Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 12, 2017

Why la sooooo comel ? #relationshipgoal

Hari ni nak buat entry penuh dgn gambar kesayangan saya.... ma dan abah....

Saya suka tengok ma dan abah... abah saya ni romantik orangnya huhu, ma pula manja sikit. Ma suka sgt bercuti, alhamdulillah dpt abah yg suka bawa ma jalan2. (Perangai suka jalan2 saya ni pun hasil mengikut perangai dr ma dan abah kot. Selalu bwk kami bercuti bila cuti sekolah ataupun di hari minggu masa kecik2 dulu. Alhamdulillah dpt suami sama mcm abah, rajin melayan bawa saya dan anak2 jalan2 sll.)

Abah suka bawa ma makan2 juga. Kalau ma tak sihat ke, rungsing ke apa, wajib abah bawa ma makan best2 atau rehat2 di pantai (kalau di trg la pantai tu) atau bawa ma shopping. Kata abah, kalau ma tak sihat mcmana pun, bila ajak pegi shopping, tiba2 je ma sihat :) abah sll kata nak tgk ma sihat dan happy je sll . Saya pula terharu. 

Abah rajin tolong ma urusan kerja rumah juga ie basuh pinggan mangkuk, tlg di dapur etc. 

Ni gambar abah dan ma hari ni. Abah bawa ma bercuti di The Chateau Spa & Organic Wellness Hotel Bukit Tinggi. Datang berehat sambil berspa dan bermalam di sini. (Teringin nak ke sini, abah kata dlm RM700++ juga satu mlm, hmmm tumpang abah jelah lain kali hehe).

Ni gambar sblm check in hotel. Abah ke Japanese park bukit tinggi. Abah suka usik ma ni orang jepun sbb mata ma sepet (fmly belah ma ada darah cina sebenarnya). Smp sekarang abah ma suka usik2 n sakat2, tapi kalau ma sakat abah, ok je abah gelak. Bila abah sakat ma, mmg la ma gelak smp sepet mata2, tapi air mata pun meleleh juga kat pipi haha... cepat terusik laaaa pulakkk :)

Jom layan pic kesayangan kami, tokma dan tokki irham adam ariana dan ammar. 
Comel dan sporting dua2 posing haha... (dari kami kecik smp hari ni, abah ma pasti akan berpimpin tgn setiap kali bjln... sgt menyentuh hati sy... semoga Allah rahmati "syurga" saya ini hingga akhir hayat mereka dan kekal dlm kasih syg Allah hingga ke jannah.


















Suka baca mesej abah :)











Tiba2 rindu sgt ma dan abah :) lately hanpir setiap hari abah ma dtg ke rumah sy utk hantar dinner / lauk pauk tghari atau saya ke Bangi. Alhamdulillah, nikmat kasih sayang yang dipinjam Allah pada kami adik beradik.

Semoga abah ma , saya sekelurga dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi rezeki utk terus berkasih sayang dan hidup dalam kemanisan saling cinta mencintai sesama kita kerana Allah. Ameen

#relationshipgoal

P/s : tengok ma dan abah, mengingatkan saya pd suami juga. Tq abang, rajin melayan kerenah saya suka jalan2, makan2 etc. alhamdulillah.semoga Allah tetapkan hati abg utk terus menjadi suami dan ayah yang baik, memahami, rajin, pengasih, kelakar, ringan tulang etc pada kami hingga akhir hayat kita (masih dlm mode anniversary hehe).

 Semoga doa yang baik2 semua utk kita semua, dan segala kebaikan abg dibalas Allah dgn segala rahmat kebaikan pd abang, yang sgt kami kasihi..... malah bukan shj pada abg ,semoga jika dipanjang umur, dgn segala kebaikan abg, diberikan rezeki pd anak2 kita, terutamanya anak perempuan kita (setakat hari ni Ariana jelah sorg) mendapat suami sebaik papanya dan kesemua anak kita dijodohkan dgn pasangan yang baik juga. InshaAllah.


Mrs Nizar














Thursday, August 10, 2017

Bismillah.... semoga Allah permudahkan

Salam 

Banyak sangat nak menulis, tapi tak berkesempatan. Tentang aktiviti utk beberapa hari minggu (lama dlm draft, tp xsiap2, tentang anniversary kami etc). 

Mungkin tak sempat tulis, inshaAllah soon akan tulis... tapi alhamdulillah, syukur utk 9 tahun isitimewa bersama, diberi lagi nikmat berkongsi kehidupan bersama, manis dan cabaran, dan rezeki suami bersama di sisi setiap masa adalah nikmat yang tak mampu saya lafazkan syukur dgn kata2 semata. Semoga Allah lindungi ikatan hati kami hingga akhir hayat inshaAllah. 

