Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 16, 2016

Jutaan updates : Weekend | persiapan adik | makan2 | masak2| debaran | exam irham

LSalam

Panjang tajuk entry hari ni. Updates random sehari dua ini.

Weekend dan persiapan adik

Sabtu

Awal pagi terus ke KLCC, dalam sarat dan tak berapa larat. Tujuan :

1) nak breakfast dgn anak2.

2) quick shopping (final) dalam sejam or less utk beberapa tmpt :) tiba2 rasa cramping kena balik.

a) pegi toys r us - papa janji dgn anak2 nak beli hadiah ie reward sesuatu. Lupa plk pasal apa. 

Juga beli sedikit brg2 utk menyambut baby sayang. Paling best shopping sbb tiap pembelian ada reward voucher (promo bulan ni). Total voucher diperoleh dalam RM100. Yeay ! (Boleh guna utk beli sbhgian hadiah sbb result exam dah keluar)

Antara brg adik di sini :) baju2, mittens n stokin, bantal etc.


b) nak cari barang adik lagi di mothercare. Sempat tarik beberapa barang termasuk baju n aksesori baby brg2 nursing. Antaranya ....




Yang ni beli kat isetan. 


Disebabkan barang nursing byk beza ie di mothercare manual pump avent RM300, gigih kami ke shah alam sbb ada kedai jual sgt murah ie RM180 je. (Mode jimat2 sbb dh riban2 habis di sini. Huhu). Lagipun kami nak beli beberapa spare part utk electric pump kami ie medela freestyle (beli masa ariana lagi huhu).


Lepas dah settle, terus balik rumah hantar anak2 dulu. Mereka teruja nak balik sebab nak main mainan baru.

Makan2

Lepas drop anak di rumah, kami menuju ke shah alam. Sampai shah alam, terus la kami shopping brg2 nursing. Sebelum balik papa ajak makan2 di Mee Kari Udang Galah. Kat sini makanan sedap dgn harga yg sgt murah. Kalau teringin nak makan seafood, boleh la datang ke sini :) 

Ni mee kari saya. 


Dan sy order chili crab utk sy juga :) 


Ni papa punya. Nasi dan kari udang galah.


Lepas makan, kami terus balik.

Ahad

Awal pagi kita breakfast di Oldtown atas permintaan anak2 sebab ada plk promo set alatulis boboiboy kat sini. 



Lepas tu kita ke rumah tokma. Makan2 lagi dirumah tokma :) 




Ni semua antara juadah kegemaran saya :)

Masak memasak 

Isnin lepas, Genap 36 weeks mengandungkan baby sayang. Sebab sll bersalin masa 36 weeks, gigih tokma masak pulut kuning dan datang kerumah kita utk mkn sama2. Tokma ckp nnti pulut kan kena pantang 100 hari (jgn tak tau, bkn mak saya je, suami saya pun jenis sgt tegas bab2 jaga makan n pantang2 ni. Tak nak bermasalah di kemudian hari, nauzubillah. Kita mampu berusaha, selebihnya kita berserah :)  Huhu.

Kali ni papa sempat bisik lembut2,  nanti dlm pantang, tak payah nangis2 dah ye sebab teringat makanan, rasanya semua yang awak teringin abg dh bawak. Berkali2 pula tu utk tiap satu. Hahah, ok fine, thank you ( gaya ckp time ariana nak marah haha). 

 So tokma masakkan dulu sblm saya bersalin. Terima kasih ma, jauh dtg masakkan utk kami. Pulut kuning dengan kerutub ayam kampung.


Sangatlah yummeh ...


Lepas tu, semalam suami plk cakap teringin nak makan daging goreng. Tapi cakap tak nak i masak takut xlarat. Pastu sebut plk, lama isteri tak ke dapur (seminggu baru kot). Pastu tunjuk pic sy masak dulu2 ckp rindunya nak makan. Nampak tak dia berdolak dalih tu hehe.

