Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 14, 2017

Weekend & Weekdays bersama Nizar Jr.

Weekend selalunya masa dinanti2 sesiapa shj termasuk anak2 kami. Minggu lepas byk aktiviti bersama kami lakukan bersama.

Seawal pagi, bangun tidur terus saya ke dapur siapkan mee goreng utk sarapan sementara anak2 bersiap2 mandi etc di blk mereka. Papa pula sibuk mengecat tangga etc utk kilatkan balik di area pool rumah kami.

Taraaaa hasilnya....


Lepas tu, papa kerah anak2 utk basuh kereta bersama. Papa cuci Audi manakala anak2 dikerah mengelap Subaru sbb mereka semua sayang sgt subaru kan huhu. Kalau bab membantu, anak2 mmg teruja. Teruja setiap kali diberi tugasan :)





Sementara si kecil kami Ammar bermain dgn mama 24/7. Yippieee


Lepas tu, kami lunch sama2. Lately suka sangat mencuba resipi baru. Cuba tomyam santan, sup ayam ie kuah soto + cili hitam etc.

Kemudian, papa kerah askar2 papa utk tolong pasang meja dan kerusi baru utk kami guna di "ofis kecil" kami di rumah. Bila barang dr ikea, gigih sikit la kena pasang kan. 



Kejap je askar bantu, selebihnya sibuk berkarya hehe...buat art dr kotak2 meja tu huhu


Hasil keje tangan irham dan adam :)



Siap pun bilik merangkap office kami


Nama je ofis kami, tapi macam office suami saya la sbb dia yang akan byk bekerja di sini ie buat data semua. Ni pic smlm :) 


Anak2 tny kenapa kena ada ofis di rumah? Saya cakap, anak mama makin ramai, mama kena la lebih byk masa dirumah sbb ramai nak main dgn mama, tapi lagi ramai anak, lagi kena keje kuat juga utk cari duit pd anak2. So mama keje dari rumah pula, so byk masa dgn anak tp dpt keje kuat juga. masuk ofis bila perlu sbb sy ni mmg sll xlekat office bila dlm bidang marketing ni.

Petang pula papa layan anak2 ajak bercamping pula. Camping kat halaman rumah je.:)

Sempat main layang2 juga...







Solat jemaah pun di luar ie tepi khemah mereka.


Penjaga mereka tak jauh pun hehe... Sbb angin kuat, pukul 9mlm semua masuk rumah kesejukan

Itu cerita sabtu. Ahad awal pagi semua ke kelas Karate. Lepas tu balik kita belajar bersama sebelum layan beberapa movie yang papa beli di TV.

Weekday pula mcm biasa sibuk dgn rutin. Malam smlm, anak2 sibuk nak mama masak wrap pula. Layan jelah sbb mudah n cepat.

Nak share resepi wrap versi sendiri. Dr google byk yang panggang n perap ayam, since suami n anak2 saya nak wrap ayam mcm kfc ie yang bergoreng, so kita goreng la dulu. 

1) pilih ayam bahagian isi ie dada shj. Perap tepung goreng ayam. Suami sy suka tepung bestari rasa dia mcm ayam goreng Mc Donald haha (kami dh tahun ke 7 tak makan mcD sebab masih boikot).


2) goreng ayam


3) siapkan bahan2 utk di wrap nanti. Ni je sayur2 di peti ais, ada lettuce, capsicum, bawang, tomato cherry, mozarella cheese, minyak zaitun, mayonis + seasoning.


4) kecuali tomato cherry dan lettuce, semua saya goreng kejap dgn minyak zaitun + seasoning.



5) tortilla di sapu mayonis dgn mewah sebelum bahan2 lain dimasukkan. Tabur juga mozarela cheese. Kemudian belek2 kan hasil wrap di kuali jap utk cairkan cheese dan bg wrap melekat.


6) tadaaaa dah siap.


Anak2 mmg sll cakap sedap, mulut manis. Masak sardin pun dapat sejuta bintang haha. Suami ckp dia beri 4.5 bintang. Ok laaaaa... N maid sy ckp "its delicious madam" muehehehe.... Perasan la i smlm sblm tidur. Mcmni la gaya orang tak pandai masak bila dipuji pandai hahah...

Adam n papa n maid habis la seketul. Irham dan ariana share sbb besar portion dia ( kena control ckit nampaknya intake mkn adam ni huhu).

Baru ni papa terjumpa ni dalam buku irham. Ye, anak2 mmg sentiasa memerhati. Mereka assumed dr pemerhatian mereka :)


Itu jelah cerita The NizarS kali ni. Semoga happy2 sll semua dan hari ni sentiasa menjadi lebih baik dr smlm.

Salam

Pic : gini la anak2 ie tiga2 org. Papa bg power nap tiap kali blk sekolah atAu nak ke sekolah ptg. Kredit pic dr papa dgn adam :)





mrs Nizar







Tuesday, February 7, 2017

Penawar Stress | Love U Love U Love U

Sesekali merakam entry khas utk lelaki istimewa yang dikasihi. Ayah kpd anak2 saya.

Hari ni antara hari plg down saya.