Apa yang busy sgt? Tahun 2017 ada tahun yang sgt byk tindakan drastik dilakukan. Mengejar "rehat panjang" ketika 2016. 

Kalau baru ni kami sibuk tubuhkan syarikat consultant dan development, selepas itu kami sama2 dapatkan sijil utk membuat mortgage (pinjaman perumahan, insurance etc), kali ni, saya nekad utk membuka firma guaman sendiri.

Sebelum ini mmg saya "kerja sendiri" atas kepercayaan seseorang yg sy hormati utk terajui syarikat guaman mereka (salah sebuah nama besar dlm bidang guaman di malaysia), tapi kali ni saya rasa sudah smp masanya utk sy beroperasi sepenuhnya sendiri. Kalau dulu saya sudah menerajui sebuah conpany dr A-Z, dr management, account, marketing, sehingga kerja2 guaman, malah saya memegang majority shareholder company, tetapi mungkin smp masa saya perlukan cabaran lain pula.

Memang risiko dia besar, kerana memulakan sebuah nama baru, tetapi tak mustahil juga semakin baik, tapi tidak menolak utk risiko yang sgt tinggi bila beroperasi sndr berbanding keadaan sekarang yang sudah selesa dgn nama yg sudah besar.

Antara yang menguatkan saya utk mencuba membina syarikat sendiri kerana : 

1) dah hampir umur 35 tahun, rasany perlu mencuba sesuatu yang lebih mencabar. Atas nasihat ayah dan suami, saya rasa utk pengalaman yang tak seberapa ni, tapi pernah memulakan sendiri operasi pejabat sblm terajui cawangan utama firma sekarang, mungkin dh boleh utk saya mencuba nasib baru.

2) bila umur makin meningkat, saya selalu teringat "masa saya makin singkat". Persediaan utk bertemuNya, biar Dia dan kita shj yg tahu. Namun utk org yg kita tinggalkan, harus ada peracangan rapi. Selain insurance takaful, penamaan aset etc, saya rasa kalau saya di company sekarang, mungkin suami dan anak2 susah utk warisi kerana even saya majority shareholder, tapi semua tak menjamin apa2 kerana kita bukan pemilik. Abah byk nasihatkan saya kena bersedia mental dan fizikal bila memulakan sesuatu yg baru, pastu akan ada waktu sukar. Sokongan family dan "sleeping partner" yang juga partner utk company consultant saya memberi nasihat dan sokongan (marketing + fund). 

At least, saya harap suatu masa, ada legasi saya utk ditinggalkan pd keluarga tersayang yang boleh diwarisi mereka.

3) beberapa developer dan pihak bank yang byk berurusan dgn saya yang menggalakkan saya utk mencuba membuka firma sndr. Ada yang berjanji utk terus memberi panelship dan projek yang berjalan. Semoga ada jalan ke arah itu bagai dirancang, ameen. Sentiasa prepare utk worst case la ie ada isu spjg operasi. Semoga dipermudahkan.

Semalam dan finalize pejabat baru juga. Saya sudah berkenaan even ada yang suggest utk terus ke office yang lebih besar, bagi saya, mula yg plg minimum kos, bila betul dh beroperasi elok, mudah je utk pindah ke pejabat lebih besar. Tp lokasi saya suka di tmpt baru nti inshaAllah. Smlm juga meeting dgn ayah n suami (penasihat utama saya dua orang istimewa ni) smp pukul 1pagi. 

Masalah saya sekarang utk dpt restu partner saya sekarang. Saya dh beberapakali maklum, cuma mereka minta saya fikir sbb saya tahu saya yang teraju semua di sana. Tapi saya yakin, akan ada pengganti yg baik juga nnti di sana. Semoga dipermudahkan juga.

Dengan restu dan doa keluarga, semoga niat saya kali ni dipermudahkan, tercapai dan lancar semuanya. Juga apa yang kami rancang akan terlaksana. Dalam perancangan awal utk beroperasu september ini. 

Banyak keputusan besar yang saya buat pada tahun ini. Banyak yang saya kena kejar, dan byk masa kena saya bahagi dgn baik, terutamanya utk suami dan anak2 tersayang. Semoga saya ditunjukkan jalan untuk memberi yg terbaik sbg hambaNya, isteri, ibu dan utk karier saya juga. (Serious, agak nervous). 

