Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2016

Aktiviti rutin di office pd setiap perayaan | menu berbuka bertukar juadah

Setiap kali tiba musim perayaan, selalunya saya dan suami akan sedikit sibuk dengan urusan membeli hamper tanda ingatan pada client serta mereka yang banyak support office kami dan buat reservation utk berbuka puasa.

Semalam seharian kami habiskan masa utk semua ni shj. Pegi ke KLCC, survey beberapa kedai utk hamper ie mark &spencer, coldstorage, harrods, godiva etc.

So hasil penat pusing2, kami beli 8 hamper di harrods dan 1 di cold storage. Lepas tu kami ke Jusco pula, sempat belikan lagi 15 hamper di sana.

Antara pic smlm :)

Di harrods kami custom sendiri hamper kami ie kami pilih sendiri brg2 utk dijadikan hadiah.



Kat sini kena tempah dulu, so pagi tadi gigih kami pick up. Antaranya ...


Lepas tu di jusco, siap kerah adik saya untuk bantu kami. Antara pilihan hamper kami :) yang cold storage lupa nak snap.


Beberapa kali ulang alik ke office nak hantar hamper2 ni. Memang boleh buat delivery, tapi tiap2 tahun saya lebih selesa hantar dan berjumpa sendiri dgn mereka yang banyak bantu kami ni :) hadiah kecil tanda ingatan.

Alhamdulillah kali ni saya agak bernasib baik sebab selalu semua saya dan suami yang hantarkan hamper semua dan attend client berbuka puasa di luar. Kali ni, ada adik saya boleh bantu, ie kami bahagi sebahagian tu adik saya yang buat delivery. Untuk majlis berbuka puasa pula, ada beberapa hari spttnya saya berbuka di luar ie sebab kami tuan rumah yang mengundang tetamu berbuka bersama. Syukur adik saya setuju utk attend kesemuanya sebab saya tak berapa larat nak turun kali ni (tp dia suka juga, semua pun makan di hotel mewah bertaraf lima bintang. Siap offer nak pegi hari2 pun tak pe katanya huhu).

So minggu depan kami akan sibuk untuk berjumpa dengan client2 pula. Inilah rutin tiap tahun saya. Mujur ada papa yang selalu bantu dan teman saya ke sana sini utk buat delivery :)

Lewat petang ie dlm pukul 3pm kami ke rumah ma sy. Ma saya masak istimewa ie ayam kampung. Ma call kami sebab tau itu favorite menantu ma ie suami saya :) suami saya suka sgt masakan dari ayan kampung. Actually abah just call inform nak bekalkan saya utk esok, tp gigih suami suh pi ambik terus sebab nak buat berbuka semalam :) tq abang layan semua isteri sibuk ke sana sini dr hal kerja sampai la hal selera tekak ni huhu.

Sempat tolong ma di dapur jap sebab kami smp awal. Inilah bekalan dari ma saya. Sedap sgt. Terima kasih ma.

Ada gulai ayam kampung.


Telur dengan sambal sweet sour kat atas dia 


Ikan jeruk dan acar timun


Dan sira pisang sedap


Saya pun ada masak utk ditukar juadah ma. Saya masak tomyam "tongkang pecah". Hehe. Nape tongkang pecah? Sbb saya campar semua bahan dlm tu, dr udang galah, ayam daging sotong, pelbagai sayur dan beberapa jenis cendawan juga :) so satu lauk je semua hehe. Boleh la ma abah dan semua adik beradik saya dapat rasa sikit sorg (semua orang rumah dekat2, hari2 berbuka di rumah ma. Kami mgkn tunggu wkend atau sesekali jelah di hari kerja ni huhu)


Inilah kisah rutin semalam. Agak penat sebab saya berjalan kaki ke sana sini sejak awal pagi. Malam tu saya lesu dan perut mula cramp. Sesak nafas juga. 

Pagi tadi saya buat check up, alhamdulillah, baby Ok. Cuma doktor cakap saya dehydrate agak teruk dan impaknya saya mendapat infection. :'( (Rasanya sgt byk dh minum air). Katanya kandungan saya masih awal dan mereka risau dr rekod saya pernah tiga kali keguguran. Mereka suggest utk saya tidak berpuasa dahulu (rukhsoh utk ibu mengandung sebab katanya saya dan kandungan dlm keadaan berisiko). Juga mereka cakap kandungan glukos dlm darah saya juga tak berapa bagus juga. Tengok macamana, harap keadaan makin OK.

 Doakan anak kecil saya ni sihat sempurna. Hmmmm inshaAllah semoga ada seorg lg imam kecil dan anak soleh selamat dilahirkan nanti. Ameen.

Salam

mrs Nizar









Thursday, June 9, 2016

Main Masak-masak Juadah Berbuka

Bulan ramadhan ni, semua org berebut2 utk meningkatkan amalan dan berbuat kebaikan. Malah amalan-amalan tersebut juga selain mencari keberkatanNya kdg2 boleh merapatkan silaturrahim sesama kita spt bertadarrus bersama2, berjemaah di masjid, bersedeqah termasuklah bertukar juadah berbuka. Dan semalam saya pun mula main masak2 dan bertukar juadah berbuka, tak lain tak bukan dengan ibu saya :)


Rabu lepas hari pertama dlm ramadhan tahun ni saya memasak sebab sebelum ni berbuka di rumah parents di bangi. Mengikut permintaan suami, inilah menu yang sempat saya masak, lepas terkocoh2 balik kerja.

Ada udang galah masak lemak cili padi


Ayam masak merah


Daging goreng


Aksesori tambahan


Juga mee goreng


Wajah kesayangan ketika berbuka bersama :)



Semalam pula, ma saya kirim bihun goreng kegemaran saya. Happy sangat.

Dan saya pun gigih masak lebih utk ma abah dan semua adikberadik saya yang berbuka di Bangi. Ni yang sy bekalkan... Kari ikan jenahak, kerabu sotong, mee goreng dan juga brownies :) semua pic lepas masuk dlm tupperware :)





Suka even xberapa pandai masak, tapi ada juga yang ambil hati cakap sedap haha


Untuk menu berbuka kami pula, ada sedikit lauk tambahan.

Selain kari ikan

Kerabu sotong



Tak ada dalam pic, telur dadar...


Dan paling istimewa bihun goreng kiriman ma saya :)


Happy dan bersyukur diberi rezeki utk berbuka bersama selalu. Alhamdulillah.


Ini pula dessert kami. Anak2 sangat suka brownies ni. Kami beli aiskrim juga :)




Semoga kami dimurahkan rezeki utk berkumpul selalu, rezeki berkasih sayang, rezeki kesihatan yang baik dan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Ameen.

Salam.

Mrs Nizar

P/s : hari ni kami blk kampung ie kelantan. Dokan perjalanan kami. InshaAllah








Tuesday, June 7, 2016

Diari Awal Ramadhan

Alhamdulillah hari ni hari ketiga kita menjalankan ibadah berpuasa. Saya sangat berdoa tahun ni saya dapat puasa penuh sebulan sebab nanti susah nak ganti puasa especially time menyusu (cepat drop bila tak makan dgn jayanya).

Semoga kita semua juga dpt neningkatkan ibadah kita dibulan mulia ini. InshaAllah.

Entry ni sekadar entry ringan. Ini diari awal ramadhan kita, lebih tepat diari juadah berbuka puasa. Isitmewa entry ini kerana ia adalah entry air tangan ibu tercinta :)

Sahur pertama

Sehari sblm ramadhan kami ke Pasar Pasir Penambang. Gigih shopping bahan mentah utk masak dibulan puasa. Semua  stok seafood adalah dr pilihan papa. Macam2 jenis ikan selain udang galah, udang xXL dan sotong papa belikan.

Lepas terawih, gigih saya masak menu permintaan suami, sotong masak pedas. Saya masak malam hari. Plan nak goreng ikan tenggiri di awal sahur. Tp tak sempat tidur malam, suami cakap teringin plk nak makan dulu :) sekali geng dgn anak lelaki dia makan berjemaah :)





Juga lebihan juadah lunch, sotong masak pedas dan sotong telur masin.