So gigih malam td saya masuk dapur dan masak (sebab smlm cm stat rasa contractions, risau pulak kalau tak masak n nanti bersalin tiba2,  lama rasa bersalah sbb tak penuhi keinginan suami sy. Jarang keinginan saya dia tak penuhi (macam semua dipenuhi kot), so tak adil la kan tak penuhi permintaan mudah sang suami ini :) 

So lewat malam saya siap masak, terus suami makan dgn sgt sgt byk. Hancur diet dia. Nasi panas dgn daging goreng, telur dadar, serunding daging siap dgn budu ye :) berbunga hati masak penat2 bila tgk suami beria makan :) 



Cuba tgk jam tu, cam dah nak pagi kan hihi... Xpe, sesekali melayan selera kan. Papa cakap kena mkn byk bekal nnti nk berjaga malam jaga baby haha...



Hari ni pula, papa shopping groceries. Balik tu cakap, tak sengaja terbeli mee kuning plk teringat mee goreng sy masak. Ish ish ish, byk plk dia teringin tiba2. So gigih la sekali lg turun ke dapur khas utk suami tsayang :) 




Debaran

Debaran? Ye sementara menunggu kelahiran pok chek. Actually masa minggu ke 35, saya dah active in labour. Tapi dgn dosage pil hentikan contraction, tiba2 saya rasa mcm dh xrasa contraction. Perut sll cramp tapi tak sakit la. Doktor cakap ada orang tu, kesan ambilan ubat tu ada juga yang kena induce utk aktifkan semula contraction. 

Apa yang mendebarkan? Saya recall blk kelahiran anak2 sblm ni (juga refer dr blog sndr)

Irham : masa dtg jmpa doktor utk decide nak induce sebab baby dh besar (even baru 36 weeks, takut xmampu nak push n bersalin normal), tiba2 doktor cakap jalan dah buka 2cm dan terus kena tahan wad. Masa dtg jmpa doktor mmg xde rasa sakit. Air ketuban pecah masa bukaan 4cm dan baru mula sakit.

Adam : rasa sakit2 ckit n cramping, tapi boleh relaks je baca paper n mkn pagi sblm bersiap nak jmpa doktor. Jmpa doktor utk rutin check up. Masa bersiap baru perasan ada sedikit darah, terus panik. Bergegas ke hospital, dan terus ready utk bersalin. Terkejut bila smp di prince court doktor ckp bukaan dah 8cm. Nangis terus sebab panik cm tak percaya bukaan dah 8cm sbb baru je terasa cramping dan sakit2.  Terkejut pun ada. (Mengarut je perangai sy ni huhu)

Ariana : pun tak ada sakit. Datang hospital sebab nk check up dgn doktor. Sekali tak sempat breakfast, terus disorong ke labour room sbb bukaan dah 4cm. Dah ready in labour doktor kata. Dan saya stat sakit bila air ketuban dah pecah ie pada bukaan 8cm. Sebelum tu macam tak rasa, cuma perut mengeras biasa2

Apa yang mendebarkan? Ye, setiap pengalaman bersalin berbeza. Sy risau takut tiba2 saya dah ready in labour walhal saya tak sedar keadaan itu. Tadi saya rasa cramping (tak sakit), tp sebab dh mula ada discharge pagi smlm, sy ke hospital utk check up. Katanya dah ada bukaan 2cm dan rahim dah soft. Last week belum ada "jalan" lagi.  Tp belum active in labour, so sy balik dulu sebab jarak rumah dan hospital dekat je. Siap boleh balik masak2 utk suami lagi hehe. Tp perasaan cuak tu tak hilang. 

Doa2kan semua lancar dan baik2 shj dan ada rezeki saya merasai sekali lagi pengalaman bersalin yang mudah. Doa dan redha suami, ma dan abah sgt sy harapkan. Ameen. Risau je dlm menghitung hari ni. Saya bekalkan semangat dgn meminum air zam zam yang disediakan suami dgn solat hajat dan doa2 dr suami utk saya (mcm air selusuh yg suami sediakan sndr).  Terima kasih abg. 

Exam Irham

Alhamdulillah result exam irham dah keluar. Ok la, kami gembira dengan keputusan irham. Semua dapat A ie 90 ke atas kecuali satu paper dpt 89 dan satu 88. Masih byk ruang perlu dibaiki ye sayang. Tahniah utk anak mama clap clap clap.