Seawal 6.50am saya dah keluar bersama suami dan anak2. Lepas hantar anak ke sekolah, terus kami ke pejabat tanah shah alam. 

Sayu hati tengok seawal pagi ammar terpaksa ditinggalkan dirumah.

Berlaku havoc sikit bila ada anak istimewa mengamuk nak pecahkan pintu pula di shah alam.

Dalam perjalanan pulang, jem agak dahsyat sampai terpaksa lalu jalan sungai buloh. 

Ke cheras dan mcm2 lagi. Ada juga diselit adegan penuh emosi.

Pendek kata, saya sedar saya stress hari ni. Saya rasa nak demam, lemas dan lesu.

Suami yang selalu di sisi perasan saya stress. Terus offer utk masak. Bukan je masak dinner, siap dengan dessert. Kata orang, coklat ni salah satu stress reliever.

Suami saya bukan selalu ke dapur, tapi bila ke dapur, air tangan dia sangat special. Elok sampai rumah, terus papa masuk dapur goreng nasi tuna pedas.

Pic masak2 di dapur :) 




Then berhenti solat maghrib sebelum sambung masak kek coklat. Happy sgt semua bila papa baking.







Yeay dah masakkkk.....



Alhamdulillah... Saya yang penat dan sedih seharian hari ini terus sangat happy....tak susah utk gembirakan hati seorang perempuan ni :p 

Masa pregnant especially masa awal alahan, hampir setiap hari papa masak utk saya sbb saya cuma nak makan nasi, ikan masin, tomato etc ie yg simple tapi saya xlarat nak masak... Juga masa dalam pantang, hampir hari2 juga papa yang masak lauk pantang :) tq abang...

Antara lauk masa saya pregnant dr suami... Terhasil la isteri yang sll happy masa pregnant, dan kesannya... lahir la en ammar yang "galak" dan tersengeh2 selalu sekarang :):) 




Sekian.....

Saya sudah happy dan mahu tidur lena :) salam 

Mrs Nizar








Tuesday, January 31, 2017

Sedih dalam gembira

Semalam alhamdulillah kami slmt smp ke rumah dr kampung jam 7.40pm. Ketika dalam perjalanan ie di karak, adik lelaki bongsu sy call, nak datang ke rumah dan bawakan kami dinner ie pizza. Dalam hati sy tidak syak apa2 sbb adik sy mmg sll dtg dan mmg sll sgt bawakan kami makanan.

Kedatangan adik benar2 mengusik hati sy kali ini..........

Adik maklumkan, dia ditawarkan pekerjaan sbg aircraft engineer di sebuah syarikat penerbangan terkemuka tanahair (gimik je sbb malas sebut nama company di sini). 

Alhamdulillah, saya gembira tapi dalam masa yang sama air mata sy hampir gagal saya kawal... Air mata sedih seorang kakak, walaupun dah lama saya bersedia utk waktu ini. Walaupun sudah lama suami pesan utk saya bersedia andai waktu ini sampai.

Kenapa saya sedih?

Sebenarnya sejak 1 Mac 2016, adik bongsu saya masuk bekerja dgn sy. Membantu saya dalam marketing. 

Gambar kenangan program pertama sy bawa adik. Jemputan ke sebuah majlis developer 



Adik bongsu saya seorang yg sangat komited. Sangat rajin. Pandai dlm mengurus masa. Hebat dlm menyusun tutur bicara ie utk bidang marketing. Sabar dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah client (bukan nak puji adik tp ini yang saya nampak).

Semasa intern ie di sebuah syarikat oil & gas, management di sana pun pindahkan adik ke bhg marketing dan dia telah menjayakan beberapa program di sana. Malah dia juga berjaya mendapatkan kutipan sponsor lebih sejuta ringgit utk university dr beberapa syarikat oil & gas sehingga mendapat award university.

Ditakdirkan percaturan Allah, oil & gas merudum tahun lepas. Saya minta dia bantu saya. Selepas beberapa siri nemujuk partner utk terima adik saya, akhirnya dia berjaya join dan membantu saya.

Apa yang buat saya sedih?

1) saya akan hilang sidekick marketing saya yang sgt bagus. Partner sy pernah ckp, "kerja sbg lawyer semua orang boleh buat, tp utk buat marketing, ia adalah sesuatu yg kita pggl "gifted". Tak semua org Allah bagi, dan tak mudah kita cari". 

2) saya tak pernah cuti spjg kerja ni kecuali tahun lepas. Berani cuti2 bukan hari minggu. Sll sy bjln di hari minggu ataupun andai ada urusan kerja (putstation) sy ambil kesempatan utk bercuti. Tahun lepas siap cuti bersalin lagi sbb sy yakin adanya adik2 sy utk run business ie management (shuhairi), account (aina) dan marketing (azizi). Tiga2 ni selama ini sy buat sendiri sehinggalah mereka dtg bantu, ringan sikit beban sy.

