Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 25, 2013

Pengembaraan bermula...family day SOCC 2013

IJumaat lepas, sebelum subuh kita sekeluarga bgn pagi ni, terus mandi etc. ye, kita join club kereta papa utk berkonvoi fmly day.SOCC (subaru owner communtiy club)

Mujur2 anak2 sporting, suma bgn awal dan mandi. Sebelum 8am kita dh bkumpul di stadium shah alam.

Wajah2 anak mengantuk awal pagi :) dah lama xtravel naik kereta, mula2 risau jgk sbb takut xmuat tiga carseat kan :) xla sempit sgt, malah ariana plg hepi abg2 ada di kiri kanan dia :)




Ni tentative perjalanan kami :
KL--maran -- cherating-- rompin-- mersing--desaru-- danga bay





JUMAAT

9.00am : antara ahli kelab yg dh berkumpul utk bertolak ke maran




* happy sebab semua ahli sgt berdisiplin, ikut arah marshall, drive dgn penuh attitude. Anak2 plg hepi sbb beberapa marshall bukak siren spjg jln, n eskot pjlanan kami. Xde stop2 kt trafic lite, suma lancar sbb ada marshall kan :) 

12.00pm : lunch kt aloha ayam kampung. Sedap jgk mknan di maran ni.


Perjalanan diteruskan ke pantai balok menuju hotel kami di de rhu beach resort. Pihak hotel sediakan satu court tenis utk parking berkunci dan berjaga pada semua ahli kelab. Kat sini best sbb pool dia cantik n besar. Ada gelongsor air etc yg mana public boleh masuk tp keba bayar tiket utk mandi la :) xsmpt snap pic. Layan anak je hehe



6.00 ptg : check in hotel. Rehat santai. Ramai yg turun p kolam. Kami lepak di pantai je.(xbyk snap pic, fokus sbb masing2 layan konvoi je n penat. Hehe. Bibik stay umah tokma.).



8.00mlm : dinner di hotel. Ada acara lucky draw n karaoke. Kami xstay lama sbb mcm xsesuai. Sy xminat bising lagu2, n xsuka karaoke2 hehe. Jd gundah n resah. So blk bilik, tido. Rupanya kami menang lucky draw. Dpt hamper. Alhamdulillah.hepi n teruja.

Tp sbb kami pun beli byk stok mknan (sbb konvoi xleh stop sesuka hati kalo anak2 lapar etc, so kami hadiahkan pd kawan ahli kelab socc. Kwn kami ada plg ramai anak,6 org. Bersorak hepi anak2 kecik kwn sy dpt hamper tu. sy pun jd gembira tgk org hepi :)




SABTU 

8.00 am : breakfast. Ada talk psl trip ke desaru plk. 

8.30am bertolak ke desaru melalui pekan dan rompin.

12.30 pm berhenti lunch di restoran udang galah. Sgt sedap masakannya (suma masuk dlm pakej trip. Mkn n hotel etc :)



Sbb kami ada anak kecik, mmg kena cekap ckit. Tgh org kalut n line up, kami kalut salin diapers anak2 n bersihkan anak2, siapkan susu. Layan jelah tepi jalan pun hehe. Perjalanan diteruskan.



5.00 tiba di Lotus Hotel Desaru. Ada waterpark di sini. 



Kat sini berkumpul dlm 40 buah subaru dr KL. ada yg bru smp, ie trip kedua dr KL yg xjoin hari jumaat. Kemudiab subaru dr arah selatan plk join pd hari ni dlm 30 buah selain group subaru singapore (sfsg : subaru forester singapore). 

8.00 mlm :Mmg best mlm tu kami  berkonvoi ke pantai utk bbq, ada 2 ekor kambing dan etc 





10.00 mlm: kami blk bilik. Balik awal sbb penat n anak2 nk tido. Yg lain join car drag dan drift. Hehe. 

AHAD

7.00 am : suma member club tido lagi. Kami anak beranak je pusing2 hotel, kuar awal pagi. hihi .Ada mini zoo etc



8.00am : breakfast. Mknan kt sini agak byk pilihan dan sedap (hmmm bilik hotel utk dua2 hotel ni biasa2 je, boleh la).



Breakfast tepi pantai :)

9.00-12.00 pm : sukaneka ( tp kami xjoin. Hehe. Minta excuse la sbb anak2 sibuk nk p waterpark. Layan waterpark. Pic sekitar. Pic kami xde sbb layan mandi xhengat. Mandi berlima, main gelongsor air (gilir2 naik dgn papa bawak anak2). Ada gelongsor air besar jgk naik dgn float kt situ tp kami xnaik sbb xsesuai dgn baby kan. Mmg best main air kt sini. Siap beli water pump gun dulu kt souvenir shop hotel sblm mandi.main perang2 dlm kolam. Sian anak2 kena tawan dgn papa, ada denda tauuuuu. Takutttt... Hehe







Xbanyak snap pic.

1.30pm : line up utk berkonvoi ke kita iskandar plk (xjadi danga bay).

2.30pm : lunch di pasir gudang, restoran rakit. Sgt sedap. Seafood fresh. Suma goreng tawar cicah kicap dan sambal belacan yg super sedap. 







Perjalanan diteruskan.




5.30ptg : tiba di kota iskandar. Sekali lagi acara penyampaian hadiah n lucky draw.










Pic baju kelab, sedondon sekeluarga.(ada bendera malaysia dan singapore).

Pukul 7.30mlm: semua berkonvoi btolak blk. Ada ke kl, ada yg stay lg semalam di spore/JB.

Kita dh xberkonvoi. Blk sndr2. Kami ke thistle hotel jap, mandi2 anak2 etc then dinner di johor bharu sblm btolak blk.

10.45 mlm kami bertolak dr johor bharu.
1.15 am kami smp di bangi, jemput bibik.
2.00 am slmt sampai di kampung warisan.

Alhamdulillah. Aktiviti yg sgt mengujakan terutama anak2. Walaupun penat sbb travel spjg waktu merentas negeri kami sgt puas :) bunyi deruman enjin boxer yg menggegarkan setiap bandar dijelajahi tidak akan kami lupakan :)






4 comments:

  1. bestnyer.. :) tak pernah lagi rasa gini punye konvoi sebab husband kite tak minat kerete hehe.. ajak gunung selalu lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya naik gunung. Sll beraggan tp xpenah naik sbb penakut :p. nizar je penah naik kinabalu, under program ofis la

      Delete