Selamat menyambut ramadhan yg penuh rahmat dan kemuliaan. Alhamdulillah diizinkan lagi menjalani ibadah di bulan penuh dengan rahmat penciptaNya. Setiap kali ramadhan, abah sll pesan kena ada azam baru utk menjadikan ramadhan kali ni lebih baik.
Mmg setiap waktu kita kena memohon maaf terutama dgn org yg kita kasihi ie suami (syurga sy bersamanya) dan ibubapa sy. Tika ramadhan menjengah, hati tersentuh plk bila sy memohon maaf dgn suami, lelaki yg sgt byk berkorban jiwa raganya utk sy dan keluarga. Tak terbayar dgn apa jua yg sy lakukan apatah lg dgn wang ringgit. Hanya Allah yg tahu kesabaran dan pengorbanan suami dan kepada Allah jua sy memohon segala kebaikan dan rahmat dikurniakan kpd lelaki istimewa ini. Semoga Allah menjaga hati kami dan hubungan kami dan kami masih berjodoh hingga akhirat. Apa jua yg kita syg dan kasihi hny pinjaman. Semoga pinjaman ini Allah berikan utk tempoh pjg sehingga sy menutup mata. Ameen
Juga dgn ma dan abah sy yg membesarkan sy. Pasti banyak yg tersinggung dgn perbuatan sy malah terus sabar membentuk sy sehingga dewasa.
Azam ramadhan
1) ingin lebih banyak bertadarrus dan khatam Quran. Ini azam suami juga tp azam suami nk khatam lebih dr sekali (inshaAllah sy juga mencuba).
Tips :
a) wujud persaingan sihat bersama pasangan. Kdg2 xdpt mengaji bersama. Bila tiba2 suami tgk sy dh masuk juzuk kedua, cepat2 dicapai alquran.
Saya juga, usai memasak utk berbuka, tgk suami dh nk habis juzuk ketiga, sy juga teruja utk ikut sama bertadarrus.
b) bulan minima lagho (ie bulan tanpa FB). Bergantung individu. Sy mcm hari2 bkk fb especially bila lapang atau ketika waktu menunggu. Bila sy "lenyapkan" icon FB di handphone, ye ia menjadi. Bila lapang, rasa nk capai hset, ada "icon" alquran je pd hset. Alhamdulillah, terisi masa lapang dgn lebih faedah. (Hrp istiqamah ke bulan2 slps ramadhan ameen).
2) ingin solat isyak, subuh n terawih di masjid tanpa gagal ---> mgkn x tercapai hajat ni. Nanti sy cerita.
3) sudah dua tahun suami xberpuasa penuh bersama kami sbb bertugas di oklahoma + calgary. Sblm2 ni kami sekeluarga berterawih bersama di masjid bersama anak2 sambil2 mencuba beberapa masjid berlainan tiap hari. Azam tahun ni pun sama, tp Allah lebih mengetahui yg terbaik ---> juga mungkin tak tercapai hajat.
4) sudah beberapa tahun kami tak ke bazaar ramadhan. Bazaar ramadhan/pasar mlm bagai sudah lama tiada dlm lipatan kenangan kami. Suami sy sgt xsuka ke bazaar. Satu risau kebersihan, kedua pilihan mkn yg byk tp semua mcm xsihat n xsedap (katanya) dan ketiga lebih jimat dirumah. Sy cuba sedaya upaya tp mgkn beberapa hari lg je sy mampu laksanakan tanggungjawab ni spt tahun2 sblm ni. Selagi ada masa ni sy cuba yg tbaik utk keluarga yg sgt sy kasihi. Setiap hari sy masakkan sahur (even kadang2 sardin + telur + ayam goreng je hehe) dan masak menu berbuka utk mereka.
