Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 15, 2015

Corat coret The Nizars

Hari ni tetiba ada mood nk bercerita. Cerita psl anak dan cerita2 psl weekend. Panjang je sll bila bercerita hihi. Seminggu dua baru ni kami diuji dengan kesihatan anak2. 

Adam warded

Minggu lepas, tetiba adam demam panas, kemudian mula keluar ruam merah. Kami ke prince court medical centre, dan doktor diagnos adam kena demam campak. Kami ke hospital jam 11 malam. Masa pegi agak mengejut ie xterfikir kena warded. Dlm keadaan tak ada maid n anak2 kena isolate sbb takut berjangkit, terpaksalah sy dan suami berjauhan ie sy di hospital dgn adam dan suami di rumah dgn irham dan ariana.

Malam tu sy mcm xboleh tido sbb ni kali pertama sy tido tanpa ariana. Siap nanges bagai. Drama sungguh. Penat plk suami nk pujuk sbb dia risau sy tido lambat sedangkan sy ada meeting penting keesokannya di awal pagi.

Mmg 4 malam di hospital waktu tu agak penat. Dua hari adik perempuan sy cuti sbb sy tpaksa pegi meeting. So adam dijaga suami sy dihospital dan adik sy teman irham dan ariana di rumah.

Mmg agak penat utk sy sbb lepas meeting bgegas ke hospital lepas tu blk rumah nk mandi n suapkan anak2 dirumah. Siapkan makan minum diorg jgk. Nk luangkan masa dgn tiga2 anak. 

Dengan meeting travel sana sini jgk. Hari pertama sy meeting pukul 9am di damansara. Gigih suami dtg hospital awal pagi utk sy blk rumah n mandikan anak2 dirumah. Siapkan breakfast etc sblm kejar masa utk meeting plk.

Tghari dtg hospital nk suap adam mkn, nak salin adam etc. lepas tu masuk ofis jap sblm blk rumah. Sbb irham ariana boring, smpt bawak mereka jalan kaki ke kedai tepi rumah belikan mainan etc.

Masa berkualiti dgn irham n ariana. Teman mereka buat art yg bru dibeli sblm bergegas ke hospital plk utk adam elok slps irham ariana makan n mandi n buat art.



Smp je hospital terus mandikan adam n bg ada makan sblm buat art dgn adam plk. Layan la tlg pegang dinosour utk adam color sbb tgn adam berbalut satu so xleh nk pegang.





Mmg kelam kabut rutin sy waktu ni. Semasa adik sy xcuti, ini bermakna sy mmg stay kat hospital je n suami plk dirumah. bila rindu irham ariana, papa akan bawak mereka dan kami jmpa di ruang legar hospital je sy jmpa irham ariana dan papa visit adam. Tp hari2 kami akan usaha utk jmpa ketiga2 anak kesayangan kami. 

Ariana warded 

Lepas adam dh sihat, smpt kami pegi bercuti dulu. Seminggu slps tu, ariana plk demam panas n rupanya berjangkit jgk campak slps seminggu. 

Utk kali ni, alhamdulillah dipermudakan sedikit urusan sbb parents sy dtg temankan adam dan irham di rumah. Sy dan suami bermalam di hospital. Diuji ariana tidak sihat waktu sy tpaksa attend sesuatu yg xdpt dielak pd hari khamis dan jumaat. Sblm tu sy dh cuti tiga hari jadi schedule slps tu mmg padat. Mujur suami ada n boleh temankan ariana. Cuma sy terpaksa tangguhkan meeting ke kota kinabalu sbb xsmp hati nk tinggal anak. Siap nangis bagai even suami ckp pegi je kejap. Hari khamis, habis meeting, sy bergegas ke hospital even utk jmpa ariana utk 15min je sblm meeting lg. pukul 2.30pm sy dh free dan sy luangkan masa dgn ariana je. Suami plk blk rumah nk jmpa irham dan ariana. Lewat ptg sy plk blk rumah n suami tunggu ariana sbb sy nk jmpa irham dan adam. Malam baru sy ke hospital utk tidurkan ariana. 

