Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 19, 2015

Happy 5th Birthday My Adam.. happy happy selalu sayang

Alhamdulillah, 18-8-2015, genap 5 tahun adam menggembirakan mama. Semoga makin bertambah keberkatan, kegembiraan dan kesyukuran dalam  keluarga dan semua pinjaman ini dipinjamkan utk tempoh yg lama hingga ke alam sana. Ameen.

Adam, anak mama yg sgt petah, banyak idea, sgt pemalu juga (kontrol encem kdg2 hehe), dan sgt manja. Bahagia mama setiap hari bila berada di sisi Ahmad Adam Hariez, permata hati kesayangan ayah ibu. Bahagia mama tletak pd kebahagiaan kesayangan mama, iaitu anak2 dan papa tersayang. 

Dan pada 18-8-2015, inilah diari dihari ulangtahun anak mama.

Sudah beberapa bulan adam tertunggu2 birthday adam. Terlalu tak sabar nk sambut bday dgn kawan2 sekolah. Perancangan awal, kami nk adakan small party utk adam, ie pggl clown etc. tp adam xnk. Adam insist nk celebrate di sekolah macam irham. Sedaya upaya kami cuba capaikan hasrat anak2.

Bak kata papa, papa nak kami cuba didik fahaman anak, hari lahir disambut utk memberi dan meraikan org disekeliling dan bukan mengharapkan hadiah dr org lain. Mmg mesej utk dpt hadiah masa hari lahir xada dlm kamus anak2. Mereka lebih beria utk sediakan hadiah pd kwn2 dan adik beradik mereka. Kata adam, ini kan birthday adam. Mestilah adam nk bg hadiah kt semua org sbb adam kan happy masa birthday :) bila bg hadiah, semua org pun happy. Adam happy. Bila kami bg hadiah, semua mesti teruja n tny "adam ada hadiah birthday jgk ke" :):)

Persediaan kali ni agak di saat akhir ie sehari sblm bday Adam. Dlm sibuk ke sana ke sini, tiap masa tluang, cepat2 kami singgah Aeon la etc nk beli brg2 utk goodies kwn2 adam. Mujur teacher pun support. Ada 113 org student (semua kelas ie dr 3 tahun hingga 6 tahun) dan 12 org teacher. So kami kena prepare goodies dr jumlah itu.



Tu dia penuh satu kereta :) 

Hari isnin baru beria kami nk cari semua brg. Mmg agak kelam kabut sbb ada sesetengah brg cthnya lego mmg susah nk dptkan jumlah 113 unit dr satu outlet. So gigih kami ke sana ke mari. Set alat tulis utk anak2 juga xcukup utk 113 unit. Party bag juga xcukup utk 130 unit, kena tempah n amik kemudian jgk. Akhirnya, slps ke sana sini n singgah beberapa outlet, akhirnya cukup la semua brg2 utk goodies kwn2 adam :)

Antara brg dlm goodies (semua pilihan adam, adam dh pilih apa nk bg pd kawan2) : ada lego, alat tulis (terpaksa lain2 jenis sbb xcukup kan hehe), coklat Nips, Twisties, kek London Roll dan jelly. Juga air kotak utk tiap student n teacher (semu kami bekalkan extra ie 144 kotak. Dgn hrpan suma cukup xde yg nangis nk lagi haha).





Ini partybag pilihan en adam :) spiderman :)


Petang isnin, semua sibuk gotong royong nak masukkan brg2 dlm party bag. Beria anak2 sy pada mulanyaaaa.....



Irham ni teratur ckit. Ada gaya engineer (cm papa), organize ckit la dlm kerja. Tersusun rapi sblm masuk partybag  :) 



Episod kegigihan xlama, sbb anak2 beria nk mkn plk jajan yg kami nk masukkan dlm party bag tu... Tengokkkkkkk....


Selepas selesai siapkan goodies utk kawan2 sekolah adam, kami semua berehat n sy mula tidurkan anak. Ada mission seterusnya :) jam 12mlm sy n suami keluar utk pick up kek adam. Kali ni beria adam nk kek power rangers dino charge. So mama tempah kek choc moist yg sgt sedap utk anak mama :) 


Kami smp umah jam 1.30am. Keesokkannya, anak sgt teruja bila kami tunjukkan kek birthday adam :) kami hantar anak ke sekolah n drop semua brg2 ie goodies, air kotak, pinggan kertas, garfu , tisu etc.

Lepas tu sy ke restoran di kwsn ofis sy. Kami order bihun goreng utk semua student. 


Teacher minta kami hadir semula ke sekolah jam 9.30am utk celebrate bday adam bersama2. Pic spjg majlis :)









Slps majlis mkn2, adam diiringi teacher adam utk bg goodies kat semua kawan2 dan hadiahkan semua teacher coklat vochelle.

Ni principal


Teacher mimi ie teacher kelas adam


Ustazah adam


Teacher harvinder ie teacher irham dan ramai lg :)


Ni pula antara pic masa adam hadiahkan goodies utk kawan2 (suma pic ehsan dr teacher rasvin)



Irham dan ariana pun dapat :)



Selesai je waktu sekolah, ketika kami jmpt adam, adam ckp "thank you mama buatkan party utk adam. Adam suka sgt la bday. Adam rasa mcm nk bday setiap hari. Adam suka sgt bg hadiah kt kwn"... :) alhamdulillah, lega mama sbb adam mama sgt gembira.

Lepas hantar anak blk umah, mama papa keluar jap. Sambung keje jap. Blk umah, gigih mama baru nk balut hadiah utk adam. Hadiah biasa je tp adam sgt suka. Papa ckp mama "berkira" sbb byk lg hadiah papa nk belikan tp mama suh bjimat. Bulan ni ada mission, so kena jimat ckit ekekek... 

Gigih mama balut dlm kete n sorok hadiah dlm kete. Misi bday belum selesai. 


Adam ada ckp adam teringin mkn "lobsTam". Bila papa tny apa tu lobstam, adam ckp "lobster dan ketam" la. Selasa tu, elok pas keje kami bgegas blk umah.

Angkut anak2 naik kete, kami menuju ke johor. Kami menuju senibong.

Anak2 sgt teruja bila dpt "surprise" bila naik kereta. Macam biasa kami mmg sediakan tiga hadiah sll even bday boy sorg je :) 

Tgk wajah ceria kesayangan kami bila dpt hadiah masa dlm kereta :)





Ada petrol station siap kedai serbaguna etc. adam teruja sbb ada button boleh keluarkan lampu n bunyi bila pam minyak, ada suis lampu kedai, ada bell bila masuk kedai serbaneka dan ada pintu utk masuk n keluar. Beria main selain mama beli kereta bomba n lori tambahan utk irham dan ariana


Kami smp di johor dh hampir maghrib. Terus la solat maghrib jamak dgn isyak sblm menuju destinasi kami di senibong seafood village.

Mmg gigih ke sini sbb tau ada lobster besar2 n masakan yg sedap.


Ini antara lobster pilihan kami.


Masa first time dtg sy rasa kt sini seafood dia sgt murah. Kali kedua dtg cm makin mahal. Kali ni lg mahal. Byk jgk beza. Seekor lobster saiz atas tu kali ni dicaj rm250. Dulu xmcm ni. Utk sesekali occasion tu boleh la, utk celebrate sesuatu. Kata papa bukan sll kami ke sini. Kalau nk banding dgn The Red Lobster atau di Ayutthaya, kat sini jauhhhh lebih murah la. Kami amik dua ekor, satu kami tapau.

Ni antara pilihan menu kami. Ketam cili telur, lobster masak cili kering, udang butter (super XXXXL- mmg puas hati), sotohg celup tepung, tomyam ayam yg sgt sgt sedap, kangkung dan telur dadar.





Pic makan2 :) 





Slps makan, kami btolak blk kl. ye, tpaksa blk sbb sy xleh cuti n anak2 pun sekolah. Mama happy sgt smlm bila adam sgt hepi n xhenti ckp terima kasih pd mama dan papa. Xlekang senyuman adam. N adam pggl dirinya sndr "bday boy". Cthnya "mama, bday boy dh blk sekolahhhhh" sambil peluk mama. Layan jelah, nk gelak pun ada. Anak manja mama ni :)

Sy tapau blk sbb plan nk bwk blk utk adik sy. Dia xjoin ke johor sbb keje. Lagipun ma dan abah sy juga dtg ke kl lagi slps seminggu blk ke trg minggu lepas. Ma abah dh lebih byk bermastautin di kl lately :)

So lunch td abah n ma dtg ke ofis. Adik beradik sy juga dtg ie kakak2 dan adik2. So smpt kami lunch sama2 dgn bekal dr senibong. Boleh la rasa ckit sorg :) kami mkn kt restoran di ofis sy so boleh la amik lauk tambahan lain, sbb xbyk sy tapau hehe. 




Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yg ada dan anugerah anak2 kesayangan utk menjadi sebahagian dr kehidupan kami .

Doa mama segala keberkatan, kebahagian dan kejayaan sentiasa mengiringi anak mama setiap masa. Doa dan restu mama xpenah lekang utk anak2.

Maafkan kami atas kekhilafan dlm membesarkan anak2. Kami sentiasa belajar dan berusaha utk memberikan bekalan ilmu utk anak2 utk membesar sbg anak yg soleh. Semoga setiap kenangan kita bersama terpahat di hati anakanda kesayangan sll.

