Hari ni sekolah anak2 mama adakan majlis sambutan hari guru. So ibubapa boleh la bwk mknan sbb ada potluck.
Alhamdulillah, sempat juga sy masak bihun goreng n nugget utk anak2 bawa ke sekolah (geram dgn diri sndr sbb sll plan apa2 lmbt, lewat mlm td struggle nk cari bhn2 lg nk beli hadiah utk teacher lg... Haish mama.. Mmg schedule mama sgt padat lately, utk fmly n kerjaya...xpe, semoga kesabaran ini membuahkan hasil... Tp alhamdulillah dpt jgk mama siapkan suma).
Plan asal nk beli kek je sebijik kan, tp anak2 dh pandai demand. Nak bwk spagetti la kt kwn2 konon kwn2 sll suka spagetti bekal mereka la etc2. Irham siap suh bwk kopok lekor ok... Ok tidak, stok kopok lekor segera dh sikit, xcukup nnti.
Smlm kul 10.45mlm bru smp carrefour. Blk umah nk bungkus plk brg2 nak bg teacher. Irham ayahsu n bibik tlg jgk. Irham plg teruja. Pukul 12.30am bru siap. Pn pg2 bgn awal sbb bykkkk nugget nk digoreng. Pasti makan masa kan hehe.
Jom layan pic ckit. Hadiah aunties irham dan adam.
Teringat zmn sy kecik2, ma pun sama sibuk sedia mknan, sbb sll ma dan abah yg akan sediakan mkn2 utk jamuan sekolah n ada la kwn2 atau cikgu yg top up kuih2.sy ketua kelas setiap tahun dr darjah satu n juga pengawas lepas tu. so kalo majlis2 mkn sy la yg handle. tambah plk ma sy mmg suka sgt buat makan2 ni :):) Sy sgt excited nk bg hadiah kt teacher. Mlm2 penat ma balut hadiah , anak 4 org bsekolah time tu. huhu. Cikgu2 pun ramai time tu. Tq ma. Sekarang sy sedang merasai apa yg ma lakukan. Even xhebat mcm ma sbb sy masak ckit n sempoi, tp sy terasa kebahagian ini :) sejak jadi ibu, sy makin faham kesungguhan ma, kesabaran ma , kesedihan ma, debaran ma, keinginan utk penuhi keperluan anak2( ma juga seorg wanita bekerja yg sentiasa sibuk nak urus hal rumahtangga sndr, xpenah miss masak n bwk bekal utk kami..dan dlm masa yg sama xpenah kurang iringi abah ke mana2 sahaja, atas urusan kerja atau keluarga,penuhi keperluan abah...ma sentiasa ada utk abah. Skrang sy fhm kenapa abah sgt syg ma, dan kenapa abah masih romantik dgn ma smp hari ni.. Masih byk aktiviti sweet mereka berdua dlm usia abah sudah 59 thn itu :)... Semoga mereka dianugerahkan kesihatan dan kebahagian sll... Ma sy ada idola sy... Inspirasi sy :))
Alhamdulillah... Senyum gembira bila tgk anak gembira
Terima kasih semua cikgu dan semua org sekeliling yg bersabar dgn anak2 sy, mendidik anak2 sy secara formal atau tidak, yg sudi mencurahkan kasih syg pd anak2 sy... Semoga Allah membalas segala kebaikan itu dgn penuh kebahagiaan dan keberkatan. InshaAllah. Ameen
P/s : perasan xde entry mkn n masak lately. Sbb sy janji xnak papa teliur atau teringat apa2 masakan msia. Cuma yg ni je sy berani sbb bihun sy xde la menggoda mana. Yg pasti suami sy dinner best hari ni. Sy suka sgt bila papa mkn best2 :) alhamdulillah...











No comments:
Post a Comment