bwk pelan2 area ofis mama sblm ariana kembali pd seat sndr).
Kami cuba habiskan masa bersama sebaiknya. Quality time. Lunch bersama sblm masing2 masuk kerja lepas sy hantar anak balik rumah.
Awal malam, giliran kami teman n ajar anak buat homework. Kdg2 papa ajar, kadang2 sy yg tgk kan.
Utk kisah mlm ni, lepas siap homework, anak2 semua kami tidokan dan giliran sy n suami bergroceries.
Masa utk kami berdua pula :) sesekali nk habiskan masa berharga kami berdua :)
Elok lepas bergroceries santai, kami nk bersupper kononnya. Mula tu pegi restoran kunang-kunang (dh tukar nama), tp kedai dh tutup. Pegi lagi Restoran Intai-intai, rupanya dh tiga bulan kedai ni tutup. Kami menuju Bora Ombak, pun masih langkah kiri, kedai tutup 11.30malam.
Jadi kami ke Naili's Place Ampang. Alhamdulillah bukak lagi :) hepi la dua org budak makan pada jam 12pagi hihi. Rehat santai berdua adalah waktu yg sll sy nantikan :) i heart u papa :)
Datang sini bukan mkn ringan2 ye huhu ....aummmm...
Inilah rutin yg sll sy rindu, bersama org2 yg cintai setiap masa, anak2 dan suami tersayang. Alhamdulillah utk peluang kedua ini yg sblm ni bagaikan sgt jauh dr harapan kami. Bagai mimpi segala yg berlaku sblm ni, Macamana kami boleh berjauhan dgn sgt lama .. Sob sob sob...Syukur Ya Allah :) semoga tiada lagi episod berjauhan. Ameen ...
*************************
Selingan :
Kata papa dlm hidup ni ada tiga fasa ( muda remaja, dewasa ie waktu bekerjaya gitu dan tua) dan tiga keperluan iaitu masa, wang dan tenaga.
Selalunya :
Masa muda : ada masa ada tenaga tiada wang.
Masa dewasa : ada wang ada tenaga tiada masa
Masa tua : ada wang, ada masa, tiada tenaga.
Susah utk balancekan semua. Tp papa ajak utk kami usaha separakan antara ketiga2 masa dan fasa tersebut. Dan utk mudah adanya rasa "balance" itu adalah dgn bersyukur apa yg ada, perbaiki apa yg lemah. InshaAllah.















No comments:
Post a Comment