Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 24, 2015

Cerita perlis penang & salon

Selasa baru ni sy n fmly bertolak ke perlis slps anak2 blk sekolah. Actually, kami menuju perlis tanpa perancangan n agak mengejut. Dh beberapakali nk ke perlis tp sy xberapa larat. Tujuan? Dulu tujuannya nk beli perencah tomyam special kt sana.

Tp smlm kami ke sana atas urusan lain. Abah sy perlu ke perlis atas urusan jemaah masjid di kampung sy. Abah sy adalah bendahari masjid ie masjid tu majority jemaah adalah fmlymember jgk sbb rumah saudara mara belah mak sy semua kt situ.

Abah ke perlis atas jemputan utk berjmpa dgn pegawai majlis agama dan adat istiasat perlis. Actually jemaah masjid di tpt sy bsepakat n telah waqafkan tanah disebelah masjid utk dirikan sekolah tahfiz. Ramai pelajar yg belajar di situ. Jd abah n AJK lain cuba cari alternatif utk cari fund utk tahfiz (sebelum ni mereka dpt dana dr ahli jemaah n penduduk setempat utk membiayai sepenuhnya pelajaran anak2 disini selain bersama2 membina sekolah tahfiz di sini). So di perlis, kalau zakat di bayar di sana, sebahagian duit zakat akan diberi kpd wakil yg membayar utk diagihkan kepada asnaf di kwsn masing2. Ramai kenalan n org2 berpengaruh di negeri kelahiran sy setuju utk bayar zakat melalui masjid ini n disalur ke perlis di mana sebhgian zakat diguna utk pelajar tahfiz dan utk bantuan kpd fakir miskin setempat. 

Jemputan utk abah n jemaah ke sana agak mengejut. Abah xlarat nk drive n minta tlg belikan tiket keretapi sbb ma masih cuak nk naik flight. Tp sy xsedap hati sbb tau lama ma n abah akan habiskan masa ke perlis, sy risaukan kesihatan ma sy.

So lepas sekolah, kami sekeluarga bertolak ke kuala perlis. Perjalanan ke sana memakan masa dlm 5 jam. 

 Smp di perlis, abah ajak bermalam di kuala perlis sbb abah teringin ikan bakar kuala perlis. Kami cuba capaikan hajat abah. Bg sy ikan bakar di sini dibakar sgt istimewa tanpa perlu rempah/pencicah. Sedap.

Perlis tkenal dgn seafood yg murah2.untung org perlis :).  Sy juga smpt merasa udang yg sgt sgt besar n manis di situ (sll kita mkn size XXL kan, kali ni cm size gergasi hihi) selain sotong etc. -- xde pic sbb kelaparan n phone anak2 paw hehe. 

Kami bermalam di putra brasmana. Xbyk hotel yg OK kat kwsn ni. Agak lama kondisi hotel ni tp boleh la sekadar utk merehatkan badan. Kami amik flmy room (1 katil queen, 1 single bed, 1 extra bed, n ada sofa set cuma RM250) :):)

Awal pagi abah sy smpt ke jeti mengenang kenangan tika kami ke sini waktu sy masih di universiti. Lepas tu abah ke majlis agama utk bermesyuarat.

Di perlis, tpt wajib utk kami lawatu adalah padang besar. Xde apa yg istimewa di sana kalau nk shopping kecuali perencah tomyam yg sgt best. Anak2 dpt la mainan sbb murah (dh lama mereka cari baymax) hehe. Papa plk beli byk byk byk kerepek utk dia. 

Ni la yg dh lama sy idam nk beli. Dulu beli kejap je abih. Ni sy beli byk2 n kakak sy jugak kirim sbb nk cuba masak :)


Lepas shopping kami bertolak balik. Smpt singgah ke georgetown. Tujuan adalah utk ke kapitan di pesiaran gurney. Sy suka mkn kat sini sbb makanannya enak n suasana kedai yg santai (dpn pantai kan). 

Kat sini menu wajib haruslah nasi kandar bersama telur sotong n telur ikan (fav ma n sy la hihi)


Abah n suami sy plk minatnya sama, beriani claypot kambing + nan cheese + ayam tandoori.



Alhamdulillah :) hepi sgt tiap kali ke penang. Sevab penang selain ada byk tpt makan best, penang adalah tpt plg byk kenangan masa kecil sy (tiap tahun wajib abah bawak p penang bila cuti sekolah hihi). Bila dtg dgn ma n abah, hati lebih girang :)


Lepas mkn2, kami bertolak blk ke kl. alhamdulillah slmt smp jam 11 malam tadi :)

Ni plk cerita hari ni. First time bawak ariana p salon nk potong rambut. Sblm ni kali pertama rambut di potong oleh nenek kat kampung.

Mujur Ariana sgt sporting. Xnangis cuma malu2. Bila dh siap beria tgk cermin n ckp kat papa "nana ntik" ie ariana cantik ekekeke...

Abg2 pun dtg nk gunting rambut. En adam je sorg tukang gunting baik hati cuci rambut adam percuma :) pic di salon td :)

Comel je princess kami tutup mata n penyet2 idung geli rambut dipotong.





Ni abg2. Abg2 dh sll ke sini so xde hal la. 




Habis dh cite :)

Salam

Mrs nizar





No comments:

Post a Comment