Ni ikan yang xsmpt nak masak malam tu :) saya goreng awal pagi makan panas2 dengan nasi masa bersahur :)




Puasa Pertama dan sahur kedua

Memandangkan cuti sekolah, kami tidur di rumah mak saya di Bangi je. Ambil peluang sebab tak perlu rushing nak hantar anak ke sekolah. Jadi ada rezeki dapat makan juadah istimewa air tangan ibu.

Semua adik beradik berkumpul. Kani semua tidur di rumah ma di bangi even rumah kakak sy tu sebelah rumah ma je. 

Seronok dpt berkumpul malam2, meriah bersama apatah lagi bila semua anak2 berjunpa sepupu2. Gamat ye. Dan siang hari pula, mereka tak la bosan boleh bermain dengan sepupu di rumah tokma dan tokki mereka bila kami keluar bekerja.

Hari pertama, menu ibu saya bertema masakan kampung yang sgt istimewa. Atas permintaan saya yang dh lama mengidam.

Ada sayur "koklok" ie masak lemak kulit buah sentul bersama sayur2 lain + petai * kacang + udang + sotong. Nyummm nanges i makan. Mengidam pulak kali ni.


Kerutub daging dan paru


Ayam masak merah 

Tenggiri goreng


Ada ikan panggang sekali dgn budu dan ulam :) marvellous :):)





Juga kuih favourite kami, nekbat. 


Alhamdulillah. Berbuka bersama, terawih bersama, berborak dan tidur berjemaah di rumah tokma. Kami suka sbb rumah tokma betul2 depan surau. Anak2 selesa ikut ke surau sebab ada aircond. Jadi tenang je semua smp ngantuk nak tertido hehe.

Selit sikit tgk suami sape rajin duk dapur tu. rajin tolong mak saya ye. Ni masa nk pilih ikan nk panggang. Muah ckit kat papa kita. Sebab saya tak berapa sihat akhir2 ni. Sekadar jd teman di dapur dan bantu yang ringan2 je mampu 




Puasa hari kedua dan sahur hari ketiga

Kali ni saya teringin mee kari. Baiknya mak saya terus masakkan mee kari. Nak nanges terharu.Tapi ma masak nasi juga :) maid saya siap cakap dekat mak saya, dia pasti akan rindukan mak saya kalau dah balik Filipina nanti sebab ma saya selalu masak special untuk kami dan bawak juadah isitimewa ke rumah kami tiap kali datang. Dia sukakan masakan ma.(Pandai ye amik hati ma.) senyum je ma saya, i pulak jeles dengar haha.

Mee kari ma adalah yg terbaik di dunia hihi (setiap anak akan merasakan ibu mereka adalah chef plg hebat mereka).


Antara lauk semalam, ikan tenggiri masak tumis pedas, ikan jeruk (ma buat sndr dr ikan segar), kangkung goreng, daging goreng, paru bercili, sotong goreng etc.

Smpt sy ke bazaar dgn suami, dating beli kuih dan lauk tambahan. 



Tengok tu, dua2 sy makan. Satu pinggan tu mee kari utk saya, nasi tu sy makan utk adik. So papa kata justify la utk sy makan dua pinggan hehe.



Dan semalam, suami turun dapur lagi. Macam biasa, dia plg terer bab penyediaan air. Smlm kami berbuka dgn jus tembikai special dr papa irham. 



Thanks papa. Sedap air papa :) semua orang suka :)

Apa menu hari ni?

InshaAllah, hari ni sy kena masak sndr sbb xboleh tidur rumah ma dah. Malam ni anak2 ada kelas quran.

Papa minta saya masak daging goreng, ayam masak merah dan udang galah masak lemak. InshaAllah nnti kita update :)

Sekian entry makan2, leh jadi menu rujukan bila buntu nak masak nanti :)

Salam.

Mrs Nizar

P/s : teruja dan tak sabar. Sy order kek nutella brownies ni tiga biji. Satu utk sy, satu utk ma dan satu utk bawa blk runah mertua weekend ni. Tak sabar tunggu esok. Mmg lately suka sgt pd kek :)