Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2018

Cerita anak5 bersama minat masing2

Salam,

Hari ni agak tersentuh hati terbaca tentang anak kawan mama yang tiba2 pengsan dan tak sedar lagi slps 2 minggu. Brain tumor. Buat mama teringat dan rindu anak2 sgt. Dalam kelam kabut rutin harian, setiap ibu tak akan pernah sedetik terlupa anak2 mereka. 

Anak2 kita, walau dr ayah dan ibu yang sama, karektor mereka, minat mereka semua berbeza. Even makan minum mereka pun dgn cara masing2 even utk menu sama. Mcm td mama buat kari daging n roti canai, irham suka letak gula utk cicah, adam nak kuah banjir, tapi ariana suka asingkan mangkuk kuah n roti. Itu baru ckit la kalau nak cerita :)

Hari ni nak bercakap tentang minat mereka dlm kokurikulum.

Irham

Irham sejak darjah satu minat fencing. Tapi waktu di sekolah kebangsaan , tak de pula kelab fencing. Utk join kelab fencing di luar, yuran dia semua lebih RM1k. So papa kata nanti dulu.

Masuk ke sekolah sekarang, alhamdulillah ada kelab fencing. Irham sgt teruja dan bersungguh2 join kelab tu. Dah masuk beberapa tournement dan minggu lepas dilantik sbg kapten oleh coach. 

Antara gambar tounement yang irham join (masa ni baju pinjam dgn club sbb baju irham xdpt lg).









Yeay irham dah dapat fencing suit dia elok sblm puasa hari tu



Sekarang ni yuran2 kelab semua tak macam zaman kita sekolah. Murah2 atau free je. Utk irham, set pakaian shj pun RM1k+ tak termasuk yuran bulanan dan yuran pendaftaran atau yuran join tournement.



Apapun, mama papa happy irham join kelab fencing sebab masa latihan kena byk lari2, ada exercise la kan, selain melatih mereka lebih fokus.

Adam

Berbeza dengan adam, adam minat utk join kelas robotik. Semasa di sekolah kebangsaan dulu, irham dan adam mmg join robotic class. Mereka sgt minat dgn binaan mcm lego ni. Tapi kali ni irham tak dpt join robotic sbb clash dgn fencing class, so irham lebih berminat dgn fencing. Maka berpecah la kelas mereka.

Dulu di sekolah kebangsaan, yuran murah je ie RM60 sebulan, n set robotic semua percuma ie pinjam dgn sekolah kena share 4 org . 

Tapi sekarang, mereka kena beli sendiri set robotic. Dan jadi milik mereka sndr. So adam sgt2 teruja. 

Utk set permulaan, adam beli set asas ie RM580. Sekarang adam dah lompat set lain (harga lebih kurang setiap set).



Agak mahal juga utk join kelab ie minat anak2 berbanding masa kita dahulu. 

Tak banyak gambar adam ketika kelas robotik sbb ibubapa tak boleh teman kan hehe (dulu papa mama teman anak ke kelab sampai habis sbb wkend kan. Gigih menunggu dua jam di sekolah haha.).

Ini gambar coach kirim pada papa.



Adam sibuk nak join tournement jgk. Tapi utk join kena beli dulu set RM300 ( nak join team reka drone pula.) dlm pertimbangan ye hihi.

Macam ni la lebih kurang, tapi yg ni adam terlepas nak join sblm ni sbb masa ni papa baru enrol adam ke kelas robotic. Set robotic pun belum dpt.




Ariana

Ariana pula minat dia berbeza sikit. Errrr dia minat semua  benda kot haha. Apa je kelas boleh join semu dia nak. Dia masuk swimming dan kelas tae kwan do.

Ariana anak yg happy dan ceria sll. Disenangi cikgu dan kawan2. Alhamdulillah.

Antara feedback teacher buat mama cair sll :)





So mama follow je apa yang ariana nak join. 

Ni pic ariana teruja masa dpt baju tae kwan do. Papa ariana ni ada black belt tae kwan do. Kalau boleh semu anak dia nak suruh join. Tapi papa xpksa. Sblm ni irham adam join karate do. Minggu lepas semua reqeust dgn papa nak jon tae kwan do plk. Kami happ je semua dan akan sll support minat anak2 inshaAllah.





