Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 7, 2016

Janggal Canggung Jarang

Apakah tajuk hari ini??

Tengok gambar dulu....

Lokasi : nasi lemak ayam kampung wangsa melawati


Zoom sikit.....


Dan lagi....

Lokasi : cafe UIA ( tpt fav ie bihun sup super awesome n byk kenangan bersama kuih sagu merah yang sedap nyumnyum)


Apakah yang pelik di sini? Apa yang canggung? 

Ye, semua menu di atas adalah kepunyaan saya. Suami saya jarangggg sangat makan kat luar. Relaks je teman saya makan. 

Sebenarnya saya kadang2 rasa agak segan bila ke kedai. Sebab saya memang suka mencuba beberapa menu setiap kali makan. Especially tempat2 favorite saya. Suami saya pula seorang yang sangat menjaga pemakanan dia (lately ie setahun dua yang lalu). Jadi dia jarang makan banyak atau dengan kata lain sedang berdiet.

Saya segan sebab kalau datang kedai orang akan ckp "teman makan je ke kak?" Tak pun orang cakap kat suami "akak tu diet ke?". Suami diam je walhal yang makan itu saya, yang diet tu dia.

Sebab malu nampak cam perempuan kuat makan, saya selalu je letak susun atur makanan depan suami. So as if dia la nak makan. Abih satu, satu saya amik. Pinggan kosong letak dpn dia pula hehe.

Tabah suami saya ni. Tak kisah pun tengok isteri makan. Dia selalu makan dirumah ie lunch atau dinner yang saya masak. Yang lain tu kalau pegi tempat special2 jelah dia makan. 

Cth ni, kita pegi makan kat Gobang Sri Rampai. Kami tak suka tempoyak n ilan air tawar, cuma kedai ni je kami makan lepas adik ipar saya (awi) yang kenalkan kedai ni.



Ni saya punya :)


Masa kat sini lagi segan. Suami cakap kat kakak tu "minta dua nasi ye. Utk dia (refer pd sy) bagi nasi separuh ye". I yang tersentak secara spontan cakap "eh, saya nak nasi penuh". Sepi seketika suasana disitu hehe.

Suami ada juga tegur, "awak timbang setiap hari kan?"

Erk, nak tercekik tengah makan.

Saya : ye. Nampak naik ke badan? Saya rasa mcm belum naik. Sll kalo naik 500g saya kontrol la balik ye'

Dia : eh tak la. Saja je. Berapa berat sekarang?

Saya : 52-53kg. Kalo nak sampai 54kg saya kontrol la. 

Pening juga. Dulu masa badan naik smp 63kg dia suh diet. Bila turun 52kg dia marah diet sebab cakap byk sgt nanti beza dgn dia. Bila makan byk, dia cuak pula.

Kesan suntikan hormon ie depo provera (utk jarak kehamilan tu) mmg buat keadaan badan saya tak stabil. Naik dengan sangat banyak even tak makan. Sangat sedih. Sekarang mungkin kesan dah nak habis. Dah boleh makan macam dulu ie nasi tiga kali sehari alhamdulillah. Emosi stabil semula. Masa diet selalu emo. 

Saya mula makan sebab ada sekali tu,  saya dah makan nasi, tapi cuma sekali sehari. Tapi berat badan makin susut dengan cepat juga. Saya risau. Lagi byk mkn tp badan tak naik juga. Risau sebab teringat kawan baik kakak saya. Dia dlm proses nak turun berat badan. Mmg sgt hepi sbb mcm dah berjaya. Lepas tu berat badan susut dengan banyak. Dalam happy2 dia baru dpt berita, susut berat badan itu bukan hny sebab diet tapi dia dapat kanser. Kira kebetulan la ketika dia cuba turun berat badan ada ujian lain dtg. Kes2 sangat rare la. Sedih sgt dengar cerita.

Lepas drpd tu saya dah tak obses sangat nak turunkanberat badan. Cuba nak maintain dan makan sihat je selalu.

Apa yang saya harap sekarang utk dptkan kesihatan yang baik. Itu rezeki. Kita boleh usaha utk jaga, tp rezeki Allah utk memberi rezeki kesiahatan tu. hargai masa sihat sblm sakit. Suami sll pesan utk saya jaga pemakanan, bersukan dan kawal stress. Dia risau saya dapat sakit. Itu la punca dia sll tny n jeling2 kalau saya mkn byk2. 

