Lama rasa tak menulis. Banyak nak menulis, tapi mood menulis teruk sgt merudum dek kepenatan amat. Weekdays skrang macam tak cukup masa dan tanah nak menapak. Wkend pula back to back bercuti setiap minggu ie Cherating, kemudian Penang dan minggu lepas melaka dan johor. Dan sekarang tgh sibuk persiapan ke Bandung pula. Nnti ada masa kita tulis semua pasal percutian ni. Saya mmg suka travel tp sbb padat sgt schedule, siap ckp dgn papa last week "sy rasa nak stop jap activity bercuti ni smp la raya kot.... Penat n rasa nak rehat puas2 di hari minggu. Ada dua je pun lg hari minggu yg free huhu".
Tapi hari ni nak cerita pasal family kita je. Cerita ringan2 tapi selalu membawa senyuman pada saya.
Surat cinta
Saya sll sgt dapat surat cinta. Sgt kerap. Dari siapa? Dari anak2 tercinta. Anak2 sll meluahkan perasaan tu dari surat dan kata2. Tiga2 jenis expressive. Senang nak jangka hati mereka la. Hrp xpendam apa2 dlm hati ye anak2.
Ni antara yg sy dapat baru ni. Actually surat mereka mcm perbualan kami la. Penuh koleksi surat cinta mereka di ofis sy, dlm handbag (kesemua handbag hehe) etc.
Ni sempena ulangtahun ke 10 saya bergelar peguam (date called to the bar) ie pada 20 april lepas.
Dr irham adam dan ariana. Bila ammar pun nak menulis utk mama ni :)
Irham
Adam
Ariana
Bisik2 nak bagi hadiah surprise kat mama bila tahu dh 10 tahun mama jadi lawyer :)
Ini pula surat balasan cinta utk anak2. Saya pun suka suprisekan mereka. Bangun pagi, letak surat cinta dlm pinggan breakfast. Happy tgk mereka senyum2 teruja dpt surat balasan cinta dr mama. Peluk cium di pagi hari, senyum manis semua bawa surat mama ke sekolah. Adam kata bila rindu adam nak baca.
Utk irham
Untuk adam
Utk ariana, sy lukis je pic "love" n tulis nama kami. Tu "ayat" biasa tanda sayang kami hihi.
Anak2 ni sgt manja... Setiap malam semua nak tidur di lengan papa. Hmmm, masalahnya lengan papa tu dah 9 tahun jadi bantal mama. Ada satu mlm, nak tidur serentak plk si ibu dan anak. Tengah syok baring kat lengan papa, dtg ariana.
Ariana : nak tangan papa.
Mama : ala, nak amik ni. Tido peluk sini (hulur bantal peluk)
Ariana : alaaa x nak... Ini bukan ayah (refer bantal).
Haha tergelak kami. Dia cuma nak tgn papa ok :)
Smlm papa peluk adam dulu. Ariana pula tidur mana yang pelukkan sementara papa tidurkan adam. Ariana nangis sambil peluk mama, "papa tak sayang nana dah"... Duk ulang2... Stress mama sbb si papa muka syok usik anak nanges. Kenal sgt muka bangga bila perasan anak sayang kat dia erk...
Kerana cinta
Ini tentang breastfeeding jouney saya dan ammar.
Sebenarnya semua ibubapa inginkan yang terbaik utk anak2. Dr baby kita dlm kandungan kita lagi semua akan merancang yang terbaik utk anak2. Salah satunya utk memberi susu ibu pada anak2.
Saya akui bukan perkara mudah kerana tanpa ilmu, semangat dan komitmen yang tinggi, bukan mudah utk pastikan anak2 diberi susu ibu sehingga dua tahun.
Alhamdulillah adam dan ariana berjaya saya susu dgn susu ibu tanpa bantuan susu formula sehingga dua tahun.
Sebut pasal ilmu, masa irham dulu mgkn kurang ilmu dan sokongan orang sekeliling tak hebat mana. Anak pertama byk perlu dipelajari selain saya pregnantkan adam terlalu rapat ie irham baru tujuh bulan waktu tu.