Setiap kali tgk pic ariana rasa nak tergelak. Mak mak sgt sebab suka sgt tgk pic anak sndr haha. Nama timangan anak2 ni byk, tp favorite ariana kalau mama pggl dia “solehah cantik”. Terus dengar kata hihi. Adam plg suka kalau mama pggl dia “mufti adam” manakala irham akan sengeh malu2 bila mama pggl “imam irham”. :) kata org cakap tang baik2 sll, panggil nama2 baik sll kerana setiap kata itu satu doa :) ini manja mama semuanya. 

Utk ariana actually yuran bulanan dia cuma RM450 sebulan, tapi sbb join extra taek wondo, iqra dan swimming, yuran bulanan ariana jadi RM760 sebulan (termasuk kalau pick up lewat ie slps pukul 4, extra RM10 setiap jam).

So ini antara reason mama kena byk berdoa dan berusaha n kerja lg kuat demi anak2 tsayang. Sama2 kita doa ye.

Ammar

Ammar saya sudah setahun lapan bulan. Ammar makin byk vocab dia setiap hari. Dulu agak risau sbb ammar mcm lewat ckit berckp berbanding kakak dan abg2. Tp perkembangan setiap anak berbeza. Sekarang tiba2 byk vocab ammar. Alhamdullillah. Adam plg cepat ie seawal setahun 8 bulan, adam sgt petah. Siap pandai ayat manis ie puji mama n minta mknan dgn frasa ayat penuh ( teringat adam masa sy tinggal ke mekah, bila call adam di msia, adam boleh cerita semu dgn jelas, puji mama cantik, cakap rindu mama). 

Ammar boleh la pggl papa mama, abg, adam, kakak, nana, adik, arissa (pggl ayya je), eyak, tuh (jatuh), kit (sakit), antok (mengantuk), car, war (nak keluar) etc. not bad la hehe.

Tapi ammar ni byk akal ie idea sikit. Possessive lebih. Bila papa nak potong kuku kakak, instead of pujuk papa potong kuku dia dulu ( tp papa cakap sekejap), dia pandai divert kakak dia ikut dia main. So papa xboleh la potong kuku kakak. 

Kalau arissa menangis, dia risau mama dukung adik, cepat2 dia pggl bibik ke, papa ke, cikna dia utk abgkat adik. So mama pegang dia je. 

Macam2 lagi la idea dia. 

Kuat makan juga inin budak :) 



Selalu ikut mama  pegi kerja. Manja. Nak pimpin sll, dlm tgn pun nak pegang tgn. Kalau dgn papa pun, duk dlm kete nk pegang sll tgn papa :) 



Mania sgt dengan abg2 dan suka dimanjakan. Nak berpeluk dgn abg2 sll sbb abg2 n kakak suka manjakan dia.



Dan pandai manjakan adik... lembut sll pggl aduk, peluk cium adik. 



Arissa

Arissa pula lagi beberapa hari dh nak masuk 100 hari. Alhamdulillah arissa membesar dgn sihat dan ceria. Anak manis yg senyum 24/7. Sama mcm abg kakak dia, ceria sll. Pantang nampak mama papa, senyum n boleh gelak dh sekarang.  Suka diajak ‘berbual’. :)

Tgk anak2 sll ceria, mama sll usik papa, anak2 ceria sll sbb mama happy2 sll masa pregnant. Papa sll buat mama happy n salah satu faktor happy boleh mkn byk2 haha. So kredit utk papa jgk bila anak2 semua jenis ceria, mudah di jaga, senyum sll :) alhamdulillah. Semoga mudah sll dijaga hingga dewasa kelak. Ameen.

Teringat smlm duk berwhatsapp dgn papa. Mama ni dlm sekelip mata leh happy2, n sayu2, kadang2 plg haru emosi x ok sbb lapar je pun, lg parah bila lapar dan teringin lauk masakan sndr tp sibuk nk siapkan haha. Gaya cm pandai sgt memasak kah kah kah ...

Bertabah la papa ... tq la sbb sll berusaha buat kami happy :) 






Ngeh ngeh ngeh ... layan jelah ye...

Arissa ni agak kerap menyusu. Cuma lately mcm xberapa nak minum susu dgn botol. Even dh ada maid, kami masih bawa ammar dan arissa ke tempat kerja sbb satu belum dpt keyakinan hati utk tinggalkan mereka pd maid selain arissa pun mcm xnak sgt susu botol lately. Sblm tinggal kat papa dgn susu botol ok je.