Ujian ramadhan
Kesedihan
Minggu lepas adalah minggu plg sibuk sy. Bagai tak tertanggung diri ini kerana sy sedang mengandung. Letih tak terperi. Malah diuji berjumpa dgn org2 yg melukakan hati dan mencalarkan emosi. Isnin dan selasa ada kemuncak segalanya. Sy tlalu penat fizikal (travel) + emosi. Suami sy ada bersama sepanjang waktu bersama sy. Hanya pd dia sy luahkan kesedihan. Sy katakan, slps selesai semua urusan ni, sy nk bercuti panjang. Sgt lama nk rehat. Rindu masa2 lampau sy. Kesibukan adalah rahmat bg org bekerja sndr mcm sy (projek developer alhamdulillah byk dtg tanpa disangka). Tp yg plg sy sibuk ttg my side business berkait dgn development. Mmg xboleh nak hand over tugas pd org lain.
Rabu sy cuti. Tika rehat, tanpa ada apa2 simpton, allah gerakkan hati nk bjmpa doktor (appt berikutnya mggu dpn). Khamis tu sy ke klinik biasa. Tiba2 doktor ckp baby sy dh xde heartbeat. Terkejut dgn kata2 doktor terus sy call my gyne utk buat appt. alhamdulillah dia minta sy ke sana segera (sblm tu dh dua klinik sahkan).
Sesampai di sana, air mata tak terbendung lagi bila doktor sahkan heartbeat baby dh tak ada. Doktor kata bru dlm sehari dua. Air mata makin laju mengalir bila doktor guna 4D pic plk masa scan, nampak kelopak mata, hidung, kaki tgn anak kami. Iras irham :'(
Kata doktor, ia dipanggil missed miscarriage sbb sy xada tanda2 keguguran ie xbleeding etc. kata doktor kalo tetiba jantung baby berhenti berdegup mgkn berkait dgn keadaan mummynya yg stress. Lagi air mata brsalah sy mengalir. Mmg sy xmampu nafikan keadaan sy yg agak tertekan pd waktu itu. Kata doktor lg, rezeki sy dan suami murah sbb mudah "lekat" ie mudah mengandung tp boleh tak doktor nk minta sy cuti 12 minggu andai diberi rezeki mengandung lg utk menjaga kandungan sy (betapa sy juga inginkan perkara yg sama). :'( air mata mengalir lagi). InshaAllah doktor. Pd Dia sy berserah.
Tp sy redha. Allah hadirkan org2 yg menyesakkan hati kita hanya penyebab je utk semua ni terjadi. Allah dh rencana mungkin waktu terbaik ariana mendapat adik. Mgkn kami rasa dh bersedia, tp Allah Maha Mengetahui. Pasti Allah ingin hadiahkan sesuatu yg lebih baik utk kami.
Waktu sedih sy, suami sy xhenti ada di sisi. Ye, lama jgk sy dlm kesedihan. Suami xhenti memeluk dan memujuk utk tenangkan sy. Kata suami, setiap org pasti diuji dlm hidupnya.
Dalam memujuk isteri, suami katakan, selama ni Anugerah Allah banyak sy terima. Mudah utk hamil (bunting pelamin etc) mudah waktu mengandung, mudah waktu bersalin, ada anak2 yg comel penawar hati, keluarga yg bahagia, kesihatan yg elok,kerjaya yg baik, dan macam2 lg. byk yg sy hajat dpt dicapai dgn izin Allah. sesekali Allah uji sbb allah sayang, rindu pada kita.
Betul, sy tak nak jd org yg kufur nikmat. Sy harus menghargai apa yg telah sy miliki. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Kata suami, tp xapa sy sedih n menangis seketika, sbb itu adalah reflek pd emosi dalaman hati. Papa ckp "nangis je, xperlu tahan. Mmg ada waktu kita rasa sgt down". Tp pesan papa jgn sesekali menangisi takdir. InshaAllah sy semat di hati semua pesanan.
Ma dan abah juga bergegas dtg ke rumah utk meniup kata semangat dan temani kami berbuka puasa bersama.
