Cth : saya selalu bantu kwn2 bank utk dpt panel developer bagi dapatkan projek utk mortgage (loan rumah), tapi kali ni developer boleh terus submit loan client pd saya sbb conpany yang join ni juga menyediakan khidmat pinjaman perumahan dgn kadar interest yang baik. So saya boleh bawa client utk submit loan merek terus kpd saya shj (utk sy bawa pada office, dapat bantu client sejak awal mereka mahu beli rumah-apply loan-proses loan-dpt approval loan- sehingga loan disburse (firm saya pula di sini).
dan secara tak langsung menambah side income saya dlm proses loan mortgage client).
Utk developer pula ketika dlm proses pembangunan juga perlu insurancekan projek mereka ie takut berlaku musibah ketika pembinaan spt runtuh etc, so tak menjejaskan kos pembinaan yang sllnya mencecah ratusan juta, jadi saya dpt bantu kwn developer utk dptkan perlindungan dan lain2. Oh ye, smp ke medical card, semua saya boleh buat ie utk benefit company dan plan keluarga. Nanti saya cerita lebih lanjut pasal "kerjaya tambahan" ini sbb ia bergerak seiring dgn kerja saya sekarang. Dua pekerjaan boleh bergerak serentak konsepnya :) Semoga dipermudahkan.
Panjang plk intro hehe. So kami attend bersama (saya mmg akan involve kan suami saya utk setiap mata pencarian sbb kami mmg bergerak bersama sll.)
So sebab kelas ni kami dah tahu awal, mula la saya dan suami rungsing. Rungsing sbb rasa lama tinggalkan anak dirumah (sll kami mmg akan lunch bersama atau berjumpa waktu lunch atau anak2 kdg2 ikut saya bekerja time cuti sekolah). Rasa sayu pula teringat anak2. Papa lagi la, duk risau sbb sll papa kab dgn anak2 sll bila hantar dan jemput anak blk sekolah. Terasa kosong di situ. Dulu pun mula2 berhenti kerja atas sebab utk menjaga anak2 sndr ie nak masa flexi bersama keluarga tapi dlm masa yang sama ada income jugak la. Dan ini akhirnya jalan yang Allah aturkan utk saya, alhamdulillah.
Ma dan abah yang dah mmg kenal sangat hati tisu anak dia (kalau berkait dgn fmly la, urusan lain hati besi tau kekekeek)... so abah n ma offer utk tunggu anak2 spjg kami pergi kursus. Kakak kedua sy pula jenis sll outstation, so apalagi sesuka hati gelak kat saya bila pagi saya nak bertolak pagi tu bila saya ckp mcm sedih je nak pegi kelas. Lama sgt rasa tinggalkan anak. Kakak gelak sbb klang tu dah la dekat, n kakak ckp rutin normal prg lain mmg awal pagi keluar kerja smp 5.30pm. Dan smp rumah lewat ptg n ada smp malam... huhu.
Ni msg dr abah :) hihi saya mmg jenis homesick teruk. Masa di uia, mmg blk ke terengganu setiap weekend tanpa gagal, rindu ma dan abah.
Jadi rutin saya sedikit berubah. Saya tak nak susahkan ma sediakan juadah berbuka. So malam2 lepas terawih gigih la saya masak utk sahur dan berbuka.
Tahun ni kami adik beradik mmg tak nak ma penat sbb ma kami bukan kuat sgt. Kami suka tgk ma dan abah dpt fokus utk ibadah je di bln mulia ini. Sepanjang hari ma dan abah habiskan masa di surau betul2 di dpn rumah ma abah di Bangi. Program tadarrus, kuliah agama, kelas Quran etc smp berbuka bersama di surau dan tadarrus smp pukul 11mlm. Ada sesi lelaki dan perempuan. Ma saya ada buat kelas utk ajar al-quran juga pada kaum ibu.
