Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 3, 2015

Couple ring

Semalam masa keluar jalan2 kat damansara dgn suami n anak2, tnmpk kedai cincin n ada couple ring jgk. Dh lama papa ckp nk cari cincin couple utk kami sblm ni. Tp sbb kalut dgn anak2, papa ckp nk dtg semula nnti bila berdua, senang nak pilih katanya.

Pagi tadi, kami keluar berdua sbb kena attend orientasi pre-school utk anak (nanti sy cite). Elok lepas habis briefing, suami terus bawak pegi damansara.

Smpt la kami ke kedai cincin utk pilih couple ring idaman hati :) { bkn senang nk pilih cincin sama2... Hehe ... Sbb sll cincin sy, tokma yg bagi suma. Family sy peminat white gold terutamanya mak sy :) Even cincin kawin tunang pun mak sy n papa je yg pilihkan :)}

Actually suami sy bkn jenis gemar sgt pakai cincin. Tp sll sebut2 nk cari cincin couple ni. Sy plk bkn jenis minat brg kemas, tp sy akan pakai jewelleries ni kalau ada sentimental value shj (cincin kawin dan cincin hadiah ma sy )

Cincin 24/7 ie cincin tunang sy :)


Dan ni salah satu cincin hadiah dr ma sy :)


Lepas pilih2, akhirnya ini adalah cincin pilihan yg kami berkenan :) cincin main2 :)


Dalam tu kami tulis nama kami berdua ~ (Nizar [love] Aimi) ...mood gedik dtg pagi td. Kesan lama duk jauh kot baru ni haha. 


Sy sukakan cincin ni :) tadaaaaaa


Close up ckit ;)


Dah dapat cincin, terus pegi lunch date jap sblm blk amik anak2 pusing2 taman tasik perdana. Smpt ke klcc kejap sbb papa nk beli lg trek hotwheels (dh addicted la plk). 


Ok. Sekian entry gedik gedik mlm hari. Actually dlm mood malas ni sbb kena study. Dh lama xstudy... Sob sob sob :(


Bye

Salam

Mrs Nizar



Friday, January 2, 2015

Hero dihati kami...selamat pulang...

Alhamdulillah, pagi tadi, papa irham adam ariana telah slmt smp ke pangkuan kami slps seminggu berjauhan. (Entry panjang mlm ini). 

Kisahnya minggu lepas, kami sgt terkesan dgn episod sedih banjir yg melanda pantai timur especially kelantan. suami ada suarakan hasrat utk tlg mangsa banjir pada suatu pagi.  Mulanya sy agak keberatan sbb risau lihat keadaan paras air banjir yg meningkat dgn mengejut. Sy cadangkan utk kami turun menghulur bantuan slps keadaan banjir makin surut sbb waktu tu keadaan xmenentu. Kali kedua suami suarakan lagi slps nmpk ada team dr KL berkonvoi dgn 4x4 menuju kelantan. Waktu sy masih agak risau. Tp dlm masa yg sama sy mula riki2 team lawyer dr kelantan yg sudah mulakan misi kemanusiaan utk membantu mangsa banjir. Sy dpt maklumat juga mereka sgt perlukan sukarelawan. Lepas dpt segala info, n suami suarakan sekali lg hasrat itu, sy dgn rela hati melepaskan suami pergi. Sy yakin Allah ada sll dan niat suami sgt murni. Lepas dpt tiket flight, suami bertolak ke kltn jumaat lepas, flight ptg. Flight suami sy adalah yg terakhir dpt mendarat di kelantan pd waktu tu sblm semua jalan ke airport terputus kerana banjir. Malah, elok suami tiba di kelantan, seluruh kelantan bergelap krn bekalan elektrik tpaksa diputuskan utk keselamatan ekoran air banjir meningkat. 

Mulanya suami cuma berhasrat utk membantu mangsa banjir di kltn, ttp slps smp di sana, suami sms dh maklumkan utk turun ke kuala krai. Mmg sy sgt risau. Terus sy solat hajat pohon keselamatan suami dan ketenangan hati utk sy di sini. Sy risau bila terbaca dr FB keadaan banjir yg sgt luar biasa dan air sgt deras. Sy berbelah bagi dlm risau keselamatan suami, tp sy benar2 ingin suami membantu saudara di sana. Sy pernah ingin turun bersama suami tp suami sy risaukan keadaan di sana yg sgt tidak terkawal waktu itu. 

Alhamdulillah, slps solat hajat etc, Allah bg sy satu perasaan sgt tenang utk merelakan kepergian suami malah sgt berharap suami berusaha dan bersungguh2 utk memberi segala bentuk bantuan yg mampu di sana. 


