Hari ni, papa jemput sy balik jam 5.10pm sbb nak hantar my BIL, suawie ke subang airport. Mujur papa yg genius bawak semua anak2 jemput mama sbb sy terlupa nk pesan.
Bila ke subang, bagai dijangka mmg jem sana sini masa otw nk blk. Mmg xbest drive dlm jem especially KALAU anak2 kat umah, jd stress n rindu sgt. Tp bila anak ada bersama, cm tak WORTH IT nk redah kan. Plan nk jalan2 luar subang dibatalkan bila jem xgerak dua2 arah. So kami lepak2 di Citta Mall.
Sy suka citta mall sbb xcrowded n banyak kedai pilihan mkn best best cm chilis, tony romas, bubba gump , kelantan delights etc.
Nak jadi cerita, sbb xde benda lain yg sesuai utk anak2 selain pelbagai kedai makan di sini, then utk habiskan masa sblm jalan lapang ckit utk kami balik, utk pertama kali kami bawak anak tgk movie.
Ye, akhirnya kami tak sengaja terakur utk bwk anak kali ni. Sblm ni sy n suami mmg sebolehnya xnak bawak/ajar anak tgk wayang. Kami dua2 xsetuju n rasa sgt xsesuai dedahkan anak kpd wayang (mmg la layan kartun tp kononnya risau mereka rasa aktiviti ni OK bila besar nnti sbb dh terbiasakan. Kami sndr pun pandai tgk wayang lepas kawin ekeke). Sblm ni ada gak nyaris masuk nk tgk madagascar la, frozen la etc etc tp sll papa sound sy bila sy ajak atau sy sound papa balik :p Hehe. Kali ni terbawak plk, sebab terlalu dpn MBO dan elok time cite Big Hero 6. Diorg ni mmg tak tahu pasal wayang tp tgk ada pic kt luar panggung n tny kat situ ada apa, so kami ckp la ada cerita big hero 6 kat situ :p
Alkisah anak2 sgt suka big hero 6 n beli buku etc bagai walhal belum tgk movie. Sll kami cari vcd tp xde lg sbb baru lg kan.
So masuk la kami anak beranak hari ni. Haish. Risau jgk bawak si ariana kecik sbb gelap n bising kan. Sekali dia plg enjoy sbb suka sgt kartun ni. Eham penuh khusyuk. Popcorn dibeli langsung anak2 xmakan sbb syok layan cite. I plk sayu2 tgk cite ni, menyentuh perasaan huhu.
Dlm panggung xramai org, kurang dr 10 org kot. Smpt sy kuar gilir2 p solat maghrib dgn papa. Kami amik premium seat, so selesa la anak2 nk tgk. Kami amik 4 seat (ie couple seat). Mula2 eham + adam + papa duk sekali n sy dgn ariana. Tp lama2 kami berlima duk je share seat ekekek.
Lepas abih tgk movie, eham ckp :
Eham : papa, eham sedih la cerita ni.rasa nak nangis (olololo)
Mama : mama pun. Mama sedih masa abg dia mati n masa baymax nk kena tinggal.
Eham : eham sedih masa ayah dia jadi jahat.
Mama : nape sedih masa ayah jd jahat?
Eham : sebab ayah kena baik sll. Bila ayah jd jahat, rasa nak nangis tengok.
Haaaaa papa, jadi baik sll tau. Dlm dunia anak awk, seorg ayah adalah org lelaki yg plg baik ok. Jadi sedih bila tgk ayah jd xbaik :p
Pic nano nano kami di sana...
Sempat bawak anak2 main kt playground di citta mall. Best sbb mmg xde org kt sini, so anak2 dpt main semahunya
Kami smp kt sini dlm pukul 6 ptg. Dlm pukul 9.30malam, kami bawak anak2 ke oasis ara damansara utk dinner kt kapitan. Sy pun suka ke oasis ara damansara sbb byk kedai mkn best n ada lampu lip lap n air pancut kt situ.
Alhamdulillah sy gembira dan tenang selalu setiap masa kalau dihabiskan bersama anak2 dan suami tercinta. Malam ni sy gembira walaupun agak letih. Semua anak dh tido. Masa utk "me time" ie hot shower time yang lamaaaaaaaa utk mama :):)
Sekian dan slmt malam.
Me,
Happy mommy
mrs Nizar
P/s: byknya entry dlm blog ni sangkut kt draft je tp tak di post sbb tulis separuh jalan. Hai masa, cepatnya anda bergerak sekarang :)