Lunch hour sy blk rumah. Sblm blk sy rasa cramping kt perut. Sy sgt terkejut bila tgk ada brownish + sedikit fresh blood bila sy ke toilet.
Kami terus ke hospital ttp my gyne cuti. Sy cuma bjmpa gyne on call. Lepas doktor scan, sy dimaklumkan baby dh xde. Hanya tinggal sac. Dua mggu sblm tu mmg sac elok dgn "dot" didalamnya.
Mmg agak terkejut.
STOP BLAMING
Sy tercari2 sebab etc. seingat sy seminggu dua sblm tu ada satu hari spt biasa sy agak byk bgerak ke sana sini. Lepas blk runah dh malam, sy kelam kabut siapkan keje umah ie vacuum, basuh pinggan mangkuk etc etc. malam tu sy tlalu penat n perut cramp. Keesokkannya sy xpegi keje sbb nk jmpa doktor bila sy agak tkejut tgk sy spotting sedikit. Tp sy xlarat nk bgn masa awal pagi. Dh tghari sy bru tau gyne sy cuti. Sy ke klinik sy boley scan ttp sbb doktornya lelaki sy xjadi nk buat check up n balik rumah sambung tido.
Suami ckp stop blaming diri sndr atau siapa shj. Betul, menambah luka dihati shj.
PELIK
Berat bdn sy kan meningkat agak byk. Beberapa hari lepas tu suami sy ckp "eh kenapa perut awk mcm xbesar ye". N pagi ni plg pelik, perut sy flat. Mgkn sbb dh xde janin. Doktor kata sac susah ckit dikeluarkan tetapi baby mudah "keluar".
Mula2 dpt berita sy agak terkejut n menangis. Satu sedih sbb dh lama rasa tido berpeluk dgn "baby" dan kedua sy takut nk buat D&C.
Yang buat sy n suami musykil, tiba2 baby kosong dlm kantung. Bg sy sains ada jwpnnya even ada la benda "pelik" n suami ckp penah berlaku dlm fmly member jauh2 mereka.
Apapun suma kuasa Allah.
SECOND OpInIOn
Suami sy bawa sy utk dptkn second opinion sbb ariana dulu doktor pernah ckp "dh xada" n nk buat D&C oleg pakar dr prince court, tetapi sy minta 2nd opinion di ampang puteri. Alhamdulillah ariana hepi skrang melompat2 dgn kami :):)
Kami ke kPJ Damansara sbb katanya boley dpt gybe perempuan. Smp di sana, mmg doktor lelaki jgk n xdpt dgn doktor perempuan. So sy masuk kereta, frust n rasa mcm dh xtahu nk ke mana. Suami minta sy google klinik pakar wanita.
HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
Sy terjmpa Pakar Wanita Medina. Feedback sgt bagus. Kami terus ke sini. Kat sini mmg spjg masa boley guna 4D scan. Nk jmpa mmg sgt lama menunggu sbb consultation dia sgt detail tiap client. Sy tgk ramai doktor suggest ke sini. N kbtln sy jmpa kawan kakak sy, juga seirg doktor pun dtg buat check up di sini. Suami dia plk kawan abg ipar di petronas.
Doktor masita sgt lemah lembut n penuh aura positif. Yg dtg ke sini kbnyakan pasangan yg ada masalah mendapatkan anak sbb dr masita pakar perangcang fmly etc. malah ramai jgk yg dtg utk ikhtiar memilih gender anak.
Slpa doktor sahkan baby dh "tiada", doktor tny kami ttg perancangan etc. ini hikmah yg sy dpt :
1) sblm ni mgkn kedatangan "baby" agak mengejut ie org kata "accident". Sy pun cover2 pakai baju besar2 sbb xnak staff etc nmpk sy pregnant. Xnk nmpk sy lemah. Aktiviti masih spt biasa. Lepas merasai kehilangan smlm, sy dan suami benar2 sedih dan sgt ready mental fizikal utk nx pregnancy.
2) kami bsetuju utk D&C utk clearkan rahim n terus sambung appt utk merancang utk mengandung slps ni. Kalo ikut katanya kami ke sana jam 2 utk amik ubat dulu utk memudahkan sac keluar n bius jgk ie bg mengantuk. Then malam kami ke sana utk diberi bius mcm ubat tido. Sy agak takut d&c n dgr cerita pakai mesin korek2 dlm rahim n ada kesan ps rahim. Katanya mereka xpakai mesin utk D&C yg tu ie kbykan di gov hospital. Sy pun xpasti mcmana, katanya proses cuma 10min sbb sy dh diberi ubat (2pm). Prosedur pula pd 8 mlm. Blk rehat dirumah je sementara tu.
Kata doktor kami kena ada dua cycle ie yg first lepas D&C n nx cycle menstrual ie mei sblm bersedia utk mengadung lg. itu tempoh rawatan kesembuhan. Then rahim ready utk ujian kesuburan semula. InshaAllah. Doakan rezeki kami. Sy dan suami sama2 akan jalani ujian kesuburan, langkah2 utk persediaaan mengandung, akan mula mengambil Makanan2 yg disyorkan utk pembentukan ovum n sperma tg berkualiti dlm tempoh tu. Panjang penerangan tp segan i nk cerita di sini :):) kami just follow since ini bidang pakar gyne, kami bkn tau sgt. Bak kata org "bread n butter" gyne. :) ikhtiar dan berdoa itu tugas kami :)
3) kami lebih menghargai anak2 (selama ni pun dh sgt super duper syg la. Sape xsyg anak kan hihi). Xdpt bayangkan hati ibubapa yg kehilangan anak2 sbb kami kehilangan bayi dikandungan yg baru juga terasa bagai sudah lama bersama. Sudah jatuh kasih.
4) kakak sy juga ingin dtg ke sini. Kakak sy ada 4 anak perempuan n inginkan anak lelaki. Penentuan anak lelaki perempuan adalah bergantung pd usaha suami (semestinya dgn izin Allah). Mcm2 yg kami belajar smlm. Smlm pd mulanya kami merancang utk memilih jantina adik slps ni, ttp lepas blk dr klinik, kami decide utk buat follow up utk next pregnancy shj xjd utk ikhtiar memilih jantina sbb rasanya kami sgt2 xkisah psl jantina n inginkan kejutan :)
5) semua rawatan etc di atas adalah ikhtiar semata2. Pergantungan Allah yg utama.
6) lepas smlm baru sy n suami yakin n tahu kami benar2 inginkan anak2 yg ramai. Hihi. Kerjaya tu penting, sgt penting, tp kebahagian bukan terletak disitu. Tp itu adalah bonus dan keperluan dlm meneruskan kehidupan :)
Saya akan jalani D&C ptg ini. Doakan sy. Slps tu sy akan follow up keadaan rahim sehingga benar2 sembuh n sesuai utk nx pregnancy. Jarang jmpa klinik yg ada kepakaran dan khidmat penjagaan dr sblm mengandung lg. doakan rezeki kami slps ni.
Ma n abah sy bru blk ke trg. Abah sy call, ma dan abah akan dtg utk jaga sy berpantang slps D&C nnti even bru blk kampung. Alhamdulillah.
N inshaAllah sy akan lebih berhati2 nnti kalau ditakdirkan mengandung lagi :)
Terima kasih Allah utk semua ujian dan hikmah di sini :) ujian ini mendekat hati kami pd pencipta dan inshaAllah mendekatkan hati sy dan suami. Kami sama2 sedih. Kami sama2 bangkit. Kami sama2 akan berusaha bersama. Kami berkongsi rasa berdua. Kami lebih tahu apa dihati kami, apa yg tersimpan plg dalam. Alhamdulillah
Salam
MRS NIzAR
Semoga dipermudahkaNya
ReplyDelete