Mcm abg kakak dulu, alhamdulillah rezeki susu arissa juga ok. Risau juga sbb saya menyusu dua orang (termasuk ammar) dan ammar pun consume byk susu sbb makin membesar kan. 

Alhamdulillah so far masih mencukupi dan stok sysu utk arissa juga byk. Sudah penuh deep freezer kami dan plan utk cari jalan simpanan lain pula nnti.




Ada lima tray. Satu tray muat dlm 40 pek (1 pek tu sy letak 10-15oz). Alhamdulillah. Sll mama panaskan 2.5 atau 3oz utk arissa setiap kali minum (setiap dua jam). Semoga dimurahkan rezeki arissa dan mama dpt menyusu arissa mcm adik beradik lain ie selama 2 tahun penuh. 



Inilah dia serba sedikit kisah anak2 kesayangan setakat hari ni. Menulis sekadar menzahirkan apa yang terlintas di benak, bermain di fikiran mama sekarang.

Kesayangan mama dan papa...wajah masam baru bangun tidur.... terus ceria senyum semua... plg happy tiap kali anak bgn n sengeh2 pada mama papa, sekecil2 arissa dan ammar, bgn je mesti terus senyum happy :) senyuman itulah yg selalu menceriakan mama :)






Semoga Allah melindungi anak2 mama selalu dab anak2 membesar sbg hambaNya yang soleh dan taat kpd segala perintah Nya.
InshaAllah

Salam

Mrs Nizae

Friday, July 6, 2018

Finally, alhamdulillah

Alhamdulillah, selepas hampir 6 bulan tanpa maid, akhirnya penantian berakhir jua hari ini. Didoakan semoga mendapt maid yg baik hati dan ikhlas menjaga anak2 kami. 

Kebetulan office masuk zone yang sgt sibuk. Terdetik di hati, bila maid nak smp sbb macam kena kerja ‘all-out’ lately. Allah mendengar isi hati, baru tertanya2, agensi call, maid sudah smp. Rezeki jumaat yang penuh berkat. Byk pula berita gembira hari ini. Alhamdulillah.

Berita pertama pasal maid.

Ini maid baru kami. Nama penuh lupa pula, kami panggil Joma. Muslim dari filipina.



Lega... mcm xbiasa pula. Balik rumah sll kelam kabut dgn urusan rumahtangga. Ni blk, slps sekian lama terus boleh rehat sikit.

Kelmarin sibuk seawal pagi ie sediakan sahur utk papa, sedang malam tu saya tidur pukul 2am, lipat baju etc. sll sy mula kemas rumah lepas anak2 tidur ie jam 10.30 mlm. (Kesian papa smlm kami tlajak waktu sahur, tp smpt papa minum air je... gi dh masak nasi mlm tu huhu). 

Bangun goreng nasi etc utk papa n panaskan lauk2. Then kemas rumah n siapkan breakfast. Then keluar kerja awal dgn anak2 sbb nak buat lesen. Smp ptg. Balik rumah dh hampir 6pm, masak utk berbuka utk papa. Cuma daging goreng dan telur masak cili.








Elok siap masak, smpt mandikan arissa dan ammar. Suapkan dinner utk ammar dan susukan arissa. Bagi irham adam ariana dinner dulu sblm papa berbuka puasa.

Elok papa siap berbuka n semua solat jemaat dgn pap, terus papa angkut semua masuk kereta sbb mama ada appointment penting. Drama juga la sbb mama plan boleh je pergi sndr tp papa risau sbb malam n takut susah nak parking. Mama sedih tgk papa struggle angkut anak2 naik kereta n nk handle semua dlm kereta kan. Alhamdulillah semua ok kecuali arissa dul menangis masa mama meeting.

Malam tu blk agak lesu, kami tidur ‘awal’ (hampir jam 12am dh tapi sbb sll lagi lewatkan), so sy bgn awal utk sambung kemas rumah pula. Gitu la rutin harian, jadi lega la maid dh smp cuma sbb baru sgt, mampu bdoa je yg dtg ni baik2 blake. 

Kos pengambilan maid bukan murah ie RM17380. sbb tu kami hrp dpt yg boleh bg service yg baik. Gaji maid RM1700 (terus bermula tanpa ada potongan gaji utk bulan2 pertama ni spt dulu). 



Semalam schedule sy agak padat, so papa, anak2 dan adik sy shj yg ke damansara utk jemput maid kami. 