Dilemma

partner saya setuju utk beri komisyen pada adik, bukan gaji tetap ketika mula mahu bekerja dahulu. Jadi adik saya mendapat komisyen dalam RM15000 dan paling sikit RM7000 sebulan. Utk usia dia, mmg dia sgt gembira atas hasil usaha gigihnya. Tapi utk kerja slps ini, sgt jauh bezanya.

Ini yang menjadi dilema pada adik dan merungsingkan saya dan ibubapa saya, termasuk adik saya sendiri. Gaji baru adik ketika training ni RM3000++. Slps habis training baru ada kenaikan gaji dan allowance. Tetapi byk benefit lain spt :

* tiket discount 90% utk flight donesuk dan 75% utk flight international.
* medical bukan utk dia dan futurr fmy, tp utk ibubapa
* outpatient pula sehingga rm2500 setahun
* dental coverage up to rm500 setahun
* 4 tiket percuma setiap tahun

Nampak sgt menarik. Tetapi adik baru je beli rumah berharga RM481k (harga asal kebih rm800k tp discount dr developer ie kenalan utk rumah berdekatan klcc ie 6min ke klcc bila memandu dan berhadapan lrt) mmg worth it. Dr gaji baru nnti macam tak berapa mampu nak bayar. Mujur kereta adik tu ayah sudah beli cash masa di belajar.

Saya ada katakan pada adik tawaran di terima sgt sgt bagus. Dalam keadaan ekonomi tak berapa bagus, dari 1500 orang, mereka shortlisted 26 orang dan akhirnya hanya menawarkan kpd 21 org dan hanya tiga org sbg engineer. Malah adik bukan dr bidang ini pun.

Tetapi harap adik buat istiqarah sbb walaupun ofis saya bukanlah stAbil sangat, tapi dr segi pendapatan agak byk adik terpaksa lepaskan.

Adik juga maklum hal ni. Katanya dia mcm "downgred" pendapatan. Cuma sbb dia sgt minat kerja2 melibatkan kapal terbang. 

Kata adik cita2 asal dia adalah utk menjadi pilot tetapi ibu saya tidak bersetuju. Minat mendalam dlm bidang aircraft. Adik bersetuju utk amik jurusan petroleum engineering, kerana terpengaruh dgn nasihat dari suami saya. Sentiasa dlm list top student ketika university dan dean list spjg semester. Pernah mendapat tawaran dari syarikat oil & gas jepun tapi utk branch malaysia, adik tidak kisah menolak tawaran sbb ibu kurang selesa adik ke rig selain niat nak bantu sy masa sy pregnant even tawaran gaji utk kerja itu lebih baik dr syarikat penerbangan ini. 

Utk kali ni sy nmpk agak susah dia nak tolak sbb inilah minat dia sejak kecil. Tapi kata adik ketika bekerja dgn saya, adik dpt menyimpan tanla gagal RM5000 sebulan. Dia tak tAhu dia mampu tak utk ubah gaya hidup selepas ini. (Kalau tny saya, saya tak berhenti utk minat, sy rasa  income tu penting juga sbb sy pernah lalui kesusahan suatU masa dahulu masa mula2 kerja sndr. Tapi rezeki Allah luas, mgkn dgn keluar dr ofis sy, peluang adik lebih bagus). 

Saya hrp slps istiqarah, inshaAllah dia akan membuat pilihan terbaik utk masa dpn dia.

Tentang saya

Harus bersedia dgn sebarang keputusan adik even sejak mlm tadi slps adik blk sy rasa sayu dan menangis (tak nak dia tahu  la). Sedih sbb setiap hari berjumpa dan bergelak ketawa bersama.

Kena bersedia fizikal dan mental utk kerja lebih kuat ie spt suatu masa dahulu ketika tiada pembantu.

Suami juga terkesan sbb tahun ni suami sgt sibuk juga utk bantu sy ie ke sana sini bersama. Bila suami tiada, adik sll bersama temani sy. 

Semoga slps ni semua baik2 belaka. Saya bukan selfish utk menghalang, tapi saya hrp adik pun berfikir baik dan buruk sblm membuat keputusan. Malah sy kakak yg plg gembira dgn tawaran itu sbb sy tahu adik saya mampu utk dapatkan pekerjaan lebih stabil dan lebih baik. Cuma utk ekonomi, hrp yg terbaik utk adik2 sy sll.

Sedikit gambar kenangan ketika bekerja bersama.

Ketika family day ofis sy di Penang, adik yang urusakan dari tempahan hotel, urusan sewa bas utk semua staff, dari semua program lawatan makan2 etc. dia sgt komited


Sentiasa temani sy utk program2 penting bila suami tiada di sisi



Ni ketika saya sarat, ada dia temani saya juga. Ingat setiap pesan suami sy, pastikan parking betul2 di tmpt meeting sbb risau sy berjalan, bawakan semua beg2 sy... :)


Semoga Allah rahmati adik saya, azizi selalu dan diberi petunjuk terbaik utknya. Dan saya dilapangkan dada utk melepaskan adik pergi andai itu yang terbaik. Saya tau dia juga dalam dilema antarA minat mendalam dan peluang mendaTang. 

Semoga makin murah rezeki adik dan kami semua. Ameen.

Salam.

Mrs Nizar