Sehingga hari ni sy masih rasa lalui apa yg dilalui ketika mengandung ie muntah2, pening etc. inshaAllah merancang utk lakukan D&C hari selasa nnti. Katanya miscarriage yg xde tanda ie bleeding etc tak terlalu urgent utk melalui prosedur "cuci" kecuali ada demam sbb risau infection.
Sy google bila roh dituipkan ke janin. Yg sy jmpa ada kata slps 40 hari, tetapi yg selari antara nas2 + hadith + sains adalah slps 8 mggu atau apabila terbentuk "bentuk" ie tgn kaki n adanya gerakan luar kawal pada bayi di rahim + degupan jantung. Kandungan sy sudah 11 minggu. Andai benar, semoga kami dpt berjumpa kembali di alam sana nnti. Ameen.
Atas sebab inilah, mgkn xcapai hajat sy utk puasa penuh, solat isyak subuh n terawih di masjid bersama keluarga sll (kena pantang mggu dpn), mgkn xdpt sediakan juadah spt biasa utk keluarga bila dlm pantang etc.
Ujian nikmat
Sebenarnya, apa yg sibukkan sblm ni sudah dpt keputusannya. Alhamdulillah, usaha sy berjaya. Ironinya, ketika dimaklumkan berita gembira ini adalah serentak slps sy mendapat berita sedih keguguran kandungan sy kali ni. Ketika masih di klinik.
Terdetik di hati, besar impak nikmat yg diambik semula oleh Allah ie kandungan sy, dan besar juga galang ganti pd kesedihan yg sy lalui krn serentak juga berita gembira sy terima. Benarlah Allah itu Maha Penyayang. Maha Pemberi Rahmat. Terasa dalamnya kasih syg Allah. Dalam sy sungguh bersedih, sengaja diberikan berita utk memujuk hati biarpun tiada tolak banding nikmat utk melahirkan zuriat keempat kami. Bagai ingin memujuk hati, ini sedarkan sy, dlm tiap ujian masih ada sayangNya Dia pd hambanya agar tidak terus hanyut dgn kesedihan. Alhamdulillah utk ujian kesedihan dan ujian rahmat ini. Allah uji kerana sayang. Bersangka baik sll dgn pencipta kita.
Sungguh pengalaman ini sgt berharga dan ternyata kerdil sungguh kita. Ternyata ramadhan kali ini plg dalam impak pd sy. Inilah rahmat dan kemulian dijanjikan dibulan penuh mulia ini.
Semoga ujian gembira ie rezeki kali ini tidak menjadikan sy dan keluarga org2 yg lalai. Ameen (plg sy risau ttg ini, semoga kami dilindungi).
InshaAllah, majlis menyampaian "letter of award" di adakan pd isnin nanti. Sesuatu yg usahakan beberapa bulan ini semoga berbuah hasilnya tidak lama lg(my retirement plan, maybe). Semoga merubah keadaan kami kpd yg lebih baik. Ameen.
Diary semalam
Smlm, awal pagi suami temani sy hadir ke BSC krn ada appt terakhir sblm majlis isnin nanti.
Lepas tu kami blk amik anak2 utk buat groceries. Sy tny adam, nk mkn apa. Adam ckp "adam nak lobster". Sy ckp mana la ada lobster mama nk cari.sekali smlm, tak pernah2 kat aeon jual lobster tetiba ada plk.mmg rezeki adam. Baby lobster (udang karang). Sy beli 6 ekor je. Besar2 jgk. Adam mkn dua ekor, papa dua, ariana satu bibik satu. Sy n irham xrasa nk mkn plk.
menu smlm
starter : mee goreng + keropok keping.
Menu utama : nasi n lauk pauk. Ikan kicap, baby lobster masak merah,ayam goreng, sayur lemak putih. Tetiba plk gas abih. Mujur ada periuk noxxa tg serbaguna. Leh goreng mee kat situ.
Sy harap slps selesai beberapa perkara ni tak lama lg, sy bdoa diberi kesihatan yg baik, kelapangan masa + rezeki yg lebih utk sy dan keluarga bercuti. Dah lama merancang utk bercuti tp mcm2 halangan. Semoga diizinkan lepas raya nnti. 2 minggu bercuti adalah masa yg cukup mewah utk sy kalau dpt bercuti. (Xnak roaming huhu ... You wish!!) Mulanya terasa ingin tour europe, tp lately hati teringin ke canada (visit tpt papa dulu), atau ke US utk imbas kenangan di sana. Ameen inshaAllah. Doakan ye.
Sy berdoa agak kami menjadi org yg lebih bersyukur dan lebih gembira sll. Keluarga sy sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah. Dan kami dijauhkan dr kelalaian dan apajua nikmat dunia yg membuatkan kami lupa tiap yg ada adalah pinjaman :) sy sll berdoa, andai dianugerakan nikmat dunia, biarlah ia sesuatu yg tidak buat sy lupa dan jauh dr Nya. Andai nikmat itu menjauhkan sy dr jalanNya, jauhkan lah nikmat itu dr keluarga sy. Krn nikmat sbnar hadir bersama rahmat.
Semoga sy juga dapat membantu keluarga dan org sekeliling sy dgn lebih byk lagi.
Ameen ameen ameen.
mrs Nizar
P/s : lama xmenulis sbb masa sgt la limited. Bila menulis, dh leh buat buku la plk. Haha
Pss : smlm masa tido, mimpi pegi bercuti kt pantai yg cantik. Tiba2 nampak papa mandi dgn anak2, tetapi sorg xcukup. Td semua papa pegang. Cepat2 sy cari dlm air n jmpa baby (iras irham masa kecil). Baby dh lemas. Sy nangis n ckp "papa, split second je tlepas pandang, baby dh xde". Sy nangis. Bila tjaga, baru sy ingat. Tiga anak ada dgn papa dlm mimpi. Satu yg lemas tu mgkn kias utk anak dlm kandungan sy. Hmmmm even nmpk sy dh ok, jalani rutin spt biasa. Boleh senyun gembira dgn suami n anak2, hakikatnya mgkn masih trauma, sehingga tbawa2 dlm mimpi :(















Dear...andai umur janin kurang drp 80 hari, boleh solat dan puasa seperti biasa, tukar pad setiapkali solat yer.selamat beribadah..besarnya ujian buatmu..tp bersabarla...dear masih ada dengan family.ust yasmin.
ReplyDeleteTq ust yasmin. Nnti sy semak semula. Sy cek dgn beberapa ustazah + doktor (antaranya dr zubaidi), kalau slps 10mggu dikira nifas. Kalau bawah 10mggu kira haid (utk tempoh 14) dan slps tu dipanggil istihadah. Nnti sy semak semula
DeleteTahniah..sis mmg tabah..syukur dan sabar
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan sis.ameen
Ameen inshaAllah
Deletemenangis baca entri ni ya Allah.. semoga dikuatkan semangat Aimi dan keluarga.. maafkan sy cuma mampu kirimkan doa dari kejauhan.. tabahkan hati ya sahabat..
ReplyDeleteInshaAllah.Thanks tia.
Deletesedey baca entry ni-ternangis gak esp bila baca psl mimpi tu :(
ReplyDeletebe strong yer emy..Allah tahu kita mampu sbb tu Allah uji..
i will always pray for u and ja..amiin
Ameen. Terima kasih kaklah
Deleteaimi..be strong ok...
ReplyDeletemoga aimi diberi ketabahan dan kemudahan untuk berbuat perkara2 baik dengan orang sekeliling aimi...
amin
Ameen. InshaAllah. Tq kak ayu
Delete