Berita kedua yg kedua gembira di jumaat yg berakoh, dpt email dr developer utk siapkan document utk urusan pembelian unit rumah yg agak byk sekaligus. Saya dpt berita ketika meetig di luar. Mmg terus agihkan pada staff utk segera siapkan dan ready utk signing segera. 

Malah utk 4 hari bekerja mggu ni, kami dapat bilangan file yg sgt tinggi spjg tempoh firm ini beroperasi. Alhamdulillah. (syukur dalam debaran, semoga dpt memberi servis terbaik kpd client). 

Kegembiraan ketiga, dh lama x cuti2. So kami merancang utk cuti2 ke penang selain ada appoinment dgn satu client di sana.

Teruja sbb terasa sgt pack schedule kali ni n betul2 nk rehat sikit. So kami buat reservation di hotel double trree hilton penang.

Kami ambil dua bilik suite mengadap laut. Sebab ma dan abah juga adik plan utk join sekali inshaAllah. Teruja sbb suka sgt nak ke pantai , nak mkn2 di penang juga. InshaAllah ini blk kami nnti. Semoga dptlah join room sebelah2 (xpasti ada ke join room utk suite). Saja nak blk luas ckit utk anak2.










Semoga lancar perjalanan kami nnti inshaAllah.

Byk perkara yg perlu disyukuri, banyak rahmat Allah beri utk dinikmati. Alhamdulillah.

Salam.

Mrs Nizar

Tuesday, June 5, 2018

Kasih Sayang

Salam semua... alhamdulillah kita dah masuk 10 malam terakhir. Semua semakin berlumba2 untuk mencari berkat malam yg lebih baik dr 1000 malam. Sama2 kita berdoa dianugerahkan rahmat pd mlm penuh mulia itu dan beramal sebaiknya inshaAllah kerana Allah swt



Hari ini mama nak menulis sedikit tentang kasih sayang.... kasih sayang insan dan paling penting, kasih sayang dari Allah. Dalam ramadhan ni, ada sedikit ujian utk mama, dan papa kata ujian tu juga adalah ujian utk papa dan keluarga.  Tapi  bila kita lihat ujian ini dr pandangan rahmat Allah, ia adalah kasih sayang Allah kepada kita sekeluarga. Peringatan utk cuba buat yg terbaik. Dan membawa lebih byk kasih syg dan cinta pd kita sekeluarga. 

Masa mama menulis ni mama ada di sini ....



Kisah bermula masa mama baru je melepasi waktu pantang. Tiba2 ada satu hari mama rasa pening2, sesak nafas dan kebas tangan. Sehinggalah keesokan harinya, tiba2 tangan kiri mama langsung xboleh bergerak, n jadi berat utk mama angkat. 

Terus papa bergegas bawa ke Prince Court. Sebelum ni mmg mama pernah ke prince court sbb pernah sakit dada n doktor kata semua ok cuma kena lebih rehat dr stress sebab tak elok utk jantung. Tahun lepas pun pernah kena refer ke IJN, dua doktor pakar pun ada pandangan berbeza. Sorang doktor dr msia kata mama mcm ada rekod pernah ada serangan jantung. Tetpai doktor pakar dr filipina cakap result tu tak betul sebab dr rekod darah n risiko, ujian darah cantik, mama masih muda dan tidak merokok, agak payah utk dpt serangan jantung. 

Salah sorg mencadangkan mama buat angiogram tapi mama refuse sebab takut hehe..

Berbalik cerita tadi mama kena warded sebab doktor risau mama kena stroke. Alhamdulillah, hari tu mama buat tiga kali ECG pada hari tu, doktor kata semua ok. Mama bukan kena stroke n bukan masalah kantung semua nampak sgt baik. Byk sgt darah kena ambil sbb nak buat ujian lain.

Mama dah sayu sebab anak2 kena tinggal di rumah. Wad utk kardio ni agak special dan kena senyap. Mula tu mama xplan nak inform sesiapa pun, malas nak susahkan orang dan mama pun dh ok,  tapi lepas seketika  tu mama call juga tokki sbb kalau warded, anak2 mcm kena balik rumah n papa nak stay di hospital dgn mama. Mmg tokki sgt terkejut.  Terus cikna dtg utk jaga anak2 dirumah dan tokma tokki juga dtg utk tidur di rumah kami. 

