Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 24, 2017

Girl v Boy

Cerita weekend lepas.

Sekali sekala dating dengan anak dara sementara papa pula outing dgn sang teruna.

Papa drop kami ke salon di wangsa walk.  Suka salon ni sebab selesa, ada bilik khas utk wanita bertudung. Tp bilik ni tak la di hias cantik mcm ruang utama. 

So selain gunting rambut bersama dgn ariana, kami cuci rambut n buat treatment bersama. Actually yang gigih nak cuci n buat treatment tu bukan mama, tapi anak dara saya. Kita layan jelah :) lama tunggu mama habis pantang , tak nak pegi salon dgn papa sbb ariana cakap kalau dgn papa, papa pegi gunting rambut je. :p






Setiap kali pegi salon, wajib nak cuci rambut :) ni dh banyak kali ajak mama pegi spa, nak "picit2 muka" (facial), nak "buat kuku2" (pedi medi) etc. feminine sangat anak dara ni ;p

Sementara kami d salon, gigih papa pegi ke kedai barang2 spare part audi sambil basuh kereta kat sana.kat sana pun ada bilik pameran kereta. Layan anak2 teruna makan aiskrim juga.

Papa cakap teruja sungguh semua kalau ke bilik pameran kereta. Lagi teruja sbb dpt tgk alat2 spare part ie yg belum di pasang kan. Wowww sana wowwww sini... Haha tak la susah sgt nak entertain anak2 ni, masing2 ada minat sendiri :) mujur minat sama dgn ayah mereka.




Selepas hampir dua jam, papa jemput kami dan anak2 berjumpa semula. Kemain happy duk cerita2 masing2. Rindu lettew :)

Sedikit perkongsian sebagai seorang ibu. Semoga kita amalkan sll inshaAllah.

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu. 

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:* 

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya. 

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Sekian, salam.

Mrs Nizar

P/s : tulis entry ni sbb tgh gigih teman en Nizar bawak kereta kami dicuci n servis sblm blk kampung mggu ni di kedai yg sama papa bawak irham dan adam tadi :) 

hari2 dtg cuci kereta sbb musim hujan n cepat kotor. Ada orang tu pantang kereta tak berkilat :p Layan jelah....











Monday, January 23, 2017

Day 60 Alhamdulillah

Alhamdulillah kesayangan kami sudah berusia 60 hari sabtu lepas. 60 hari penuh indah, 60 istimewa buat kami berENAM :)

Gambar terbaru ammar, elok ketika mama update blog malam ini :) mr bambam kesayangan abg dan kakak.


Perkembangan ammar :

1) mula menegur (macam abg n kakak dulu2. Petah juga agaknya nnti macam abg2 n kakak inshaAllah :)

2) pandai nak beriba.

3) paling mudah dijaga setakat ini alhamdulillah. Bukan jenis menangis dan berjaga malam.

4) sgt kuat menyusu. Kalau mama pergi kerja, ammar minum tiap 3oz setiap jam. Gigih mama buat stok. Alhamdulillah rezeki ammar, dah penuh freezer. Kena sumbat2 dulu sementara waktu.


Berdoa semua OK, sbb ada pengalaman pahit masa irham dulu, bila rumah blackout masa kami pergi bercuti, rosak semua susu. Nauzubillah. Menangis saya masa balik rumah :(

5) sangat sangat sangat kenal mama. Pantang mama berjalan tak dukung ammar, tak lepas mata pandang mama. Atas riba papa pun xlepas mata tenung mama. Sampai papa naik jeles :p

6) sangat gagah. Kuat je tangan tu tolak tgn mama kalo mama nk cuci telinga ke, papa cium bertubi2 (tak suka bulu2 dimuka papa kot) etc... Pandai protect diri sendiri kan ammar :) hehe.

Dan yang paling pasti, saya dah makin goyah hati bila pegi kerja. Rindu banyak sangat la dekat ammar.



Sebut pasal kerja, saya mula bekerja ketika hari ke 45. Huhu., kesian kesian... Kalau orang lain ni, hari ni baru stat kerja, saya dh 15 hari mula kerja. Siapa kata kerja sendiri ni mudah, banyak benda kena fikir. Appoinment berderet juga. Alhamdulillah Allah izikan badan saya sudah mula kuat utk bekerja dan fit semula slps berpantang.

Alhamdulillah, di awal saya bekerja ma dan abah ada bersama kami. Abah dan ma tinggal dirumah kami selama 26 hari sehingga jumaat lepas.

 Hari ni hari pertama pergi kerja rumah sunyi. Sebelum ni abah dan ma plan nk teman seketika je, lepas tu ma masuk wad. Balik dr masuk wad sy ajak ma saya berehat di rumah kami. Bila weekend, abah ma n adik beradik sy bercuti di johor, anak2 saya asyik call tokma tokki sebab rindu. Hari pertama abah dan ma balik, ariana duk menangis je rindu tokma tokki. Kejap2 call tokma pujuk ajak dtg semula, nanges2 sayu gitu. Hati siapa yg tahan mendennar suara sayu anak gadis kami. Huhu. Jadi abah dan ma terus blk rumah kami slps dua malam di johor. Irham dan adam pun pandai duk peluk cium tokma dan tokki tak bagi blk. 

