Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 28, 2017

Hari ini | Weekend lepas | sebelum weekend

Salam

Lama tak menulis. Dlm draft byk nak tulis. Ada lima weekend yang berlainan episod saya dah draft tapi tak tersambung menulis. Macam tak cukup masa lately, dan fokus utk anak2 spjg masa terutama bila kelapangan.

Hari ni rajin nak menulis. Penulisan gaya "rewind". Hari ini saya bersiaran dari hospital.

Lama tak diuji dgn kesihatan anak2, utk tahun ni kali pertama kami berkampung di wad. Kisahnya minggu lepas anak2 semua tak sihat tak sihat tapi cepat kebah bila saya cuti dan pastikan mereka makan minum (selain berkhasiat, kena ambil intake yg cukup- kalau tak pantau masa demam mmg diorg xmkn sgt). Tapi yg lain cepat kebah. Bermula dgn adam, mula nak demam lepas blk sekolah. Dr whatsapp group, ramai plk yang demam dan berjangkit kt kelas tu. Then ariana dan irham, dan finally yang plg kami quarantin pun terlibat sama iaitu ammar.

Ammar demam, lepas tu selsema. Mulanya mcm keadaan makin ok, tapi sejak smlm, even dah tak berapa demam, tapi ammar mula tak nak mkn, tak nak menyusu dan tak nak air. Ammar yg aktif jd lemah. Berat badan baby cepat menyusut, so cepat2 kami ke hospital dan ammar ditahan di wad. Hrpnya ammar cepat sembuh dab bertenaga semula, ameen.

Gambar jam 3am tadi, ammar nanges merengek, mcm lapar tapi tak nak menyusu etc (ammar adalah baby yangsgt kuat mkn).





Ahad

Pagi ni ammar agak kebah. Ammar demam sejak rabu. Sabtu dan ahad ammar dah makin sihat ie xperlu terlalu kerap ambil ubat. Cuma tiba2 tak ada selera makan.

Awal pagi semua bangun tidur dgn ceria even kepenatan balik rumah lewat malam dr terengganu smlm.

Aktiviti ahad adalah bergelumang dgn anak2. Paling best duk busuk2 bersama. Sementara tu mama sediakan breakfast di dapur. Adam request nasi lemak. Adam sambal sotong, ayam goreng berempah, bilis goreng garing dan telur rebus.


Makan bersama adalah satu kemestian :)


Lepas kenyang, papa duk tunjuk mcm2 video dgn anak2 , dr memori masa mereka kecil termasuk la cerita2 teladan dan juga lucu dr youtube.




Lepas tu angkut semua anak2 buat "site visit" jap. In progress- semoga dipermudahkan.









Lepas tu, hantar anak2 blk berehat dan makan.

Saya dan papa smpt keluar berdating cari kek jap. Demam cake pandan gula melaka datang lagi. Dr beberapa insta famous baker. Sehari sblm tu gigih cari di trg, antara kedai kek plg famous ie ramai dr kl juga turun ke sana.

Mmg teringin sgt. Mujur ada suami yang layan semua kerenah suka makan saya. Nasib la dpt isteri kuat makan. Suami ckp nampak sgt mkn beria sgt lately n tahap teringin kek tu buat dia cuak, sll sy cam nak nangis nak mkn ni kalo pregnant je. Gulp ! Suka la buat lawak. Cuak ok. Siap ada nama dah utk "adik ammar". Cesss....

Gigih ke USJ sbb sll kami order di damansara.


Juga share sup meletop bersama. Super super super sedap. Kalau nak mkn sul mmg akan dtg lg sini. Sayang suami kita sbb bwk kita mkn best. Muah ciked ! 


Juga siap tapau mini macaroon dgn filling peanut butter. 



Then ptg tu smpt luang masa dgn anak2. Mereka nak tgk movie CArs 3. Menggamit memori sungguh. Masa anak2 sgt kecil dulu cerita Cars dan Cars 2 ni famous. Saya tak tahu berapa byk kami berhabis sbb semua mainan cars kami belikan utk irham dan adam. Dan setiap satu tu bukan murah. Masa tu bukan byk sgt duit, tapi gembira dpt belikan utk anak2. Huhu.


Sabtu

Ada urusan di terengganu. Gigih suami buat daytrip bawa kami ke terengganu. Tq Mr Superman (anak2 dan sy sll pggl mr papa kami ni superman sbb papa mcm sgt kuat dan bertenaga je sll. 24/7 gagah jaga fmly dan bawa kami sana sini. Semoga Allah beri kesihatan terbaik utk papa sll).