So setiap hari kakak saya yg sulung dan kakak kedua akan balik dan memasak satu dua menu setiap orang dan hantar pd ma saya. Setiap hari ofis mereka tamat jam 4.30 ptg, kakak sulung dr klcc dan kakak kedua dari bangsar. So dlm 5.30pm mereka akan smp bangi dan terus masak juadah berbuka utk keluarga. Saya pun sll masak dan kirim pada adik saya utk dibawa pulang pd ma dan abah. Jangan tak tahu, adik lelaki saya pun gigih kadang2 masak utk ma ie hari minggu la :) adik sy pun pandai la masak basic2 utk family dia. masak dirumah adik dan tapau utk berbuka dgn ma. even ma tak kata apa2 cuma senyum tgk masakan anak lelaki ma, tapi saya tahu jauh di sudut hati ma saya happy sbb saya rasa i mgkn nangis kalau tgk irham adam ammar masak utk sy nnti hihi ameen. Kami mmg dilatih dr kecil sgt appreciate masakan yang dimasak sndr sebab itu la juga yang ma saya sll buat utk kami dr dulu smp sekarang.
Ni pic baru ni, first time try nasi hujan lanas, mujur papa suka (nasi minyak colourful je pun hehe). Bolek kirimkan utk ma abah rasa juga. Abah ckp skill masak saya makin improve haha (sbb dlm adik beradik sy plg xpandai kot, kakak kedua saya plg superb bab memasak.. )
Saya masak nasi hujan panas bersama kari tulang, ayam goreng, daging masak merah, acar timun dan ikan masin.
Dan inj ammar saya bila di meja mkn. Adam suka mkn bubur byk2. Bila tgk juadah di meja, mulut ammar pasti ternganga dan sengeh2 nak capai apa je mknan di depan mata :)
Ni fav saya dari kecik dan fav anak2 juga.
Ada la sesekali ma memasak ketika ramadhan dan ajak kami berbuka. Mungkin ma kesian kot anak2 yang rindu air tangan bonda.
Tiba2 semalam tengah duk dalam kelas dpt msg ni pula :)
Sesampai di rumah smlm, tersenyum lebar tgk masakan ma. Berkali2 cium pipi ma ckp terima kasih. Malu2 ma sbb saya peluk ma mcm xnak lepas, ma gelak ckp dr kecik smp besar, kalau dpt mknan best , mesti nak peluk ma xnak lepas. Hihi.
Ma saya masa singgang tulang, sayur lemak + sotong, telur sambal, ikan siakap goreng cicah kicap, udang goreng, hati dan pedal goreng garing, budu, sambal belacan etc. terima kasih byk2 ma dtg masak di rumah saya.
Saya tak masak hari tu sbb papa kata boleh beli kat kedai sbb kesian saya penat sgt kena masak lepas terawih atau lepas habis kelas (smp rumah pun dh pukul 6pm kan). Terima kasih abang, ur the most wonderful husband, sll ada ehsan pada isteri yang weng weng ini.
Ni la menu smlm, biasa di mata orang, sungguh istimewa di hati saya. Iar tangan ibu tiada tukar ganti.
Adam ckp " mama, tokma mmg la masak sedap. Tokma masak special sll sbb tokma kan mak mama. Mak mmg akan masak sedap utk anak sbb dia sayang anak dia sgt. Macam mama, masak sedap sll utk irham adam ariana sbb mama kan sayang sgt anak2 kan."
Tersentuh hati sll bila adam bercakap. Teringat baru ni masa saya happy sgt sbb adalah suami buat sesuatu yang best, tak sedar diri terus terlompat2 peluk suami n ckp "thanks abg thanks abg bla bla bla".
Adam terus ckp :
" mama, your husband is a wonderful husband. So pls, dont change your husband ok because your husband is the great husband in the world. He loves you, so he marry you".
Amboih anak. Papa ckp tak tahu la nak happy ke nak sentap sbb adanya ayat "dont change your husband" heheh...
So itu la serba sedikit cerita kali ni. Cerita tentang keluarga kecil saya. Kerana di sini ada kegembiraan saya. Selalu bila saya sgt down, terus saya lari ke arah suami saya, saya akan blk jmpa anak2, atau terus lari ke Bangi dptkan kekuatan dr ma abah. Alhamdulillah atas segalanya.
Salam
Mrs Nizar














our mom's cooking is the best in the world!
ReplyDeleteDefinitely 👍
Delete