Sekarang saya tak cuak kalau awal2 kurang production, kena ingat concept "demand & supply". Kena rajin dan kerapkan sesi pumping tu utk tingkatkan production. Kedua pula, sokongan orang sekeliling. Dengan rutin kerja yang sgt sgt sgt padat, rutin seorang ibu, ada kala lemah juga la semangat.
Saya gigih bangun tengah mlm bukan utk susu kan ammar je, malah setiap pukul 3am akan bangun khas utk pam susu je. Mmg xcukup tidur la. Tapi mujur ada suami yang memahami, sbb dh bgn beberapakali utk pam dan susu kan ammar, so kalau ammar menangis mlm slps disusukan, papa yang akan dodoikan ammar. Dpt la sy berehat sikit.
Kenangan breastfeeding plg sy ingat ketika ariana berusia 5 bulan. Suami di america, adam dan irham bgn dua kali setiap malam waktu berasingan utk sy siapkan susu botol selain sy kena bgn utk susukan ariana dan pam susu juga. Macam zombie saya.
Kali ni ada juga hari2 yang sy menangis tgh mlm sbb penat sgt, tp tabah duk pam susu. Time ni la papa bangun juga teman, even sekadar teman berborak etc, at least sy xberasa berseorangan.
Pernah ada kenangan sayu, semua susu rosak. Maid sy tlupa tutup peti ais smp pagi. Menangis tersedu sedan sy. Dlm rumah sy xde benda berharga, kecuali stok EBM utk ammar.
Ni la yang rosak, dlm 60 paket lebih. Setiap paket sy simpan dlm 12-15oz. Hampir 1000oz dibuang sekelip mata :(
Mujur stok yg tinggal masih ok. Freezer dah penuh. Plan asal papa nak beli lg satu, tp mcm xde ruang dh. So peti ais utk stok lauk pauk pun penuh juga. Alhamdulillah rezeki ammar. Senoga xde episof susu rosak lg ameen.
Ni stok peti lauk yg penuh.
Ni dlm freezer ie penuh 6 tray alhamdulillah. Lebih 2500oz sy dh buat stok sbb biasanya bila dh anak berusia 6 bulan, production kita pun makin menurun. Sekarang masa utk gigihkan diri.
Apapun semua bergantung pd rezeki. Bukan bermaksud ibu yang bg susu formula tu susu tak bagus. Sy tahu ramai yg berusaha. Saya rasa tak ada ibu yg mmg niat dr awal tak nak bagi susu ibu ie sbb penat etc ke apa. Tp still setiap ibu sayangkan anak2 cuma setiap org ada cara tersendiri dlm membesarkan anak masing2.
Berdua
Ni kisah mkn berdua. Lama tak berdating berdua. Err maksud sy mkn berdua mmg dirancang utk "berdua-duaan" gittew hehe. Alhamdulillah mmg setiap hari sy breakfast lunch dgn suami n dinner pula sekeluarga.
Ni cerita dua minggu lepas. Siang hari bawak anak2 lunch di chakri klcc, lepas tu jalan2 ie diorg nk beli brg kat toys r us.
Makanan di sini tak pernah mengecewakan. Ni antara fav kami.
Petang pula, masih dlm mood teringin masakan thai. Kami berdating berdua di subak, damansara.
Tempat ni agak cantik (ramai yg berdating ie candle light dinner siap hiasan kelopak ros dan bunga2 segar atas meja) dan mknan pun sedap.
Ada org dlm mood suka snap snap pic. Layan la ragam si suami kita.
Mknan kat sini pun sedap. Byk sy mkn, steak, mee goreng, nasi goreng, tomyam lagi, dessert etc. hmmmm mkn berdua tp menu utk sekeluarga hehe.
Salam.
Jom bekerja. Tgh tunggu utk meeting ni. Smlm gigih suami hantar ke melaka. Wajah ceria lepas habis meeting :)
Tengok tu, mata bengkak. Xcukup tido masa ke melaka. So kita pakai spek utk cover mata hehe.
































semoga family diberkati dunia akhirat :)
ReplyDelete-ibuemir-
Ameen tq mira
Delete