Hari ni hati agak sentap ckit, betapa kita kt bumi bertuah ni bagai sudah hilang akar umbi, asal usul dan lupa atas segala nikmat kurniaNya.
Tersentap dgn pelbagai perkara yg berlaku di negara sndr... Terlalu banyak.. Setiap hari sy dan suami byk bercerita dan berbincang ttg pelbagai isu semasa, smp rasa lemas, takut, risau, sesak dada ini..
Macam2 isu, dr kempen nk sentuh anjing, peningkatan masalah sosial, tentang keselamatan bagai sudah hulang lgsg bila melihat pelbagai jenayah berkeluasa, undang2 bagai tiada apa2 impak, ada yg amik tindakan sndr tanpa meletakkan ajaran islam didepan (kes bogelkan pencuri tu)... Nah hari ni, tamparan plg hebat, isu transgender....
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 66 Akta Jenayah Negeri Sembilan ie hukuman lelaki islam berpakaian wanita dikatakan bertentangan/bercanggah dengan Federal Constitution ie ttg hak dan kebebasan individu dan memutuskan peruntukan tersebut terbatal. ya Allah, sy hanya nampak secara terang bagai negara kita sudah terlalu membelakangkan undang2 Allah. Undang2 Allah makin berani dicabar, dicampak jauh kebelakang tanpa rasa takut, malah pelakunya semuanya adalah mereka yg beragama Islam.
Rasa sgt tercabar membaca keseluruhan Kes ini. Menggunakan rasional akal dalam meletakkan nilai hukum yg ditetapkan oleh pemilik seluruh alam.
Semoga kes ini tidak dijadikan landmark kes. Semoga ada rayuan di peringkat mahkamah persekutuan. Sama2 doakan. Bak kata mufti perlis, jgn mencabar hukum Allah, mencabar hukum Allah ibarat menjemput musibah dan bala pd semua.
Selepas "teguran demi teguran", "ingatan demi ingatan", tp kita bagAi masih tidur panjang. Negara kita melalui pelbagai musibah. Namun semua masih tenang dan bagai menafikan ia adalah teguran dr pencipta kita. Banjir lumpur, puting beliung dan macam2 lagi yg xsanggup sy zahirkan disini. Setiapkali terkenang semua ni, hati berdegup kencang.
Betapa tinggi cabaran hari ini dlm membesarkan anak2. Sgt tinggi. Betapa kami tak putus berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan membuka jalan kepada kami utk mendidik anak2 agar sentiasa sedar dan bersifat hamba hanya padaNya.
Anak2 terlalu suci hati dan jiwa mereka sgt bersih utk menerima segala kebaikan. Waktu sy berbincang ttg kerisauan kami, irham dan adam sibuk minta kami jelaskan apakah kerisauan sy. Adam minta sy cerita lagi ttg Allah (mereka makin kerap dan terlalu berminat utk mengetahui psl Allah, psl islam.)
Sekurang2nya mereka tahu Islam itu adalah percaya dgn yakin bahawa Allah itu tuhan sekelian alam dan wajib kita patuh pd arahannya.
Tenang anak2 mendengar ttg tujuan hidup di dunia, tentang kematian yg akan dtg, tentang sakitnya mati, tentang bersendirian di alam kubur, tentang akhirat di mana adanya Syurga dan neraka, tentang jalan ke syurga dan neraka adalah bermula di dunia ini.
Kami jelaskan satu persatu, berkali2 dan inshaAllah selamanya xakan jemu utk mengingatkan anak2. Jangan sesekali ingat anak kita terlalu muda utk tahu ttg ilmu tauhid. Sejak dilahirkan sy cerita pd anak2 even nmpk mcm berckp sndr krn anak terlalu kecil utk fhm. Even pd ariana pun sy sudah mula cerita, dan ariana dh mula sebut kalimah Allah walaupun sy tahu mgkn ariana xfaham lagi apa itu Allah. Kerap ariana sebut ttg Allah. Bula dgn zikir pn, ariana akan follow n akan sebut "allah allah".
Sekarang Irham dan adam mendengar dgn penuh minat bila sy cerita apa tanggungjawab hamba Allah ie kena solat (mudah kematian sbb mati itu sgt sakit), mengaji quran (teman sbb kubur itu sgt gelap dan sndr. Bagai duduk dlm bilik gelap sbb mereka mmg takutkan gelap), tentang aurat lelaki dan perempuan.
Malah kami bg cth ttg bala Allah. Musibah di dunia sebelum musibah di akhirat. Ttg tsunami, ttg puting beliung, ttg banjir besar etc.
Alhamdulillah, adam xhenti baca surat al-fatihah n tny mama, adam nk segera belajar al-quran. Elok masuk maghrib, semua cepat2 ajak papa mereka jemaah bersama, sbb nak masuk syurga n takut Allah marah. Semoga anak keturunan kami terdiri dr golongan ygmenjaga solat dan menghindari diri dr larangan Allah sehinggah detik terakhir nafas kami di dunia. Ameen.
Semoga Allah lindungi keturunan kami dan selamatkan kita semua dr segala musibah dan semoga kita semua bertaubat dan mendapat petunjukNya.
Walau sekuat mana ujian dan cabaran membesarkan keluarga, menjaga institusi kekeluarga mengikut syariah, inshaAllah kita semua wajib tempuhi selagi diberikan detik dan usia utk terus beribadah. Semoga kita semua tidak lalai dan terus hanyut. InshaAllah, yakin Allah sgt syg pd kita. Sekali kita dekat padaNya, beribu kali Dia akan dekat pd kita.
Semoga negara kita akan berlaku perubahan besar. Bukan kearah kemusnahan islam walau majoriti kita adalah islam, tetapi umat kita sndr bertindak bagai minoriti yg takut memperjuangkan agama kita, malah dgn rela hati membiarkan saudara seagama dan musuh agama memperkotakkatikkan segalanya.
Sungguh... Sgt besar impak isu semasa kali ni pd sy... Pada keluarga sy... Pada hati dan naluri seorg ibu. Ya Allah, lindungilah kami ya Allah, berilah cahaya pada kami, pemimpin kami- semoga pemimpin kami adalah dr org2 yg beriman dan menjunjung agamamu, dan berilah petunjuk pd kami dan seluruh saudara seagama kami. Ameen.
P/s : walaupun blog sy sllnya hanya psl diari kenangan sy, namun sesekali sy tidak dpt menahan utk menzahirkan apa yg terbuku dibenak, apa yg sll menjadi kerisauan sy bersama suami dan keluarga. Sekadar cetusan hati yg lara :'(
risau dengan keruncingan iman apatah lagi bila perkara agama dipermainkan :(
ReplyDelete