Cuma kali ni agak lega sbb makan minum anak terjaga xperlu sy siapakn sbb abah dan ma sll bawak anak2 mkn diluar. Sedih tgk pic anak2 mkn tanpa kami. Terdetik andai sy "pergi dulu", semoga anak sy disayangi dan dibelai penuh kasih syg. Semoga Allah panjangkan usia kami sekeluarga dgn penuh keberkatan dan sy diberi peluang utk membesarkan anak2 sehingga dewasa ameen.



Mmg sy akui, penatnya hanya Allah yg tahu, nk ulang alik hospital utk pastikan ariana makan dan mandi (suami pun byk bantu), nk blk rumah utk tgk keperluan anak2 dirumah, nak bergegas awal pagi blk rumah nk hantar irham adam ke sekolah, kena pegi bekerja etc dlm satu masa. Suami juga akan ulang alik kerumah tiap kali sy di hospital utk visit anak kami. Suami sy ckp dia pun nak demam, bukan sbb kepenatan, tp xbiasa byk rehat ie duk hospital teman ariana, sbb sll sibuk ke sana sini :) pic ariana masa di hospital :)



Alhamdulillah, ariana sudah sembuh dan boleh balik rumah sabtu lepas. Dalam kelam kabut byk hikmahnya. Dr segi kasih syg, pengorbanan dan lebih menghargai antara kami. 

Keadaan agak kelam kabut sbb xde maid ie kalau x anak2 mgkn lebih teratur di rumah. Sblm ni sy pernah suarakan pd suami cm dh sgt selesa xde maid ie mcm dh xnk pakai maid. Xsakit kepala dgn mcm2 kerenah maid. Mgkn baru ni dh sgt penat diuji mcm2 kerenah maid, ada yg xde satu hari x bohong, ada yg xsuka mandi n sgt dahsyat bau even dh pesan byk kali dan mcm2 lagi.

Maid

Tp bila Allah uji baru ni, so nmpk la beberapa reason kami kena pakai maid. Satu bila ada waktu anak2 mmg kena tinggal dirumah. Mereka mmg hanya selesa dirumah sndr ie xnk duk nurseri etc ie kami pun xsampai hati jgk nk letak kat nurseri sbb penah cuba dua hari dulu, teruk irham adam nangis smp nak demam. Kedua, bila kerja malam etc, anak perlu rehat, xadil asyik bawak mereka. Ketiga, ada waktu mmg sy n suami perlu jgk masa utk berdating etc masa berdua sesekali tu sgt penting :)

Mmg kami dh lama submit pun application utk maid baru, cuma xsampai lg. kali ni kami cuba philipines maid plk. Mgkn agak mahal, tp sy dh penat dgn maid dr indonesia dan agen dr sana jgk. Agak lama nk menunggu sbb agak susah nk cari muslim maid dr filipina  selain diorg kena training dulu tiga bulan di agensi. Mgkn sebulan lebih lg baru smp. Agak mahal kalo maid dr philipine ie RM15k n xde potongan gaji ie lepas dtg terus kena bayar. Gaji bulanan RM1440. Xpasti berbaloi ke tak even ramai bg review bagus amik philipines maid ni, tp kita x boleh nk generalise sbb ia bergantung kpd prestasi individu. Harapnya yg datang kali ni dpt bantu n tenangkan kami sikit.

Hikmah tanpa maid

Anak2 ada rasa ihsan pd mama papa. Selalu tny nk tlg apa, rasa kesian nk sepahkan rumah, pandai nk kemas sndr terus. Penah sy siap masak, pastu sy basuh pinggan mangkuk, adam dtg n ckp "adam sedih mama, adam sedih tgk mama buat semua benda"... Syahdu i kejap. Kalo nmpk sy lipat baju, cepat2 nk tlg, kalo nmpk sy basuh pinggan, suma offer nk tlg. Sll sy bagi peluang la even ada masa cm lagi cepat buat sndr hehe.

Pic anak2 kesayangan sy :) sehati sejiwa bekerjasama :)






Inilah harapan kami pada anak2




Macam sy, sejak kecil mmg ada maid, tp bila hari minggu, sy mmg kena basuh toilet, tlg abah basuk kete, sapu halamab rumah, kakak plk tlg ma basuh pinggan etc, lipat baju etc sbb ma mmg nak kami tau buat keje umah. Semoga kami isitiqamah dlm didik anak2 dlm melakukan urusan keje umah jgk. InshaAllah.

