Adam warded
Smp je hospital terus mandikan adam n bg ada makan sblm buat art dgn adam plk. Layan la tlg pegang dinosour utk adam color sbb tgn adam berbalut satu so xleh nk pegang.
Lepas adam dh sihat, smpt kami pegi bercuti dulu. Seminggu slps tu, ariana plk demam panas n rupanya berjangkit jgk campak slps seminggu.
Mmg sy akui, penatnya hanya Allah yg tahu, nk ulang alik hospital utk pastikan ariana makan dan mandi (suami pun byk bantu), nk blk rumah utk tgk keperluan anak2 dirumah, nak bergegas awal pagi blk rumah nk hantar irham adam ke sekolah, kena pegi bekerja etc dlm satu masa. Suami juga akan ulang alik kerumah tiap kali sy di hospital utk visit anak kami. Suami sy ckp dia pun nak demam, bukan sbb kepenatan, tp xbiasa byk rehat ie duk hospital teman ariana, sbb sll sibuk ke sana sini :) pic ariana masa di hospital :)
Alhamdulillah, ariana sudah sembuh dan boleh balik rumah sabtu lepas. Dalam kelam kabut byk hikmahnya. Dr segi kasih syg, pengorbanan dan lebih menghargai antara kami.
Pagi ahad, sy n suami bgn awal pagi. Kami nk selesaikan keje2 umah ie mop lantai, laundry, vacuum karpet etc. awal pagi smpt sy goreng satE ikan. Mmg sgt sedap :)
Lewat ptg, kami siapkan anak2 utk solat jemaah maghrib n isyak bersama dan waktu utk belajar al quran dgn papa. Elok lepas kami mandi, sekali hero2 dh tidur, mgkn keletihan seharian xtidur siang n byk buat latihan.
Minggu lepas, tetiba adam demam panas, kemudian mula keluar ruam merah. Kami ke prince court medical centre, dan doktor diagnos adam kena demam campak. Kami ke hospital jam 11 malam. Masa pegi agak mengejut ie xterfikir kena warded. Dlm keadaan tak ada maid n anak2 kena isolate sbb takut berjangkit, terpaksalah sy dan suami berjauhan ie sy di hospital dgn adam dan suami di rumah dgn irham dan ariana.
Malam tu sy mcm xboleh tido sbb ni kali pertama sy tido tanpa ariana. Siap nanges bagai. Drama sungguh. Penat plk suami nk pujuk sbb dia risau sy tido lambat sedangkan sy ada meeting penting keesokannya di awal pagi.
Mmg 4 malam di hospital waktu tu agak penat. Dua hari adik perempuan sy cuti sbb sy tpaksa pegi meeting. So adam dijaga suami sy dihospital dan adik sy teman irham dan ariana di rumah.
Mmg agak penat utk sy sbb lepas meeting bgegas ke hospital lepas tu blk rumah nk mandi n suapkan anak2 dirumah. Siapkan makan minum diorg jgk. Nk luangkan masa dgn tiga2 anak.
Dengan meeting travel sana sini jgk. Hari pertama sy meeting pukul 9am di damansara. Gigih suami dtg hospital awal pagi utk sy blk rumah n mandikan anak2 dirumah. Siapkan breakfast etc sblm kejar masa utk meeting plk.
Tghari dtg hospital nk suap adam mkn, nak salin adam etc. lepas tu masuk ofis jap sblm blk rumah. Sbb irham ariana boring, smpt bawak mereka jalan kaki ke kedai tepi rumah belikan mainan etc.
Masa berkualiti dgn irham n ariana. Teman mereka buat art yg bru dibeli sblm bergegas ke hospital plk utk adam elok slps irham ariana makan n mandi n buat art.
Mmg kelam kabut rutin sy waktu ni. Semasa adik sy xcuti, ini bermakna sy mmg stay kat hospital je n suami plk dirumah. bila rindu irham ariana, papa akan bawak mereka dan kami jmpa di ruang legar hospital je sy jmpa irham ariana dan papa visit adam. Tp hari2 kami akan usaha utk jmpa ketiga2 anak kesayangan kami.