Setiap detik sy tunggu suami update keadaan di sana. Hancur hati melihat keadaan mangsa banjir. Tp sy tahu, ujian Allah adalah pd insan yg terpilih, yg mampu dan akan ada balasan indah utk mereka yg sabar. 

Sy rasa sgt lemah di sini. Selemah lemah bantuan; hanya mampu menghulurkan bantuan kewangan kpd suami utk dihulurkan di sana selain turun menyalur brg2 keperluan lain di masjid TtDI dan di Bangi. Masjid TtDI dan bangi antara yg terawal jgk sy rasa memulakan usaha bantuan ini. Alhamdulillah .

Di sana suami pergi beberapa kali ke kuala krai. Trip pertama bersama rakan doktor dr klinik kuala krai bersama suawie. selain menghantar bantuan mkan n bekalan keperluan lain, papa n team ada bawak ubat ubatan n suawie n team jgk memberi rawatan pd yg demam etc. 

Hari berikutnya papa bergerak sndr menghantar bantuan kepada mereka yg memerlukan. 






Alhamdulillah tercapai hajat kami dgn izin Allah melalui keringat suami utk menghantar bantuan dan kiriman kami dr sini kepada mereka di kuala krai. Tq sayang.


Sedih mendengar cerita suami tiap waktu berada di sana :(

Spjg papa di sana, anak2 xhenti tny keadaan papa mereka. Anak2 dh faham dan sll merasakan papa mereka adalah superhero di hati mereka. Ni antara lukisan yg dizahirkan dr isi hati mereka. Kata irham dan adam, mereka lukis papa n pakai topi doktor sbb papa kan hero tlg org kat sana. "Papa kita kuat dan baik kan mama." Sy mahu anak2 membesar dgn penuh perasaan positif terhadap papa mereka dan jadikan papa dan mama sbg sahabat dan contoh teladan mereka nnti (sbb tu kami kena byk ubah diri mana yg xelok.tiap insan xlepas dr buat salah kan). 




Ini pula lukisan gambaran banjir dr irham dan adam lepas dgn cerita mama n tgk pic keadaan banjir kat sana. Irham ckp itik kena berenang bila banjir  n adam ckp adam lukis lelaki naik bot kt banjir. Pandai anak2 mama.


Alhamdulillah pagi td suami slmt smp. Semua sgt teruja nk jmpt papa di airport. Sy cuti hari ni utk meraikan kekasih hati yg baru pulang kepada kami. Ceria mendapat whatsapp dr suami :)


Slps pulang, ariana xpuas2 peluk cium papa. Tghari pula, anak2 semua nak mkn dr suapan papa shj. Beria papa suap anak2 sbb nk kejar solat jumaat. Sy masak agak istimewa menjemput kepulangan suami :) Lepas berehat jap after solat jumaat, papa bawak kami keluar, rindu masa utk keluar bersama. 

Kami ke gufran cafe. Suka makan kt sini sbb kedai dia agak cantik, pemandangan menarik sbb terletak di atas bukit n nampak sebahagian damansara di situ, plg best sbb cafe ni sebelah masjid n elok lepas nkn terus berjemaah maghrib di situ. Makanan sgt sedap di sini terutamanya ikan kerapu sweet sour n udang butter. Suami sukakan tomyam dia.



Masa makan2, smpt anak2 cerita yg mereka sgt seronok bermain dirumah pakcik mereka (adik sy). Spjg pemergian papa, ma dan abah teman sy n anak2 di rumah sy dan ada juga sy yg blk ke bangi. Tp cuti tahun baru hari tu kami berkumpul n tido di rumah adik sy di damansara.  Kebetulan sy n fmly semua penuhi jemputan mertua adik sy meraikan perkahwinan anak kedua mereka (ie adik kepada My SIL). Smpt snap pic utk dikirim pd suami sblm keluar rumah :) 


Lepas majlis di dewan TTDI, kami terus menuju ke rumah adik sy. Anak2 plg suka ke sana sbb ada byk mainan sbb adik sy pun ada anak kecil. Mereka mula minat pd trek hotwheels plk. Sll papa beli kereta je. Smp kan mereka tido pukul 3am duk ralit main (sy xlarat dh tido lebih awal). 





Masa kat sana smpt jgk bawak anak2 mandi kolam n main kt playground.







Kemain semua bercerita dgn papa. Mula la adegan pujuk papa nk beli jgk trek tu sbb semua xnak blk rumah masa mama ajak blk.

So papa yg tgh rindu anak2 terus la bawak pegi toys r us kt ikano. Smpt la semua beli trek idaman hati (cuma satu lg yg mereka idam xde. Dh habis stok).


