Satu hari yg panjang. Seawal pagi saya ke office sebab teruja nak selesaikan segala urusan. Diuji sedikit pagi ni, semua perkara macam tak boleh diselesaikan. Perabot dibeli kena tahan management dari naik ke office utk inspection dulu la, kabel unifi dah dua minggu tak boleh pasang, hari pun cakap macam prob sebab semua wiring rosak (end up dgn sekelip mata Allah tunjukkan jalan, kerosakan dijangka tu rupanya kesilapan, tiba2 dtg penyelesaian dan settle semua phone n internet). Dan macam2 la. Penat ke sana sini dengan perut pun gigih nak cramp juga. Adik risau mama lupa dia kot. Bagi cramp sikit biar mama ingat adik kan hehe.
Tarik nafas, pegi makan jap. Elok lepas makan (dah call parents minta doakan), tiba2 satu persatu perkara yang mustahil utk diselesaikan bagaikan magis selesai hari ni.
Dan hari ni, hampir 90% office sudah selesai (mula beroperasi sepenuhnya di office). Dari renovation, perabot, internet dan line telefon, fotostat etc. kira semua la selesai dalam sehariz Yang belum selesai, mini pantry (inshaAllah jumaat, nak beli high table etc dan pasang water dispenser, jumaat juga). Jumaat juga utk pasang security and anti-theft door. Isnin printer sampai. Kecuali blinder dan drawer + partitian utk table xsmp (meja dah smp dulu la). Now dah nampak rupa office sepenuhnya.
Gambar sebelum ni meraikan suami yg bertungkus lumus tunggu dan pastikan kerja2 renovation setiap hari. Kita ke restoran hadramawt di bawah office. Fav suami n mmg sedap....lama makan minum dia tak terjaga sebab sibuk sgt, ajak berenti makan pun kadang dia xnak. Kecuali yang breakfast dirumah je. balik kerja kemain lapar sebab tak stop makan kalau saya tak de nak makan. Selain sbb diet, atas faktor sibuk, suami saya dinner je sekali dirumah sblm ni ketika sibuk siapkan ofis. Tq sayang.
Malam ni kami solat hajat dan buat sekali lagi sujud syukur di office bersama dgn anak2. Ajar anak tentang syukur dan tawakal. Cakap anak2, office ni siap atas semangat mama papa utk anak2.
Semoga Allah permudahkan.
Dan tadi berita gembira bila developer call cakap ada lagi tiga unit file baru utk office kami. Alhamdulillah rezeki Allah utk anak2. Tadi juga lawyer saya attend client utk signing bg file lain.
Semoga hari2 yang lebih indah mengiringi kita sekeluarga pada hari mendatang menggantikan hari2 suram seketika sblm ni. Alhamdulillah saya dh 100% move on dan jauh disudut hati, saya sudah berlapang dada dan memaafkan semua orang. InshaAllah.
Gambar di ofis belum ready sepenuhnya.... inshaAllah akan post later bila dah siap sepenuhnya.
Alhamdulillah utk rezeki kegembiraan kali ni. Akhirnya, mimpi kami menjadi kenyataan.... impian kami Allah izinkan menjadi realiti.
Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.
Jom masa utk kerja lebih kuat dan bersemangat tanpa toleh apa2 lagi dibelakang. InshaAllah. Aja aja fighting !!
Pepatah :
"Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.
Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.
Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.
Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.
Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah...
"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya."
(Ali bin Abi Thalib)"
Salam....
Mrs Nizar
Alhamdulillah...semoga sume dipermudahkan....
ReplyDeleteAmeen terima kasih
Deleteklah doakan agar dipermudahkan segalanya..amiin
ReplyDeleteAMeen. InshaAllah.Terima kasih kaklah.
DeleteAlhamdulilah..ALLAH MAHA PEMURAH DGN HAMBANYA...
ReplyDeleteAmeen inshaAllah
Delete