Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 15, 2012

Basikal baru dr tokma dan tokki

Cerita lama ni... Hehe...Lebih kurang dua bln lepas. Bru nak cerita lepas adam duk sibuk2 bwk basikal abg. Cepat pandai anak mama.

Citenya waktu tu irham call tokma. Irham ni sll je call tokma kalo nak ngadu apa2(sll psl sy la tu... Haishhh) .

Kali ni irham call ckp irham nak sgt basikal cars. Irham dh tgk kat toys r us. Tp mama xbeli hehe. Mama ckp lain kali je sbb mama bru beli mainan waktu tu.

Pastu tokma tny la mama basikal apa yg irham nak? Mama ckp la sbb agak mahal, xbeli lg, nnti2 la. Kalo beli dua kena beli dua n haruslah lebih rm500. Lgpun bkn ada tpt nk main pun hehe ( irham penah ngadu tokma teringin sgt kek, tp mama lupa nak beli ptg tu, irham sedih n call tokma. Tokma plk jd sedih ckp nape tlupa psl pesanan anak nak mkn kan. Sensitif sgt kalo psl cucu). Lgpun sbb ada lg basikal lain kt umah yg kakak sy bg dulu kan even dh buruk ;) guna la dulu kan.

Sy ckp kt irham, basikal tu mahal. Nanti la sy belikan. Nak kumpul duit dulu ( saja la kan).

Pastu keesokan tu tokma call Nak borak ngan irham.tokma ckp tokma nak dtg bangi wkend tu ie lg 3 hari. Tiba2 irham ckp "eh tokma dtg nak beli basikal ke? Xpayah la, irham dh xnak... Tokma tny irham nape x nak. Irham ckp mahal, irham xnak dh. Sedih sy dgr.

Tokma : xpelah, tokma bg hadiah, sbb irham dah nak pegi sekolah, ok.
Irham:xpelah.mahal.
Tokma : takpe, tokki nak bayar. Beli utk irham ok.
Irham : tapi kena beli adam jgk ( amboih anak sy ni, demand plak).

Lepas tau tokma betul2 nak bg hadiah irham sgt teruja. Hari2 call tny lmby lg ke tiga hari tu.

Smp la hari jumaat(tokki n tokma dtg hari jumaat) terus tokki amik irham dan adam kt rumah dan bwk ke toys r us klcc. Mama dr ofis terus ke sana.

Irham tunjuk basikal yg dia suka. Tp sbb kecik kan, tokki beli yg hijau ie ben 10 punya. Yg adam tokki suh amik yg cars tp adam nak yg roda tiga. Penat pujuk, xnak jgk si adam ni. Nak yg roda tiga jgk.

So ni la pic basikal bru irham even dh xberapa bru skrang. Smpt tokki ajar dulu kayuh kt kedai sblm beli kan. Hehe.skrang xhenti main basikal,kdg2 mkn pun atas basikal.

Tp skrang adam plk dh pandai bwk basikal abg. Dh xbwk sgt basikal roda tiga thomas & friends dh. Dh mula nak basikal abg. Mujur la irham bg share. So buat masa ni share2 la dulu ye. Kata adik beradik kan :)

So ni antara pic kt kedai hari tu... :)

Seronok tgk anak sy hepi, thank you ma n abah :) tokki n tokma mmg purposely dtg utk beli basikal je. Jumaat dtg kl beli basikal, sabtu tokki dh blk trg semula sbb kerja ahad tu. Sy rasa agak bersalah la.Actually sy pun ckp xperlu, n kalo nak beli jgk, sy boleh pegi, tp tokma berkeras nak dtg n beli sama2 dgn cucu dia. Sy tau ma kerap xsihat lately. N tiap kali dtg kl jmpa cucu etc tokma cm ok sket. Sbb tu abah sy sll aka bwk je ma sy dtg kl bila tokma nak jmpa cucu. Even kami pun kerap blk, tp tokma sll dtg sbb dpt jmpa semua anak cucu serentak selain tokma rindu jgk nak lawat rumah tokma di bangi. Semoga ma dan abah diberi kesihatan yg baik sll, dipjgkan umur , mendapat rahmat dan keberkatan sll dan dimurahkan rezeki sll.

Ameen.



No comments:

Post a Comment