Jadi masa sy mula bekerja, even hati sgt sayu, sy masih lega sbb sy tahu ammar ada bersama org yang sgt sy percaya. Setiap detik sy doakan anak2 sentiasa dlm keadaan selamat dan berserah padaNya.

Oh ye, hari ke-60 kami sempat snap family potrait terbaru kami..... Tadddaaaaa....


Layan kan aje... Actually gambar ni kami snap ketika meraikan birthday anak saudara saya. Kami memilih tema batman (ikut tema ie kena berkostum).

Ini ammar kami :) sabar dan tabah la ammar....




Dan team ammar :)



Ini shj antara rekod di hari ke-60 ammar faiz. Semoga keempat2 anak mama dan papa membesar dgn sihat dan menjadi anak2 soleh dan musleh. Ameen. 

P/s : pic kejap ni. Anak2 duk bawah teman mama siapkan agreement. Sanpai tertidur semua. Sementara papa dukung ariana naik ke bilik tidur, i kejut irham dan adam naik atAs sambil dukung ammar. Kesian plk, mengantuk sgt. Smpt lg tidur masa dlm lif sementara bergerak ke bilik... Hehe...


Hehe...

Pss : saya dah habis pantang, dh habis 60 hari pun. Tp berat badan masih tak turun betul2 ie tak balik pd berat badan asal. Mungkin faktor sudah anak keempat, mungkin juga faktor usia, lambat sikit turun kali ni.

 Malas dh nak fikir. Penat ! Pandai2 la ye badan. Tp alhamdulillah dh turun 20kg ie dr 75kg ke 55kg. Ada lagi 5kg yg degil. Takpelah, janji xperlu sampai kena beli baju2 baru sbb baju lama dah tak muat hehe. Biarkan la dia nak bermanja disitu. Hrp xlama la... Sekarang dh boleh pakai baju2 lama pun dh cukup "yeay" haha..Huhu.

Salam.

Mrs Nizar










Monday, January 9, 2017

Weekend at our new crib

Salam

Masih dalam mode baru berpindah, utk org2 yang dh lama "tak berpijak" tanah ni, ie dah 4 thn stay di condo, bila tiba2 dapat pindah ke rumah yang ada halaman, adalah sesuatu yg mengujakan terutama anak2 sy.

Kami masih dlm proses nak adapt rutin 2017 yg sgt padat. Rutin sekolah anak, rutin hantar ambik anak sekolah etc. tak banyak masa siang di rumah. Jadi, hari minggu sangat dinantikan.

Bila hari minggu dtg, mereka boleh :

1) berlari2, main bola dan belajar badminton dgn papa mereka puas2.




2) boleh manja2 dan main2 dgn pet mereka. 

Memperkenalkan dr kiri :
Cik Dora (ariana punya) charlie (adam punya), arlo (irham punya) dan officer hop (ammar punya)


Perangai pet ni sama mcm tuan dia. Jgn kan anak2, sy pun geram dgn cik adik bulus ni semua sbb sgt manja dan mengingatkan sy pada anak2 kami sll. 


3) tolong papa bersihkan halaman. Boleh la berpeluh2 sikit anak2 ni. Teruja sbb jarang kot kena buat "keje berat". Skrang dah besar, kena belajar2 ye syg.




4) picnic santai ie breakfast by the pool bersama keluarga






Lepas mandi2, semua lapar lagi dan makan lagi :) 


Actually sudah beberapa malam tokma dan tokki bermalam di rumah kita. Sejak keluar wad (tokma kena denggi), tokma datang berehat di sini :) semua happy2 n tak bagi tokma tokki balik bangi. Huhu. Layan kan aje cucu ni....semoga tokma dan tokki happy2 sll di sini dan semakin kuat dan sihat. Ameen



4) santai malam ie sessi luahan hati dan megimbas kenangan lama bersama




5) family gathering. Ie waktu berkumpul adik beradik dan makan2. Bila wkend dtg, adik beradik saya sll datang, masak sama2 di sini dan kami makan sama2 n bagi anak2 main bersama2. Berpotluck :) 

Kakak kedua sy sll jadi chef utama. Merancang utk adakan bbq night, asyik tangguh je sbb sll malam mereka ada urusan. Huhu. Wkend sgt singkat lately.

Minggu ni kakak masakkan sy mee rebus kegemaran hati. Sy kan baru habis pantang, yeay dh boleh mkn mee. Suka sgt.

Belah kanan tu utk anak2 ie yg kurang suka sayur huhu.

Serius sedap tak terkata :) 






Aktiviti petang....


Ni yusuf majuk2 sbb nak mandi, abah ada urusan lain la plk.


Akhirnya abah yusuf ie adik sy mengalah. Layan la semua mandi2.







Ni cerita hari minggu kita ie aktiviti baru di hari minggu.

Semoga anak2 ceria2 sll :) dan terus semangat dan bertenaga di hari persekolahan. InshaAllah.

Pic pagi hari sebelum ke sekolah:)



Salam.

Mrs Nizar