Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 16, 2014

Tamat | rumahku semua milikmu :)

Semalam adalah antara hari2 akhir suami sy di petronas carigali slps tiga bulan papa menghabiskan cuti2 bersama kami.  Bangun pagi nampak suami sy bermalasan di katil. Gaya lenggong badan suami sy cukup sy kenal. Ini bukan bermalasan utk rehat, tp pelbagai macam perkara bermain dikepala dan hatinya.

Sy tny kan suami "abg Ok ke hari ni?". Papa ckp papa OK. Then sy ckp, sy kenal suami sy, gaya mcm sedang sarat berfikir. Kata suami ada sedikit risau sbb suami belum lg mencari kerja baru (slrang kan musim recession). Lagipun ini pekerjaan suami sy sejak 10 tahun lalu. Tp suami nekad, inshaAllah ada rezeki baru nnti (rezeki itu milik Allah) dan inshaAllah semoga hari2 yg kami lalui lebih bermakna bila terus bersama. Ameen.

Sbb nampak suami sy cm syahdu je, sy cuma attend satu meeting je pagi smlm b kosong kan schedule sy utk temankan suami sy tiap langkah suami utk selesaikan segala prosedur hari2 akhir di company papa.

Baru nampak suami sy hepi n smpt kami lepak bersama sblm ke ofis. Sblm keluar sbb mood suami dh OK, smpt la i gelakkan suami sy. Sbb dh tiga bulan cuti kan, kasut suami sy smp berdebu habis. Gigih suami lapkan :)



Pic kami menuju ofis slps lamaaaaa papa xpakai baju kerja :)



Kami lunch bersama sblm papa naik jmpa pegawai di sana. Paling terasa masa papa serahkan medical card kami (salah satu benefit dr company). Bak kata papa, kita kena sabar harungi semua. InshaAllah hari ni kami akan sign dgn syarikat insurance baru (yg lebih kurang sama level dgn medical card sekarang + savings. Utk kami berlima dia dalam rm23k setahun. Banyak jgk tu. Tp ok la, wajib ada sblm suami ada kerja baru). 

Petang sy masuk ofis jap. Pukul 6.30 petang sy balik. Anak2 cm biasa jerit2 lari peluk terkam mama. Mcm2 cerita la. Lately suma sgt suka buat art. So mereka dh declare satu "art gallery" milik mereka. 

Tadaaaaaaa....rumahku semua milikmu sayang...



Ada pic baymax (big hero 6 yg merah) san kawan mereka (bawah belah kiri) siap ada pelekat tulis "big hero 6" (punya la suka kan), ada batman n geng, etc. kat mana ditampal?


Kat pintu blk mainan diorg. Xpelah, senoga rumah kita menjadi "rumahku syurgaku" utk anak2. Ameen.

Malam plk, cepat sy mandi bersiap sbb papa ajak tgk movie. Hehe. Movie yg dibeli dr hypp tv je. 

Kami beli "the guardians of the galaxy" sambil2 layan domino pizza :) bonding time with my beloved family :) (sbb kepenatan, i tertido plk haha, tiba2 papa kejut ajak masuk blk daaaa ekekee.. Sowey papa n anank2. Mula jenuh bercerita kan :p).





Inilah cerita seharian kami sekeluarga semalam.Alhamdulillah....hari ni sy nk teman suami di hari akhir suami di ofis. InshaAllah. Sy ada sll utk bersama awk setiap waktu, sebagaimana awk sll ckp awk ada tiap waktu bila sy perlukan sokongan dan sandaran diwaktu sy sgt lemah. InshaAllah. Chaiyo'. Berdoa dan berusaha utk masa depan kita. 2015, tlalu byk impian kita. Semoga tlaksana. Ameen.

Pic papa dihari terakhir sbg executive petronas carigali sdn bhd. 



Me,
Mrs Nizar




3 comments:

  1. Insya Allah, ada rezeki kat tmpt lain nanti...klah sentiasa doakan utk my beloved bro and my dear sil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen ameen ameen ya rabbal alamin... Tq kak

      Delete
  2. insyaAllah ade rezeki di tempat lain...amin...

    ReplyDelete