Ariana warded
Utk kali ni, alhamdulillah dipermudakan sedikit urusan sbb parents sy dtg temankan adam dan irham di rumah. Sy dan suami bermalam di hospital. Diuji ariana tidak sihat waktu sy tpaksa attend sesuatu yg xdpt dielak pd hari khamis dan jumaat. Sblm tu sy dh cuti tiga hari jadi schedule slps tu mmg padat. Mujur suami ada n boleh temankan ariana. Cuma sy terpaksa tangguhkan meeting ke kota kinabalu sbb xsmp hati nk tinggal anak. Siap nangis bagai even suami ckp pegi je kejap. Hari khamis, habis meeting, sy bergegas ke hospital even utk jmpa ariana utk 15min je sblm meeting lg. pukul 2.30pm sy dh free dan sy luangkan masa dgn ariana je. Suami plk blk rumah nk jmpa irham dan ariana. Lewat ptg sy plk blk rumah n suami tunggu ariana sbb sy nk jmpa irham dan adam. Malam baru sy ke hospital utk tidurkan ariana.
Cuma kali ni agak lega sbb makan minum anak terjaga xperlu sy siapakn sbb abah dan ma sll bawak anak2 mkn diluar. Sedih tgk pic anak2 mkn tanpa kami. Terdetik andai sy "pergi dulu", semoga anak sy disayangi dan dibelai penuh kasih syg. Semoga Allah panjangkan usia kami sekeluarga dgn penuh keberkatan dan sy diberi peluang utk membesarkan anak2 sehingga dewasa ameen.
Keadaan agak kelam kabut sbb xde maid ie kalau x anak2 mgkn lebih teratur di rumah. Sblm ni sy pernah suarakan pd suami cm dh sgt selesa xde maid ie mcm dh xnk pakai maid. Xsakit kepala dgn mcm2 kerenah maid. Mgkn baru ni dh sgt penat diuji mcm2 kerenah maid, ada yg xde satu hari x bohong, ada yg xsuka mandi n sgt dahsyat bau even dh pesan byk kali dan mcm2 lagi.
Maid
Tp bila Allah uji baru ni, so nmpk la beberapa reason kami kena pakai maid. Satu bila ada waktu anak2 mmg kena tinggal dirumah. Mereka mmg hanya selesa dirumah sndr ie xnk duk nurseri etc ie kami pun xsampai hati jgk nk letak kat nurseri sbb penah cuba dua hari dulu, teruk irham adam nangis smp nak demam. Kedua, bila kerja malam etc, anak perlu rehat, xadil asyik bawak mereka. Ketiga, ada waktu mmg sy n suami perlu jgk masa utk berdating etc masa berdua sesekali tu sgt penting :)
Mmg kami dh lama submit pun application utk maid baru, cuma xsampai lg. kali ni kami cuba philipines maid plk. Mgkn agak mahal, tp sy dh penat dgn maid dr indonesia dan agen dr sana jgk. Agak lama nk menunggu sbb agak susah nk cari muslim maid dr filipina selain diorg kena training dulu tiga bulan di agensi. Mgkn sebulan lebih lg baru smp. Agak mahal kalo maid dr philipine ie RM15k n xde potongan gaji ie lepas dtg terus kena bayar. Gaji bulanan RM1440. Xpasti berbaloi ke tak even ramai bg review bagus amik philipines maid ni, tp kita x boleh nk generalise sbb ia bergantung kpd prestasi individu. Harapnya yg datang kali ni dpt bantu n tenangkan kami sikit.
Hikmah tanpa maid
Anak2 ada rasa ihsan pd mama papa. Selalu tny nk tlg apa, rasa kesian nk sepahkan rumah, pandai nk kemas sndr terus. Penah sy siap masak, pastu sy basuh pinggan mangkuk, adam dtg n ckp "adam sedih mama, adam sedih tgk mama buat semua benda"... Syahdu i kejap. Kalo nmpk sy lipat baju, cepat2 nk tlg, kalo nmpk sy basuh pinggan, suma offer nk tlg. Sll sy bagi peluang la even ada masa cm lagi cepat buat sndr hehe.
Pic anak2 kesayangan sy :) sehati sejiwa bekerjasama :)
Macam sy, sejak kecil mmg ada maid, tp bila hari minggu, sy mmg kena basuh toilet, tlg abah basuk kete, sapu halamab rumah, kakak plk tlg ma basuh pinggan etc, lipat baju etc sbb ma mmg nak kami tau buat keje umah. Semoga kami isitiqamah dlm didik anak2 dlm melakukan urusan keje umah jgk. InshaAllah.
Weekend dirumah
Slps ariana dh keluar wad hari sabtu, kami rehat rumah je. Malam smpt keluar nk amik sate ikan frozen yg sy order di seri kembangan. N kami juga dinner sama2 di kayu manis di cyberjaya. As if raikan fmly kami bersatu kembali. Rindu nak duduk serumah berlima.
Suka mkn dekat kayu manis sbb masakan yg sedap selain seafood yg fresh. Ketam nipah yg besar yg masih hidup diambil dr kolam di restoran tu.
Hari ni kami sibukkan diri dgn keje umah selain teman anak2 buat homework dan latih tubi. Smlm mmg fokus byk sikit ie beberapa jam pagi n ptg utk anak2 buat latih tubi. Nxweek irham ada exam kemasukan kelas.
Tentang rutin yang Flexi
Memandangkan kami ni kdg2 rutin agak sibuk, so utk urusan keje rumah kdg2 kami lebih flexi. Cthnya kalau terlalu sibuk atau blk dr bercuti, pakaian kami hantar je ke kedai dobi. Senang. Blk cuma nk kemaskan lipatan n simpan.
Begitu jgk makan, kalo xnk masak n malas keluar mkn jgk, kami order je delivery. Semua fast food ie nandos, kfc, pizza hut, papa john, dominos etc ada, tp yg plg special kami boleh order masakan panas jgk dr restoran dlm kwsn kondo kami iaitu dr Flavours. Kalo x silap, kedai ni milik chef riz anak chef wan. Mmg sgt sedap masakan dia. Tp agak pricey. Sbb sll order tanpa tgk menu, so xpasti harga dia. Kalo xsilap nasi goreng dia dlm rm23/ sepinggan. Berbaloi sbb sedap n mereka hantar smp pintu unah :) smlm kami order nasi goreng kampung dua dan steak = RM85.
Semalam mmg sehari kt rumah je. Lepas lunch, anak2 sambung keje. Dh ptg, kami layn movie bersama. Sbb ariana sorg nk tgk cite kartun, so ariana kami bukak dvd fav dia dr laptop hehe.
Azam
Azam kami, kalo dulu anak2 ikut solat bila maghrib dan isyak je, semoga istiqamah kami nk jaga waktu solat anak cukup lima waktu. Dulu sll rasa mcm anak kecil lg nk kejut subuh, tp bila kami cuba kejut skrang bkn utk ke sekolah tp utk solat subuh, alhamdulillah mereka lebih mudah bangun n cepat2 amik wuduk nk ikut papa solat jemaah.( sbb sll papa berjemaah di masjid). Pejam celik pejam celik, xsedar irham dah nak masuk tujuh tahun xlama lagi ie tahun dpn. Tergalas dibahu kami terutama dibahu ayahnya utk pastikan anak2 bersolat.
semoga diberi kekuatan utk terus istiqamah pd kami dan kami berjaya utk berjemaah berempat setiap waktu. Ameen.
Itu sahaja cerita panjang, cerita ttg kami sehari dua ni. Sekadar diari pjg kami sekeluarga :)
Salam
Mrs Nizar



































bila anak-anak sakit memang meruntun hati.. alhamduLILLAH semuanya dah sihat.. :))
ReplyDeleteJom follow saya
apa jua ujian menjadikan kita stronger ....and closer to our beloved ones :)
ReplyDelete