Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 19, 2016

Gembira itu apabila ......

Akhir-akhir ini, sana sini kita mendengar rungutan akibat tekanan hidup yg makin menekan. Tak dinafikan, ujian ekonomi sekarang byk buat kita xsedar masyarakat kita ramai yg mula hidup dlm keadaan stress. Kdg2 kita xsedar kita sebenarnya tgh stress. Jadi kalau kita tiba2 perasan perubahan perasaan tu, kita cepat2 ubah situasi, sbb stress boleh bawa penyakit. Nauzubillah. Selain byk berdoa, bersolat etc, cuba cari jln utk sentiasa gembira.

Jangan kita kata kita kuat selagi kita tidak diuji.
Jangan terlalu mudah menghukum org atau menghakimi org selagi kita tidak pernah sedetik berada di tpt mereka.
Jangan sesekali perkecilkan ujian org sedang kita sndr tidak yakin utk berdiri sekuat mereka yg diuji.

Sekadar ingatan utk diri.

Walaubagaimanapun, dalam hidup kita, seringkali kita kena berusaha utk terus melangkah dgn gembira. Banyak cara utk kita terus gembira. Jgn terlalu fokus utk mencari gembira, sbb kegembiraan tu utk kita rasai, bukan dicari :)  Apa yg penting, kita buka hati kita sll, utk nampak lebih jelas bahawa perjalanan hidup kita lebih byk yg indah, setiap detik dan waktu. Utk sekecil2 perkara, kalo kita lihat dgn "penuh perasaan", kita pasti akan nampak kegembiraan itu ada di mana2. Yg penting, pandanglah tiap sesuatu itu dgn hati yg lapang :) 

Masalah harus diselesaikan andai diuji. Tp kita usah terlalu fokus pd ujian dan masalah. Fokus apa yg positif setiap masa.. Chaiyo'

Ingatan utk sy sebenarnya :):) 

Byk perkara dan sebab yg asalnya hanyalah remeh tp siapa sangka mampu buat kita sgt gembira :) 


Gembira saya

kegembiraan dlm rutin harian. Kalau kita ambil impak rutin yg negatif, kita akan rasa penatnya rutin kita, sadisnya setiap hari dilalui. Letihnya bagai mengabdi diri. Sayunya menilik nasib diri apatah lg jika menurut bisikan hati membandingkan kehidupan kita dgn sesiapa shj.

Setiap hari sy cuba utk melihat rutin sy dr sudut positif. Even bgn sebelum 5am, melayan kerenah anak awal pagi, mcm2 ujian plk kt tpt keje, baru nk berehat, smp rumah mcm2 tanggungjawab perlu dilangsaikan. Tipulah langsung tak ada bisikan2 yg melemahkan. Sama2 cuba utk lawan bisikan tu (even ada hari kita mengalah hihi). Tapi bila difikir blk, mcm xde apapun jika dibandingkan kesusahan org lain. Menjalankan tanggungjawab sbg isteri dan ibu bukan suatu ujian atau kesusahan pun, cuma sebuah rutin yg kita secara tidak langsung sedia utk pikul sejurus slps bergelar isteri apatah lagi diberikan rezeki menjadi ibu. 

Dan kepenatan bila berdepan dgn pelbagai ragam manusia dan ujian dalam mencari rezeki juga anggaplah bukan suatu kesusahan dan ujian tetapi cabaran utk perbaiki diri dan terus maju. Pengalaman tidak datang percuma ye :) malah sy bersyukur setiap kali "sibuk" dan berdepan dgn apa shj apatah lg perkara baru krn ia adalah jauh lebih baik dr kerisauan sebab tiada kerja. Tekanan tiada kerja lebih besar dr tekanan kerana timbuanan kerja. Happy happy je sll ye :)

Sy cuba cari apa yg boleh buat sy gembira sejurus blk kerja. Cuba utk gembira sll. Bila blk kerja, dlm penuh penat ke stress ke apalagi kalau tgh gembira kan, bertambah gembira bila...

1) nampak anak2, n peluk semua tiga org yg masam tu... Dgn mcm2 benda berebut nk bercerita;
2) anak2 sudah mandi n bersiap;
3) anak2 dan suami sudah dinner;
4) sy dh siap masak utk breakfast lunch dinner n bekal keesokan harinya
5) dapat tido awal dan rehattttt hehehehe....

