Sekali sekala dating dengan anak dara sementara papa pula outing dgn sang teruna.
Papa drop kami ke salon di wangsa walk. Suka salon ni sebab selesa, ada bilik khas utk wanita bertudung. Tp bilik ni tak la di hias cantik mcm ruang utama.
So selain gunting rambut bersama dgn ariana, kami cuci rambut n buat treatment bersama. Actually yang gigih nak cuci n buat treatment tu bukan mama, tapi anak dara saya. Kita layan jelah :) lama tunggu mama habis pantang , tak nak pegi salon dgn papa sbb ariana cakap kalau dgn papa, papa pegi gunting rambut je. :p
Setiap kali pegi salon, wajib nak cuci rambut :) ni dh banyak kali ajak mama pegi spa, nak "picit2 muka" (facial), nak "buat kuku2" (pedi medi) etc. feminine sangat anak dara ni ;p
Sementara kami d salon, gigih papa pegi ke kedai barang2 spare part audi sambil basuh kereta kat sana.kat sana pun ada bilik pameran kereta. Layan anak2 teruna makan aiskrim juga.
Papa cakap teruja sungguh semua kalau ke bilik pameran kereta. Lagi teruja sbb dpt tgk alat2 spare part ie yg belum di pasang kan. Wowww sana wowwww sini... Haha tak la susah sgt nak entertain anak2 ni, masing2 ada minat sendiri :) mujur minat sama dgn ayah mereka.
Selepas hampir dua jam, papa jemput kami dan anak2 berjumpa semula. Kemain happy duk cerita2 masing2. Rindu lettew :)
Sedikit perkongsian sebagai seorang ibu. Semoga kita amalkan sll inshaAllah.
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "
*Begini doanya:*
*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..
Sekian, salam.
Mrs Nizar
P/s : tulis entry ni sbb tgh gigih teman en Nizar bawak kereta kami dicuci n servis sblm blk kampung mggu ni di kedai yg sama papa bawak irham dan adam tadi :)
hari2 dtg cuci kereta sbb musim hujan n cepat kotor. Ada orang tu pantang kereta tak berkilat :p Layan jelah....
No comments:
Post a Comment