Salam....
Hari ni sy tbgn awal pagi. Spjg malam sy mimpikan masjid nabawi. Akhir2 ni makin kerap sy mimpi tanah suci, masjidilharam dan kaabah. Tp mlm ni sy mimpikan masjid nabawi.
Dlm mimpi yg sy rasakan realiti tu, sy menangis penuh kesyukuran krn dijemput ke sana lagi. Satu perasaan spt sy benar2 ada di sana.
YaAllah, aku tlalu rindu utk dijemput lagi ke sana. Semoga diizinkan aku ke sana lg, ameen.
Sy tjaga tatkala adam menangis minta sy buatkan susu. Sy bgn jam 5.30pagi, beberapa minit sblm subuh. Sy terus menuju ke toilet utk berwuduk. Tp sy rasa sayu, sbb sy hanya bermimpi td. Tp bersyukur dpt hilangkan rindu utk ke sana yg xpernah sy suarakan sblm pd sesiapa. Sy cuma kerap maklum pd abg, semoga dimurahkan rezeki utk kami sekeluarga ke sana lg.
Walaupun td hanya bermimpi, tp sy dpt rasakan sy bagai hadir di sana, bau2 di sana dpt sy hidu, dan yg plg sy gembira, sy smpt menuju ke raudhah.....
Teringat kenangan di sana, ketika ibadah umrah terbaru bsama suami,anak, mertua dan kakak2 ipar. Sy dan mertua dan kakak2 ipar sgt teringin utk bsolat di raudhah. Kali ni sy bru 8 minggu mengandung ketika melakukan ibadah umrah. Walaupun teringin utk melakukan semuanya spt org kebanyakan, tp sy ingat pesan abah dan ma sy, sy kena berhati2 sll, jaga kandungan dan sentiasa bersolat hajat poho dipermudahkan segalanya sblm mula beribadah.
Teringat ketika sy ke sana dgn ibubapa sy sblm itu. Kami akan bersolat hajat sblm melakukan apa2 ibadah, alhamdulillah doa kami diperkenan. Dlm lautan manusia yg sgt ramai,Allah mengizinkan kami sekeluarga ( waktu tu bagai tiada siapa disisi sy even kami menuju ke hajar aswad bersama), sy dapat mencium hajar aswad, bsolat d hijr ismail etc (beberapakali) juga solat sunat di saf pertama dlm raudhah.alhamdulillah, air mata xhenti mengalit ketika di sana. Antara syahdu, sedih dan teringat segala nikmat yg Dia berikan pd sy yg byk berdosa:'(.
Kembali pd ingatan sy ketika umrah baru2 ni, slps bersolat hajat pohon diizin olehNya bersolat di raudhah, sy dan mertua dan kakak ipar masuk ke pintu menuju raudhah. Smp di dalam, akibat tlalu ramai org berpusu2 masuk, kami terpecah. Sy menggenggam erat tgn kakak ipar sy, kaksu. Dgn tiba2 ada ruang kosong, muat utk bersolat di ruang raudhah utk seorg. Waktu tu sy terus ckp kat kaksu "kak, cepat smyg kat sini, xmuat smyg serentak. Kak smyg dulu, sy tunggu kt kak blkg". Even sy pun melonjak xsabar nak solat, tp sbb kaksu pertama kali ke sini, sy rasa priority adalah utk kaksu bersolat tlebih dahulu. Cepat2 kaksu nak solat. Baru kaksu nak angkat takbir, tiba2 dtg seorg perempuan ( guard dgn purdah hitam berniqab) dtg dan pimpin tgn sy bawa ke saf depan.
Sy agak tkejut dan teringat kaksu. Kami terpecah. Alhamdulillah, perempuan tu bawa sy ke satu ruang kosong di saf hadapan utk bersolat dan beliau menunggu di belakang sy sehingga selesai solat. Beliau mengawasi andai ada yg dekat dgn sy krn risau akan melanggar sy. Dihalau semua org yg berada berhampiran sy. Selesai solat taubah sy solat hajat. Air mata xhenti mengalir waktu tu, satu krn dlm serba uzur ni (alahan mengandung even perut xnmpk sgt lg, dan kudrat yg agak limited) sy masih diizin olehNya menziarahi raudhah, iaitu salah satu taman syurga. Kedua air mata mengalir krn terkenangkan kelemahan dan kelalaian diri dan hanya mampu berdoa dan pohon padaNya agar diberi keampunan sll. Ketiga, air mata penuh syahdu mengalir krn terlalu bersyukur dipermudahkan di ruang raudhah ini utk bersolat dan dikawal oleh guard wanita di sini sehingga tiada siapa dpt menolak atau mencuit sy apalagi terlanggat. Allahuakbar. Inilah kuasa Allah. Kenangan yg xdpt sy lupakan waktu tu. Walaupun guard xminta sy beredar, sy keluar slps bersolat dan berdoa. Sy genggam tgn beliau seraya berkata "syukran" . Beliau mengangguk,cuma anak mata beliau yg dpt sy lihat, ada getaran dihati sy tatkala melihat mata itu.
Macam2 peristiwa manis dan pertolongan Allah serta keajaiban di sana. Mgkn suatu hari sy akan bercerita. Cuma ini yg ingin sy luahkan. Krn pd detik ini, sy sgt merindui raudhah, rindukan masjid nabawi apatah lagi masjidil haram. Allahuakbar !
Alhamdulillah, walaupun hanya mimpi, hati sy lapang bagaikan sy bru selesai berdoa di raudhah, baru pulang bersolat di masjid nabawi....
Syukur utk nikmat itu walau hanya maya membawa sy ke sana...
Salam.





No comments:
Post a Comment