Mmg sy rasa sgt lapang n hepi sgt bila tiap satu list di atas ditanda "selesai" :) cam hilang satu perkara yg digalas :) senyum dan ketawa kita kadang2 bukan shj utk ceriakan kita, malah yakinlah dlm setiap senyum dan ketawa kita, ada ketenangan dan bahagia org lain di dalamnya. Senyummmmm :):)

Sy suka sgt memasak utk fmly sy. Smlm sy masak awal ckit. Lg hepi kalo lg cepat siap. Sbb smlm nk kuar dating dgn suami n nk beli hadiah suprise utk anak2 :)

Smlm sy masak daging gulai n daging goreng (permintaan suami sy). Daging gulai lupa nk snap hehe... Apa kes asyik snip snap kan :p


Hari ni plk, ini menu utk bekal anak sy esok. Alhamdulillah....ayam masak merah + daging singgang.



Dan sgt gembira sbb setiap malam suami sy akan mkn dulu apa yg sy sediakan utk anak2 nnti even dia tgh diet. Sy tau dia mkn sbb nak amik hati sy. Penghargaan dr suami itu mgkn kecil dan nampak remeh, tp besar kesan pd sy... Hilang terus rasa penat bila org kita syg mcm xsabar2 nk tau apa kita nk masak, n cepat2 mkn bila kita hidangkan :) tq abang :) senyum2 perasan sndr mcmalah sedap sgt diri ni masak hehe. 

Oh ye, tp diet kita masih ON ye sayang ;) tipu ckit2 je hihi



Lebih gembira bila cikgu adam ckp, dia terharu dgr adam ckp "adam suka bawak bekal. Bila adam nk mkn bekal mama, bila adam bukak je adam jd ingat mama. Adam jd rindu mama sll". Cikgu adam ckp kata2 adam terlalu dewasa dr usia adam. Ibu mana xgembira dgr kata2 manis itu. Alhamdulillah. Terima kasih allah utk anugerah anak manis ini.

Makin sy gembira dan xpernah rasa letih sediakan bekal n memasak utk keluarga sy yg tercinta, setiap hari. InshaAllah tanpa gagal ameen. Kerana  di situ ada kegembiraan sy :) disetiap suapan anak2 dan suami tercinta. Rasa lega lepaskan anak ke sekolah, slps makan pagi bersama dan sy tau, ada bekal air tgn sy dgn mereka bila kami berjauhan seketika :) semoga terus istiqamah ameen.

Ternampak suntikan kata2 ini dr Dr Shukri abdullah. Kata2 positif ini kdg2 byk membantu utk melahirkan perasaan positif dan gembira utk kita.


Gembira anak2

Saya harap anak sy gembira sll. Gembira mereka mgkn bila ada mama dan papa dan dpt main sll (teka sy). Anak2 sll sgt gembira kalau dpt bg kejutan kad pd kami. Gigih mereka lukis kad ucapan utk kami sll, hampir setiap hari. Kdg2 kami juga nak bg kejutan pd anak2. Semoga kegembiraan sll dgn anak2 mama.

Smlm mama keluar berdua dgn papa. Kami belikan lego sbg kejutan utk anak2. Kejutan sebab :

1) rutin mereka padat. Tp mereka xpernah mengeluh. Mudah bgn pagi, hepi pergi sekolah. Sy rasa sgt lega.

2) irham terpilih utk masuk ke kelas DLP. Even perasaan bercampur baur ie gembira sbb tahu hny 300 sekolah terlibat di seluruh negara (keseluruhan jumlah sek ren dan sek menengah- kbykan sekolah berasrama penuh) yg dipilih utk program ni dan dr setiap sekolah, hny sebahagian pelajar yg terpilih ke program DLP ie bergantung pd ujian kemasukan baru2 ni. Gembira utk keputusan exam irham baru2 ni. Tahniah irham utk permulaan yg baik. Semoga ia menjadi batu loncatan utk terus maju. Ameen

Tp agak risau sbb program ni masih baru. Sistem pendidikan sll berubah kan. ie anak2 dlm program DLP akan belajar dlm bahasa inggeris utk maths dan sains (4 kelas dr 13 kelas di sekolah irham terpilih). Semoga dipermudahkan sll.

Utk kejutan pd anak, mama susun kesemua lego kat atas meja di ruang tamu sejak malam lagi :) mama tahu irham dan adam nk sgt koleksi ni sbb pernah tgk irham adam teruja tunjuk sblm ni.


Bangun pagi semua terkejut dan sgt hepi bila nampak hadiah masing2. Terus mandi sbb nk main lego sekejap sblm ke sekolah. Kami bg la kejap main even xsmpt selesaikan semua.

