Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2016

Aktiviti rutin di office pd setiap perayaan | menu berbuka bertukar juadah

Setiap kali tiba musim perayaan, selalunya saya dan suami akan sedikit sibuk dengan urusan membeli hamper tanda ingatan pada client serta mereka yang banyak support office kami dan buat reservation utk berbuka puasa.

Semalam seharian kami habiskan masa utk semua ni shj. Pegi ke KLCC, survey beberapa kedai utk hamper ie mark &spencer, coldstorage, harrods, godiva etc.

So hasil penat pusing2, kami beli 8 hamper di harrods dan 1 di cold storage. Lepas tu kami ke Jusco pula, sempat belikan lagi 15 hamper di sana.

Antara pic smlm :)

Di harrods kami custom sendiri hamper kami ie kami pilih sendiri brg2 utk dijadikan hadiah.



Kat sini kena tempah dulu, so pagi tadi gigih kami pick up. Antaranya ...


Lepas tu di jusco, siap kerah adik saya untuk bantu kami. Antara pilihan hamper kami :) yang cold storage lupa nak snap.


Beberapa kali ulang alik ke office nak hantar hamper2 ni. Memang boleh buat delivery, tapi tiap2 tahun saya lebih selesa hantar dan berjumpa sendiri dgn mereka yang banyak bantu kami ni :) hadiah kecil tanda ingatan.

Alhamdulillah kali ni saya agak bernasib baik sebab selalu semua saya dan suami yang hantarkan hamper semua dan attend client berbuka puasa di luar. Kali ni, ada adik saya boleh bantu, ie kami bahagi sebahagian tu adik saya yang buat delivery. Untuk majlis berbuka puasa pula, ada beberapa hari spttnya saya berbuka di luar ie sebab kami tuan rumah yang mengundang tetamu berbuka bersama. Syukur adik saya setuju utk attend kesemuanya sebab saya tak berapa larat nak turun kali ni (tp dia suka juga, semua pun makan di hotel mewah bertaraf lima bintang. Siap offer nak pegi hari2 pun tak pe katanya huhu).

So minggu depan kami akan sibuk untuk berjumpa dengan client2 pula. Inilah rutin tiap tahun saya. Mujur ada papa yang selalu bantu dan teman saya ke sana sini utk buat delivery :)

Lewat petang ie dlm pukul 3pm kami ke rumah ma sy. Ma saya masak istimewa ie ayam kampung. Ma call kami sebab tau itu favorite menantu ma ie suami saya :) suami saya suka sgt masakan dari ayan kampung. Actually abah just call inform nak bekalkan saya utk esok, tp gigih suami suh pi ambik terus sebab nak buat berbuka semalam :) tq abang layan semua isteri sibuk ke sana sini dr hal kerja sampai la hal selera tekak ni huhu.

Sempat tolong ma di dapur jap sebab kami smp awal. Inilah bekalan dari ma saya. Sedap sgt. Terima kasih ma.

Ada gulai ayam kampung.


Telur dengan sambal sweet sour kat atas dia 


Ikan jeruk dan acar timun


Dan sira pisang sedap


Saya pun ada masak utk ditukar juadah ma. Saya masak tomyam "tongkang pecah". Hehe. Nape tongkang pecah? Sbb saya campar semua bahan dlm tu, dr udang galah, ayam daging sotong, pelbagai sayur dan beberapa jenis cendawan juga :) so satu lauk je semua hehe. Boleh la ma abah dan semua adik beradik saya dapat rasa sikit sorg (semua orang rumah dekat2, hari2 berbuka di rumah ma. Kami mgkn tunggu wkend atau sesekali jelah di hari kerja ni huhu)


Inilah kisah rutin semalam. Agak penat sebab saya berjalan kaki ke sana sini sejak awal pagi. Malam tu saya lesu dan perut mula cramp. Sesak nafas juga. 

Pagi tadi saya buat check up, alhamdulillah, baby Ok. Cuma doktor cakap saya dehydrate agak teruk dan impaknya saya mendapat infection. :'( (Rasanya sgt byk dh minum air). Katanya kandungan saya masih awal dan mereka risau dr rekod saya pernah tiga kali keguguran. Mereka suggest utk saya tidak berpuasa dahulu (rukhsoh utk ibu mengandung sebab katanya saya dan kandungan dlm keadaan berisiko). Juga mereka cakap kandungan glukos dlm darah saya juga tak berapa bagus juga. Tengok macamana, harap keadaan makin OK.

 Doakan anak kecil saya ni sihat sempurna. Hmmmm inshaAllah semoga ada seorg lg imam kecil dan anak soleh selamat dilahirkan nanti. Ameen.

Salam

mrs Nizar









No comments:

Post a Comment