Seawal pagi kami bertolak ke trg. Cuaca redup dan berkabus spjg perjalanan. Best sgt.



Sampai di terengganu, gigih saya ke kedai favorite saya dan keluarga di erwina nasi padang. Sedap2 lauk pauk kat sini. Kami ambik ayam kampung gulai, sotong masak pedas super saiz, pedal masak apa ntah tp semua masakan dia mmg legend la hehe. 

Papa ajak kami picnic di pantai. So saya tapau je. Then ke studio cake yang famous itu, utk beli kek kegemaran saya. Saya beli kek pandan nisang (di trg pandan gula melaka dia jadi pandan nisang), victoria sandwich cake dan chocolate moist cake. Sekejap licin sbb sedap. Kat sini satu slice RM15 tapi berbaloi dgn rasa. Di KL RM13 satu slice.



(Apasal cam meleleh air liur ni masa buat entry ni sob sob).




Petang tu kami blk rumah ma di terengganu (even parents saya semu di kl). Kami blk berehat, mandi2 dan dinner (tapau di kedai favorite saya juga). Mmg niat nak mkn sepuasnya la blk kAli ni. Tak ada pic sbb penat dan lapar :) kami bertolak ke kl jam 9.30 malam. Alhamdulillah slmt smp jam 1.30 pagi ahad. Hampir 1000km papa drive dlm tempoh 17 jam. (Masa kami ke oklahoma dulu papa sll buat mcmni sbb kat sana setiap city tu mmg jauh huhu). 

Jumaat

Kata demam makan kan. Awal pagi dpt msg ni dr kakak. 



Weekend sblm tu kami blk rumah ma utk makan2, semua cerita berat badan naik. Gigih kakak ajak kami diet. Saya pun berangan nak start diet la, tapi dah dpt mesej ni, baik xpayah kan. Makan je, janji happy hehe. (Ayat sedapkan hati yg plg suami marah bila dia dengar haha).

Pastu dpt pulak msg ni dr abah.


Hoooreyyyyy... jom party lagi haha. Party la sgt... jom makan2 lagi.... tq ma abah suka sgt ajak anak2 yang kuat makan ni makan2 best sll.

Mee kari ni special sbb ada udang besar dr sabah juga kerang super saiz dr sana (ma abah baru blk cuti2 di sabah). 

Haish teliur lagi (cepat lapar bila duk kat wad ni rupanya haha). 




Siap ma tapau utk breakfast lagi. Ni aktiviti breakfast sblm bertolak ke terengganu dr menu yang tokma kirimkan.


Khamis

Dapat kunjungan istimewa + suprise dari ma dan abah. Asalnya sy puasa sunat (berbuka sbb tak berapa sihat). Rabu kami berpuasa bersama sekeluarga. Khamis tu asalnya sy puasa sendiri, tak smpt snp maghrib plk. 

Ma datang bawak udang super XXL dari sabah kpd kami. Ma masak lemak cili padi dan udang masak pedas. Nyumm (dlm pic mcm xbesar sgt).

Lepas masak saiz dia lg besar dr tangan suami sy. Mmg puas hati n isi dia pejal dan manis. Sedappp... semoga murah rezeki ma abah sll sbb suka sgt bg kami makan (juga jiran tetangga). Dr dulu lagi ma suka masak :)



Petang pula suami minta nak burger special. Khas utk papa, double patty (atam daging) dan nak cheese leleh gitu...





Rabu

Juga menu berbuka hari ni atas permintaan papa. (Sorry la, towards the end entry byk psl mkn sbb sy dh start lapar. Belum breakfast heeh)

Kari ayam, udang masak merah, ayan padprik, dan tumis sayur.



Ni supper saya, jam 12 malam. Kenapakah saya ni cepat sgt lapar ni. Lepas semua sihat ni inshaAllah baru start diet blk la hehe



Juga mee kari homemade yang dimasak sblm tu. 


Sekian, masa utk mencari rezeki pagi ni pula. Semoga ammar kami cepat sembuh, dan ceria spt sll ameen

Salam

mrs nizar






















Saturday, August 12, 2017

Why la sooooo comel ? #relationshipgoal

Hari ni nak buat entry penuh dgn gambar kesayangan saya.... ma dan abah....