Terima kasih papa. 

Utk anak2 juga, suami kontrol juga especially adam. Hehe.

Sekian. 

Entry suka suka makan makan





Sunday, April 3, 2016

Dua Hari Minggu | Family & Kerjaya

Hari minggu mmg sll ditunggu2 oleh saya untuk bersama keluarga selepas rutin kami yang padat di hari bekerja dan anak2 bersekolah. Tapi ada waktu, saya terpaksa juga sesekali bekerja di hari minggu. Sedaya saya cuba elak, tapi adakala saya kena akur kerana ada perkara saya tak boleh tolak ie dalam mencari rezeki untuk family.

Ini diari kita minggu lepas.

Hari minggu 26-3 dan 27-3

Sabtu

Saya terpaksa bekerja. Alhamdulillah kami dapat satu lagi projek perumahan baru di Kinrara. Jadi terpaksa siapkan staff untuk majlis pelancaran jualan rumah baru ie majlis tandatangan jualbeli rumah. 







Gigih suami dan saya belikan staff baju yang sama utk majlis itu. Kami beli di Uniqlo, kemudian hantar print nama setiap staff yang terlibat.

Saya pun tgedik pula rasa nak belikan sport shoes dan jeans baru utk attend signing tu. dah lama xbeli kasut sukan (suami saya ada dekat 10 pasang kot kasut sukan dalam satu waktu. Siap baru ni dia terkejut jumpa lagi tiga pasang kasut sukan dalam beg. Belum pakai kot haha). So sy ambik nike airmax. Ada sale jd rm680. ok la sesekali. Leh geng dgn suami dah hehe. Suami dah beli sebelum ni.






Aktiviti makan2 lepas shopping di klcc.


Majlis selesai dah petang. Balik rumah mama dan papa kepenatan. Baring dan berehat je. Malam kita rehat makan2 dirumah.

Ahad

Awal pagi papa ajak kita bersiap. Kita breakfast di Genting Highlands. Lepas tu kita pusing2 kat sana jap sblm ke Bukit Tinggi. Sebab cuaca agak panas, kita xjadi la main2 dgn arnab di rabbit park. Kita balik rumah dan berehat (penat tak habis lagi sebab spjg mggu sebelum tu mmg sy sangat sibuk sikit di office). Gambar jalan2.








Petang ahad, kita pegi wangsa walk. Nak potong rambut anak2 tiga orang dan juga nak cuci rambut saya. 

Selalu kami ke AEON Wangsa Maju. Tapi sekarang sy lebih suka kat sini sebab :
1) ada tempat bilik khas utk perempuan shj (kalai tak saya sll potong rambut di trg je).
2) harga utk gunting rambut anak lebih murah ie rm15. Sblm ni salon kami sll  pegi tu dalam rm23 seorg.
3) selesa dan cepat.

Kedai sebelah manhattan fish market.


 
Suka cik ariana dapat teman mama bersama.



Bill kami. Yang mahal tu sebab sy ambil serum utk kulit kepala dan vitamin etc.


Hari minggu 2-4 dan 3-4

Sabtu

Sepanjang hari duk umah tokma dan tokki di bangi. Berkumpul semua adik beradik. Ma saya masak special hari tu.

Selalu bila bersama, pasti abah ambil satu slot untuk nasihat dan bagi pandangan pada keenam2 anak abah. 

Utk kali ni ingin sy share sedikit, utk rujukan akan datang saya dan mungkin kredit utk abah andai berguna pada yang membaca nanti.

1) tiada apa yang lebih penting dalam hidup melebihi solat. Dalam keadaan apa pun, cuba sedaya upaya untuk tinggalkan setiap kerja bila dengan panggilan azan utk solat -- inshaAllah hidup kita lebih berjaya di dunia dan akhirat. Hati akan lebih lapang.

2) untuk lelaki, berjemaah la setiap waktu. Andai tak mampu, cubalah jangan tinggal jemaah di masjid utk subuh dan isyak. Macam saya, kadang2 suami tak ke masjid sbb sy sibuk memasak pagi hari, suami akan sibuk siapkan anak, abah minta sy ubah diri. Bangun lebih awal utk memasak atau masak malam sebelumnya utk beri ruang suami ke masjid. Sebab masjid xjauh. Paling tidak, bangun awal dan siapkan anak untuk berjemaah di rumah. Selalu suami ke masjid di hari minggu je untuk jemaah subuh. 

