Kakak sulung saya dan adik saya aina dan azizi akan bertolak ke Jepun selama beberapa hari untuk ke Disneyland (hobi kakak setiap tahun bawak family ke disneyland. Mereka dlm misi nk visit semua disneyland. Sebelum ni ke disneyland hong kong dan paris).
Kakak saya yang kedua pula seminggu akan ke perak dan ke kelantan untuk bercuti sambil kerje juga. Ma dan abah pula nak balik terengganu seminggu tak lama lagi utk attend wedding sepupu saya. Selain tu, abah saya dalam proses bina 6 buat rumah semi-D di tepi pantai terengganu, semua barang dah sampai, jadi kontraktor minta abah balik untuk melawat sekali ketika awal pembinaan. Moga dipermudahkan. Ameen.
Tinggal la saya dan adik lelaki yang tak ada plan ke mana2 hehe. Jadi kami semua merancang untuk berkumpul sebelum masing2 bercuti. Semua sepakat utk gathering kali ni, berkumpul di rumah saya.
Awal pagi sempat saya masak ketam nipah masak cili dan kari tulang untuk breakfast. Ish ish... Breakfast like a king kan :p
Lepas breakfast kami ke IKEA Damansara, ada beberapa barang kami nak beli. Sementara tunggu papa bayar, saya makan aiskrim dan karipap dengan anak2.
Gigih pegi jam 11am. Mujur pegi awal, sekejap je saya beratur ie ada 5 orang sebelum saya. Elok lepas tu sangat ramai pelanggan datang beratur untuk beli makanan.
Menu utama kegemaran haruslah telur sotong. Ni kegemaran ma saya. Abah pernah gigih ke penang semata2 nak tapau telur sotong utk ma saya yang pregnant adik saya :)
Ni gambar menu pilihan hati. Ayam goreng, kari kepala ikan (ye suami sy pilih dua ketul yang paling besar, cukup utk semua orang), kambing kurma, sotong kari, telur sotong, sayur etc. kakaksaya azura pula rajin gorengkan mee dan beli ayam KFC manakala kakak sulung belikan kek (kebetulan birthday anak buah dan abg ipar ie suami azura).
Aktiviti petang, selepas rehat seketika after lunch, semua turun ke kolam renang untuk berenang bersama.
Keesokan harinya, awal pagi ie seawal 6.00 am ariana bangun tidur menangis nak makan nasi. Gigih la saya goreng nasi dan buatkan hotdog untuk breakfast sementara suami di masjid. Awal pagi semua dah mula lapar kesan makan banyak kot semalam tu hehe.
Perjalanan dimulakan :)
Niat hati suami saya nak makan daging landak dan kijang, tp dua2 tak ada. Kebetulan habis stok. Kat sini semua makanan eksotik ada ie landak, kijang, rusa, arnab, ayam hutan, ikan baung dan belut, selain udang galah dan ayam kampung. Masakan dia memang sangat sedap.
Makanya untuk suami ada ayam hutan goreng berempah, rusa masak blackpepper, arnab masak merah.
Saya dan anak2 pula memilih ayam kampung goreng, udang galah masak lemak, udang galah masak cili, keli goreng, telur masin dan ulam2.
Lepas makan2, kami bertolak balik. Sempat lagi tapau lauk. Saya ada juga bungkus udang galah, selain lauk eksotik suami sy.
Sampai time dinner, tetiba rasa tak boleh nak makan sebab dia bungkus lauk dalam plastik asing tetapi masukkan kesemua lauk tadi ke dalam satu plastik besar yang sama. "Lain macam" pulak i rasa hehe.terpaksa la i dinner megi sorg2. Suami saya gelak sakan bila tanya kenapa saya tak makan nasi hehe. Bab makan memang saya tak cukup adventure hehe.