Saya suka tengok ma dan abah... abah saya ni romantik orangnya huhu, ma pula manja sikit. Ma suka sgt bercuti, alhamdulillah dpt abah yg suka bawa ma jalan2. (Perangai suka jalan2 saya ni pun hasil mengikut perangai dr ma dan abah kot. Selalu bwk kami bercuti bila cuti sekolah ataupun di hari minggu masa kecik2 dulu. Alhamdulillah dpt suami sama mcm abah, rajin melayan bawa saya dan anak2 jalan2 sll.)

Abah suka bawa ma makan2 juga. Kalau ma tak sihat ke, rungsing ke apa, wajib abah bawa ma makan best2 atau rehat2 di pantai (kalau di trg la pantai tu) atau bawa ma shopping. Kata abah, kalau ma tak sihat mcmana pun, bila ajak pegi shopping, tiba2 je ma sihat :) abah sll kata nak tgk ma sihat dan happy je sll . Saya pula terharu. 

Abah rajin tolong ma urusan kerja rumah juga ie basuh pinggan mangkuk, tlg di dapur etc. 

Ni gambar abah dan ma hari ni. Abah bawa ma bercuti di The Chateau Spa & Organic Wellness Hotel Bukit Tinggi. Datang berehat sambil berspa dan bermalam di sini. (Teringin nak ke sini, abah kata dlm RM700++ juga satu mlm, hmmm tumpang abah jelah lain kali hehe).

Ni gambar sblm check in hotel. Abah ke Japanese park bukit tinggi. Abah suka usik ma ni orang jepun sbb mata ma sepet (fmly belah ma ada darah cina sebenarnya). Smp sekarang abah ma suka usik2 n sakat2, tapi kalau ma sakat abah, ok je abah gelak. Bila abah sakat ma, mmg la ma gelak smp sepet mata2, tapi air mata pun meleleh juga kat pipi haha... cepat terusik laaaa pulakkk :)

Jom layan pic kesayangan kami, tokma dan tokki irham adam ariana dan ammar. 
Comel dan sporting dua2 posing haha... (dari kami kecik smp hari ni, abah ma pasti akan berpimpin tgn setiap kali bjln... sgt menyentuh hati sy... semoga Allah rahmati "syurga" saya ini hingga akhir hayat mereka dan kekal dlm kasih syg Allah hingga ke jannah.


















Suka baca mesej abah :)











Tiba2 rindu sgt ma dan abah :) lately hanpir setiap hari abah ma dtg ke rumah sy utk hantar dinner / lauk pauk tghari atau saya ke Bangi. Alhamdulillah, nikmat kasih sayang yang dipinjam Allah pada kami adik beradik.

Semoga abah ma , saya sekelurga dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi rezeki utk terus berkasih sayang dan hidup dalam kemanisan saling cinta mencintai sesama kita kerana Allah. Ameen

#relationshipgoal

P/s : tengok ma dan abah, mengingatkan saya pd suami juga. Tq abang, rajin melayan kerenah saya suka jalan2, makan2 etc. alhamdulillah.semoga Allah tetapkan hati abg utk terus menjadi suami dan ayah yang baik, memahami, rajin, pengasih, kelakar, ringan tulang etc pada kami hingga akhir hayat kita (masih dlm mode anniversary hehe).

 Semoga doa yang baik2 semua utk kita semua, dan segala kebaikan abg dibalas Allah dgn segala rahmat kebaikan pd abang, yang sgt kami kasihi..... malah bukan shj pada abg ,semoga jika dipanjang umur, dgn segala kebaikan abg, diberikan rezeki pd anak2 kita, terutamanya anak perempuan kita (setakat hari ni Ariana jelah sorg) mendapat suami sebaik papanya dan kesemua anak kita dijodohkan dgn pasangan yang baik juga. InshaAllah.


Mrs Nizar














Thursday, August 10, 2017

Bismillah.... semoga Allah permudahkan

Salam 

Banyak sangat nak menulis, tapi tak berkesempatan. Tentang aktiviti utk beberapa hari minggu (lama dlm draft, tp xsiap2, tentang anniversary kami etc). 

Mungkin tak sempat tulis, inshaAllah soon akan tulis... tapi alhamdulillah, syukur utk 9 tahun isitimewa bersama, diberi lagi nikmat berkongsi kehidupan bersama, manis dan cabaran, dan rezeki suami bersama di sisi setiap masa adalah nikmat yang tak mampu saya lafazkan syukur dgn kata2 semata. Semoga Allah lindungi ikatan hati kami hingga akhir hayat inshaAllah. 

