Kisahnya minggu lepas, kami sgt terkesan dgn episod sedih banjir yg melanda pantai timur especially kelantan. suami ada suarakan hasrat utk tlg mangsa banjir pada suatu pagi. Mulanya sy agak keberatan sbb risau lihat keadaan paras air banjir yg meningkat dgn mengejut. Sy cadangkan utk kami turun menghulur bantuan slps keadaan banjir makin surut sbb waktu tu keadaan xmenentu. Kali kedua suami suarakan lagi slps nmpk ada team dr KL berkonvoi dgn 4x4 menuju kelantan. Waktu sy masih agak risau. Tp dlm masa yg sama sy mula riki2 team lawyer dr kelantan yg sudah mulakan misi kemanusiaan utk membantu mangsa banjir. Sy dpt maklumat juga mereka sgt perlukan sukarelawan. Lepas dpt segala info, n suami suarakan sekali lg hasrat itu, sy dgn rela hati melepaskan suami pergi. Sy yakin Allah ada sll dan niat suami sgt murni. Lepas dpt tiket flight, suami bertolak ke kltn jumaat lepas, flight ptg. Flight suami sy adalah yg terakhir dpt mendarat di kelantan pd waktu tu sblm semua jalan ke airport terputus kerana banjir. Malah, elok suami tiba di kelantan, seluruh kelantan bergelap krn bekalan elektrik tpaksa diputuskan utk keselamatan ekoran air banjir meningkat.
Mulanya suami cuma berhasrat utk membantu mangsa banjir di kltn, ttp slps smp di sana, suami sms dh maklumkan utk turun ke kuala krai. Mmg sy sgt risau. Terus sy solat hajat pohon keselamatan suami dan ketenangan hati utk sy di sini. Sy risau bila terbaca dr FB keadaan banjir yg sgt luar biasa dan air sgt deras. Sy berbelah bagi dlm risau keselamatan suami, tp sy benar2 ingin suami membantu saudara di sana. Sy pernah ingin turun bersama suami tp suami sy risaukan keadaan di sana yg sgt tidak terkawal waktu itu.
Alhamdulillah, slps solat hajat etc, Allah bg sy satu perasaan sgt tenang utk merelakan kepergian suami malah sgt berharap suami berusaha dan bersungguh2 utk memberi segala bentuk bantuan yg mampu di sana.
Setiap detik sy tunggu suami update keadaan di sana. Hancur hati melihat keadaan mangsa banjir. Tp sy tahu, ujian Allah adalah pd insan yg terpilih, yg mampu dan akan ada balasan indah utk mereka yg sabar.
Sy rasa sgt lemah di sini. Selemah lemah bantuan; hanya mampu menghulurkan bantuan kewangan kpd suami utk dihulurkan di sana selain turun menyalur brg2 keperluan lain di masjid TtDI dan di Bangi. Masjid TtDI dan bangi antara yg terawal jgk sy rasa memulakan usaha bantuan ini. Alhamdulillah .
Di sana suami pergi beberapa kali ke kuala krai. Trip pertama bersama rakan doktor dr klinik kuala krai bersama suawie. selain menghantar bantuan mkan n bekalan keperluan lain, papa n team ada bawak ubat ubatan n suawie n team jgk memberi rawatan pd yg demam etc.
Hari berikutnya papa bergerak sndr menghantar bantuan kepada mereka yg memerlukan.
Sedih mendengar cerita suami tiap waktu berada di sana :(
Spjg papa di sana, anak2 xhenti tny keadaan papa mereka. Anak2 dh faham dan sll merasakan papa mereka adalah superhero di hati mereka. Ni antara lukisan yg dizahirkan dr isi hati mereka. Kata irham dan adam, mereka lukis papa n pakai topi doktor sbb papa kan hero tlg org kat sana. "Papa kita kuat dan baik kan mama." Sy mahu anak2 membesar dgn penuh perasaan positif terhadap papa mereka dan jadikan papa dan mama sbg sahabat dan contoh teladan mereka nnti (sbb tu kami kena byk ubah diri mana yg xelok.tiap insan xlepas dr buat salah kan).
Slps pulang, ariana xpuas2 peluk cium papa. Tghari pula, anak2 semua nak mkn dr suapan papa shj. Beria papa suap anak2 sbb nk kejar solat jumaat. Sy masak agak istimewa menjemput kepulangan suami :) Lepas berehat jap after solat jumaat, papa bawak kami keluar, rindu masa utk keluar bersama.
Kami ke gufran cafe. Suka makan kt sini sbb kedai dia agak cantik, pemandangan menarik sbb terletak di atas bukit n nampak sebahagian damansara di situ, plg best sbb cafe ni sebelah masjid n elok lepas nkn terus berjemaah maghrib di situ. Makanan sgt sedap di sini terutamanya ikan kerapu sweet sour n udang butter. Suami sukakan tomyam dia.
Lepas majlis di dewan TTDI, kami terus menuju ke rumah adik sy. Anak2 plg suka ke sana sbb ada byk mainan sbb adik sy pun ada anak kecil. Mereka mula minat pd trek hotwheels plk. Sll papa beli kereta je. Smp kan mereka tido pukul 3am duk ralit main (sy xlarat dh tido lebih awal).
So papa yg tgh rindu anak2 terus la bawak pegi toys r us kt ikano. Smpt la semua beli trek idaman hati (cuma satu lg yg mereka idam xde. Dh habis stok).
Cik ariana pun sama. Dh sibuk nk jgk baby n siap minta nk stroller baby baru sbb yg lama dh rosak. Huhu
Apapun, terus berdoa dan jgn berhenti utk menghulurkan bantuan (selemah2 bantuan mgkn melalui kewangan dan kiriman doa yg ikhlas pada mereka). InshaAllah ada peluang, sama2 mencari jalan utk ringankan beban saudara kita di sana.
Dan jgn lupa bersyukur atas apa jua yg masih kita miliki sekarang. Nikmat apa lagi yg harus kita dustakan.
Salam.
Mrs Nizar































Thanks emi & kakak2 emi yg hulurkan derma via ja ;) barakallah fiikum
ReplyDeleteAmeen. Sama2 membantu sekadar kemampuan inshaAllah
ReplyDelete