1) Praktikal
Secara teori, kereta kami bergerak min 100km sehari ie saya hanya masuk office tanpa keluar ke mana2.
Kira2 matematik mudah :
Perjalanan dr rumah ke sekolah anak2 tepat 10km (dr waze).
a) awal pagi papa ke sekolah hantar irham adam (20km pergi dan balik)
b) then balik ambil ariana dan saya ke ofis (10km)
c) jemput irham balik sekolah drop ke rumah( 20km pergi dan balik)
d) lepas tu terus turun jemput ariana dr sekolah balik ke rumah (15km pergi dan balik)
e) jemput adam balik sekolah dan drop irham ke sekolah (20km)
f) jemput adam dr sekolah (10km - jarak ke ofis atau ke mall sementara tungg mu irham)
g) jemput irham balik (10km).
Total : lebih 110km sehari tak campur jemput saya atau saya keluar meeting tak henti2 tu.
Pernah ada hari agak sibuk merapu sikit smp tiga kali ke shah alam sehari. Jarak dr rumah kami ke shah alam dlm 60km utk sehala.
Bila byk bergerak, mileage pun cepat bertambah. Dan maintenance utk family car kami agak tinggi.
Cth : fuel per month at least RM4000 (full tank RM200++, papa isi selang sehari. Kalau sy keluar marketing, hampir tiap hari la isi minyak).
Tayar sebijik RM2000
Brake pads RM2000
Sbb byk bergerak, normal servis (setiap 10k KM) setiap dua bulan RM1000. Kalau major servis RM4000.
Dan lain2 lagi (tp ni yg utama la kan ie bila sebut kereta byk bergerak).
So suami ckp sayang jugak lasak sgt kereta ni. Kereta papa pula sll juga bergerak ie hantar anak pagi2 etc sbb kalau nak redah jem xsesuai sbb kereta papa kan manual.
Jadi, papa suggest utk kami beli satu lagi kereta yg lebih praktikal ie utk daily use. Zero mileage, maintenance rendah, jimat minyak n selesa. So kami memilih honda civic.
Nampak mcm tambah komitmen ie dlm RM1k ++ sebulan, tetapi hakikatnya banyak ribu juga jimat setiap bulan :)
Minyak civic jimat (utk hantar amik anak papa jangka tak smp seribu kot kalau hinda civic ni) n maintenance pun lebih jimat. Audi mgkn guna utk pergi bercuti/ blk kampung dan utk marketing etc la.
Disebabkan anak2 berkenan pd Honda Civic baru, so last week kami ke showroom. Jumaat lepas kami submit loan. Isnin baru ni loan dah lulus. Sehari je. Cepat tangkas dan tuntas servis mereka. Tetapi..... Kereta pilihan hati pula tak de stock. Papa insist nak honda civic turbo premium spec warna putih. So, terpaksa la menunggu sehingga june. Kalau hitam, may dh boleh dpt. Kalau warna lain katanya minggu ni kami dh boleh amik. Gigihla menunggu utk apa yg dihajati. InshaAllah.
So kami panggil ni kereta anak2 sbb tujuan utama adalah utk ulang alik hantar dan amik anak2 sekolah. Anak2 happy :)
InshaAllah.... Cuma sedih ckit no plat yang kami nak bid dh diambil org huhu. Xde idea lg utk no plat kete ni nanti.
2) tentang praktikal lagi, minggu lepas juga staff kami dpt motor baru. Yamaha LC 135 baru. Saya xpasti sgt pasal motor, so mereka request nak motor ni katanya lebih tahan. So saya beli kan tiga biji utk despatch kami (sbb motor mereka pun sll prob ie lebih praktikal beli baru sbb cost repair pun mahal setiap bulan. N ada juga mengganggu tugasan mereka). Kira token of appreciation pada mereka (beli atas nama staff n kira hadiah la).
Dr google sy. Saya rasa model ni la kot. Semua biru sbb ni je stok yang available terus n mereka pun happy je warna ni.
P/s : tadi smpt tgk movie Fast & Furious 8 dgn papa dlm schedule sgt padat. Dr dua minggu lepas suami pesan date ni utk sy reserve ckit masa nk tgk movie. Mcm xcaya td smpt lari jap curik masa melayan bersama :)
Mmg minat kami sama. Tak pernah miss dr Episod 1. Macam biasa, suka dgn intro cerita, nilai kekeluargaan, dan dlm penuh aksi, tak pernah gagal buat sy rasa nak nangis syahdu huhu. Later2 buat review pasal movie ni. Dah mengantuk. Esok seawal 9am ada meeting di melaka. Semoga dipermudahkan. InshaAllah.
Mrs Nizar



































