Cabaran sbg ibubapa :

1) irham terpilih (melalui peperiksaan masa kemasukan dahulu) utk masuk ke kelas DLP (dual language prog) ie utk math dan sains dlm english- program utk sekolah SBT (sekolah berprestasi tinggi).  Disebabkan ie program baru, jadi buku2 sains dan maths sgt limited (satu publisher je ada- dr maklumat cikgu2 irham). Ada jgk la terdengar rungutan dr ibubapa dan pihak sekolah bahawa program ini berjalan sblm sempat pihak kementerian benar2 bersedia ie buku teks diperoleh sebulan dua slps sessi persekolahan etc.  So gigih kami kena usaha sendiri buat soalan la sebab buku rujukan tak ada. Alhamdulillah irham boleh catch up. Tahniah pd cikgu2 yang bersungguh2 memenuhi kekurangan pd peringkat awal dan mendidik anak2 kami dgn penuh ikhlas. 

Terkejut juga tgk silibus zaman sekarang. Ni cth soalan maths dan beberapa soalan dr kertas final exam irham. Rasanya kita masa darjah satu dulu soalan simple sangat haha.




Begitu juga dengan sains. Ni cth soalan exam irham baru2 ni. Kesian jgk anak2 zaman sekarang, cabaran mereka lebih besar berbanding kita dahulu kan.






2) tapi irham ni, utk paper yang tak dapat markah penuh kebanyakan adalah disebabkan sedikit "careless". InshaAllah, semoga irham lebih teliti nanti.

Cth : ni paper english irham. Yang betul kena tanda (betul) dan yang salah kena pangkah (x). Tp irham tak baca arahan betul2 ie irham dah tanda betul utk yang betul tp irham tak tanda pangkah utk jwpn yang salah sebaliknya tinggal kosong. Bila kami tny dia kata, ingat tanda yg betul je, so yang salah dia tak tanda la. Huhu

So yang ni papa minta irham lebih hati2 sbb byk markah irham rugi sbb "careless". 


Irham sayang, apapun, mama dan papa sentiasa gembira dengan setiap pencapaian sayang. Paling penting sahsiah irham dan adik2 sll dipuji di sekolah oleh cikgu2. (Irham ni pemalu ckit, disekolah agak behave la even dirumah ada la juga perangai hu-ha kan hehe). 

Selain itu mama doakan irham dan adam istiqamah menjaga solat 5x sehari (alhamdulillah so far irham dan adam cukup solat dan berjemaah dgn papa sll.) Wkend plk gigih bgn pagi ikut papa ke masjid. Sejuk hati mama dan papa sayang. 

I love you sayang. Sayang sangat. Mama dan papa sentiasa doakan anak2 mama menjadi hambaNya yang taat, cemerlang sahsiah dan luhur peribadi, cerdas dalam akademik dan menyenangkan hati setiap yang bersama dgn anak2 mama dan papa. Ameen. 

So inilah serba sedikit cerita kita sehari dua ni. Semoga setiap urusan kita dipermudakan dan cinta hati mama semua dalam lindungan Allah sll. Ameen.

Salam

P/s : 

Perbualan dgn suami ketika lunch :

Mama : saya rasa, setakat hari ni la, cukup la kot anak kita 4 org kan. Rasa dh tua plk. Ingat keje sendiri lebih senang, kelam kabut jgk bila xmampu masuk kerja lately. Mujur ofis ok lagi la ada adik2 yang sy percaya.

Papa : haha (gelak je). 

Petang menjelma, tiba2....

Papa : kesian ariana duk mai barbie sorg2. Irham duk main dgn adam tu. So, abg dh fikir dh. Abg rasa, 2018 nnti kita tambah sorg lg baby la. Misi mencari satu lg anak gadis. Anak 5 org best jgk. Kalau tak dpt girl yg kelima tu, mgkn anak ke-6. Tp kalau semua boy juga lepas ni, xpelah, best apa ada 5 org anak boy. Gagah sikit rasa tua2 nanti.  Best anak ramai2, meriah.... Saya rasa awk pregnant smp umur 40 ok kot. Nanti sy jaga la awk.

Mama : haaa???? Yang ni pun xsettle lagi  huhu....tadi kata ok 4 org anak.

Papa : haha, tadi sy xjwb lagi, tgh fikir. xpelah. InshaAllah nnti adik keluar ok la. Kita rancang je dulu. 

Mama : .......... (Cuak ok).

Seronok dia melawak,
I juga yang cuak.

Salam

Mama aka
Mrs Nizar



























Friday, November 11, 2016

Weekend datang lagi :)

Ni cerita minggu lepas. Dah seminggu pun :) weekend selalu ditunggu anak2, sebab setiap weekend kami cuba menghabiskan masa berkualiti sebaiknya dengan cinta hati kami.

Minggu lepas, awal pagi anak2 dh bsiap2 mandi untuk keluar. Elok papa balik dari masjid, semua dh siap mandi :) terus la papa bawa kami semua breakfast di Genting Highlands.

Alkisahnya, minggu lepas semua family saya bercuti di cameron highlands sebelum ke tronoh utk meraikan hari graduasi adik saya. So gigih la kami yang tak dapat join sebab risau nak travel jauh2 ni nak merasa juga suasana dingin spt tokma tokki semua :) 

Selepas breakfast berhampiran hotel seri malaysia, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kabus tebal sepanjang perjalanan, dan suhu mencecah 15C. Sejukkkk :)


Tiba di puncak, ariana dan irham tak nak keluar dari kereta sebab kesejukan. Siap papa nak tolong pasang heater (haha over, tp mmg sgt sejuk).

Adam je yang excited nak juga keluar ikut mama papa merasai kedinginan pagi. 

Uish gemuknya mama, smp papa yang dah gain 5kg berat (spjg sy pregnant ni) pun nampak selim haha.


Snip snap ketika di resort world.




Lepas dah menggigil kesejukan, semua start lapar balik walhal baru sudah breakfast. So kami turun mencari kopi dulu. Anak2 pula macam biasa teringin donut favourite mereka. Sempat minum2 seketika di starbucks petron sebelum meneruskan perjalanan.


Sampai je di bawah, anak2 dah tidur kepenatan. So, malas la pula rasa nak balik rumah, kami jalan2 lagi sambil "mengulit" anak2 tidur jap. Tiba2 rasa nak bawa anak2 pegi ke main2 di mana2 playgym sebab sejak malam sblm tu mereka ajak ke sana. 

Terus la papa bawak kami ke Parenthood Playland di Putra Mall. Kat sini sbb masih baru, jadi sgt selesa utk beriadah bersama selain byk kedai2 utk shopping barang baby. Saya lupa berapa tiket masuk sini, tp beli satu tiket kanak2 dapat satu tiket percuma utk dewasa. So kami dpt tiket dewasa percuma la sbb ada tiga anak. Total dlm RM167. 

Gambar bergembira anak2...


Tengah asyik bermain, datang pula mascot ke sini. Semua excited lari nak snap pic dgn en mascot :) 















Semua dahaga, so kita berhenti minum sekejap di DC Comic Superheroes Cafe.

Teruja la sana sini ada batman. Semua pakat nak naik ride yang batman ni. Kita kasi chance la :)




Makanan dan minuman pun semua "ada" batman ye. 








Lepas dah minum2, kita sambung main lagi di playland tu sampai anak2 kepenatan. Kali ni kita main sampai mereka yang ajak balik sebab penat dan lapar :)

Kami lunch dulu di Secret Recipe sebelum pulang. Ini adam yang kepenatan, sementara menunggu makanan kami sampai.


Sampai di rumah, dah terpaksa berbaring sebab kepenatan sangat (mula rasa mild contraction sblm kena warded isnin slps tu huhu). 

Minggu ni kita nak buat apa ye? Sementara masih boleh keluar rumah sblm berpantang, cuba nak jalan2 dulu dgn anak2 tersayang inshaAllah. Joms :)

Salam.

Mrs Nizar























Tuesday, November 8, 2016

Entry dari kamar wad | Pengalaman mengujakan sekeluarga :)

Salam...

Harini nak bercerita tentang pengalaman pertama bawa anak2 berjumpa "adik" mereka melalui screen :) sblm tu nak cerita kisah kena warded dulu :)

Alkisahnya, isnin lepas, dr awal pagi perut rasa berdenyut2. Tapi gigih ke sana sini atas urusan kerja etc. petang tu sy ada meeting di ampang. Masa meeting tu mcm xselesa sgt, rasa mcm makin kerap contraction. Meeting selesai jam 4.20pm. Terus ajak papa jemput irham awal disekolah sbb sy dah tak larat nak duk dalam kereta, rasa nak balik baring.

Sampai je rumah, saya baring tapi contraction macam makin kerap terasa dan makin kuat. Family saya risau takut tak sempat sampai ke hospital, minta kami bergegas utk buat check up (pengalaman kakak saya yg selalu cepat bersalin. Kakak saya yg sulung pula selalu bukaan jalan dr 0 cm ke 10cm dlm masa sejam je. Tak smpt doktor sampai. Risau la sy.) Lepas maghrib, terus sy ke gleneagles. 

Mereka buat ctg, dan kata dah start contraction ie setiap 5 minit. Sakit yang masih ok. Sebab baru 35 minggu, doktor cepat2 bagi ubat (lupa nama) utk kurang/hilangkan contractions at least utk 24 hours sebab saya perlu disuntik  dexamethasone (kalau xsilap ehaan dia) ie ubat utk mematangkan paru2.

Serius sgt cuak sbb ikut pengalaman masa bersalinkan ariana di Ampang Puteri, suntikan ni sangat menyakitkan.  Sakit besalin atau epidural semua dh lupa, tapi suntikan ni masih ingat. Doktor belum cucuk i dah siap gelabah nak nanges.

Tapi alhamdulillah, cam magic plk, masa disuntik, dua2 suntikan macam xsakit dan ok la. Mcm cucuk2 ubat biasa je. Lega. Sebab tak sakit, suami siap gelak2 lepas tu usik saya yang nanges2 takut jarum hahah. Tengah gelak2 happy saya leh nanges bila tau nak kena cucuk. Hihi.

Malam tu doktor bagi smp 6 dos ubat stop kan contraction. Dua dos pertama pukul 10 malam, dan selang 30 min lagi dua dose. Then pukul 4am lg dua dose. Baru la hilang contraction (ie xde rythm dah. Tapi masih berjaga2 sbb dose kedua ubat pramatang akan dicuck pukul 10am).

Keesokan paginya, sebab keadaan dah makin stabil, sy dipindahkan ke ward. Malam tu even kena warded tp sy kena fully monitered di labour room. Bemalam di labour room la. Kami minta pindah ke bilik sbb sewa di labour room agak mahal ie RM100/jam tak termasuk ubat2, kehadiran pakar etc. sewa bilik shj. gulp! Dah 15 jam di labour room huhu. 

Sampai di bilik, bergegas minta tlg suami jemput anak2 saya. Sayu sejam smlm sbb tinggal anak2 dirumah. Dengar suara mereka berkali2 nak jmpa mama, nanges2. Pukul 7am lagi dah siap mandi nak jmpa mama. 

Sampai je di hospital (mcm jet suami sy pulang bawa anak2 hehehe.. Rumah kami ke hospital pun cuma 2.6km (dr waze), terus la semua terkam peluk mama. Bestnya bergomol dgn anak2. Ariana siap peluk erat n cium sy berkali ie setiap kali cium adalah 100kali. Dia akan kira one two three smp twenty then terus jump 100. Hehe. Basah pipi mama. 

Bagi ariana, berjauhan maksudnya kami terpisah ie yang meninggalkan tu dah ke amerika (impak papa tinggal dulu la ni). Siap ckp dia akan sedih dan nanges kuat2 kalau mama pegi amerika. Dia xboleh tidur sbb ingat mama. Sayu je. Adam pun sll ckp air mata asyik keluar je ni. (Jgn tau tau nak, mama pun duk sedih sayu di sini). 

Main dgn anak2 smp puas. Macam2 game. Tgk tv sama2 etc.

Then smp la masa doktor nak bawak saya ke klinik utk scan etc.

Semua nurse etc teruja tgk ramai "escort" mama ke klinik. Tlg buka pintu pun mereka, jaga lif etc. semau cakap, ramainya yg jaga mama :) 


wajah ceria teruja anak2 masa follow sy di wheel chair (masa ni nurse tgh reverse nak tolak sy masuk ke pintu lain :)

Sampai di klinik semua sgt behave masa jmpa doktor dan masa scan. Thanks love :) 




Doktor puji2 anak mama sgt baik. Dannnn doktor siap terkejut n semua keluar sambut kami dipintu (dah inform doktor nak bawa anak2, sejak inform lg doktor lg teruja). Doktor kata "aimi, i tak sangka u ada anak ramai mcmni. Selalu i tgk u ni mcm pasangan couple je, berkepit berdua je". Siap gelak2 dgn nurse dia. Doktor mesti tau history medical sy n tau ni pregnancy ke berapa, cuma dia xboleh imagine je haha. Siap gelak2 ckp sll nmpk berdua mcm xada anak je lagi.. Haishhh...

Oh ye, smpt lagi tu berselfie, sbb skrang suami tgh "demam". Demam perasan dia tu "ejaz"- suri hati mr pilot tu. Layan la bergambar dgn artis jap sblm check up ekekeke...



Masa kat dlm, mcm2 dibualkan dengan doktor. Terima kasih doktor melayan mcm2 soalan anak kami. 

"Eh mana adik, macamana nak imagine ni".-- irham

"Doktor, mana muka adik?"- ariana

"Eh kenapa mcm alient ni, nanti keluar baby akan cantik kan mama"  - adam

"Wowww, dlm perut mama ada ikan" - irham
Doktor : mana ikan?
Irham : tu yg gerak2 tu.
((Heartbeat baby yg bergerak tu, mcm bila tenung blk nampak mcm ikan).

Doktor gelak ckp mcm2 imagination kanak2. Doktor layan lama sbb doktor ckp "best la layan anak2 u". Hrp ikhlas la, sbb mmg penat melayan diorg ni haha.

Ariana siap intai bawah scanner tu cari adik. Sgt frust dia sbb ingat adik dh keluar.

Adik kita ni mcm kuat mkn je. Tiap kali scan asyik mengunyak. Dah la tu, pernah tu tgh scan dia tgh syok genggam tali pusat sambil cium2. Doktor ckp "nak buat talian hayat minta makan dgn mama la tu". HeheZ

Doktor kata mmg smlm sy dh in labour. Ubat so far menjadi. Result infection semua negative ie xmengganggu labour sbb kalo ada infection boleh sbb kan in labour. So mmg totally sakit disebabkan in labour. Kena berhati2 sbb pangkal rahim dan sgt soft dan ready anytime. So berehat la lagi saya di sini.

Balik dr klinik, papa bawak anak2 shopping kat kedai di lobby. Seronok semua dpt mainan baru, gula2 etc.

Lepas tu semua berehat di bilik menunggu lewat petang utk dinner bersama. 



Lewat ptg, kami dinner sama2 di Dome di lobby gleneagles. Masa ni la nak stat sedih. Saya dah bagi tahu awal2, terpaksa hantar anak balik kali ni. 

1) sebab kat hospital ni even sy dah request bilik executive single ( luas dr single room, ada sofa etc, tp gleneagles ni xde karpet rupanya - first time warded di sini. Sll prince court, berkarpet, so kami bawak je comforter etc n diorg ada sleeping bed masing2. Jadi saya risau mereka sejuk malam2 nnti).

2) takut ada emergency ie kena masu labour room lagi, siapa nak jaga mereka. Kami xbawa maid hari tu.

Sebelum mkn sampai mereka mcm ok even ada la sikit2 ckp tak nak balik rumah.

Pic ketika tunggu makan. Ariana kami biasalah menari je keje. 



Ni saya punya. Ada nasi, udang dan ikan. Yummeh sgt.


Nasi lemak utk adam. Sedap sgt especially sambal dia.


Spagetti utk irham (share dgn ariana).


Pizza utk papa. Juga share dgn ariana. Hmmmm cm diet je... Yeke? (Nape la suka sgt ngusik budak besar ni). 


Actually sy ni sll tak berselera makan di wad, apatah lagi kalau xde anak2. Kalau masuk wad sll order menu ikut selera suami, hehe... Sy pula paw makanan yang dia beli kat luar :) tp mknan kat hospital pun sedap je. 

Tadaaaa... Ni la menu dinner sebenar dia yeaaa...


Lepas makan, saya pimpin anak ke kereta, depan dome ni je. Papa amik servis valet. Boleh la jalan ckit2 sbb doktor minta rehat je. Masa ni la yang haru. 

Ariana nanges dgn sgt teruk. Irham adam mencuka di kereta pujuk nak teman mama. Ajak mama balik la. Sedih sangat2. Ariana xmakan pujuk. Nangis yang kuat, air mata berjurai2 sambil peluk kaki mama, cium2 mama, peluk perut n cium perut mana. Sedih sgt. Papa terpaksa pujuk n dukung ariana. 

Lama juga adegan ni sblm papa berjaya pujuk. Dalam kereta ariana nanges sgt syahdu. Mama jadi sgt stress. Stress sebab sedih sgt rasa nak balik je terus. Lari dr hospital (pernah buat masa muda dulu, boring duk kat ward, suami kidnap jap p mkn aiskrim sblm hantar ke wad semula).

Suami mmg supportive bab2 ngelat ni. Flashback masa kat labour room, teringst perbualan dgn papa lepas papa smp umah smlm.


Kisahnya, sy lapar sgt n teringin makan kek. Suami turun beli kek red velvet kat starbucks. Sedap oooo.... Tiba2 doktor pakar diabetes dtg, elok lepas mkn. Terkejut dia saya mkn kek haha... Sy xde diabetes, tp dia monitor polar mkn sy sgt ketat sbb nak elak diabetes (byk sgt gain weight masa pregnant kan).

Berbalik hal ariana, smp bilik, sayu tgk bilik dah kosong, sunyi. Nampak kesan biskut tumpah la, kotak mainan diorg, tetiba je sebak, terus nangis. Time2 syahdu nk la papa pula whatsapp. 


Dah tak stabil emosi malam tadi. Papa cepat dtg lepas solat ke hospital. Anak2 kepenatan pun tidur awal. Saya call adik sy yang sy minta tlg teman anak2 bersama maid di rumah.

Bila emosi dh stabil, suami sy gelak lagi kat sy. Baru jmpa kot. Dia gelak sy duk nangis. Dia ckp, kena tabah la, cmne nak keje jauh ni. Suami dulu masa dlm hutan canada, kalo ada emergency, campur tukar2 flight, 4 hari baru boleh smp malaysia. Saya ni berjauhan utk 2.6km nangis skp cm nak demam. Hahaha... Kejam ye suami, analogy x best langsung. 

Lagi tak best nurse ckp, sbb ada yang teman sy, mereka boleh provide katil. Terus pandang papa n ckp "alaaa kalau tau tadi ambik katil je utk irham adam. Ariana tido dgn sy". Boleh dia gelak je, sy serius laaaaaaa... Tp sbb dh 10.30mlm n anak2 dh tido, bertabah la hati.

so hari ni misi saya nak minta balik. Nak jmpa anak2. Doa2kan semua ok. Doktor kata smlm ok kalau nak balik sbb rumah sgt dekat. Tapi kena betul2 aware la pd perubahan diri. InshaAllah. Harap lepas la boleh balik dulu. 

Awal pagi papa balik mandikan anak2, siap2 anak2 utk ke sekolah. Terima kasih sayang. Mama janji smlm, balik dr sekolah inshaAllah mama dh ada dirumah kalau doktor bagi balik dan mama tak bersalin lagi. InshaAllah. Tu baru mereka lega masa kami bergayut di phone malam tadi sblm semua tidur.

Inilah kisah pjg seorg ibu yg susahnya nak berjauhan dgn anak2. Rindu sarat sll. Even smlm sehari jd, tp manis sgt kenangan tu. Bergomol dgn anak dan kali pertama bawa mereka "jmpa" adik. :)  Panjang entry sbb bosan di ward sorg. :) semoga anak2 baik2 di sekolah dan suami sy cepat smp semula teman sy di hospital. 

InshaAllah.

Semoga allah lindungi semua yang saya sayang setiap masa. Ameen

Me,
Mrs nizar
Mommy of 3+1