Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 14, 2017

Weekend & Weekdays bersama Nizar Jr.

Weekend selalunya masa dinanti2 sesiapa shj termasuk anak2 kami. Minggu lepas byk aktiviti bersama kami lakukan bersama.

Seawal pagi, bangun tidur terus saya ke dapur siapkan mee goreng utk sarapan sementara anak2 bersiap2 mandi etc di blk mereka. Papa pula sibuk mengecat tangga etc utk kilatkan balik di area pool rumah kami.

Taraaaa hasilnya....


Lepas tu, papa kerah anak2 utk basuh kereta bersama. Papa cuci Audi manakala anak2 dikerah mengelap Subaru sbb mereka semua sayang sgt subaru kan huhu. Kalau bab membantu, anak2 mmg teruja. Teruja setiap kali diberi tugasan :)





Sementara si kecil kami Ammar bermain dgn mama 24/7. Yippieee


Lepas tu, kami lunch sama2. Lately suka sangat mencuba resipi baru. Cuba tomyam santan, sup ayam ie kuah soto + cili hitam etc.

Kemudian, papa kerah askar2 papa utk tolong pasang meja dan kerusi baru utk kami guna di "ofis kecil" kami di rumah. Bila barang dr ikea, gigih sikit la kena pasang kan. 



Kejap je askar bantu, selebihnya sibuk berkarya hehe...buat art dr kotak2 meja tu huhu


Hasil keje tangan irham dan adam :)



Siap pun bilik merangkap office kami


Nama je ofis kami, tapi macam office suami saya la sbb dia yang akan byk bekerja di sini ie buat data semua. Ni pic smlm :) 


Anak2 tny kenapa kena ada ofis di rumah? Saya cakap, anak mama makin ramai, mama kena la lebih byk masa dirumah sbb ramai nak main dgn mama, tapi lagi ramai anak, lagi kena keje kuat juga utk cari duit pd anak2. So mama keje dari rumah pula, so byk masa dgn anak tp dpt keje kuat juga. masuk ofis bila perlu sbb sy ni mmg sll xlekat office bila dlm bidang marketing ni.

Petang pula papa layan anak2 ajak bercamping pula. Camping kat halaman rumah je.:)

Sempat main layang2 juga...







Solat jemaah pun di luar ie tepi khemah mereka.


Penjaga mereka tak jauh pun hehe... Sbb angin kuat, pukul 9mlm semua masuk rumah kesejukan

Itu cerita sabtu. Ahad awal pagi semua ke kelas Karate. Lepas tu balik kita belajar bersama sebelum layan beberapa movie yang papa beli di TV.

Weekday pula mcm biasa sibuk dgn rutin. Malam smlm, anak2 sibuk nak mama masak wrap pula. Layan jelah sbb mudah n cepat.

Nak share resepi wrap versi sendiri. Dr google byk yang panggang n perap ayam, since suami n anak2 saya nak wrap ayam mcm kfc ie yang bergoreng, so kita goreng la dulu. 

1) pilih ayam bahagian isi ie dada shj. Perap tepung goreng ayam. Suami sy suka tepung bestari rasa dia mcm ayam goreng Mc Donald haha (kami dh tahun ke 7 tak makan mcD sebab masih boikot).


2) goreng ayam


3) siapkan bahan2 utk di wrap nanti. Ni je sayur2 di peti ais, ada lettuce, capsicum, bawang, tomato cherry, mozarella cheese, minyak zaitun, mayonis + seasoning.


4) kecuali tomato cherry dan lettuce, semua saya goreng kejap dgn minyak zaitun + seasoning.



5) tortilla di sapu mayonis dgn mewah sebelum bahan2 lain dimasukkan. Tabur juga mozarela cheese. Kemudian belek2 kan hasil wrap di kuali jap utk cairkan cheese dan bg wrap melekat.


6) tadaaaa dah siap.


Anak2 mmg sll cakap sedap, mulut manis. Masak sardin pun dapat sejuta bintang haha. Suami ckp dia beri 4.5 bintang. Ok laaaaa... N maid sy ckp "its delicious madam" muehehehe.... Perasan la i smlm sblm tidur. Mcmni la gaya orang tak pandai masak bila dipuji pandai hahah...

Adam n papa n maid habis la seketul. Irham dan ariana share sbb besar portion dia ( kena control ckit nampaknya intake mkn adam ni huhu).

Baru ni papa terjumpa ni dalam buku irham. Ye, anak2 mmg sentiasa memerhati. Mereka assumed dr pemerhatian mereka :)


Itu jelah cerita The NizarS kali ni. Semoga happy2 sll semua dan hari ni sentiasa menjadi lebih baik dr smlm.

Salam

Pic : gini la anak2 ie tiga2 org. Papa bg power nap tiap kali blk sekolah atAu nak ke sekolah ptg. Kredit pic dr papa dgn adam :)





mrs Nizar







4 comments:

  1. Mudah n simple je tu, boleh buat kat rumah nnti :)

    ReplyDelete
  2. bestnya bercamping dekat rumah sendiri.. tepi pool lagi u.. ala-ala tepi sungai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tu la, mak pak pun happy. Papa happy sbb camping ada wifi, mama pulak happy sbb tiada lg masalah toilet masa bercamping hehe

      Delete