Weekend dirumah

Slps ariana dh keluar wad hari sabtu, kami rehat rumah je. Malam smpt keluar nk amik sate ikan frozen yg sy order di seri kembangan. N kami juga dinner sama2 di kayu manis di cyberjaya. As if raikan fmly kami bersatu kembali. Rindu nak duduk serumah berlima. 

Suka mkn dekat kayu manis sbb masakan yg sedap selain seafood yg fresh. Ketam nipah yg besar yg masih hidup diambil dr kolam di restoran tu.






Pagi ahad, sy n suami bgn awal pagi. Kami nk selesaikan keje2 umah  ie mop lantai, laundry, vacuum karpet etc. awal pagi smpt sy goreng satE ikan. Mmg sgt sedap :)



Hari ni kami sibukkan diri dgn keje umah selain teman anak2 buat homework dan latih tubi. Smlm mmg fokus byk sikit ie beberapa jam pagi n ptg utk anak2 buat latih tubi. Nxweek irham ada exam kemasukan kelas.



Tentang rutin yang Flexi

Memandangkan kami ni kdg2 rutin agak sibuk, so utk urusan keje rumah kdg2 kami lebih flexi. Cthnya kalau terlalu sibuk atau blk dr bercuti, pakaian kami hantar je ke kedai dobi. Senang. Blk cuma nk kemaskan lipatan n simpan.

Begitu jgk makan, kalo xnk masak n malas keluar mkn jgk, kami order je delivery. Semua fast food ie nandos, kfc, pizza hut, papa john, dominos etc ada, tp yg plg special kami boleh order masakan panas jgk dr restoran dlm kwsn kondo kami iaitu dr Flavours. Kalo x silap, kedai ni milik chef riz anak chef wan. Mmg sgt sedap masakan dia. Tp agak pricey. Sbb sll order tanpa tgk menu, so xpasti harga dia. Kalo xsilap nasi goreng dia dlm rm23/ sepinggan. Berbaloi sbb sedap n mereka hantar smp pintu unah :) smlm kami order nasi goreng kampung dua dan steak = RM85. 




Semalam mmg sehari kt rumah je. Lepas lunch, anak2 sambung keje. Dh ptg, kami layn movie bersama. Sbb ariana sorg nk tgk cite kartun, so ariana kami bukak dvd fav dia dr laptop hehe.



Lewat ptg, kami siapkan anak2 utk solat jemaah maghrib n isyak bersama dan waktu utk belajar al quran dgn papa. Elok lepas kami mandi, sekali hero2 dh tidur, mgkn keletihan seharian xtidur siang n byk buat latihan.


Azam

Azam kami, kalo dulu anak2 ikut solat bila maghrib dan isyak je, semoga istiqamah kami nk jaga waktu solat anak cukup lima waktu. Dulu sll rasa mcm anak kecil lg nk kejut subuh, tp bila kami cuba kejut skrang bkn utk ke sekolah tp utk solat subuh, alhamdulillah mereka lebih mudah bangun n cepat2 amik wuduk nk ikut papa solat jemaah.( sbb sll papa berjemaah di masjid). Pejam celik pejam celik, xsedar irham dah nak masuk tujuh tahun xlama lagi ie tahun dpn. Tergalas dibahu kami terutama dibahu ayahnya utk pastikan anak2 bersolat. 

semoga diberi kekuatan utk terus istiqamah pd kami dan kami berjaya utk berjemaah berempat setiap waktu. Ameen.


Itu sahaja cerita panjang, cerita ttg kami sehari dua ni. Sekadar diari pjg kami sekeluarga :) 

Salam

Mrs Nizar






















Saturday, November 7, 2015

An evening with my in-laws

Jumaat dua minggu lepas, keluarga mertua datang ke kuala lumpur utk raikan hari konvokesyen anak buah kami, Ila.

Slps kerja, sy n fmly jemput ibu mertua dan abg ipar + family di KLIA2. Kami singgah di nilai utk lunch bersama sblm pulang ke rumah.

Hari sabtu, kami keluar rumah awal pagi menuju USIM di nilai utk raikan hari konvokesyen ila, aka Dr Ila.:)

Ni pic warna warni kami di sana :) ini Ila dan suami, yusry.



Ye ramai sgt yg grad pd hari tu termasuk tiga jejaka hangit ini :)




Dan ni lagi wajah2 ceria di kala mentari terik di USIM :) oh ye, spt biasa, bila ada tempat menjual, suami sy akan menjadi wakil pembeli ekekek.. Smpt tersangkut beli satu t shirt bertulis "tall dark n handsome" mueheheh... Siap salin n pakai terus ye :):)



Slps selesai majlis graduasi dan sessi bergambar seisi keluarga (ie semua yg hadir pd hari ni) kami bergerak menuju ke masjid putrajaya utk bersolat zohor. 

Usai solat, kami semua berkonvoi menuju ke pantai bagan lalang sementara menunggu waktu utk ibu mertua dan fmly abg ipar sy bertolak blk ke kelantan semula dgn flight malam yg sama.

Tujuan ke bagan lalang adalah utk meraikan kejayaan anak buah kami :) 

Yeay masa utk makan2 dan "comelkan" badannn :):) sebelum makan smpt semua ambil angin pantai di petang hari. kami buat tiga hidangan dan plg best sbb semua masakan licin ... Happy happy happy especially tgk anak buah lelaki yg mmg sporting tlg licinkan semua makanan :) 


Ada ikan jenahak stim, ikan kerapu tiga rasa, ketam cili, udang butter, sotong bakar, sotong celup tepung, ada lala, kerang bakar etc etc. nnti next time la baru kita ingat balik maksud "diet" ye ;p








Lepas dinner, kami sekeluarga bergegas ke Mitsui Outlet. Plan asal nk bershopping. Smp ke sana, kami smpt bersolat maghrib n salin pakaian anak2 , kuar je tpt mall, suma dh penat + letih + mengantuk. Bila dh kenyang, mood shopping pun menurun hehe. Kami duduk2 je sblm bertolak terus ke airport. Smpt snap pic masa kat mitsui 


Pukul 8.00 malam, kami hantar fmly ke airport sblm kami bertolak pulang ke runah. Smpt sy singgah ke bangi jap utk hantar barang n dinner lg (td early dinner, ni late dinner hehe). 

Abih dah cite :)

Mrs Nizar











Sunday, November 1, 2015

Oktober Yang Teristimewa

Salam... 

Awas : penulisan kali ni mungkin adalah yg paling panjang dan paling byk gambar. Ia bagaikan sebuah entry utk beberapa entry bulan ini :) panjangggg sebagai rekod dan diary berharga sy sndr,mgkn xterdaya dibaca hihi. Lama xmenulis sbb kekangan waktu. Sy cuba pendekkan penulisan. Biar gambar berbicara.

Setiap tahun, sy sll menantikan oktober :) alhamdulillah, oktober kali ini mgkn yg paling indah. Semoga setiap oktober dan hari2 yg mendatang menjadi yg plg indah sll dlm kenangan hidup sy dan keluarga. Ameen. Mgkn banyak sgt kenangan oktober, sy cuma nk pilih kenangan utama shj utk entry kali ni :)

1) 9-10-2015 | norwegian seafood gala - pengalaman dinner paling istimewa

Saya dijemput oleh client merangkap business partner utk hadiri majlis makan malam yg penuh prestige. Ini adalah pengalaman pertama kami menghadiri majlis tertutup yg istimewa ini. Diadakan setiap tahun anjuran kedutaan Norway. Tetamu adalah mereka yg dr jemputan pihak kedutaan shj. Ia merupakan salah satu majlis tahunan istimewa yg ditunggu2 byk ahli perniagaan etc yg kebanyakan de bidang oil & gas dan construction. Malah majlis ini dihadiri oleh kenamaan negara juga.Istimewanya majlis ini sbb kami diberi peluang merasai pengalaman ini yg tidak penah terlintias sebelum ini.

Semua seafood segar dan chef istimewa dibawakan khas dr norway. Majlis berlangsung di Ballroom Mandarin Oriental. Jom layan pic kenangan :)










Majlis ni mmg sll mendapat perhatian media massa ie surat khabar, majalah dan blog2 tempatan dan antarabangsa. Kebetulan kawan pun inform kami, tetiba plk dlm paper 31hb oct, ada terselit tentang acara ni dlm paper NST. Teruja nampak pic sndr :p




InshaAllah, ada kelapangan akan buat entry penuh dgn jutaan gambar tentang event ni. Kenapa sy join event ni? Nanti kita cite kat bawah..

