Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 20, 2013

Terima kasih ...

Hari ni, abah dan ma dtg tido kt rumah kita. Dh seminggu abah dan ma di kuala lumpur, bergilir2 bermalam dirumah anak2 sblm bermalam dirumah ma n abah sndr di Bangi. 

Hari ni, byk nasihat, tunjuk ajar dan pandangan smpt kami kongsi bersama sblm sy tidur. Tentang kehidupan, tentang tujuan hidup dan pengakhiran kehidupan, tggjawab sbg isteri dan ibu juga tentang kerjaya.

Alhamdulillah, byk ilmu sy dpt mlm ni (juga dikongsi  bersama suami yg join perbincangan dgn abah). Sbg seorg pegawai kerajaan yg mempunyai ribuan pekerja dibawah abah sblm ni, byk pengalaman ttg pengurusan kerja dan hubungan sesama manusia dpt sy kongsi dgn abah.

Begitu juga dgn ma, pengalaman berniaga yg pada ma, strategi marketing etc, turun dikongsikan lg. 

Gabungan Pengalaman dan kelebihan pada abah dan ma digarap utk kerjaya sy sekarang.... Pelbagai tips utk Menguruskan syarikat, berdepan dgn pekerja, klien juga strategi pemasaran dikongsi abah dan ma. 

Rupanya jiwa sy sebati dgn kerjaya sy adalah hasil dari "darah" pengurusan dan perniagaan yg sudah ada dlm ma dan abah sy. Cuma sy masih cetek ilmu dan pengalaman.

Terima kasih ma dan abah yg xpernah putus menasihati sy. Syukur dikurniakan ibubapa yg sgt positif, berilmu,tidak putus dan jemu memberi kata semangat, sentiasa mengambil berat ttg kami semua.

Setiap hari kami berhubung antara satu sama lain. selain bertanya khabar, hanya nasihat dan input berguna yg kami kongsi bersama. Peringatan dan ilmu adalah aset bekalan utama hadiah abah dan ma utk kami adik beradik. Ma dan abah plg marah kalau kami berckp ttg sesuatu yg tidak memberi manfaat. Sbb tu sy "tak berani" n malas nk berckp sesuatu yg sy rasa xde keperluan, nnti kena tegur plk :):) 

Paling sy ingat, kata2 abah sblm abah masuk tidur "abah dan ma nak anak2 abah menjadi seorg yg berakhlak yg baik. Dgn sesiapa shj. Dlm konteks kerja, dgn pekerja, dgn org atasan mahupun bawahan kita, dgn klien... Yg penting jaga agama, inshaAllah akhlaq akan baik. Bila akhlaq baik, hidup kita lebih gembira, tenang dan dipermudahkan semua. InshaAllah. Plg utama, kena ada sabar. Kawal rasa marah krn sifat baran adalah sifat yg sgt buruk.semoga akhlak anak2 abah adalah dr mereka yg berakhlak mulia".

Sy seorg yg susah marah sblm ni, tp lately sy confess pd abah, sy sudah mula rasa cepat nk marah (bertempat la jgk sebab marah itu) tp  Kata abah, abah lebih bahagia kalau sy kembali sbg seorg yg lebih sabar. Bertindak dgn mendahulukan fikiran dari perasaan. Kata abah, Tekanan membuat kita matang dan lebih berilmu. Bersyukurlah sll. Utk berjaya, kita harus melalui pelbagai fasa turun naik. Berjaya perkataan ringkas tp perjalanannya mungkin pjg

InshaAllah abah dan ma. Sy ingat sll.

Malam ni abah hadiahkan sy dua buah buku (ye, abah sgt suka membaca. Sy juga tp lately kurang membaca.)





Abah habiskan byk masa di kedai buku td utk membeli hadiah pd sy. Terima kasih abah. Kasih sy pada ma dan abah hanya Allah yang tahu.

Alhamdulillah punya ibubapa yg penyayang dan sgt mengambil berat.

Punya suami yg menjadi tonggak utama kekuatan sy, pengkritik utama dan org pertama yg akan meraikan sy bila dlm gembira dan bersedih bila sy di dalam sendu. Juga anak2 penawar hati sll, pententeram jiwa spjg masa.

semoga sy bukan tergolong dlm org2 kufur pada nikmat. Apakah lagi nikmat yg lebih baik selain nikmat kasih syg...slps nikmat beriman pd Allah (islam). 

InshaAllah.

Mode : gembira syg2 love2 hepi2 berkumpul satu fmly slps seharian penat bekerja :):) 

6 comments: