Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 19, 2015

Happy 5th Birthday My Adam.. happy happy selalu sayang

Alhamdulillah, 18-8-2015, genap 5 tahun adam menggembirakan mama. Semoga makin bertambah keberkatan, kegembiraan dan kesyukuran dalam  keluarga dan semua pinjaman ini dipinjamkan utk tempoh yg lama hingga ke alam sana. Ameen.

Adam, anak mama yg sgt petah, banyak idea, sgt pemalu juga (kontrol encem kdg2 hehe), dan sgt manja. Bahagia mama setiap hari bila berada di sisi Ahmad Adam Hariez, permata hati kesayangan ayah ibu. Bahagia mama tletak pd kebahagiaan kesayangan mama, iaitu anak2 dan papa tersayang. 

Dan pada 18-8-2015, inilah diari dihari ulangtahun anak mama.

Sudah beberapa bulan adam tertunggu2 birthday adam. Terlalu tak sabar nk sambut bday dgn kawan2 sekolah. Perancangan awal, kami nk adakan small party utk adam, ie pggl clown etc. tp adam xnk. Adam insist nk celebrate di sekolah macam irham. Sedaya upaya kami cuba capaikan hasrat anak2.

Bak kata papa, papa nak kami cuba didik fahaman anak, hari lahir disambut utk memberi dan meraikan org disekeliling dan bukan mengharapkan hadiah dr org lain. Mmg mesej utk dpt hadiah masa hari lahir xada dlm kamus anak2. Mereka lebih beria utk sediakan hadiah pd kwn2 dan adik beradik mereka. Kata adam, ini kan birthday adam. Mestilah adam nk bg hadiah kt semua org sbb adam kan happy masa birthday :) bila bg hadiah, semua org pun happy. Adam happy. Bila kami bg hadiah, semua mesti teruja n tny "adam ada hadiah birthday jgk ke" :):)

Persediaan kali ni agak di saat akhir ie sehari sblm bday Adam. Dlm sibuk ke sana ke sini, tiap masa tluang, cepat2 kami singgah Aeon la etc nk beli brg2 utk goodies kwn2 adam. Mujur teacher pun support. Ada 113 org student (semua kelas ie dr 3 tahun hingga 6 tahun) dan 12 org teacher. So kami kena prepare goodies dr jumlah itu.



Tu dia penuh satu kereta :) 

Hari isnin baru beria kami nk cari semua brg. Mmg agak kelam kabut sbb ada sesetengah brg cthnya lego mmg susah nk dptkan jumlah 113 unit dr satu outlet. So gigih kami ke sana ke mari. Set alat tulis utk anak2 juga xcukup utk 113 unit. Party bag juga xcukup utk 130 unit, kena tempah n amik kemudian jgk. Akhirnya, slps ke sana sini n singgah beberapa outlet, akhirnya cukup la semua brg2 utk goodies kwn2 adam :)

Antara brg dlm goodies (semua pilihan adam, adam dh pilih apa nk bg pd kawan2) : ada lego, alat tulis (terpaksa lain2 jenis sbb xcukup kan hehe), coklat Nips, Twisties, kek London Roll dan jelly. Juga air kotak utk tiap student n teacher (semu kami bekalkan extra ie 144 kotak. Dgn hrpan suma cukup xde yg nangis nk lagi haha).





Ini partybag pilihan en adam :) spiderman :)


Petang isnin, semua sibuk gotong royong nak masukkan brg2 dlm party bag. Beria anak2 sy pada mulanyaaaa.....



Irham ni teratur ckit. Ada gaya engineer (cm papa), organize ckit la dlm kerja. Tersusun rapi sblm masuk partybag  :) 



Episod kegigihan xlama, sbb anak2 beria nk mkn plk jajan yg kami nk masukkan dlm party bag tu... Tengokkkkkkk....


Selepas selesai siapkan goodies utk kawan2 sekolah adam, kami semua berehat n sy mula tidurkan anak. Ada mission seterusnya :) jam 12mlm sy n suami keluar utk pick up kek adam. Kali ni beria adam nk kek power rangers dino charge. So mama tempah kek choc moist yg sgt sedap utk anak mama :) 


Kami smp umah jam 1.30am. Keesokkannya, anak sgt teruja bila kami tunjukkan kek birthday adam :) kami hantar anak ke sekolah n drop semua brg2 ie goodies, air kotak, pinggan kertas, garfu , tisu etc.

Lepas tu sy ke restoran di kwsn ofis sy. Kami order bihun goreng utk semua student. 


Teacher minta kami hadir semula ke sekolah jam 9.30am utk celebrate bday adam bersama2. Pic spjg majlis :)









Slps majlis mkn2, adam diiringi teacher adam utk bg goodies kat semua kawan2 dan hadiahkan semua teacher coklat vochelle.

Ni principal


Teacher mimi ie teacher kelas adam


Ustazah adam


Teacher harvinder ie teacher irham dan ramai lg :)


Ni pula antara pic masa adam hadiahkan goodies utk kawan2 (suma pic ehsan dr teacher rasvin)



Irham dan ariana pun dapat :)



Selesai je waktu sekolah, ketika kami jmpt adam, adam ckp "thank you mama buatkan party utk adam. Adam suka sgt la bday. Adam rasa mcm nk bday setiap hari. Adam suka sgt bg hadiah kt kwn"... :) alhamdulillah, lega mama sbb adam mama sgt gembira.

Lepas hantar anak blk umah, mama papa keluar jap. Sambung keje jap. Blk umah, gigih mama baru nk balut hadiah utk adam. Hadiah biasa je tp adam sgt suka. Papa ckp mama "berkira" sbb byk lg hadiah papa nk belikan tp mama suh bjimat. Bulan ni ada mission, so kena jimat ckit ekekek... 

Gigih mama balut dlm kete n sorok hadiah dlm kete. Misi bday belum selesai. 


Adam ada ckp adam teringin mkn "lobsTam". Bila papa tny apa tu lobstam, adam ckp "lobster dan ketam" la. Selasa tu, elok pas keje kami bgegas blk umah.

Angkut anak2 naik kete, kami menuju ke johor. Kami menuju senibong.

Anak2 sgt teruja bila dpt "surprise" bila naik kereta. Macam biasa kami mmg sediakan tiga hadiah sll even bday boy sorg je :) 

Tgk wajah ceria kesayangan kami bila dpt hadiah masa dlm kereta :)





Ada petrol station siap kedai serbaguna etc. adam teruja sbb ada button boleh keluarkan lampu n bunyi bila pam minyak, ada suis lampu kedai, ada bell bila masuk kedai serbaneka dan ada pintu utk masuk n keluar. Beria main selain mama beli kereta bomba n lori tambahan utk irham dan ariana


Kami smp di johor dh hampir maghrib. Terus la solat maghrib jamak dgn isyak sblm menuju destinasi kami di senibong seafood village.

Mmg gigih ke sini sbb tau ada lobster besar2 n masakan yg sedap.


Ini antara lobster pilihan kami.


Masa first time dtg sy rasa kt sini seafood dia sgt murah. Kali kedua dtg cm makin mahal. Kali ni lg mahal. Byk jgk beza. Seekor lobster saiz atas tu kali ni dicaj rm250. Dulu xmcm ni. Utk sesekali occasion tu boleh la, utk celebrate sesuatu. Kata papa bukan sll kami ke sini. Kalau nk banding dgn The Red Lobster atau di Ayutthaya, kat sini jauhhhh lebih murah la. Kami amik dua ekor, satu kami tapau.

Ni antara pilihan menu kami. Ketam cili telur, lobster masak cili kering, udang butter (super XXXXL- mmg puas hati), sotohg celup tepung, tomyam ayam yg sgt sgt sedap, kangkung dan telur dadar.





Pic makan2 :) 





Slps makan, kami btolak blk kl. ye, tpaksa blk sbb sy xleh cuti n anak2 pun sekolah. Mama happy sgt smlm bila adam sgt hepi n xhenti ckp terima kasih pd mama dan papa. Xlekang senyuman adam. N adam pggl dirinya sndr "bday boy". Cthnya "mama, bday boy dh blk sekolahhhhh" sambil peluk mama. Layan jelah, nk gelak pun ada. Anak manja mama ni :)

Sy tapau blk sbb plan nk bwk blk utk adik sy. Dia xjoin ke johor sbb keje. Lagipun ma dan abah sy juga dtg ke kl lagi slps seminggu blk ke trg minggu lepas. Ma abah dh lebih byk bermastautin di kl lately :)

So lunch td abah n ma dtg ke ofis. Adik beradik sy juga dtg ie kakak2 dan adik2. So smpt kami lunch sama2 dgn bekal dr senibong. Boleh la rasa ckit sorg :) kami mkn kt restoran di ofis sy so boleh la amik lauk tambahan lain, sbb xbyk sy tapau hehe. 




Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yg ada dan anugerah anak2 kesayangan utk menjadi sebahagian dr kehidupan kami .

Doa mama segala keberkatan, kebahagian dan kejayaan sentiasa mengiringi anak mama setiap masa. Doa dan restu mama xpenah lekang utk anak2.

Maafkan kami atas kekhilafan dlm membesarkan anak2. Kami sentiasa belajar dan berusaha utk memberikan bekalan ilmu utk anak2 utk membesar sbg anak yg soleh. Semoga setiap kenangan kita bersama terpahat di hati anakanda kesayangan sll.

Selamat Ulangtahun kesayangan mama dan papa, Ahmad Adam Hariez. Mama cinta dan kasihKan adam sepenuh hati setiap masa sehingga ke syurga. Ameen.

Wassalam.

Mrs Nizar


























8 comments:

  1. meriah! happy birthday Adam :))

    ReplyDelete
  2. epi besday dear adam :) may Allah bless u always..amiin

    ReplyDelete
  3. ya allah jakun akk tgk lobster tu...besar sungguh,,,,

    hehehe


    apapun hepi besday little comey adam..

    moga sentiasa sihat, dan cemerlang..jadi anak soleh :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Adam..

    ok lobster tu kan.. memang kan.. nak suruh orang drive pergi santubong tu jugak :D

    ReplyDelete
  5. Hahaha...kannnn... Sila la drive jgk ke sana... InshaAllah puas hati :):)

    ReplyDelete