Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 12, 2017

Why la sooooo comel ? #relationshipgoal

Hari ni nak buat entry penuh dgn gambar kesayangan saya.... ma dan abah....

Saya suka tengok ma dan abah... abah saya ni romantik orangnya huhu, ma pula manja sikit. Ma suka sgt bercuti, alhamdulillah dpt abah yg suka bawa ma jalan2. (Perangai suka jalan2 saya ni pun hasil mengikut perangai dr ma dan abah kot. Selalu bwk kami bercuti bila cuti sekolah ataupun di hari minggu masa kecik2 dulu. Alhamdulillah dpt suami sama mcm abah, rajin melayan bawa saya dan anak2 jalan2 sll.)

Abah suka bawa ma makan2 juga. Kalau ma tak sihat ke, rungsing ke apa, wajib abah bawa ma makan best2 atau rehat2 di pantai (kalau di trg la pantai tu) atau bawa ma shopping. Kata abah, kalau ma tak sihat mcmana pun, bila ajak pegi shopping, tiba2 je ma sihat :) abah sll kata nak tgk ma sihat dan happy je sll . Saya pula terharu. 

Abah rajin tolong ma urusan kerja rumah juga ie basuh pinggan mangkuk, tlg di dapur etc. 

Ni gambar abah dan ma hari ni. Abah bawa ma bercuti di The Chateau Spa & Organic Wellness Hotel Bukit Tinggi. Datang berehat sambil berspa dan bermalam di sini. (Teringin nak ke sini, abah kata dlm RM700++ juga satu mlm, hmmm tumpang abah jelah lain kali hehe).

Ni gambar sblm check in hotel. Abah ke Japanese park bukit tinggi. Abah suka usik ma ni orang jepun sbb mata ma sepet (fmly belah ma ada darah cina sebenarnya). Smp sekarang abah ma suka usik2 n sakat2, tapi kalau ma sakat abah, ok je abah gelak. Bila abah sakat ma, mmg la ma gelak smp sepet mata2, tapi air mata pun meleleh juga kat pipi haha... cepat terusik laaaa pulakkk :)

Jom layan pic kesayangan kami, tokma dan tokki irham adam ariana dan ammar. 
Comel dan sporting dua2 posing haha... (dari kami kecik smp hari ni, abah ma pasti akan berpimpin tgn setiap kali bjln... sgt menyentuh hati sy... semoga Allah rahmati "syurga" saya ini hingga akhir hayat mereka dan kekal dlm kasih syg Allah hingga ke jannah.


















Suka baca mesej abah :)











Tiba2 rindu sgt ma dan abah :) lately hanpir setiap hari abah ma dtg ke rumah sy utk hantar dinner / lauk pauk tghari atau saya ke Bangi. Alhamdulillah, nikmat kasih sayang yang dipinjam Allah pada kami adik beradik.

Semoga abah ma , saya sekelurga dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi rezeki utk terus berkasih sayang dan hidup dalam kemanisan saling cinta mencintai sesama kita kerana Allah. Ameen

#relationshipgoal

P/s : tengok ma dan abah, mengingatkan saya pd suami juga. Tq abang, rajin melayan kerenah saya suka jalan2, makan2 etc. alhamdulillah.semoga Allah tetapkan hati abg utk terus menjadi suami dan ayah yang baik, memahami, rajin, pengasih, kelakar, ringan tulang etc pada kami hingga akhir hayat kita (masih dlm mode anniversary hehe).

 Semoga doa yang baik2 semua utk kita semua, dan segala kebaikan abg dibalas Allah dgn segala rahmat kebaikan pd abang, yang sgt kami kasihi..... malah bukan shj pada abg ,semoga jika dipanjang umur, dgn segala kebaikan abg, diberikan rezeki pd anak2 kita, terutamanya anak perempuan kita (setakat hari ni Ariana jelah sorg) mendapat suami sebaik papanya dan kesemua anak kita dijodohkan dgn pasangan yang baik juga. InshaAllah.


Mrs Nizar














2 comments:

  1. sweet couple..suka nya tgk all the pics :)
    moga bahagia hingga jannah...amiin

    ReplyDelete