Salam.

mrs Nizar

Sprecial thanks utk en Nizar yang sentiasa percaya dan bagi sokongan tidak bertepi pada saya, even pada waktu saya sendiri tak yakin pd diri sndr. I Love You Abang












Wednesday, July 26, 2017

Coretan pagi.... work hard? Work smart?


Ini view saya seawal pagi ini.... appoinment awal pagi di KLCC. Disebabkan Dome mula beroperasi awal pagi, inilah "meeting room" biasa saya dan partner.


Sementara menunggu partner yang stuck dlm jem, hati tertarik utk menulis tentang "work hard" dan "work smart". 

Pada pandangan saya, definisi "word hard" dan "work smart" sendiri berbeza bagi setiap individu. Ada yang merasakan kerja setiap hari seawal pagi smp habis waktu kerja itu kerja kuat, ada yang rasa task yang diberi itu susah, so effort utk belajar dan berusaha sehingga selesai itu sebahagian dr maksud kerja kuat etc. Malah kerja kuat mungkin bermaksud bekerja setiap hari tanpa cuti hari minggu, siang dan malam.

Saya juga sll dengar ramai yang nasihatkan jangan "work hard", tapi "work smart".

Ini definisi kerja bagi saya....dan setiap yang saya lakukan saya ada orang kuat yang sentiasa memberi saya 200% sokongan setiap saat dalam setiap perjalanan hari saya iaitu suami saya. 


Word hard? Word smart?

Pada pandangan saya, setiap pekerjaan itu mmg memerlukan effort utk "work hard" dan dlm yang sama kena "smart". Tak pernah ada istilah "jangan work hard sangat la" dalam kamus hidup saya sejak dr awal saya memulakan kerjaya (makan gaji). Seawal lepas chambering, gigih utk segera dapat ilmu baru, tamakkan ilmu dan tamak utk minta byk file dgn boss sbb itu cara utk cepat belajar (smp parents risau saya xfikir utk kahwin kah? Keje kuat smp lewat malam n weekend ie xada masa nak berdating kah? Eh!! Dan kakak pula sibuk tny, boss ni "taici" ie buli saya kah). Nope, bagi sy, saya bertuah sbb "dibebani" macam2 task utk sy jadi kuat dan cepat belajar.

Kunci utama ada "sabar". Kata orang, pahit akan manis akhirnya huhu... dan masalah serta ujian/ cabaran tak akan putus hadir utk mematangkan kita, bukan di awal pekerjaan shj.

Tapi kena "work smart" ie kena cari jalan utk bahagi masa (work life balance) dan curi setiap peluang yang ada.

Suami saya orang yang mungkin paling kenal diri saya (sebab dpn dia je saya jujur cakap apa saya suka dan tak suka, kalau orang lain, saya diam je la even kalau ada apa yang saya tak setuju ie saya paling tak suka mendengar "alasan" di dalam setiap yang kita lakukan cth : 
" ala, susah la nak buat benda tu ..."
"ala, tu bukan background saya la, mana la nak buat benda tu..."
"mana cukup masa, penat lagi dan mmg bukan mudah la nak buat"
"malas la nak /malu la bla bla bla..."

Sebenarnya saya berada pada fasa struggle juga lately. Tapi alhamdulillah semua makin improve. 

Utk definisi saya, lately saya rasa saya agak "work hard". Sangat bersungguh tapi dalam masa yang sama bersungguh juga utk bahagikan masa yg terbaik dgn family. Jadi gabungan "work hard + word smart" sangat diperlukan sekarang.

 Coretan hari ni adalah ibarat luahan hati + pujukan hati + ayat2 sendiri utk kuatkan hati... ish ish banyak pula melibatkan "hati" hari ni. 

Start june baru ni, alhamdulillah tercapai jua hasrat saya untuk buka syarikat consultant dan development sendiri. Berangan dan berimpian sejak akhir 2015. Macam2 perkara dilakukan dahulu. Bagai orang mengantuk disorong bantal, client yag dianggap kawan (saling kenal dan berjumpa sesama keluarga), juga seorang developer yang berjaya tapi sangat humble ajak saya utk buka satu company  juga consultant bersama. 

Dia juga mentor saya, penasihat saya yang mengajar saya utk menjadi lebih kreatif especially dlm keadaan ekonomi makin parah. Dia yang selalu memberi nasihat bahawa dlm keadaan mcmana pun ekonomi negara kita apatah lagi keadaan sekarang, kita tidak boleh bergantung pd satu mata pencarian, tetapi pelbagaikan sumber kewangan kerana kalau berlaku sesuatu yang buruk pd sumber utama kewangan, kita tidak terus jatuh n rebah. Tak kira yang makan gaji mahupun yang kerja sendiri, kena pelbagaikan sumber kewangan. Itu nasihat yang saya rasa byk kebenarannya.