Kecuali ammar je kami bawa ke wad. Saya merancang utk bermalam di hospital satu mlm je, tapi pda hari kedua, doktor cakap byk pula ujian utk di buat utk pastikan keadaan jantung saya Ok.

Malam tu tiba2 datang sesak nafas teruk lagi, dan seluruh badan belah kiri kebas. Saya terpaksa tidur dgn bantuan oksigen sepanjang malam. Itu punca saya tak boleh discharge. Dan keesokannya saya terpaksa di bawa utk buat ujian eEcho dan juga stress-test selain kena X-Ray (utk cek leher ok tak sbb sakit kepala takut kesan accident dulu kala).

Alhamdulillah result semua ok. Gigih saya minta nak balik sebab rindukan anak. Awal pagi papa balik ke rumah utk hantar anak2 ke sekolah sebelum bergegas lagi ke hospital. Terima kasih abg sebab jaga saya dan anak2 bagaikan sempurna. Alhamdulillah.

Lewat petang tiba2 doktor cakap nak pindahkan saya ke HDU. Cuak ok, tgh kami sibuk nak berbuka puasa. Papa yang baik hati tahu mama xbetah lama tak jmpa anak2 sudi blk redah jem utk bawa anak2 teman mama dan berbuka puasa bersama sebelum hantar mereka balik rumah semula lepas tu. Beberapakali ulang alin utk hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, ambil anak dtg berbuka dgn mama dan hantar mereka semula slps berbuka. Tq papa !

Gambar seketika sebelum berbuka puasa :) huhu papa bawa mereka shopping buku dan mainan dulu sblm jmpa mama.




Kenapa ke HDU? Doktor cakap, hasil ujin darah, calcium dan potassium saya drop rendah dan mereka mulakan drip. Yang tu ok lg sbb mereka consider saya baru bersalin dan menyusukan anak2. Tapi ujin selanajutnya, berkenaan magnesium. Bacaan magnesium saya cuma 0.4 di mana doktor kata bacaan sgt kritikal.  Lebih kurang mcm ni la...




Kenapa kena ke HDU? Doktor nak top up segera magnesium secarq infusion. So kena monitor dr HDU sebab akan ada perubahan pada denyutan jantung, so perlu fully monitorng dr specialist.

Apa keperluan magnesium?





Kekurangan magnesium boleh menyebabkan cardiac prob ie serangan jantung. Kalau kurang sikit masih ok, tapi kata doktor pakar yg merawat saya, saya berada di paras kritikal. Dan threaten to fatal. 

Mula tu saya bersetuju cuma minta utk diberi masa utk berbuka puasa dgn suami dan anak2. Arissa je di rumah dgn tokma dan tokki. 

Tiba2 masa makan mama dan papa berbincang. Pp xagree utk mama proceed dgn rawatan. Papa takut risiko bila dah ke HDU (mcm ICU la). Dalam keadaan mama sihat tgh gelak2 dgn family, papa cakap kena nak masuk ke HDU. Dan bila fully monitor ni ie dgn sambung wayar etc, monitor jantung papa kata berisiko. Kena discuss lebih ramai org. Saya pun ridau juga. Lagipun papa cakap papa terpaksa lepaskan saya sepenuhnya kepada pihak hospital sbb di HDU tidak dibenarkan ahli keluarga menunggu.

So selain diacuss dgn family, saya dptkan beberapa opinion doctor lain termasuk kawan2 sy. Saya ada satu group whatsapp roomates masa matrik dulu. Kesemuanya adalah doktor ie tiga org doktor pakar, salah sorg mmg pakar bab bahay merokok dan jantung. Juga timbalan salah sebuah hospital di sngor.

So isu antara doktor saya dan kawan2 adalah sama :
1) macamana bacaan terlalu rendah ie itu bacaan utk org tua yang terlantar lama n tiada bantuan susu yg penuh nutrien shj. 
Even magnesium boleh affected ie berkurang disebabkan stress, tapi mcm mustahil utk serendah bacaan saya.
2) semua agree mmg ada risiko utk buat magnesium infusion ie pd jantung, tapi mereka minta diacuss dgn doktor lg sbb mereka cuma ada rekod darah saya shj.(kami sll discuss sbg fmly sbb kalau sbg patient, jwpn mereka lebih kpd rawatan etc. sy tny mcmana mereka treat kalau ini anak mereka huhu)


So saya discuss lg dengan pakar sy :
1) katanya keadaan agak kritikal perlu rawatan segera ie ke HDU tak boleh tunggu esok. Dan katanya keadaan saya boleh menyebabkan kematian mengejut.
2) bacaan terlalu rendah, so mereka akan siasat punca the next day. Hari ni cuma nak top up utk stabilkan saya (sy sgt sihat boleh melompat pun waktu tu huhu).
3) bila saya ckp sy xnak proceed lagi, n sign surat tanggung risiko sndr, baru doktor ckp risiko dia mmg tinggi. (Haish)
4) cuma proceed drip potassium shj.

