Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2016

Family Get Together & Cubaan Makan Eksotik

Semalam hari minggu pertama cuti sekolah bulan Mac. Semua orang mula plan bercuti2. Pada asalnya kami juga merancang untuk bercuti juga ie konon nak ke canada sebab kawan papa dah bak balik msiap april ni, tetapi keadaan cuaca di sana yang terlampau sejuk beku tu mungkin tak sesuai utk kami travel sebab tempat2 menarik semua membeku dan tak seindah rupa yang sepatutnya.

Kakak sulung saya dan adik saya aina dan azizi akan bertolak ke Jepun selama beberapa hari untuk ke Disneyland (hobi kakak setiap tahun bawak family ke disneyland. Mereka dlm misi nk visit semua disneyland. Sebelum ni ke disneyland hong kong dan paris).

Kakak saya yang kedua pula seminggu akan ke perak dan ke kelantan untuk bercuti sambil kerje juga. Ma dan abah pula nak balik terengganu seminggu tak lama lagi utk attend wedding sepupu saya. Selain tu, abah saya dalam proses bina 6 buat rumah semi-D di tepi pantai terengganu, semua barang dah sampai, jadi kontraktor minta abah balik untuk melawat sekali ketika awal pembinaan. Moga dipermudahkan. Ameen.

Tinggal la saya dan adik lelaki yang tak ada plan ke mana2 hehe. Jadi kami semua merancang untuk berkumpul sebelum masing2 bercuti. Semua sepakat utk gathering kali ni, berkumpul di rumah saya.

Awal pagi sempat saya masak ketam nipah masak cili dan kari tulang untuk breakfast. Ish ish... Breakfast like a king kan :p





Lepas breakfast kami ke IKEA Damansara, ada beberapa barang kami nak beli. Sementara tunggu papa bayar, saya makan aiskrim dan karipap dengan anak2.



Lepas shopping, kami balik hantar anak berehat sebelum saya keluar beli mknan. Actually kami pernah merancang nak makan sama2 di Kedai Nasi Kandar Line Clear di KL sama2 sebelum ni. Sebab asyik tangguh je, saya offer utk ajak fmly sy makan di rumah saya je semalam.

Gigih pegi jam 11am. Mujur pegi awal, sekejap je saya beratur ie ada 5 orang sebelum saya. Elok lepas tu sangat ramai pelanggan datang beratur untuk beli makanan. 

Menu utama kegemaran haruslah telur sotong. Ni kegemaran ma saya. Abah pernah gigih ke penang semata2 nak tapau telur sotong utk ma saya yang pregnant adik saya :)


Ni gambar menu pilihan hati. Ayam goreng, kari kepala ikan (ye suami sy pilih dua ketul yang paling besar, cukup utk semua orang), kambing kurma, sotong kari, telur sotong, sayur etc. kakaksaya azura pula rajin gorengkan mee dan beli ayam KFC manakala kakak sulung belikan kek (kebetulan birthday anak buah dan abg ipar ie suami azura).








Masa untuk bergambar ... Snip snap snip...













Bila berkumpul, anak2 juga dapat bermain gembira dengan sepupu2 mereka :)





Aktiviti petang, selepas rehat seketika after lunch, semua turun ke kolam renang untuk berenang bersama.






Lepas hampir dua jam mandi, semua kesejukan dan kelaparan. Cepat2 saya buatkan milo panas untuk anak2 dan semua berebut nak makan mee goreng :)




Jam 9.30 malam, semua beransur pulang ke rumah masing2.

Keesokan harinya, awal pagi ie seawal 6.00 am ariana bangun tidur menangis nak makan nasi. Gigih la saya goreng nasi dan buatkan hotdog untuk breakfast sementara suami di masjid. Awal pagi semua dah mula lapar kesan makan banyak kot semalam tu hehe.


Elok lepas makan, suami minta kami bersiap. Dah beberapa minggu suami ajak kami ke sekinchan nak cuba beberapa makanan eksotik. Paling suami teringin adalah landak... Erk... Hihi. Saya tak berani nak cuba hehe.

Perjalanan dimulakan :)




Kami dengan bantuan waze mula redah kampung2 yang cantik pemandangan, malah ada satu tu lorong yang sangat sempit di mana kiri dan kanan jalan adalah tali air (cuak hehe). Saya memang suka tiap kali masuk tempat sawah etc.




Perjalanan ke sini dari rumah kami dalam 107km. Akhirnya, kami tiba ke destinasi


Best kedai ni. Di tengah sawah tapi ada pokok2 jadi teduh. Angin bertiup sangat nyaman. Adam cakap, bestnya bunyi burung2 berkicauan. Ada tempat untuk makan bersila juga.




Niat hati suami saya nak makan daging landak dan kijang, tp dua2 tak ada. Kebetulan habis stok. Kat sini semua makanan eksotik ada ie landak, kijang, rusa, arnab, ayam hutan, ikan baung dan belut, selain udang galah dan ayam kampung. Masakan dia memang sangat sedap.


Makanya untuk suami ada ayam hutan goreng berempah, rusa masak blackpepper, arnab masak merah.

Saya dan anak2 pula memilih ayam kampung goreng, udang galah masak lemak, udang galah masak cili, keli goreng, telur masin dan ulam2.





Terjegil mata adam bila papa cakap adam tengah makan arnab, bila adam komplen kenapa "pelik rasa ayam ni". Hihi. 

Lepas makan2, kami bertolak balik. Sempat lagi tapau lauk. Saya ada juga bungkus udang galah, selain lauk eksotik suami sy.

Sampai time dinner, tetiba rasa tak boleh nak makan sebab dia bungkus lauk dalam plastik asing tetapi masukkan kesemua lauk tadi ke dalam satu plastik besar yang sama. "Lain macam" pulak i rasa hehe.terpaksa la i dinner megi sorg2. Suami saya gelak sakan bila tanya kenapa saya tak makan nasi hehe. Bab makan memang saya tak cukup adventure hehe.


Inilah aktiviti family kita ketika hari minggu lepas. Salam.

Mrs Nizar



































2 comments:

  1. Aimi. Tau tak bile nampak aimi post gambar makan makanan eksotik ni memang tunggu u punya post dekat blog.. Thank u thank u.. Tapi mira pun belum cukup tabah la nak melahap landak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Tu la, sy pun jenis takut sikit bab try makanan pelik2 ni.. Terbayang bukan2 :p tp ramai cakap landak kat kedai ni sgt sedap :) hehe

      Delete