2) 13 oct 2015 - alhamdulillah, dapat kereta baru

Alhamdulillah slps lama menunggu, kami terima kereta baru pada tarikh ini :)



Saya rasa, sy mungkin dh gembira sbb terima kereta baru, tp sy rasa org yg plg gembira pd tarikh ni adalah ayah sy. Sebab pada tarikh ni jgk, dua lagi anak abah dapat "kereta baru". 

Slps kami amik kereta ptg tu, kami terus menuju ke Bangi, dapatkan restu ma abah :) pada hari yg sama, kereta lama, Cx9 sy (sy smpt pakai 2 tahun 5 bulan) sy serah pd adik lelaki sy dan adik lelaki yg pula serahkan keretanya, Honda Civic pd adik sy aina :) sonok aina ada kereta sndr, sll naik Kereta suami dia je hihi


Ma sy cakap, ini hadiah birthday saya la sbb sy dilahirkan dlm bulan islam pd 1 Muharram. Dan tahun, kebetulan 1 Muharram jatuh pd hari selasa (sy juga lahir pd hari selasa). Istimewanya tahun ni, sy terima kereta baru sy pd hari ulangtahun kelahiran sy mengikut kalendar islam. Alhamdulillah. tQ ma abah. Sayang ma dan abah sgt.

3) 17 oktober 2015 - concert & convocation

first time attend concert anak2 anjuran Qdees. Serius sgt teruja dan sy berdebar2 menantikan persembahan anak2. Well done anak2, semua memberikan persembahan yg sgt baik. Yeay...clap clap clap :)

Ia juga adalah jari graduasi anak sulung kesayangan kami, ahmad irham faris :)









4) 17&18 oktober pre-birthday celebration di Jerai Regency

Sempena menyambut birthday sy, kami sekeluarga telah memilih utk bercuti bersama di Jerai Regency. Alhamdulillah mmg menarik percutian di sini. Sgt sejuk cuaca di atas ni. Ayah sy mmg sgt suka utk bercuti di tpt sejuk :)

Aktiviti di sana, malam sblm kami dinner di hotel, smpt layan movie bersama2 ie diruang lapang dihotel bersama pengunjung lain. Awal pg, kami berjalan2 menikmati keindahan persekitaran selain meluangkan masa2 utk momen2 indah bersama. Random pic (kalo rajin ada full entry kemudian :p)










Sempat mandi manda kat kolam yg dh nk capai tahap sejuk beku hehe




Sempat ke sg dua, penang utk mencuba mee udang yg famous itu :) udang2 besar yg amat dan sgt fresh... Nyumnyum.. Terliur la plk haish...





5) 19 Oktober 2015 - hey Aimi, Happy Bithday ;)

Slps blk dr jerai, ma dan abah sy bermalam di UTP, tpt adik sy belajar. Sy pula meneruskan perjalanan. 

Ye, suami sy ada kejutan istimewa utk si isteri :) tq tq tq Love. Suami bawak kami sambung bercuti ke Hibiscus Port Dickson. Percutian istimewa ini sgt menyentuh hati sy. Tq abang. 

Smp di hotel, suami request utk bilik menghadap laut ie kena tambah extra rm150 per nite utk view yg menarik.

Seronok sbb ada private pool, n boleh mandi dgn selesa sbb xde org nampak ie amik view ke laut kan hehe.

Tq abang utk kek istimewa yg ditempah. Anak2 teruja nyanyikan lagu "happy birthday" utk mama. Mmg beria semua nk tiup lilin even bday siapa pun, time tiup lilin, birthday dh jd birthday "bersama" hihi. Kami lunch n dinner di bilik je. Masakan sgt sedap. (Kalau rajin, full entry jgk menyusul lepas ni hihi).















Birthday dinner....