Saya cuba ubah, masyaAllah, memang besar Allah permudakan semua. Tadi saya terlewat sikit bangun ie 5.45am. Terus saya ke dapur dan masak nasi lemak ayam goreng n telur sambal juga bilis goreng. Semua jadi mcm cepat siap. Anak mudah sangat bangun dan mandi. Rasa tenang je tak kelam kabut semua nak bersiap. Lepas breakfast kami keluar rumah pun awal ie sebelum 7.20am. (anak saya jenis tak nak mandi dan bersiap dgn maid even ada maid, family pun xnak maid masak dan nk breakfast pun kadang saya suap)

Kebetulan abah dan ma tidur di rumah sy malam tadi. Saya rasa pagi saya hari ni sangat tenang. Suami balik masjid pun terurabersiap. Semoga terus istiqamah. Sama2 kita berusaha utk menjemput rahmat ke rumah kita selalu. Ameen. Banyak perkara perlu diperbaiki. 

Andai tak mampu ke masjid, berjemaah la selalu bersama keluarga. InshaAllah. Terima kasih abah atas nasihat dan pelbagai kisah yang kami berkongsi sesama adik beradik juga.

Satu je gambar makan sempat saya ambil masa di rumah tokma.Cik ariana boleh hirup licin dua mangkuk tomyam.
Snap n sent kat papa yang ada di bengkel tgh servis kete hehe 


Ahad

Awal pagi memang kita sekeluarga rehat je di rumah. Lepas tu kita keluar lunch di Shell Out Setia Alam. Nyumnyum. Shell Out tak pernah mengecewakan. 

Kami ambil ketam size XXL kali ni. Nyumsss









Kami ambil ketam, king prawn, lala dan sotong, nasi, chicken soup dan onion ring. Semua sangat sedap. 



Anak2 pun banyak makan. Lepas makan2 kami ke KLCC. Nak penuhi janji dgn irham utk belikan lego. 

Sekarang musim Nexo Knight. Yang irham berkenan tu semua dah habis stok. Kami ke box of block klcc. Lepas tu ke toys r us, parkson dan isetan. Gigih mama call pula box of block di the garden dan sunway piramid. Semua pun dh habis.

So sebab irham tak sabar dah nak lego baru, irham ambil model lain. adam juga dapat satu set, tp yang kecik ckit la (hadiah effort adam ke sekolah dan perangai elok. Irham besar ckit sbb kanji utk hadiah result baik. Ariana pun dapat juga atas effort masing2 yang seronok ke sekolah). Tapi ariana tetiba xnak lego, nak stroller baby plk.

Disebabkan semua tempat tak de stok, kami ke toys r us sebab kami dapat redeem point, ada RM60. Mmg kami selalu beli n redeem point di sini. Berbaloi jadi member.

Gambar masa shopping :) girang semua :)





Dah happy dah semua, jom kita balik....


Aktiviti gigih berlego dirumah pula. Happy mama dan papa bila anak2 gembira.





Hari ni hari isnin,semoga semua bersemangat di sekolah dan untuk bekerja. Semoga kita semu dalam rahmat dan lindunganNya sll. 

Happy monday everyone !!

P/s: jumaat lepas saya sgt gembira dan bersyukur. Saya dimaklumkan mendapat dua projek perumahan baru. 

Satu dari surat perlantikan ni utk projek di subang.


Syukur, berita ini saya dapat ketika saya baru selesai mesyuarat perlantikan projek baru dengan pemaju untuk projek di johor. Ini projek johor saya kali ni.



Nak menitis air mata detik terima berita gembira ni serentak elok selepas solat jumaat (mungkin xseberapa pada org tp pada saya setiap rezeki saya sambut penuh kesyukuran). Semoga Allah permudahkan dan diberi rezeki yang berkat pada kita semua. Ameen. 

Semangat saya datang dari restu dan doa suami dan ibubapa saya juga dari senyuman anak2, iaitu nyawa saya di dunia ini. Alhamdulillah. Dalam tiap ujian dan kesusahan Allah beri juga sinar utk keluarga kecil kami. 

Salam.

Mrs Nizar