Ini diari kita minggu lepas.
Majlis selesai dah petang. Balik rumah mama dan papa kepenatan. Baring dan berehat je. Malam kita rehat makan2 dirumah.
Petang ahad, kita pegi wangsa walk. Nak potong rambut anak2 tiga orang dan juga nak cuci rambut saya.
Hari minggu 26-3 dan 27-3
Sabtu
Saya terpaksa bekerja. Alhamdulillah kami dapat satu lagi projek perumahan baru di Kinrara. Jadi terpaksa siapkan staff untuk majlis pelancaran jualan rumah baru ie majlis tandatangan jualbeli rumah.
Gigih suami dan saya belikan staff baju yang sama utk majlis itu. Kami beli di Uniqlo, kemudian hantar print nama setiap staff yang terlibat.
Saya pun tgedik pula rasa nak belikan sport shoes dan jeans baru utk attend signing tu. dah lama xbeli kasut sukan (suami saya ada dekat 10 pasang kot kasut sukan dalam satu waktu. Siap baru ni dia terkejut jumpa lagi tiga pasang kasut sukan dalam beg. Belum pakai kot haha). So sy ambik nike airmax. Ada sale jd rm680. ok la sesekali. Leh geng dgn suami dah hehe. Suami dah beli sebelum ni.
Ahad
Awal pagi papa ajak kita bersiap. Kita breakfast di Genting Highlands. Lepas tu kita pusing2 kat sana jap sblm ke Bukit Tinggi. Sebab cuaca agak panas, kita xjadi la main2 dgn arnab di rabbit park. Kita balik rumah dan berehat (penat tak habis lagi sebab spjg mggu sebelum tu mmg sy sangat sibuk sikit di office). Gambar jalan2.
Selalu kami ke AEON Wangsa Maju. Tapi sekarang sy lebih suka kat sini sebab :
1) ada tempat bilik khas utk perempuan shj (kalai tak saya sll potong rambut di trg je).
2) harga utk gunting rambut anak lebih murah ie rm15. Sblm ni salon kami sll pegi tu dalam rm23 seorg.
3) selesa dan cepat.
Kedai sebelah manhattan fish market.
Suka cik ariana dapat teman mama bersama.
Hari minggu 2-4 dan 3-4
Sabtu
Sepanjang hari duk umah tokma dan tokki di bangi. Berkumpul semua adik beradik. Ma saya masak special hari tu.
Selalu bila bersama, pasti abah ambil satu slot untuk nasihat dan bagi pandangan pada keenam2 anak abah.
Utk kali ni ingin sy share sedikit, utk rujukan akan datang saya dan mungkin kredit utk abah andai berguna pada yang membaca nanti.
1) tiada apa yang lebih penting dalam hidup melebihi solat. Dalam keadaan apa pun, cuba sedaya upaya untuk tinggalkan setiap kerja bila dengan panggilan azan utk solat -- inshaAllah hidup kita lebih berjaya di dunia dan akhirat. Hati akan lebih lapang.
2) untuk lelaki, berjemaah la setiap waktu. Andai tak mampu, cubalah jangan tinggal jemaah di masjid utk subuh dan isyak. Macam saya, kadang2 suami tak ke masjid sbb sy sibuk memasak pagi hari, suami akan sibuk siapkan anak, abah minta sy ubah diri. Bangun lebih awal utk memasak atau masak malam sebelumnya utk beri ruang suami ke masjid. Sebab masjid xjauh. Paling tidak, bangun awal dan siapkan anak untuk berjemaah di rumah. Selalu suami ke masjid di hari minggu je untuk jemaah subuh.