Dan june lepas juga, kami berdua (saya dan suami) lulus ujian dan adalah merupakan agen sah dan boleh process loan utk pinjaman perumahan etc. Dan dalam masa yang sama dapt offer beberapa developer utk tied-up kerja bukan utk firm sahaja, tapi utk processing loan pada saya sblm kerja2 dokumentasi diselesaikan dipejabat guaman saya.

Ye selagi ada peluang, saya terus belajar dan sudah lengkapkan dgn segala kemungkinan dgn melengkapkan diri dgn beberapa lesen termasuk untuk menjadi penasihat kewangan, insurance, mortgage etc (beberapa company). Ada beberapa business saya heret suami saya sama (even saya yang "run" business tu sebab dalam waktu tak dijangka ie saya pergi dahulu "ke sana", suami tahu utk uruskan apa business yang saya lakukan utk diteruskan)

Ketiga-tiga usaha yang saya lakukan ini memang saling melengkapi ie dari mula pembinaan (company baru), urusankan urusan pinjaman dan bantu client utk membeli rumah dan memberi nasihat kewangan dan seterusnya menyiapkan dokumentasi pembelian rumah di syarikat guaman saya.

Kali ni agak sibuk sebab khamis, sabtu dan ahad kami ada pelancaran projek baru serentak.

Dalam kekangan masa yang terbatas utk semua aktiviti kerjaya dan juga kesuntukan kewangan utk modal (terpaksa berkorban kesenangan hak anak2 ie utk dahulukan pejabat etc) byk meminta pengorbanan dan pengertian diperlukan dari suami dan anak2. Impak terasa pada mereka. Terutamanya suami la sebab anak2 mmg sebolehnya kami cuba beri yang terbaik dan tak perasan ini waktu mama dan papa dia tgh struggle demi masa dpn mereka.

Selain cita2 utk bekal "di sana" (mgkn xperlu dihurai cita2 kami tentang urusan sblm pulang ke "sana" padaNya), mmg kami berusaha utk siapkan platform perniagaan utk anak2 serta modal seusia muda mereka. 

Lunyai juga la bila hampir setiap hari tidur jam 2pagi, bangun pula 5.30am utk jalankan rutin ie sedia breakfast. 

Selalunya siang hari mmg terkejar2 utk pastikan perancangan ketiga2 kerja saya selesai, hantar jemput anak sekolah, petang diluangkan masa utk anak sehingga mereka tidur awal malam, then baru sambung kerja2 kami lagi ie isi form, printing, reply email, semak akaun dan status file dr lawyer2 saya etc. penat? Memang penat, tapi multitasking ni sudah sebati dan didik sejak saya chambering lagi. Kadang2 stress juga bila tgk staff (lawyer atau chambering muda saya) macam cepat mengeluh atau mengharapkan sesuatu yang selalu mudah dalam karier masing2 sbb ini akan membataskan semangat mereka sendiri nanti. 

Itu pandangan saya yang masih baru juga dalam bidang ni. Idola saya adalah master saya dan senior partner saya. Kerja kuat, smart, tapi dlm masa yang sama kena sll berusaha dptkan kegembiraan sndr (contohnya saya, kegembiraan saya dtg bersama bila keluarga saya gembira). 

Sebab tu sll di hari minggu mmg cuba utk luangkan masa sebaik mungkin dgn anak2 sbb disitu adanya kegembiraan saya. Jalan2, bercuti bersama. 

Nak share pic sepasang suami isteri gigih lewat malam bekerja di workstation kami yang baru iaitu di dapur  rumah kami. Haha. Ada bilik khas utk kerja tapi malam2 ni best kat area dapur, senang nk mkn minum atau capai kopi kalau mengantuk hehehe

Masa ni dah pukul 2am...selalu malam2 ni selepas saya monitor status pergerakan file di law firm saya, saya akan bantu suami isi form utk client yang ingin apply loan pula. Manakala suami bantu saya utk scan , email etc n teman saya smp settle la :) gitu la rutin, selain bekerja utk diri sndr, mmg niat utk bantu mereka yang ingin membeli rumah sendiri. Servis dr pemilihan rumah, loan application, dapatkan approval, siapkan dokumentasi jual beli rumah sehingga penyerahan kunci inshaAllah.