Selamat Ulangtahun kesayangan mama dan papa, Ahmad Adam Hariez. Mama cinta dan kasihKan adam sepenuh hati setiap masa sehingga ke syurga. Ameen.

Wassalam.

Mrs Nizar


























Thursday, August 13, 2015

Cerita sebelum weekend | cerita iftar | school trip

Minggu ni spt minggu2 sblm ni, sy rasa mcm xsmpt nk rehat, ke sana sini nk penuhkan semua schedule appoinment. Tp minggu ni agak terasa terutamanya suami sy sbb suami sy demam + kami berdua sedang gigih nk habiskan puasa 6.( ye, lambat sgt kami mula thn ni haish).

Kita cerita sambil "reversed" kebelakang ye.

Khamis sy terpaksa attend satu course bersama menteri. Majlis mula seawal 8am di tempat yg sgt jem. Sejak isnin dh susah hati. So masa blk utk suap lunch kt anak2 masa hari rabu, smpt la sy berborak dgn tiga kesayangan sy.

Mama : esok mama kena keje lama. Pukul 6.15am mama kena keluar dh dr umah. Kalau anak2 tak bangun lagi, xsmpt mama jmpa anak2 dulu sblm keje. Mama habis keje plk malam. Sedihnya kalo anak2 dh tido. Sehari x jmpa. Mesti rindu sgt.
Irham : mama tinggal kita smp blk esok ke (satu hari xde kat umah)?
Mama : tak la, mama blk tp anak dh tido, jd mcm xjmpa la sehari. 

Semua pun cm sedih. Kami smpt berpelukan lama2. Peluk berempat (papa sll ckp mama ni suka bdrama, tu anak suma dramatik hehe).

Actually, mmg setiap pagi sy nk bsiap dgn anak2 utk ke sekolah. Nak tgk sndr anak2 pegi sekolah. Mmg sgt terasa kalau sy xdpt siapkan anak2 apatah lg xsmpt bercerita berperang dulu di pagi hari. Rasa xlengkap hidup ni. Mcm hilang semangat pagi. Anak2 penguat semangat sy sll bila keluar bekerja. Juga tghari, sy cuba sedaya upaya utk blk lunch make sure anak2 makan dulu. Jarang sy xdpt blk suap anak2. Dan setiap hari sy akan berusaha utk blk sebelum gelap even sesibuk mana pun sy. Sy xnak anak2 rasa lama mama dia pegi kerja. Tp kdg2 ada yg kita xdpt elak.  

Ada satu hari kami tgk "jurassic world" dgn anak2. Sy tny irham, best x cerita tu.

Irham : sedih sgt cerita tu.
Mama : apa yg sedih?
Irham : kesian anak2 dia, anak dia nk pegi trip tgk dinosour. Tp mak ayah dia xpegi pin sbb kena keje. Penjaga dia je yg pegi.
Mama : penjaga tu bibik ke?
Irham : bukan, yg jaga dia la. Bibik tu kan indon. Ni org putih jgk (erk hahaha).

So moral di sini, anak2 sy sgt sedih bila buat apa2 aktiviti kalau mama papa dia xada ye. Jd kami cuba sedaya upaya utk max masa bersama inshaAllah.

Pastu sy sambung keje lagi di bangsar. Otw blk dr bangsar, smpt discuss dgn husband sy nk stay kt hotel yg akan sy attend meeting tu. so sy xperlu rushing nk tinggalkan rumah awal pagi smp xsmpt jmpa anak pagi khamis. Mujur suami setuju. Terus la kami blk n angkut anak2 ke E-oneCity hotel (hotel baru yg sgt cantik). Malangnya, blk plk penuh (xleh buat reservation thru phone). So kami ke hotel berhampiran iaitu Four Season Sheraton. 

Senyum lg even super penat dh. Rabu tu seawal 8.15am meeting dgn developer di damansara. Tiba2 dpt call pukul 10am ada briefing utk launching project baru di bukit bintang. Mmg gelabah xingat sy n suami rush ke sana. Lepas tu masuk ofis jap kena rush ke bangsar. Sy mmg sll attend meeting on demand. Mengarut ckit la dgr hehe.

Kami smp hotel elok waktu maghrib. Berbuka puasa ringan2 dr bekal je sblm keluar makan semua kt secret recipe.







Slps mkn2 kmi terus blk ke hotel utk berehat. Awal sy tido sbb kepenatan spjg rabu n ready utk meeting spjg hari khamis. Tp smpt lagi papa bawak anak2 layan internet jap kt lobby hotel.