Lepas anak2 tido, smpt suami arrangekan sessi berdating n waktu isitimewa utk luahan hati dan.... mAKAN lagi hehe... Moonlight date :)


Makan apa? Hmmmm megi :) tau tak makan megi tgh malam, apatah lg dgn org yg tercinta adalah sgt sgt sedap hihi



6) 24 Oktober 2015 | Restu dan Doa di kelantan

Kami balik kampung, bawak balik kereta baru utk dptkan restu dan doa dr keluarga. Balik kampung sll membuat kami xsabar2 nk lalukan aktiviti mkn2. Dr ayam kampung istimewa, minum air kelapa, mkn nasi ulam kat orked juga special dinner dgn ipar duai. Pic di kelantan :)





7) 30hb oktober 2015 | pelancaran projek di melaka

Kami ke melaka dan berada di sana selamat tiga malam utk memberi sokongan utk pelancaran projek di sana. Kira dua dalam satu. Satu sbb firma guaman sy diberi tugasan utk melancarkan program ie kami panel pd penganjur. Kedua, utk support pd salah satu developer ie dulunya client dan sekarang dh jd business partner. Kami sama2 usahakan tender yg diterima ini bersama.

Yg tak sempat tercapai di bulan oktober tp termasuk dlm perancangan sy, sy berkongsi bermimpi dan cita2 dgn suami sy. Kisahnya sy bermimpi dan merancang utk miliki syarikat pembinaan sendiri.

Tiba2 pula slps kami berangan angan, client cum kawan cum business partner sekarang membuat tawaran utk sy bersama partner sy (developer yg berpengalaman) tubuhkan satu lg syarikat berasaskan pembinaan (construction) bersama. Kira peluang utk sy belajar dan berkembangan cabang ilmu dan perniagaan.mgkn sy belum pernah ada pengalaman apatah lg ilmu dlm bidang ini, dgn sedikit ilmu tidak rasmi yg dicapai ketika bekerja selama ini, tp sy cuba utk timba pengalaman dan mencuba nasib dlm bidang ini juga. Tawaran ini bagaikan langkah pertama utk merialisasikan mimpi kami.

Doakan cita2 dan mimpi sy bersama suami ini tcapai tidak lama lg.mungkin tinggi risiko, tp doakan yg baik2 shj. Sy masih lg sgt dan paling fokus pd bidang perundangan.

Ikut perancangan semua selesai pd oktober. Tp atas beberapa faktor, kami masih dlm proses ke arah itu. InshaAllah xlama lg. 

 mungkin business ni akan diteraju suami, dan sy yg memastikan "job" masuk shj hihi. Doa2 kan inshaAllah. Bermimpi tak salah, berusaha lagi tak salah, rezeki kita siapa yg tahu....yg penting, kita mencuba. Jaga takut utk mencuba, sbb perasaan takut adalah permulaan pd sesuatu yg gagal. Tp sentiasa berhati2. InshaAllah



Sepanjang majlis selama tiga hari (empat hari kami di melaka), suami dan adik adalah org yg sgt byk membantu sy utk menjaga anak2 kesayangan sy. Kami kami kids suite di Holiday Inn Melaka sbb risau anak2 bosan lama menunggu mama. Tp utk masa tluang smpt bawak anak2 pusing2 bandar melaka :) kira bekerja sambil bercuti la :)







Minum ptg di hotel



Aktiviti di melaka sbg penutup oktober kami ....














Alhamdulillah selesai entry terpanjang dr saya :) 

Saya sentiasa berdoa kami sekeluarga sentiasa di dalam perlindunganNya, tidak tergolong dlm org2 yg kufur nikmat dan diberi rahmat kasih syg, kesihatan dan kemudahan dlm setiap kesulitan. 

Utk semua org2 yg mewarnai kehidupan sy setiap hari, alhamdulillah dan terima kasih utk setiap kenangan, manis dan kurang manis. Utk keluarga tersayang, kuat atau lemahnya sy, gembira dan bahagia sy sbg seorg isteri, ibu dan anak kpd org tua sy adalah semuanya dr kasih sayang yg dicurahkan oleh mereka yg plg penting dlm diari hidup sy, suami tercinta, ibubapa yg sungguh sy kasihi dan anak2 berupa nafas sy setiap hari.

Alhamdulillah utk nikmat tidak terhingga dr Nya. Semoga kasih sayang dan nikmat diberi membuatkan kita lebih rapat padaNya. Ameen

mrs Nizar