Gigih anak dara teman mama papa buat kerja


Selalu bermula jam 10.30malam kami mula "masuk kerja" semula :) tq husband sbb teman dan bagi sokongan penuh pd saya, 24/7 bersama saya siang dan malam. Alhamdulillah, rezeki slps sll ditinggalkan dahulu sbb sll outstation kan dulu :):)


Seawal pagi pula saya masuk awal ke office. Saya juga lebih selesa adakan meeting seawal 8.30am. Ada di pejabat developer, ada juga di "kedai kopi". 

Ni antara projek baru saya kali ni.


Dan ini pula kerja saya di hari minggu lepas. Sambil menyelam minum air.




Dan juga projek di sini... ada beberapa projek kebetulan bergerak serentak sekarang.


Mmg penat , kadang2 emosi pun tak stabil. Ada juga hari smp nanges. Haha. Penat suami pujuk. Bawak makan sedap2 je cara mudah nak pujuk.

Selalu kalau ada meeting awal pagi, saya masuk dapur dulu sebelum mula buat kerja lain jam 10mlm. Wajib siapkan nasi n lauk pauk utk anak2 breakfast dan lunch.

Kalau rajin, saya masak dua menu ie nasi putih dan mee goreng etc utk breakfast dan lunch. Ni antara fav saya (haha sendiri masak sendiri makan).


Jadi, bila penat sangat, ini cara saya "release kepenatan" itu. Luangkan masa sebaiknya dengan anak2 selepas mereka balik sekolah sehingga mereka tidur. Ni antara "vitamin gembira" saya di hari kerja (weekday).  

Contohnya:

1) bawak mereka mandi kolam di rumah kami atau di clubhouse rumah kami. Atau bermain skuter sbb itu aktiviti kegemaran mereka.






2) bawa anak2 keluar minum (ngeteh kata orang) dan jalan2 sikit utk "tidurkan" mereka (dalam kereta best kan tido hehe). Cthnya ke starbucks. Ni antara kedai favorite adam. Balik sekolah je ajak papa dia kan. Pegi dgn baju tidur terus, lepas minum terus tidur dlm kereta. Hehe. Ni antara pic yg kami pergi dan bawa mereka jalan2 di kuala lumpur sblm pulang





3) buat surprise bawa anak2 tgk movie lepas siap buat homework. Teruja mereka kalau suprise cmni. Mula la berangan nak beli mcm2 snek, ball etc masa tgk movie. Papa ckp, tiket movie mmg murah je tapi kalau dah semua shopping mknan byk2, habisla "murah" di situ haha. Tapi disitu ada senyuman anak kami.


4) bawa dinner di luar (kedai fav mereka) atau ke kedai buku (suka sgt kalau ajak ke kedai buku n kalau dpt beli buku / stationery).

Ni antara kedai kegemaran mereka sbb presentation makanan kat sini comel sgt, dan sesuai utk saya yang sukakan masakan thai.









5) keluar sekejap even beli aiskrim atau shopping kat kedai mesra petronas pun dah jadi satu kepuasan kat anak2.

6) dannn.... kalau tgh kerja tu rasa down sgt atau terlampau happy sgt, cepat blk rumah cari budak tecit ni. Peluk cium gomol, inshaAllah yg xbest jd best, yang best jd super best. Penawar hati sgt senyuman en ammar. Even kalau dia tido pun, leh cium2 ckit dh lega. Lepas tu bergegas gi keje blk hehe.


Tengok tu, super happy bila mama papa blk jenguk dia... xpenah tinggal dia lama2 ie dr awal pagi smp petang. Sblm petang tu mesti dah balik jenguk sekali (at least) atau dua tiga kali la hahah




So bila mereka happy, semangat saya pun dtg semula. 

Semua orang pun ada lalu waktu ups n downs masing2. Saya percaya setiap melalui waktu sukar masing2 dan deserve utk gembira selalu dan mencari peluang utk terus bahagia. Fokus pada nikmat, kita akan lebih hargai hidup kita. Tak perlu buat sesuatu hanya utk "apa kata orang nanti". 

Ada peluang, reward diri sendiri dgn apa yang menggembirakan kita. Reward diri tak semestinya utk diri sndr shj :)  Bagi saya keluar bercuti/ jalan2 dengan kesayangan di hari minggu adalah reward terbaik utk segala hard work di hari kerja :) kerana masa jalan2 tu masa istimewa kita dan anak2 dan masa utk mencipta kenangan. 

Ok selesai dah leteran/ luahan panjang. Bukan mengeluh, sekadar coretan ie kenangan dl fasa agak sibuk kali ini. Tgh adapt keadaan...Daannnnn, saya selesai menulis entry ni selepas seminggu ... phewwww... sebab tu meleret dan mcm xde kesinambungan haha. 

Sekian, salam.

mrs Nizar