Keesokannya, suami sy hantar anak2 semua ke sekolah dr hotel. Yeay, happy sgt sbb pagi tu smpt golek2 peluk anak dulu n tgk anak bersiap nk pegi sekolah. Legaaa hati sy. Thanks abg sbb memahami sll kesewelan binimu ini. Benda kecik2 ni sgt besar pd sy :)

Khamis hari plg bersejarah sy. Hadiri cm satu konvensyen la.sgt penting utk sy attend n mmg sgt sy tunggu2. ( lain kali cite pjg psl benda ni). Program bermula seawal 8am smp 6.00pm.

Serius lemah lunyai nk habiskan ptg. Spjg program plk, mcm2 makanan disediakan, tergugat jgk hati yg berpuasa ni :p

So lepas habis je program tu, suami bawak sy berbuka di Serai, Shah Alam. 
Sedap makanan kat sini. Suami xbawak anak2 sbb anak2 tido masa nk keluar. Lgpun suami ckp sy cm kepenatan, nk bg buka puasa dgn tenang dulu. :) 

Smpt sy call irham tanya khabar sblm berbuka.

Irham : mama, irham sedih kt sekolah td. Irham ckp dekat teacher dgn kawan2 mama irham blk esok.
Mama : eh tak la, mama blk jap lg. mama xtinggal la anak2. Kan smlm mama bwk p hotel, jadi xde la hari yg mama xjmpa irham ok.
Irham : ok.  Tq mama.

Sayu hati sy. Mood anak xbaik sbb salah faham, ingat sy blk keesokan harinya. Sob sob. Xsabar rasa nk terbang blk.

Tak pe sabar jap. Layan berbuka puasa dulu :) ni menu kami td. Sgt sedap. Alhamdulillah ada tomyam, green curry, udang hot chili, salted egg squid etc etc. layan iftar date berdua :)












Lepas mkn2 kami berhenti solat maghrib sblm bergegas blk. Habis cite khamis n rabu.

Selasa sy halfday sbb ariana xberapa sihat. Spjg malam selasa tu sy xtido. Pagi sy masuk ofis kejap sblm bgegas blk kerumah. Lewat ptg sy ke ampang ada appoinment jap kemudian blk ke rumah n kami berbuka puasa di rumah je.

Hari isnin hari istimewa. Anak2 plg teruja sbb ada school trip ke kilang roti Hi5. Kami hantar anak jam 8am. Lepas tu sy ke ofis sekejap. Teacher ckp bas akan bertolak jam 9am. Gigih kami dtg ke sekolah semula nk tgk anak2 naik bas sbb tau mereka sgt teruja nk naik bas. Kalo thn lepas sy follow trip sekolah, thn ni schedule padat dan masa xmengizinkan. Pic spjg school trip kiriman cikgu dan yg simpanan sy :) ni masa otw nk ke sekolah :)


Nmpk x dua org kesygan sy teruja berjalan menuju ke tangga bas tu :) 


Itu tgn adam lambai kt mama dan papa :)


Ni kiriman teacher :)





Dan ni masa mama jmpt blk. Yeay suma org dpt roti :)


Lepas blk rumah n suap irham adam makan, mama keluar kerja lagi. Ptg ni mmg mama xberapa larat. So papa ckp kami keluar iftar berdua je sbb dh janji bawak anak keluar semula malam tu. Bila mama dh lunyai ni, xlarat la nk kejar anak2 nnti kt restoran. Seharian isnin tu sy jmpa client. Tiap ceruk bangsar, shah alam etc. So kami suap dulu anak2 mkn dirumah. Kami beli sotong telur masin etc (sbb sy plan nk berbuka lauk yg sama. Nnti hati xsedap ingat kt anak2. Fav anak2 jgk hehe).

Actually sy mmg ada gastrik yg agak teruk. So mmg sll affected la masa berpuasa. Tp ok je. Cuma kalau hari biasa, mmg sy xpenah skip meal n make sure perut xkosong, kalau x nnti kena gastrik yg agak teruk.

So kami berbuka puasa di restoran istana bambu. Mujur anak2 sporting. Kami kelur dr rumah jam 7ptg.

Mknan kt sini mmg sll sedap cuma green curry je xkena dgn selera sy :)



Ni fav kami. Sotong telur masin :)



Daging masak crispy tu fav suami sy. Tp sy xberapa gemar. Manis2 garing gitu.



Tu je rekod weekdays kami setakat ini. Juga cerita makan2 jgk. Btabah utk habiskan puasa inshaAllah. Kena gigih, bak kata suami sy, xada satu hari di hari bekerja jadual sy xpenuh dan sy boleh goyang kaki je. Huhu. Xpelah, mencari rezeki pun satu ibadah. Sy sgt sukakan kerjaya sy alhamdulillah :)

Xsabar tunggu wkend even xleh ke mana pun, jadual wkend dh padat jgk haha. Ahad ofis sy akan buat open house di felda dsaji. Byk benda kena siapkan la. Senoga semua berjalan lancar inshaAllah.

Habis daaa.. Salam

mrs Nizar