So malam tu saya ambil risiko utk berehat di bilik je. Doktor ok. Tp nurse tak henti dtg push kami smp papa pun mula nak marah sbb tak nak bg sy stress. Lepas tu baru la semua dh xmasuk utk pujuk bawa sy ke HDU. 

Esoknya saya discuss pjg dgn doktor pkar jantung selain pakar Nephrology. Antara point yg kami dapat :
1) ujian ECG, echo dan stress test semua saya dlm keadaan ‘perfect’. Salur darah dlm keadaan sgt baik — result pakar yg buat echo.
2) result darah sy sgt baik utk usi sy ie kolestrol, gula etc, buat test kecuali mineral dlm badan (especially magnesium dia ada test asing, kalau blood test biasa kita xcek magnesium).
3) jadi mereka musykil kenapa mineral dlm badan drop (even mereka tahu sy baru bersalin dan meletakkan kemungkinan stress plg teruk sekalipin), bacaan itu tidak wajar. Jadi buat test organ takut ada mana2 organ failure especially kidney sbb kalau failure kidney boleh menyebabkan mineral tidak dpt diserap. Akhirnya result, semua organ dlm keadaan baik berfungsi. 
4) sebab semua dlm keadaan baik, doktor cakap ini antara kes yang mana org2 muda yang sihat dan fit mendapat stroke ie mengejut kerana kekurangan mineral. Jadi mereka masih nak siasat lagi, nk buat mcm2 test termasuk angiogram. 

So kami membuat keputusan utk menolak semua test lain sebab rasanya saya sihat je, inshaAllah. Result darah, scan dan segala test menunjukkan sy seorang yg fit dan sihat. 

Tapi doktor minta sy kurangkan stress dan beringat sll tentang keadaan sy yang boleh kehilangan magnesium lebih cepat kalau stress selain kena dptkan supplement utk tambahan magnesium termasuk utk menjaga jantung. Sebab mereka tak puas hati mcmana mineral badan sy drop begitu. Mereka ckp risau kalau berlaku lg keadaan tiba2 saya sesak nafas etc sebab tak psti kenapa keadaan tu berlaku. 

Saya tak suka di treat mcm org sakit huhu. So saya sign surat utk bertanggngjawab ats risiko ini sendiri. Malam ketiga saya dpt discharge. Sementara tunggu discharge smpt berbuka puasa dgn anak2. Dan saya pun rasa sy sgt fit je dan happy je sll huhu, so kita lupakan la psl kerisauan doktor, cuma berdoa sll.




Balik je rumah, mcm2 mkanan bersumber byk magnesium, calcium n potossium papa cari n paksa sy makan huhu. Sedangkan saya ni mmg jenis mkn byk pun hehe..

Ada mcm2 paket kekacang, yogurt, bayam, susu, pisang, etc 





Kejap2 tny dh minum susu, dh makan pisang, dh mkn kacang huhu... penat i kena mkn sll. Dan setiap pagi akan tny dh amik semua supplement etc. terima kasih utk semua ingatan tu abang :) 

So dr ujian ini banyak membuka mata pada rahmat kasih sayang.
1) kasih sayang Allah yg menambahkan ingatan saya bahawa setiap masa mati boleh menjengah tanpa kira usia. Rasa lebih berebuat utk berbuat kebaikan, rindu utk mencari jalan utk dekat pdaNya. Untungnya perasaan itu, kita lebih tenang tentang hal dunia. Dulu kadang2 sedih dgn kata2 org ke atau pandangan org, bila tahu ada org tak puas hati pd kita ke, sekarang semua tu tiada makna lagi. Saya cuma mahu fikir sesuatu yg berguna utk di Sana dan di dunia juga bersams fmly. Hargai setiap nafas yg Allah berikan pd kita.

2) dulu sll sebut je bersyukur tiap kali bgn tidur, tapi kali ni sy betul2 menghargainya. Setiap kali ablm tidur mmg sy cium anak2, tapi kali ni kasih sayang itu lebih dalam. Saya cium bagai tiada esok utk kami. Juga suami sy. Mmg sll tidur di lengan suami sejak hari pertama kahwin. Tapi kali ni saya baring dan tenung wajah suami puas2 kerana mgkn ini malam terakhir kami bersama.

3) kasih sayang kami makin erat. Even suami nak tinggal sekejap utk hantar anak sekolah, mmg sll papa cium mama. Tapi masa di wad, mama tahu papa cium lama dan dalam2. Bila sy usik, awk takut sy ‘xde dh nanti’. Papa merajuk dan mcm nak marah. Ok ok xbergurau dh.  Anak2 pun sll cakap mereka doa xhenti utk mama sihat (masa mama kat wad la). Happy sgt bila mama ckp mama sihat la. Sekarang pun adam sll risau kalau tgk mama tidur. Mesti tny, mama ok. Mama syg sgt anak2 mama. 

Semalam saya kena berbuka puasa di luar dgn client, sy plan nk pergi sndr sbb tak nak susahkan papa. Tapi papa insist utk hantar dan tunggu sebab risau sy pergi sndr. Saya jadi tak tenang sebab kesian papa. Smlm sy di impiana hotel. Papa plk dgn ammar menunggu di lobby pcmc. Anak2 lain berbuka di rumah ditemani adik sy aina.



Terima kasih utk kasih sayang ini Ya Allah. Even saya rasa sgt bersalah dan nak menangis bila papa byk sgt berkorban. Semoga Allah jaga hati sll.

4) lebih byk masa sy nak habiskan dgn org sy syg. Abah dan ma lebih byk habiskan masa dgn sy, smlm abah ma dtg tidur di rumah sblm blk trg. Saya sayu bila abah ma cium saya dan peluk sy erat2 setiap kali kami nak berpisah. InshaAllah abah ma, saya sihat. Say sll risaukan abah ma, tapi kini mcm abah ma lebih risaukan sy. Sll pesan utk jaga kesihatan, bykkan rehat. Abah ckp abah grmbira sbb abah tahu sy selalu happy bersama papa dan anak2. Ma sll hantar lauk kegemaran saya, terima kasih ma. 

5) insurance, medical card seluruh keluarga menjadi keutamaan saya. Memang seawalny kami ambil insurance with unlimited coverage. Dulu pernah jgk rasa mcm hmmmm rugi ke bayar mahal2, skrang baru bersyukur utk persiapan atas perkara yg tidak dirancang andai diuji masalah kesihatan nauzubillah Perancangan pada suami lebih menjadi topik serius. Seawal perkahwinan, saya dan suami mmg share semua password akaun bank etc. even kami guna akaun bersama je lately. Sebab kami saling yakin masing2 tahu dan matlamat kami sama, utk menjaga fmly kami. 

Seingat saya masa papa di canada, papa bagi saya elaun ata nafkah dan reward sbb terpaksa struggle sndr fizikal dan emosi membesarkan anak2 dan menjaga diri sndr masa papa jauh sebanyak RM8k sebulan (lebihan semua gaji papa slps tolak komitmen dan tiket flight blk setiap bulan), dan jujurnya saya simpn dan langsung tak guna duit2 yang papa bagi. Saya pernah cakap, bukan duit yg sy harapkan  tapi masa suami dgn fmly. Bila papa ckp nak berhenti kerja, baru sy maklumkan saya langsung tak sentuh duit tu, bukan tanda tak hargai, tapi sgt hargai sehingga sy xnak bazirkan apa shj yg papa bg pd sy, dan sy pulang utk kegunaan papa dan fmly juga. Ppa ckp papa berani bg kesemuanya pd sy sbb sy bukan jenis berbelanja. Itu juga kepercayaan sy pd papa. Semuanya sy biar papa yg uruskan.

Kami discuss matlamat kami, harapan kpd anak2 n cara membesarkan anak2 in case salah seorg drpd kami pergi dahulu. Tak perlu tunggu sakit ye :) 

So rutin kami masih mcm biasa, handle fmly dan pejabat bersama. Alhamdulillah sihat je even ada la sesekali dtg semput haha. Dan kami bergerak aktif spt biasa, sibuk seperi biasa, gembira n bergurau spt biasa, gelak ketawa spt biasa malah lebih erat dan lebih penuh kasih syg inshaAllah semoga selamanya semakin erat kasih syg kita. Ameen.

Ptg smlm saya snp rumah pukul 5pm sblm bersiap utk keluar jam 6pm utk berbuka puasa dgn client. So kali pertama sy tak masak. Hari sblm tu sy smp ofis pukul 5.30 pm. Sbb mmg stay rumah je, smpt je masak simple2 utk buah hati di rumah.



Nasi putih pula lauk daging salai masak lemak permintaan suami (cuba utk penuhi semua permintaan suami dan anak2 dan ma abah juga semu org disekeliling sy inshaAllah). 





Papa beli murtabak raja frozen yg famous tu. Gigih saya panaskan dlm kuali.





Dan belajar dari kesilapan smlm ie kemungkinan blk ofis lmbt n xsmpt masak, hari ni sy masak awal pagi sblm gi kerja. Saya tahu papa tak suka membeli. Snlm la sekali kami beli slps beberapa tahun tak ke bazaar ramadhan. 

Saya masak kari tulang dan daging goreng sbb ptg ni sekali lg sy kena keluar berbuka puasa diluar. 





Dan tahun ni plg rajin buat kuih muih utk berbuka puasa. Kalau rasa sibuk di ptg hari, mama buat kek etc di awal pagi sblm bekerja. Tapi papa pun h ckp lama xbuat kuih, baru dua hari kot. Papa ckp xnak dh beli kuih, xsedap nnti membazir. Haha. Ayat mcm la bini pandai sgt masak. Xsedap pun byk sgt papa mkn. 

 bila bekerja, inilah gaya bawa anak2 ikut sekali



Ini pula smlm papa keluar dgn ammar dan arissa :) mama pergi meeting :)





Ye, arissa masih fully breasfeed, sy siapkan susu sblm tinggalkan arissa bila meeting. Stok susu arissa juga alhamdulillah meriah walaupun sy terpaksa menyusukan dua org, ie ammar dan arissa. Syukur utk rezeki anak2.

Alhamdulillah dianugerahkan suami yg dipanggil super husband dan super dad. Rajin dan tidak berkira. Sentiasa berkorban demi keluarganya. Nikmat apa lg yg boleh sy dustakan.

Bak kata papa, kami dh lalui mcm2 bersama, terlalu  byk suka duka susah senang dikongsi bersama. 

. “All relationships have one law. Never make the one you love feel alone, especially when you’re there.” -Unknown

“All relationships go through bad times, but real relationships get through bad times.” – Anurag Prakash Ray

Paling terasa dengan kata2 ini “beramal la bagai engkau akan mati esok hari dan berusahalan bagai engkau akan hidup seribu tahun lagi”.  Peringatan yg sgt baik utk semua. 

Live life to the fullest !

InshaAllah :) 

Semoga setiap ujian itu mendekatkan kita lagi padaNya dan pda org2 yang kita sayang. Alhamdulillah utk jentikan peringatan ini. Buat saya rasa, Ya Allah byknya kasih sayang di dunia ini. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.

Jangan segan utk kerap zahirkan kasih sayang dan cinta kita pd keluarga, suami anak2 dan ibubapa. Kerana kita tak tahu bila masa terakhir kita bersama, sematkan rasa kasih itu utk org sekeliling kita.

Dari kecil smp sekarang, saya tidak segan silu utk ucap cinta dan syg (bkn pd suami dan anak2 je) peluk cium sll, tapi kpd ibubapa saya, malah masih tidur di riba abah ma bila blk kampung atau abah ma dtg rumah saya. Dan dr situ anak2 pun terikut2 kerana kita ada cermin kpd keletah mereka. 

Abah ma tmpt sy berbicara setiap masa even pd waktu org lain sudah lena. Smpt bergayut dgn abah slps bgn malam, hanya utk tahu update apa di kampung dan kirimkan doa dlm solat abah ma pd malam hari. (Hehe sll abah yg call bila nmpk sy reply msg abah la :)





Semoga kita semua di dalam lindungan dan rahmat Allah sll.


P/s : akhirnya siap entry ni. Dr pagi smlm, hari ni baru siap tulis. Hihi

Salam sayang.

Mrs Nizar.