Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 9, 2017

Party Ayam Goreng | Hello Penang

Hari2 yang dihabiskan bersama keluarga sentiasa meniggalkan kenangan manis buat kami. 

Cerita dua minggu lepas ie cuti keputeraan YDPA.

Jumaat ptg suami inform, suami berborak dgn anak2 buah tentang perbezaan rasa ayam goreng. So semua teruja nak makan beberapa jenis ayam goreng dr beberapa franchise yang famous utk berbandingan ... Ececece... So teruslah kita plan utk adakan Party Ayam Goreng.

Sabtu

Awal pagi kita attend dulu Hari Sukan Real Kids. 



Yang paling best, team Ariana dapat tempat pertama yeayyy... Tak sia2 beli kasut baru malam tu haha.

Balik dr sports day, tokma tokki datang bawakkan lunch special utk kita. Best2... Ada udang jumbo masak pedas. Serius lepas masak, lebih besar dr tapak tgn sy. Sedappp.... :) tq tokma dan tokki


Tengok, sampai kecil nampak seketul ayam bahagian kepak di situ...



Lepas tu, anak2 ke kelas robotic sementara mama dan papa mula busy utk persediaan party ayam goreng kita. Mujur ada dua anak buah kami yang smp awal ie aqim dan ayin. So laju je berpecah masa shopping ayam goreng hehe. Sblm shopping, smpt anak2 buah kami belikan nasi beriani utk lunch :) beriani ayam dan gearbox kambing ...



Actually, selepas 7 tahun boikot McD, minggu tu adalah minggu pertama kami makan semula. Bukan kami tak suka, tp mmg sbb boikot. Favourite kami masa mula2 kawin dulu. Adam xpernah kami bawa ke McD sbb kami start boikot masa adam baru dilahirkan. Tiba2 kakak ckp McD malaysia (dan beberapa negara islam lain) di beli share oleh Arab Saudi. Sy google dan jmpa dlm paper NST etc februari lepas. so kami start mkn semula sbb difahamkan tiada modal disalurkan lagi kpd pihak israel (hrp berita ini sahih. Maaf kalau tersilap).

So kami belikan ayam KFC, McD dan Texas Chicken. Dan hasil pilihan ramai, McD spicy dikatakan pilihan utama setiap yang hadir :):) ie kakak ipar dan anak2 saudara kami. 

Snip snap ketika makan2...


Kami order mee goreng dan makaroni tomyam juga 







Ni camera girl kita... Gigih snap pic tetamu dgn camera baru itu, so kita plk curik2 snap pic dia :) 


Kecuali kakak ipar, semua berpakat utk bermalam di rumah kami. So anak2 cikngah pun bermalam di sini sbb ikut abang2 sepupu tido kat sini kecuali razeen. 

So mlm tu semua habiskan masa mandi di kolam renang bersama pada waktu malam. Sempat lagi ada yang main badminton dan main bola tengah malam di halaman rumah, selain layab movie etc. party orang muda la kiranya.... Saya tak pasti pukul berapa semua tidur, yang pasti ketika saya masuk bilik jam 12 malam, mereka masih  meriah bercerita. Bila sepupu2 berjumpa, byk yg nak bercerita. Happy bila rumah meriah dipenuhi tetamu :) anak2 jangan cakap la, teruja sampai lunyai baru nak masuk tidur. :)


Esok pagi, kami breakfast sama2. 

selepas breakfast, kami bertolak ke penang pula. Adik saya azizi ajak join family bercuti di penang. InshaAllah nnti kita kerapkan lagi gathering macam ni ye :)


Kami terus menuju ke Sg Dua ie ke kedai mee udang yang sgt famous ie udang fresh n gemuk2. Fmly sy semua mmg hantu seafood :)





Lepas makan, kami terus menuju ke hotel. Kami bermalam di hard rock hotel batu feringgi. Saya n fmly bermalam semalaman je tp ma abah n adik2 stay di sini dua malam. 

Sampai di hotel kami dpt kupon welcoming drink. Tp bkn minum2 je, dpt buffet minum petang :)



Bersama ma abah tersayang muah muah muah...


Kami request connecting room, so anak2 byk habiskan masa di bilik tokma tokki, mama papa rehat sendiri la hihi.




Gambar curik2 pasangan romantik ini hihi. Suka tgk ma abah, bila berjalan masih berpimpin tangan smp skrang... Tp abah kuat mengusik ma juga, mcm suami sy... Ada hari smp nak majuk ma sy.... Hmmmm macam sy juga ... Eh ! Eh !


Petang tu kami ke pantai, bawa anak2 main pasir dan naik kuda.










Malam adik sy belanja special dinner. Tapi terlupa nak snap pic heheheh...pic lepas dh kenyang masa balik hotel


Lepas dinner, anak2 dh mengantuk. Papa dah umpan anak2 beli hadiah ie pistol air baru utk dibawa ke kolam esok pagi pada anak2. Sbb malam tu mama dan papa nak kuar dating kat pasar mlm. Sbb tokma tokki pun dh penat, so lega ckit la tinggal anak2 kt bilik kami, tokma tokki kat sebelah je ie connecting room dah macam satu bilik la kan :)

Gigih pula berbeca. RM25 masa otw pergi tp otw balik naik beca lain n jauh ckit jadi rm35. Pandai2 la nak tawar. Ni mlm cuti ni kadang rate dia lain ckit.



Singgah ke gerai jagung bakar plg famous di batu feringgi ie viral di FB. 




Bila kaki dah kebas, baru pandai nak balik :):)

Esok pagi, sepagi dihabiskan di kolam renang pula. Tengok tu, tokma dan tokki pun join mandi bersama. Lucu pula tengok float ni sampai berat dengan muatan hehe.




Masa ni ma pun main netball (ke apa org pggl ek, sbb dalam air hehe). Ma saya dulu goal shooter ok masa ma belajar di  sekolah seri puteri. 



Lepas mandi, kita berehat seketika ie tpaksa rehat di bilik ma jap sbb bilik kami dh kena check out pukul 1. Lepas tu sblm btolak blk ke kl, kita singgah ke rumah kakak ipar plk di USM. Smpt belikan KFC kpd anak saudara yang tak join party ayam goreng. Kira sambungan party ayam goreng part 2. Hehe.

Lewat ptg kami bertolak blk. Jem sgt teruk. 7 jam harung jem, kami slmt tiba di kl. penat tapi happy (otw datang 3 jam je dr kl huhu).

Semoga akan byk masa lagi dot dihabiskan bersama family. Kegembiraan kami bila sentiasa dekat antaRa satu sama lain inshaAllah.

Salam.

mrs Nizar

P/s : nnti ada lagi cerita pasal party... Hmmm party apakah lagi?
























Thursday, May 4, 2017

Surat cinta | kerana cinta | berdua

Salam

Lama rasa tak menulis. Banyak nak menulis, tapi mood menulis teruk sgt merudum dek kepenatan amat. Weekdays skrang macam tak cukup masa dan tanah nak menapak. Wkend pula back to back bercuti setiap minggu ie Cherating, kemudian Penang dan minggu lepas melaka dan johor. Dan sekarang tgh sibuk persiapan ke Bandung pula. Nnti ada masa kita tulis semua pasal percutian ni. Saya mmg suka travel tp sbb padat sgt schedule, siap ckp dgn papa last week "sy rasa nak stop jap activity  bercuti ni smp la raya kot.... Penat n rasa nak rehat puas2 di hari minggu. Ada dua je pun lg hari minggu yg free huhu".

Tapi hari ni nak cerita pasal family kita je. Cerita ringan2 tapi selalu membawa senyuman pada saya.

Surat cinta

Saya sll sgt dapat surat cinta. Sgt kerap. Dari siapa? Dari anak2 tercinta. Anak2 sll meluahkan perasaan tu dari surat dan kata2. Tiga2 jenis expressive. Senang nak jangka hati mereka la. Hrp xpendam apa2 dlm hati ye anak2. 

Ni antara yg sy dapat baru ni. Actually surat mereka mcm perbualan kami la. Penuh koleksi surat cinta mereka di ofis sy, dlm handbag (kesemua handbag hehe) etc.

Ni sempena ulangtahun ke 10 saya bergelar peguam (date called to the bar) ie pada 20 april lepas.

Dr irham adam dan ariana. Bila ammar pun nak menulis utk mama ni :)

Irham


Adam


Ariana


Bisik2 nak bagi hadiah surprise kat mama bila tahu dh 10 tahun mama jadi lawyer :)


Ini pula surat balasan cinta utk anak2. Saya pun suka suprisekan mereka. Bangun pagi, letak surat cinta dlm pinggan breakfast. Happy tgk mereka senyum2 teruja dpt surat balasan cinta dr mama. Peluk cium di pagi hari, senyum manis semua bawa surat mama ke sekolah. Adam kata bila rindu adam nak baca. 


Utk irham 

Untuk adam


Utk ariana, sy lukis je pic "love" n tulis nama kami. Tu "ayat" biasa tanda sayang kami hihi.

Anak2 ni sgt manja... Setiap malam semua nak tidur di lengan papa. Hmmm, masalahnya lengan papa tu dah 9 tahun jadi bantal mama. Ada satu mlm, nak tidur serentak plk si ibu dan anak. Tengah syok baring kat lengan papa, dtg ariana.

Ariana : nak tangan papa.
Mama : ala, nak amik ni. Tido peluk sini (hulur bantal peluk)
Ariana : alaaa x nak... Ini bukan ayah (refer bantal). 

Haha tergelak kami. Dia cuma nak tgn papa ok :)

Smlm papa peluk adam dulu. Ariana pula tidur mana yang pelukkan sementara papa tidurkan adam. Ariana nangis sambil peluk mama, "papa tak sayang nana dah"... Duk ulang2... Stress mama sbb si papa muka syok usik anak nanges. Kenal sgt muka bangga bila perasan anak sayang kat dia erk...

Kerana cinta

Ini tentang breastfeeding  jouney saya dan ammar. 

Sebenarnya semua ibubapa inginkan yang terbaik utk anak2. Dr baby kita dlm kandungan kita lagi semua akan merancang yang terbaik utk anak2. Salah satunya utk memberi susu ibu pada anak2. 

Saya akui bukan perkara mudah kerana tanpa ilmu, semangat dan komitmen yang tinggi, bukan mudah utk pastikan anak2 diberi susu ibu sehingga dua tahun. 

Alhamdulillah adam dan ariana berjaya saya susu dgn susu ibu tanpa bantuan susu formula sehingga dua tahun. 

Sebut pasal ilmu, masa irham dulu mgkn kurang ilmu dan sokongan orang sekeliling tak hebat mana. Anak pertama byk perlu dipelajari selain saya pregnantkan adam terlalu rapat ie irham baru tujuh bulan waktu tu.

Sekarang saya tak cuak kalau awal2 kurang production, kena ingat concept "demand & supply". Kena  rajin dan kerapkan sesi pumping tu utk tingkatkan production. Kedua pula, sokongan orang sekeliling. Dengan rutin kerja yang sgt sgt sgt padat, rutin seorang ibu, ada kala lemah juga la semangat. 

Saya gigih bangun tengah mlm bukan utk susu kan ammar je, malah setiap pukul 3am akan bangun khas utk pam susu je. Mmg xcukup tidur la. Tapi mujur ada suami yang memahami, sbb dh bgn beberapakali utk pam dan susu kan ammar, so kalau ammar menangis mlm slps disusukan, papa yang akan dodoikan ammar. Dpt la sy berehat sikit. 

Kenangan breastfeeding plg sy ingat ketika ariana berusia 5 bulan. Suami di america, adam dan irham bgn dua kali setiap malam waktu berasingan utk sy siapkan susu botol selain sy kena bgn utk susukan ariana dan pam susu juga. Macam zombie saya.

Kali ni ada juga hari2 yang sy menangis tgh mlm sbb penat sgt, tp tabah duk pam susu. Time ni la papa bangun juga teman, even sekadar teman berborak etc, at least sy xberasa berseorangan.

Pernah ada kenangan sayu, semua susu rosak. Maid sy tlupa tutup peti ais smp pagi. Menangis tersedu sedan sy. Dlm rumah sy xde benda berharga, kecuali stok EBM utk ammar.

Ni la yang rosak, dlm 60 paket lebih. Setiap paket sy simpan dlm 12-15oz. Hampir 1000oz dibuang sekelip mata :(




Mujur stok yg tinggal masih ok. Freezer dah penuh. Plan asal papa nak beli lg satu, tp mcm xde ruang dh. So peti ais utk stok lauk pauk pun penuh juga. Alhamdulillah rezeki ammar. Senoga xde episof susu rosak lg ameen.

Ni stok peti lauk yg penuh.



Ni dlm freezer ie penuh 6 tray alhamdulillah. Lebih 2500oz sy dh buat stok sbb biasanya bila dh anak berusia 6 bulan, production kita pun makin menurun. Sekarang masa utk gigihkan diri.



Apapun semua bergantung pd rezeki. Bukan bermaksud ibu yang bg susu formula tu susu tak bagus. Sy tahu ramai yg berusaha. Saya rasa tak ada ibu yg mmg niat dr awal tak nak bagi susu ibu ie sbb penat etc ke apa. Tp still setiap ibu sayangkan anak2 cuma setiap org ada cara tersendiri dlm membesarkan anak masing2. 

Berdua

Ni kisah mkn berdua. Lama tak berdating berdua. Err maksud sy mkn berdua mmg dirancang utk "berdua-duaan" gittew hehe. Alhamdulillah mmg setiap hari sy breakfast lunch dgn suami n dinner pula sekeluarga.

Ni cerita dua minggu lepas. Siang hari bawak anak2 lunch di chakri klcc, lepas tu jalan2 ie diorg nk beli brg kat toys r us.

Makanan di sini tak pernah mengecewakan. Ni antara fav kami.




Petang pula, masih dlm mood teringin masakan thai. Kami berdating berdua di subak, damansara.

Tempat ni agak cantik (ramai yg berdating ie candle light dinner siap hiasan  kelopak ros dan bunga2 segar atas meja) dan mknan pun sedap.



Ada org dlm mood suka snap snap pic. Layan la ragam si suami kita.







Selalu tak gagal mencuit hati saya hihi.

Mknan kat sini pun sedap. Byk sy mkn, steak, mee goreng, nasi goreng, tomyam lagi, dessert etc. hmmmm mkn berdua tp menu utk sekeluarga hehe.








Ok itu shj sedikit cerita tentang family kecil kita.

Salam.

Jom bekerja. Tgh tunggu utk meeting ni. Smlm gigih suami hantar ke melaka. Wajah ceria lepas habis meeting :)

Tengok tu, mata bengkak. Xcukup tido masa ke melaka. So kita pakai spek utk cover mata hehe.