Saya cuba ubah, masyaAllah, memang besar Allah permudakan semua. Tadi saya terlewat sikit bangun ie 5.45am. Terus saya ke dapur dan masak nasi lemak ayam goreng n telur sambal juga bilis goreng. Semua jadi mcm cepat siap. Anak mudah sangat bangun dan mandi. Rasa tenang je tak kelam kabut semua nak bersiap. Lepas breakfast kami keluar rumah pun awal ie sebelum 7.20am. (anak saya jenis tak nak mandi dan bersiap dgn maid even ada maid, family pun xnak maid masak dan nk breakfast pun kadang saya suap)
Kebetulan abah dan ma tidur di rumah sy malam tadi. Saya rasa pagi saya hari ni sangat tenang. Suami balik masjid pun terurabersiap. Semoga terus istiqamah. Sama2 kita berusaha utk menjemput rahmat ke rumah kita selalu. Ameen. Banyak perkara perlu diperbaiki.
Andai tak mampu ke masjid, berjemaah la selalu bersama keluarga. InshaAllah. Terima kasih abah atas nasihat dan pelbagai kisah yang kami berkongsi sesama adik beradik juga.
Satu je gambar makan sempat saya ambil masa di rumah tokma.Cik ariana boleh hirup licin dua mangkuk tomyam.
Snap n sent kat papa yang ada di bengkel tgh servis kete hehe
Ahad
Awal pagi memang kita sekeluarga rehat je di rumah. Lepas tu kita keluar lunch di Shell Out Setia Alam. Nyumnyum. Shell Out tak pernah mengecewakan.
Kami ambil ketam size XXL kali ni. Nyumsss
Kami ambil ketam, king prawn, lala dan sotong, nasi, chicken soup dan onion ring. Semua sangat sedap.
Anak2 pun banyak makan. Lepas makan2 kami ke KLCC. Nak penuhi janji dgn irham utk belikan lego.
Sekarang musim Nexo Knight. Yang irham berkenan tu semua dah habis stok. Kami ke box of block klcc. Lepas tu ke toys r us, parkson dan isetan. Gigih mama call pula box of block di the garden dan sunway piramid. Semua pun dh habis.
So sebab irham tak sabar dah nak lego baru, irham ambil model lain. adam juga dapat satu set, tp yang kecik ckit la (hadiah effort adam ke sekolah dan perangai elok. Irham besar ckit sbb kanji utk hadiah result baik. Ariana pun dapat juga atas effort masing2 yang seronok ke sekolah). Tapi ariana tetiba xnak lego, nak stroller baby plk.
Disebabkan semua tempat tak de stok, kami ke toys r us sebab kami dapat redeem point, ada RM60. Mmg kami selalu beli n redeem point di sini. Berbaloi jadi member.
Gambar masa shopping :) girang semua :)
Dah happy dah semua, jom kita balik....
Aktiviti gigih berlego dirumah pula. Happy mama dan papa bila anak2 gembira.
Hari ni hari isnin,semoga semua bersemangat di sekolah dan untuk bekerja. Semoga kita semu dalam rahmat dan lindunganNya sll.
Happy monday everyone !!
P/s: jumaat lepas saya sgt gembira dan bersyukur. Saya dimaklumkan mendapat dua projek perumahan baru.
Satu dari surat perlantikan ni utk projek di subang.
Syukur, berita ini saya dapat ketika saya baru selesai mesyuarat perlantikan projek baru dengan pemaju untuk projek di johor. Ini projek johor saya kali ni.
Nak menitis air mata detik terima berita gembira ni serentak elok selepas solat jumaat (mungkin xseberapa pada org tp pada saya setiap rezeki saya sambut penuh kesyukuran). Semoga Allah permudahkan dan diberi rezeki yang berkat pada kita semua. Ameen.
Semangat saya datang dari restu dan doa suami dan ibubapa saya juga dari senyuman anak2, iaitu nyawa saya di dunia ini. Alhamdulillah. Dalam tiap ujian dan kesusahan Allah beri juga sinar utk keluarga kecil kami.
Salam.
Mrs Nizar

















































alhamdulillah. happy for u :)
ReplyDeleteThanks kaklah :)
Delete