Lama tak menulis. Banyak nak tulis, ie blog ni diary utk sy kan, mcm2 kenangan kalau boleh nak tulis. Tapi mcm xcukup masa dan mood menulis pun tak ada. So bila dtg mood menulis, jadilah entry kali pjg sikit. Entry banyak gambar tentang ttg percutian singkat yg menawan hati sy.
Santai anak beranak. Bila dtg hotel, kadang x kisah la diorg nak "berimaginasi" smp sepah2 ie main bot la atas sofa etc. janji semua happy ye :)
Yang ni dia pggl beach chalet, belum siap lg. Suami dh chup nak dtg elok lepas siap nnti. Plg dekat dgn ombak. Pihak hotel kata akan hubungi kami once dg siap kalau nak dtg.
Lepas dah penat mandi laut, harus la lapar. Kami order room service sbb mcm xpraktikal nk mkn kat luar. Makanan dia sedap tp agak lama utk order smp (mgkn mereka masih belum ready sepenuhnya utk terima pengunjung).
Tertarik nak menulis lepas baca blog Marion C**ter. First time terbaca ayat sama spt apa yg selalu ada dlm hati sy. Katanya, ramai kwn2 katakan yg dia "crazy" sbb sanggup bercuti/naik flight utk percutian singkat ie 2 mlm etc. tapi baginya percutian tu perlu utk fmly especially dengan schedule suami yg sll sibuk, mereka memerlukan masa berkualiti di hari minggu.Bercuti seketika boleh bg semangat baru + mencipta masa berkualiti bersama keluarga.
So, xde la mengarut sangat kalau dtg perasaan nak bercuti sll setiap weekend (apakan daya, anak ada kelas selain xmampu la pulak kan. Kali ni berjaya pujuk papa utk anak2 ponteng sekali kelas robotik dan karate mereka).
Alhamdulillah, Mac adalah bulan yang agak sibuk buat sy. Dan dlm sejarah spjg sy beroperasi pejabat sndr, Mac adalah bulan plg byk file yang sy terima. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Dan secara tidak langsung, Mac menjadi bulan agak sibuk saya dan agak terkejar2. Weekend juga terpaksa bekerja kerana ada event "signing" dr jam 9am smp 5pm sepanjang hari (bersama team). Saya terpaksa tambah seorang lawyer baru dan tiga staff pada bulan ini. Semoga Allah permudahkan urusan kerja dan dimurahkan rezeki kita sll ameen.
Walaupun letih, sy bukan mengeluh, tapi sgt bersyukur. Kesannya, jumaat lepas, rasa betul2 penat. Betul2 nak berehat di tepi pantai. Minggu sblm tu mmg dh bercuti, tapi tu "percutian utk anak2" ie kami ke hotel legoland. Maksud bercuti bagi sy ie utk berehat harus la di tepi pantai... Ye sy sgt sukakan pantai, anak2 sy pun sgt sukakan pantai.
Awal pagi sy dah ada appoinment di shah alam. Macam biasa, smpt breakfast bersama suami tersayang.
Cubaan pertama
Masa tengah breakfast la tiba2 cakap kat suami, teringin nak pegi langkawi la. Bukan nak jalan2, nak stay di hotel je tapi hotel yg betul2 cantik, tepi pantai dan nak rehat puas2. Siap ckp lagi, mggu depan kena keje plk weekend, minggu lepas je sy boleh jalan2.
Suami ckp "Ok, jom". Terus bcadang nak ke St Regis Hotel Langkawi. Cek bilik, ok available. Pastu plan nak bawak kereta ke sana, tp prosedur dia kena booking tiga hari plk sblm btolak. Tengok plk tiket flight, yg murah sikit ada pukul 3pm, jumaat hari yg sama. So plan nak ambik la kan, tapi suami duk fikir2 sbb yg plg murah pun RM3500 utk tiket pergi blk sekeluarga (last minute kot). Suami ckp dgn harga ni, byk lg tempat lain boleh pergi. Haish... Tgh discuss, office call ckp ptg ada appoinment plk. Dgn frust saya cakap, ok sy boleh attend meeting petang.
Cubaan kedua
Lepas meeting, cakap suami, camne ni, rasa nak berehat, nak pegi pantai sgt. Suami ajak ke Avani.... Hmmmm... Tapi tak terbuka plk pintu hati. So kami plan ke pangkor laut. Tengah nak buat reservation, hati pun mcm xberia rasa nak pergi. Suami ckp dia ok kalau nak ke pulau pangkor, masih sesuai utk travel mlm tu sbb jarak dia x la sejauh nk ke kuala perlis. Tp sbb hati x terasa nak ke sana, So cancel. Malam tu tidur jelah kat rumah hehe.