Cik ariana pun sama. Dh sibuk nk jgk baby n siap minta nk stroller baby baru sbb yg lama dh rosak. Huhu


Alhamdulillah bila papa balik, semua anak2 sgt gembira sbb ada je yg melayan mereka sll :)





Inilah kisah hari ini, kisah kami menyambut kepulangan hero di hati kami. Alhamdulillah masih diberi peluang dan dipinjamkan utk berjumpa lagi dan bersama sekali lagi. 

Apapun, terus berdoa dan jgn berhenti utk menghulurkan bantuan (selemah2 bantuan mgkn melalui kewangan dan kiriman doa yg ikhlas pada mereka). InshaAllah ada peluang, sama2 mencari jalan utk ringankan beban saudara kita di sana.

Dan jgn lupa bersyukur atas apa jua yg masih kita miliki sekarang. Nikmat apa lagi yg harus kita dustakan. 

Salam.

Mrs Nizar















Thursday, January 1, 2015

Selamat tinggal 2014 | assalamualaikum 2015

Alhamdulillah masih smpt menjejak kaki ke tahun 2015. Selamat tinggal 2014. Terlalu banyak kenangan indah 2014 pd kami walaupun pd mulanya sgt banyak kesedihan melanda kami sekeluarga (dalam serba kesedihan dan trauma yg melanda negara kita juga). 

Sekadar ingatan utk kenangan dan lipatan sejarah keluarga kecil kami. 

2014 - sebuah tahun yg paling singkat sy rasakan. Pada tahun ni, keluarga kami byk juga diuji dan dalam masa yg sama, sangat banyak juga dianugerahkan cerita2 indah. 

2014- banyak mengajar sy tentang cinta, pengorbanan dan kasih sayang. Sungguh singkat 2014.

Kenapa sy rasa pendek?

Pada tahun 2014, kami telah diuji utk hidup berjauhan, jauh antara suami dan isteri dan jauh seorg ayah dr anak2nya.

Kami rasa 2014 hadir dgn sgt singkat sbb masa2 yg kami lalui hanya dipenuhi dgn menghitung hari utk bertemu lagi slps suami tercinta melangkah ke canada. Sekejap je masa berlalu, sbb kami terlalu mengejar waktu tibanya waktu utk bersama lagi tiap kali perpisahan dgn ayahanda pd anak2 sy di lapangan terbang. Tanpa kami sedar waktu berputar, tp kami sll berharap pd waktu itu agar putaran waktu itu berlalu segera tika kami berjauhan. 

Sejak april sehinggalah september. Masa berjalan pantas. Namun terlalu byk hikmah perpisahan sementara yg dpt sy rasai, dapat sy hargai.

Utk diri sndr, sy lebih menghargai kehadiaran suami sy, ayah kepada anak2. Sll kita rasa kita mampu lakukan segala tugasan atau apa jua cabaran dlm hidup ini asalkan kita cekal. Itu mgkn benar tp dgn izinNya. Tp bila berjauhan, sy xmerasa susahnya utk melunaskan tiap tanggungjawab sbg ibu dan ayah pd anak (even jadual sy sgt sgt padat, even seletih mana pun semuanya sy rasa masih mudah), tp dgn berjauhan, sy sedar ikatan hati sy pd suami sgt utuh. Tiap detik masa berlalu, tiada sesaat waktu sy dpt lupakan suami sy. Sangat sakit rupanya bila berjauhan. Fizikal nampak sgt kuat, tp siapa sangka hati sy bergelora menahan rasa sayu setiap masa. Melihat anak2 sudah cukup membuat air mata ini mengalir tanpa henti setiap. 

Setiap hari kami bervideo call berjam2, bercerita dan mengimbas pelbagai kenangan utk merawat hati yg sarat dgn rindu, rupanya sakit rindu itu tidak pernah  kebah, malah makin kuat. Menyedarkan hati sy, betapa pentingnya "dia" dalam hidup sy. Besarnya impak hadirnya dia pada sy. 

Benar kata org "never marry the person you can live with, marry only the individual you think you can't live without". Bila berjauhan baru terasa semua ni. 

Dari sudut pandangan sy pula pd suami sy, sy rasa kesan perpisahan sementara itu banyak memberikan impak pd suami sy. 

Alhamdulillah sejak awal perkahwinan, suami sy mmg seorg yg bertanggungjawab dan sabar. Tp slps kepulangannya, sy nampak perubahan yg lebih drastik. Betapa tiap detik suami cuba dihabiskan masa dgn anak2 sebaik mungkin. Suami menjadi seorg yg lebih sabar, penyayang dan lembut hati.

Makin xjemu peluk cium ketiga tiga anak. Menguruskan segala urusan anak tanpa banyak kata, dr memandikan anak, layan anak bermain, makan bersama, bercerita etc. 