Wajah ceria sblm mandi... Ucuk acam semua :)



Yeay dah mandi dah. 




Pukul 7.00am, semua dh siap nk pegi sekolah slps dh breakfast etc. gembira bila tgk anak2 ceria :) alhamdulillah. Semoga ceria2 sll anak2 mama ameen.

Tahu tak bila kita gembirakan sesiapa shj apatah lg anak sndr, kita akan berasa lebih gembira dr mereka yg kita gembirakan... Seriussssss :):)

Gembira si suami

Saya sll berharap suami sy sentiasa gembira. Bahagia. Ceria. InshaAllah. Sy tau, sama seperti sy, bila family gembira, dia lebih2 lg bahagia. Tp ada satu lg perkara yg boleh buat dia gembira :)

Tadaaaaa...


Nampak cam besi ntah apa2 kan. Tp besi ni boleh buat suami sy senyum juga.  Mcm2 besi pelik2 suami sy ada. Kejap2 serius wajah picit hset, elok kejap pastu, dh senyum. Sebab apa? Sebab leh bawak "besi" balik. Beli online je yeee... Heheh... Dan ini "besi" terbaru suami sy utk projek enjin S204 dia xlama lg.  Saya suka bila suami sy gembira :):) sy hrp suami sy gembira sll sbb dia sll gembirakan kami. tp apapun yg awk buat, pastikan keselamatan keutamaan sll ye. 

Apa2 shj la yg kita buat, semoga kita dpt menggembirakan org di sekeliling kita dan semestinya ia akan menggembirakan kita utk teruskan hari2 kita yg mendatang. Berdoalah sll, Allah Maha Pemurah. Andai ada ujian, yakinlah ujian itu akan hadir bersama kemanisan dan hikmah :) alhamdulillah januari ni byk jgk cerita gembira, kalo ada rezeki sy cerita nx entry.

Gembira kami

Dan yg pasti, kegembiraan kami yg sama di hati adalah bila kami dpt luangkan masa bersama. Random pic :)

Ni aktiviti picnic slps ambik irham balik dr sekolah agama ptg. Lapang hati tgk anak2 senyum ketawa :)














Juga picnic hari minggu di pantai pengkalan balak di melaka :)













Alhamdulillah... Ingatan utk saya, juga keluarga saya. Definisi gembira berbeza tiap manusia. Utk mlm ni, sy berasa gembira itu ada bila ...

* gembira itu ada bila kita menghargai waktu2 diluangkan bersama org2 yg kita kasihi dan cintai, krn tak selamanya mereka dipinjamkan pd kita. Hargai ketika masih "diberi".. Suami kita, ibubapa kita, anak2 kita dan semua yg kita syg.

* gembira itu bila kita melihat senyum di wajah kesayangan kita.. Itu tanda kita dan keluarga kita masih diberi kesihatan yg baik dan hati yg lapang. Sbb itu kita mampu tersenyum. Berdoalah agar dijauhkan ujian dan musibah yg xmampu kita tanggung.inshaAllah.

* gembira itu bila kita memberi dan memberi tanpa mengharapkan apa2 balasan. Gembira itu dtg dgn lebih besar apabila kita gembirakan org. Lapang hati itu dtg bila kita memberi. Jgn letakkan apa2 harapan agar tidak terluka sendiri :)

* gembira ada di mana2. Gembira utk dinikmati dan dihargai bukan utk dicari. Setiap perkara pasti dtg bersama kegembiraan jika mata hati yg menilai segalanya sbg hikmah.

* gembira dtg dlm berkasih sayang. Sebarkan ihsan dan kasih sayang kpd setiap org yg hadir dlm hidup kita walau hny utk sekilas waktu.

* gembira itu hadir dr hati. Hati bukan milik kita tp milik Allah. Mintalah pd Dia agar diberikan hati yg tenang dan gembira sll. Gembira itu satu anugerah. 

* tp gembira bukan akan dtg bergolek. Kita yg membina perasaan itu, kita yg suburkan rasa itu... Selagi Dia izinkan.


* gembira la utk setiap perkara yg kecil, ia menjadikan kita lebih menghargai kehidupan kita sblm bgembira utk perkara yg lebih hebat :)

* dan hakikat utama, gembira itu sebenarnya akan hadir setiap kali kita bersyukur. Semoga kita tergolong dlm org yg sentiasa bersyukur. 

Semoga kita diberi kegembiraan dan ketenangan sll. Ameen.ameen ameen

Mendoakan kegembiraan sll,
Mrs Nizar๐Ÿ˜๐Ÿ’‹

























2 comments: