Pengalaman D&C. Jujurnya macam2 cerita sy dgr sblm ni membuatkan sy sgt sgt takut utk melalui prosedur itu. Selain google n consult kwn2 doktor sy, faktor utama adalah nasihat doktor pakar sy yg membuatkan sy bersetuju utk buat D&C krn :
1) utk mengelakkan infection kalau tertinggal di dalam;
2) kalau ada tertinggal ketulan boleh mengakibatkan lewat sembuh ie bleeding yg panjang berbanding D&C pendarahan akan kering dgn segera slps prosedur;
3) rahim lebih bersih utk mengandung lagi. Kalau x ada risiko susah utk mengandung lg kalau ada sisa tertinggal.
Dr pandangan sy sblm2 ni, sy andaikan D&C sangat sakit, perit, ada alat cm berus akan dikorek masuk utk bersihkan dalaman , rahim menipis etc.
Sy ada tny pandangan kwn, seorg doktor di hosp melaka yg suaminya juga doktor O&G. Katanya mmg dinasihatkan buat prosedur ni ttp katanya di hospital swasta alat digunakan u bius mgkn lain. Katanya dr pengalaman kawan2 alhamdulillah OK menjalani prosedur D&C di hospital swasta berbanding equipment di klinik kerajaan krn limitation dos ubat n mesin D&C yg konservatif Spjg proses dia yg byk nasihat n bg semangat utk sy. Bestfren dr sekolah.
Menurut pakar ie gyne sy dgn D&C pendarahan lebih cepat berhenti dan rahim lebih cepat sembuh sepenuhnya dlm 2mggu. (Tp sy mgkn pantang lebih ckit tp x selama bpantang bsalin. InshaAllah akan jaga makan dan bertungku urut juga).
Katanya prosedur D&C xada kesan pd rahim sbb mereka hny gunakan mesin utk sedut je ketulan darah di dlm rahim. Mgkn cerita seram yg sy dgr tu dr mesin yg agak konservatif.
PRosedur
masa prosedur dijalankan, sy dibius. Tiba2 rasa mata kabur n smpt ckp "doktor, cm pening". Xsmpt doktor reply sy dh xingat apa2.
Lepas proses semuanya ok. Sy masih tidur. Suami temankan sy tido di situ lebih sejam utk doktor monitor. Slps tu sy dibenarkan pulang. Semua proses sy xsedar n bila sy sedar sy dh di blk tido. Suami dukung sy smp ke rumah.
Konklusi
Mgkn pengalaman tiap org berbeza. Tp pada sy, alhamdulillah pengalaman D&C tak seteruk dr cerita2 sy dgr. Mmg xrasa sakit apa2 spig prosedur sehinggalah sy dh sedar n dh habis ubat bius. Cuma tiba2 perut dh kurus n xde apa2 kesan terasa. Alhamdulillah alhamdulillah. Sambil senyum sy ckp pd suami, syukur semua ok je, sy je yg takut lebih2 n tbayang mcm2.
Terima kasih
Terima kasih byk kpd suami yg teman sy spjg prosedur. Yg xhenti doakan sy. Usap kepala dan picit kaki sementara menunggu prosedur berjalan. Sy terharu bila suami doakan sy sambil meletakkan tgn dikepala sy. Sy yakin doa seorg suami sgt mustajab utk isterinya. Sy memohon maaf dgn suami sy andai ada terkurang tersilap kpd suami. Sy syahdu sblm masuk labor room, suami juga meminta maaf dgn sy dan ckp semoga Allah permudahkan semua bila kita saling memaafkan. Suami solat disebelah sy ketika menunggu di bilik menunggu dan kami sama2 ameenkan doa sejurus sblm sy masuk ke labor room.
Terima kasih pd ma abah yg xhenti jgk buat solat hajat utk anak perempuan mereka. Xhenti tny khabar n inshaAllah akan bersama sy xlama lg.
Irham dan adam juga berdoa utk mama dr corong telefon. Syhadu bila adam ckp "mama, nanti boleh x ckp kt Allah, minta dgn Allah, adam nak tiga lagi adik". InshaAllah sayang. Kata papa, masa papa blk rumah, irham dan adam sedih bila tny kenapa adik x blk. Dua2 diam bila papa ckp adik dh meninggal. InshaAllah anak, kita berdoa, ada rezeki nnti lg ramai adik utk irham adam ariana bermain bersama. Ameen.
Terima kasih pd adik beradik yg bg sokongan dan kiriman doa dan melawat sy.
Alhamdulillah, sy yakin urusan sy dipermudahkan atas nikmat kasih sayang dan doa dr semua pihak. :):) satu Allah ambil, terlalu banyak Allah ganti dan memberi yg lain :) nikmat apa lg yg boleh sy dustakan :):)
Nauzubillah, tp bg sesiapa ada masalah nk kena D&C, check up masa mengandung, kesukaran mendapat anak/ ingin memilih jantina anak, boleh cuba ke Pakar Wanita Medina. InshaAllah, perkhidmatan sgt memuaskan hati dgn harga yg berpatutan (tp kalau x silap semua urusan pembayaran haruslah menggunakan cash. Xboleh debit/kredit kad. Kena tny dulu bil utk siap2 withdraw duit. )
Ni supplement yg sy ambil. Madu, olive oil n pati delima.
First meal of the day
Nyum nyum... Lauk berpantang pertama sy pagi ni...
Dimasak dgn kasih syg oleh suami haha :)awal2 pagi dh masak. Pukul 7am dh gung gang gung gang kat dapur :) tq sbb tlg masak, panggang ayam n lada hitam tumbuk utk sy. Tq jgk sbb teman sy mkn pagi :)
Mrs Nizar
selamat berpantang dear SIL
ReplyDeletesedey plak baca part irham tanya adik tu..sob sob.. :'(