Apa yang busy sgt? Tahun 2017 ada tahun yang sgt byk tindakan drastik dilakukan. Mengejar "rehat panjang" ketika 2016. 

Kalau baru ni kami sibuk tubuhkan syarikat consultant dan development, selepas itu kami sama2 dapatkan sijil utk membuat mortgage (pinjaman perumahan, insurance etc), kali ni, saya nekad utk membuka firma guaman sendiri.

Sebelum ini mmg saya "kerja sendiri" atas kepercayaan seseorang yg sy hormati utk terajui syarikat guaman mereka (salah sebuah nama besar dlm bidang guaman di malaysia), tapi kali ni saya rasa sudah smp masanya utk sy beroperasi sepenuhnya sendiri. Kalau dulu saya sudah menerajui sebuah conpany dr A-Z, dr management, account, marketing, sehingga kerja2 guaman, malah saya memegang majority shareholder company, tetapi mungkin smp masa saya perlukan cabaran lain pula.

Memang risiko dia besar, kerana memulakan sebuah nama baru, tetapi tak mustahil juga semakin baik, tapi tidak menolak utk risiko yang sgt tinggi bila beroperasi sndr berbanding keadaan sekarang yang sudah selesa dgn nama yg sudah besar.

Antara yang menguatkan saya utk mencuba membina syarikat sendiri kerana : 

1) dah hampir umur 35 tahun, rasany perlu mencuba sesuatu yang lebih mencabar. Atas nasihat ayah dan suami, saya rasa utk pengalaman yang tak seberapa ni, tapi pernah memulakan sendiri operasi pejabat sblm terajui cawangan utama firma sekarang, mungkin dh boleh utk saya mencuba nasib baru.

2) bila umur makin meningkat, saya selalu teringat "masa saya makin singkat". Persediaan utk bertemuNya, biar Dia dan kita shj yg tahu. Namun utk org yg kita tinggalkan, harus ada peracangan rapi. Selain insurance takaful, penamaan aset etc, saya rasa kalau saya di company sekarang, mungkin suami dan anak2 susah utk warisi kerana even saya majority shareholder, tapi semua tak menjamin apa2 kerana kita bukan pemilik. Abah byk nasihatkan saya kena bersedia mental dan fizikal bila memulakan sesuatu yg baru, pastu akan ada waktu sukar. Sokongan family dan "sleeping partner" yang juga partner utk company consultant saya memberi nasihat dan sokongan (marketing + fund). 

At least, saya harap suatu masa, ada legasi saya utk ditinggalkan pd keluarga tersayang yang boleh diwarisi mereka.

3) beberapa developer dan pihak bank yang byk berurusan dgn saya yang menggalakkan saya utk mencuba membuka firma sndr. Ada yang berjanji utk terus memberi panelship dan projek yang berjalan. Semoga ada jalan ke arah itu bagai dirancang, ameen. Sentiasa prepare utk worst case la ie ada isu spjg operasi. Semoga dipermudahkan.

Semalam dan finalize pejabat baru juga. Saya sudah berkenaan even ada yang suggest utk terus ke office yang lebih besar, bagi saya, mula yg plg minimum kos, bila betul dh beroperasi elok, mudah je utk pindah ke pejabat lebih besar. Tp lokasi saya suka di tmpt baru nti inshaAllah. Smlm juga meeting dgn ayah n suami (penasihat utama saya dua orang istimewa ni) smp pukul 1pagi. 

Masalah saya sekarang utk dpt restu partner saya sekarang. Saya dh beberapakali maklum, cuma mereka minta saya fikir sbb saya tahu saya yang teraju semua di sana. Tapi saya yakin, akan ada pengganti yg baik juga nnti di sana. Semoga dipermudahkan juga.

Dengan restu dan doa keluarga, semoga niat saya kali ni dipermudahkan, tercapai dan lancar semuanya. Juga apa yang kami rancang akan terlaksana. Dalam perancangan awal utk beroperasu september ini. 

Banyak keputusan besar yang saya buat pada tahun ini. Banyak yang saya kena kejar, dan byk masa kena saya bahagi dgn baik, terutamanya utk suami dan anak2 tersayang. Semoga saya ditunjukkan jalan untuk memberi yg terbaik sbg hambaNya, isteri, ibu dan utk karier saya juga. (Serious, agak nervous). 

Salam.

mrs Nizar

Sprecial thanks utk en Nizar yang sentiasa percaya dan bagi sokongan tidak bertepi pada saya, even pada waktu saya sendiri tak yakin pd diri sndr. I Love You Abang