Suami juga makin suka memanjakan kami sekeluarga. Teringat waktu sy diarrhea baru2 ni, suami sy ada di sisi sy di katil spjg hari. Xjemu hulurkan air, ubat n cuba pujuk utk sy makan. Suami rajin usap2 kepala n picit2 kaki sy sepanjang hari. Terasa sgt tersentuh hati n hilang rasa sakit dan lemah bila suami sudi tlg pakaikan pakaian , malah sudi nk dukung sy ala2 jd princess dan bawa sy utk sy pilih pakaian kt almari sbb nk pujuk ke klinik (teringat zaman berdua, sy xpernah berjalan ke kereta atau berjalan dr kereta ke rumah sbb ada si dia yg rajin dukung si isteri spjg waktu. Lepas dh ada anak, bab2 dukung ni time pregnant atau time2 hari special je hihi. Huhu. Satu sbb badan dh berat, kedua sbb anak x kasi chance huhu). Sy suka tp (hint lg hihi). 

Walaupun nampak kecil dan remeh, perkara macam ni penting utk hati perempuan sy, buat sy makin menghargai dan cuba utk menggembirakan hati suami sy juga seadanya. 

Anak2 pula sy rasakan menjadi lebih matang dgn tiba2 slps berjauhan dr ayahnya. Irham dan adam sudah pandai selami hati mamanya. Tiap kali balik kerja sll papa yg btny khabar mama. Tp sejak papa tiada, anak2 sll tny "mama, mama ok ke hari ni kat ofis". Sungguh, hati seorg ibu sgt tersentuh. Sy juga cuba berubah n sedaya upaya mencari jalan utk "lebih kuat" secara fizikal utk memberikan masa yg istimewa pd anak2 bg menggantikan kasih ayah yg jauh dan dlm masa yg sama adalah seorg ibu utk mereka. Waktu tu sy mula didik anak2 utk tidak lg menggunakan apa2 gadjet dirumah. Tak de ipad n tab. Malam adalah masa utk dgn ibu shj. Kami bergelumang bersama utk bercerita, menonton bersama mahupun sekadar duduk utk berpelukan dan mendengar shj seloteh anak2. 

Tetapi, sejak suami balik for good, anak2 sudah pandai. pantang papa mereka hilang dimata, terus bising dan mencari di sana sini. Anak2 mula pandai meluahkan rasa sayang pada papa dan menzahirkan isi hati mereka, xingin lagi berjauhan dgn papa mereka. Saya makin nampak anak2 sgt attach dgn ayahnya. Tidak adil utk kami menidakkan hati mereka utk berkasih syg dan dibesarkan sndr oleh ayahnya hanya krn tugasan andai kami masih ada pilihan lain. 

Saya semakin yakin pilihan suami baru2 ni utk pulang kpd kami adalah tepat. Saya yakin keputusan suami yg sgt besar itu adalah tanda kasih seorg lelaki pd insan2 penting dlm hidupnya. InshaAllah. Semoga suami terus dirahmati dan mendapat balasan kasih syg dr insan yg disayanginya sepenuh hati. Ameen. 

Saya berdoa agar perasaan ini, hubungan ini, dan kasih sayang ini berterusan hingga akhir hayat nnti. Semoga kami tidak lalai dgn nikmat kasih sayang ini. Walau pahit waktu berjauhan, namun sgt manis bila bersatu kembali. 

Bagi sy 2014 adalah tahun indah yg mendidik dan menyedarkan sy ttg nikmat kasih sayang dan lebih menghargai mereka yg ada disisi sy sll. 2014 adalah tahun penuh cinta dalam hati ni, sangat istimewa di hati wanita bernama aimi.  Alhamdulillah.

Dari segi kerjaya, alhamdulillah sy sgt bersyukur atas tiap kurniaannya. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi sy dan keluarga :):) semoga tahun berikutnya, kita semua dimurahkan rezeki kesihatan yg lebih baik, rezeki kasih syg yg lebih indah dan rezeki yg berlipat ganda utk berkongsi dgn semua. Ameen inshaAllah.

2015, selamat datang dan anda sgt diraikan dlm penuh tanda tanya. Terlalu banyak impian dicipta sebelum kehadiranmu. Semoga satu persatu imipain bersama kami dpt dicapai. Apapun, tiap perancangan kita ada sll yg terbaik diharapkan, namun apa jua yg kita terima adalah yg terindah direncanakan oleh pencipta Kita. InshaAllah.

Salam tahun baru

Mrs Nizar

-Sekitar kenangan 2014-
Bak kata en Nizar "kita yg cipta kenangan setiap masa, cipta kenangan manis utk kita kenang sll di masa hadapan" inshaAllah :)