Cubaan ketiga
Bangun pagi, kami bersiap2 utk makan di rumah ma sy di Bangi. Time tu jugak la dtg idea, nak ke cherating. Plan asal nak ke club med, tapi xde bilik kosong plk sbb lewat sgt kan plan.
Suami gelak ckp, xputus asa lg sy ni. Sy ckp mmg rasa betul2 nk bercuti. Cm super penat plk lately even hari ni pun kami kerja lagi ie dr 9am - 5pm. ( Tp suami n team jelah stay smp 5 ptg, sy terpaksa blk pukul 1.30pm sbb tak berapa sihat. Ye akhirnya masa tulis entry sy dh demam pun, start dua hari lepas. Mgkn schedule padat ditambah rutin seorang ibu + breastfeeding mommy ie bgn malam bkn shj utk menyusu + utk buat stok juga, sy rasa agak padat dan penat juga la). Bila suami ckp "jom", harus la i melompat hepi. Tq papa sbb sll memahami.
Tapi kat cherating mcm xde sgt hotel spt yg sy impikan. Gigih suami google, dan terjumpa la hotel Royal Chulan Cherating. Dari website mcm baru buka tahun lepas. Tgk rate bilik RM1600 plg murah (ie villa). Ok, suami bg greenlight (sbb kalau ke langkawi, tiket pun mahal n bilik hotel pun lg mahal juga). So suka la suami sbb i teruja nak pegi.
Smpt google dr booking.com, rate utk hari tu RM1590. Terus suami suh booking. Masih gatal nak call dulu tny, yeay sbb dah last minute sgt, mereka kata ada promotion jadi RM1200. Kami mmg sll bercuti last minit, nak share tips. Kalau dh last minute kan, sila call hotel. InshaAlalh harga lebih murah drpd website.Terus kemas beg, dan bertolak ke cherating lepas makan di rumah ma. Kami bertolak dr bangi jam 12.30 tengah hari. Ma bekalkan kami nasi dagang lagi :)
Perjalanan kami tenang dan cuaca redup.
Sampai kat sana, mmg teruja tengok. Betul2 spt yg sy harapkan, hotel cantik, baru, betul2 mengadap pantai, bunyi ombak menghempas pantai, sgt privasi. Cantik dah mcm ke pulau. Alhamdulillah.
Utk masuk ke kwsn hotel, pihak security akan semak nama kita dh buat reservation ke belum, kalau x, tidak dibenarkan masuk.
Parking kat bawah je, n buggy ambil kami naik ke atas.
Masa smp ni la baru mereka ckp, actually hotel ni baru beroperasi Mac 2017. Kami antara pengunjung terawal. Kebetulan pada hari yg sama ada family day kerabat sultan negeri kelahiran suami sy. So semua villa penuh. Ada 17 villa xsilap. Utk bilik hotel masih belum siap.
Kedatangan kami di sambut baik ie dgn biskut + teh halia + pemnandangan indah + staff yg peramah. Tak perlu bersusah nak check in, duduk je, semua mereka yang dtg termasuk ketika pembayaran. Saya suka :)
Dan inilah bilik kami :) jom layan jutaan pics :)
Lagi gambar villa kami dr pantai dan gambar anak2 sakan mandi laut :)
Mee goreng dia sy bg lima bintang hehe. Nasi goreng boleh la, dlm 4 bintang. Itk yang kuat mkn mcm kami ni, portion utk sepinggan mcm xberapa cukup haha. Mgkn jgk sbb sedap/ lapar sgt. Kata papa, hmmmm agak mahal utk kuantiti ini huhu.
Malam tu anak2 tidur awal kepenatan. Awal pagi, kami breakfast di sini. View tmpt breakfast harus la cantik, tp menu dia xbyk. Irham dan adam kena top up RM18 seorang. Irham plk cuma makan roti canai sikit dan roti bakar sekeping huhu.
Smpt mama selfie masa otw nak blk.
Kita check out dlm pukul 1. Smpt singgah di terengganu jap sblm menuju kuantan. Cari kedai kula cakes yang famous tu. Mmg sedap la manggo cheese cake dia :)
Masa otw blk kl, smpt juga singgah ke Go'bang di temerloh. Even suami dan sy tak makan tempoyak, mahupun ikan patin, tp tiba2 teringin plk nak singgah hehe.
Alhamdulillah satu lg kenangan tercipta dan sy lebih relaks dan bersemangat utk mulakan isnin slps percutian ini hehe.(alasan !!) semoga ada rezeki utk dtg ke sini lg. Kata papa, tnpt ni boleh jd tempat percutian fav kami lepas ni. InshaAllah.
Nanti nx entry nak cerita ttg cuti2 di johor ie cuti2 utk anak2 (minggu sblm tu).
Sekian. Salam.
mrs Nizar
siyes besh tuuuu
ReplyDelete