Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 6, 2018

Finally, alhamdulillah

Alhamdulillah, selepas hampir 6 bulan tanpa maid, akhirnya penantian berakhir jua hari ini. Didoakan semoga mendapt maid yg baik hati dan ikhlas menjaga anak2 kami. 

Kebetulan office masuk zone yang sgt sibuk. Terdetik di hati, bila maid nak smp sbb macam kena kerja ‘all-out’ lately. Allah mendengar isi hati, baru tertanya2, agensi call, maid sudah smp. Rezeki jumaat yang penuh berkat. Byk pula berita gembira hari ini. Alhamdulillah.

Berita pertama pasal maid.

Ini maid baru kami. Nama penuh lupa pula, kami panggil Joma. Muslim dari filipina.



Lega... mcm xbiasa pula. Balik rumah sll kelam kabut dgn urusan rumahtangga. Ni blk, slps sekian lama terus boleh rehat sikit.

Kelmarin sibuk seawal pagi ie sediakan sahur utk papa, sedang malam tu saya tidur pukul 2am, lipat baju etc. sll sy mula kemas rumah lepas anak2 tidur ie jam 10.30 mlm. (Kesian papa smlm kami tlajak waktu sahur, tp smpt papa minum air je... gi dh masak nasi mlm tu huhu). 

Bangun goreng nasi etc utk papa n panaskan lauk2. Then kemas rumah n siapkan breakfast. Then keluar kerja awal dgn anak2 sbb nak buat lesen. Smp ptg. Balik rumah dh hampir 6pm, masak utk berbuka utk papa. Cuma daging goreng dan telur masak cili.








Elok siap masak, smpt mandikan arissa dan ammar. Suapkan dinner utk ammar dan susukan arissa. Bagi irham adam ariana dinner dulu sblm papa berbuka puasa.

Elok papa siap berbuka n semua solat jemaat dgn pap, terus papa angkut semua masuk kereta sbb mama ada appointment penting. Drama juga la sbb mama plan boleh je pergi sndr tp papa risau sbb malam n takut susah nak parking. Mama sedih tgk papa struggle angkut anak2 naik kereta n nk handle semua dlm kereta kan. Alhamdulillah semua ok kecuali arissa dul menangis masa mama meeting.

Malam tu blk agak lesu, kami tidur ‘awal’ (hampir jam 12am dh tapi sbb sll lagi lewatkan), so sy bgn awal utk sambung kemas rumah pula. Gitu la rutin harian, jadi lega la maid dh smp cuma sbb baru sgt, mampu bdoa je yg dtg ni baik2 blake. 

Kos pengambilan maid bukan murah ie RM17380. sbb tu kami hrp dpt yg boleh bg service yg baik. Gaji maid RM1700 (terus bermula tanpa ada potongan gaji utk bulan2 pertama ni spt dulu). 



Semalam schedule sy agak padat, so papa, anak2 dan adik sy shj yg ke damansara utk jemput maid kami. 

Berita kedua yg kedua gembira di jumaat yg berakoh, dpt email dr developer utk siapkan document utk urusan pembelian unit rumah yg agak byk sekaligus. Saya dpt berita ketika meetig di luar. Mmg terus agihkan pada staff utk segera siapkan dan ready utk signing segera. 

Malah utk 4 hari bekerja mggu ni, kami dapat bilangan file yg sgt tinggi spjg tempoh firm ini beroperasi. Alhamdulillah. (syukur dalam debaran, semoga dpt memberi servis terbaik kpd client). 

Kegembiraan ketiga, dh lama x cuti2. So kami merancang utk cuti2 ke penang selain ada appoinment dgn satu client di sana.

Teruja sbb terasa sgt pack schedule kali ni n betul2 nk rehat sikit. So kami buat reservation di hotel double trree hilton penang.

Kami ambil dua bilik suite mengadap laut. Sebab ma dan abah juga adik plan utk join sekali inshaAllah. Teruja sbb suka sgt nak ke pantai , nak mkn2 di penang juga. InshaAllah ini blk kami nnti. Semoga dptlah join room sebelah2 (xpasti ada ke join room utk suite). Saja nak blk luas ckit utk anak2.










Semoga lancar perjalanan kami nnti inshaAllah.

Byk perkara yg perlu disyukuri, banyak rahmat Allah beri utk dinikmati. Alhamdulillah.

Salam.

Mrs Nizar

2 comments: