Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 11, 2016

Weekend datang lagi :)

Ni cerita minggu lepas. Dah seminggu pun :) weekend selalu ditunggu anak2, sebab setiap weekend kami cuba menghabiskan masa berkualiti sebaiknya dengan cinta hati kami.

Minggu lepas, awal pagi anak2 dh bsiap2 mandi untuk keluar. Elok papa balik dari masjid, semua dh siap mandi :) terus la papa bawa kami semua breakfast di Genting Highlands.

Alkisahnya, minggu lepas semua family saya bercuti di cameron highlands sebelum ke tronoh utk meraikan hari graduasi adik saya. So gigih la kami yang tak dapat join sebab risau nak travel jauh2 ni nak merasa juga suasana dingin spt tokma tokki semua :) 

Selepas breakfast berhampiran hotel seri malaysia, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kabus tebal sepanjang perjalanan, dan suhu mencecah 15C. Sejukkkk :)


Tiba di puncak, ariana dan irham tak nak keluar dari kereta sebab kesejukan. Siap papa nak tolong pasang heater (haha over, tp mmg sgt sejuk).

Adam je yang excited nak juga keluar ikut mama papa merasai kedinginan pagi. 

Uish gemuknya mama, smp papa yang dah gain 5kg berat (spjg sy pregnant ni) pun nampak selim haha.


Snip snap ketika di resort world.




Lepas dah menggigil kesejukan, semua start lapar balik walhal baru sudah breakfast. So kami turun mencari kopi dulu. Anak2 pula macam biasa teringin donut favourite mereka. Sempat minum2 seketika di starbucks petron sebelum meneruskan perjalanan.


Sampai je di bawah, anak2 dah tidur kepenatan. So, malas la pula rasa nak balik rumah, kami jalan2 lagi sambil "mengulit" anak2 tidur jap. Tiba2 rasa nak bawa anak2 pegi ke main2 di mana2 playgym sebab sejak malam sblm tu mereka ajak ke sana. 

Terus la papa bawak kami ke Parenthood Playland di Putra Mall. Kat sini sbb masih baru, jadi sgt selesa utk beriadah bersama selain byk kedai2 utk shopping barang baby. Saya lupa berapa tiket masuk sini, tp beli satu tiket kanak2 dapat satu tiket percuma utk dewasa. So kami dpt tiket dewasa percuma la sbb ada tiga anak. Total dlm RM167. 

Gambar bergembira anak2...


Tengah asyik bermain, datang pula mascot ke sini. Semua excited lari nak snap pic dgn en mascot :) 















Semua dahaga, so kita berhenti minum sekejap di DC Comic Superheroes Cafe.

Teruja la sana sini ada batman. Semua pakat nak naik ride yang batman ni. Kita kasi chance la :)




Makanan dan minuman pun semua "ada" batman ye. 








Lepas dah minum2, kita sambung main lagi di playland tu sampai anak2 kepenatan. Kali ni kita main sampai mereka yang ajak balik sebab penat dan lapar :)

Kami lunch dulu di Secret Recipe sebelum pulang. Ini adam yang kepenatan, sementara menunggu makanan kami sampai.


Sampai di rumah, dah terpaksa berbaring sebab kepenatan sangat (mula rasa mild contraction sblm kena warded isnin slps tu huhu). 

Minggu ni kita nak buat apa ye? Sementara masih boleh keluar rumah sblm berpantang, cuba nak jalan2 dulu dgn anak2 tersayang inshaAllah. Joms :)

Salam.

Mrs Nizar























No comments:

Post a Comment