Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 19, 2015

Tentang anak2 | Happy Sedih Happy | Ini Dunia Saya

Hari ni byk pulak masa lapang. Smpt buat entry kedua :p dua entry satu hari?waaa kagum plk sy hehe. Kebetulan saya bercuti hari ni dan anak2 tgh tido, sbb anak sy adam tak sihat. Demam panas. Mungkin sbb dh sll busy sana sini, salah satu hikmah ujian anak tak sihat ni utk bg mak dan ayahnya turut berehat. 

Sebelum cerita pasal kesedihan sbb adam tiba2 demam, nk recall cerita ttg anak2 yg happy sehari dua lepas.

Semalam sekolah (tadika) anak sy ada buat jamuan akhir tahun ie mereka pggl annual school party. So anak2 request la nk pakai costume superhero.

Sehari sblm tu smpt bawak anak2 pegi salon dulu nk gunting rambut kasi kemas sikit hehe. Dh panjang suma 








Wajah riang ria anak2 bila balik sekolah :)



Rabu petang plk gigih la sy celah masa lunch pegi kedai costume utk sewakan pd anak2. Tp kebanyakan costume dh habis sbb musim suma ada school party kan. Lagipun nmpk costume utk disewa cm xberapa bersih jgk. So kami decided nk beli je. Lgpun dh lama anak2 nk costume.

Lepas keje, kami bergegas ke alpha angle, tp costume dicari tidak ditemui. Saya call adik sy, so dia suggest ke E Curve. Adik sy penah beli pd anak dia, yusuf. Smp kat E curve, kami terus solat maghrib sblm menapak ke kedai costume, malangnya kedai dicari tutup la pula.  Pic sementara menunggu papa dan anak teruna dua org solat di surau :)





Sbb kelaparan, kami dinner dulu kt the Curve. Irham dh stat sedih sbb dgr sy borak dgn suami, kalo xjmpa jgk kami akan ke mothercare je, ada baju batman yg cantik, tp baju biasa la. Bukan costume.

Sbb xnak patahkan hati anak, kami pusing ikano plk. Tetiba teringat kat toys r us ada jual costume. Apalagi, terus kami masuk sana. Alhamdulillah ada costume even niat asal anak sy nk costume avengers. Yg ada cuma ironman. Malam tu, semua org happy :) xsabar tungu pagi :) snip snap pic malam dan pagi sblm pegi sekolah







Namun begitu kisah sedih bermula bila anak2 blk sekolah slps school party. Tiba2 adam ckp mcm xberapa sihat. Ptg tu adam tiba2 demam panas. Jenuh kami bg ubat syrup, ubat punggung + lap badan dgn air, tp suhu masih jgk xturun2. Pukul 3am, adam terjaga n menangis ckp sakit perut. Kami bergegas ke emergency pcmc. Smp di hospital, doc buat ujian darah smp 4 botol, urine test, n xray. Lepas tu doktor minta utk tahan adam di wad utk monitor sbb bacaan darah putih adam agak tinggi. Doktor kata sllnya kalo ada jangkitan bakteria, sel darah putih akan meningkat.

Spjg sy kt emergency, irham + ariana tido dlm kereta dgn suami sy. Pukul 6am baru dpt bilik. Smp di bilik, suhu adam masih tinggi. Doktor minta utk buat ultrasound n x-ray dada jgk sbb td cuma buat xray perut kan. Kami request utk cek dada sbb adam mcm nk mula batuk sejak smlm. Mcm bru nk mula, ie sesekali bunyi batuk bila awal pagi.

Doktor mulakan drip + antibiotik utk adam sbb doktor suspect ada mgkn berjangkit viral fever. Tp doktor katanya nk monitor closely dr semua aspek. 

Kami dh dpt result x-ray perut n ultrasound. Alhamdulillah bahagian perut n usus nmpk normal. X-ray dada mgkn dh keluar result, tp belum dpt feed back doktor. Moga semuanya ok sbb hari ni adam dh xkedengaran batuk.

Sgt susah hati takut ada apa2 yg mengejutkan kami. Nauzubillah. Tp doktor suspect viral fever la.

Doakan adam hariez kesayangan kami cepat pulih spt biasa. Ameen.

adam dh nmpk ceria ckit. Sbb suhu badan susah nk turun, doc bg dua dos sekaligus ubat punggung sblm adam nmpk ceria dan berselera sikit nk mkn. Lepas suhu dh kembali normal tghari td, adam mula hepi nk bercerita, minta nasi, nk mkn keropok etc. happy tgk adam senyum ketawa n mula buat lawak lg :):) 

Ni pic adam ptg ni. Adam dan teman sejak lahir adam. Kawan gaduh kawan main dan kwn bercerita adam sentiasa temani adam, iaitu abg irham :) semoga adam terus ceria sll n pulih sepenuhnya.



Ni pic anak dara yg manja yg duk berlingkar dgn papa smp tertido.





Inilah wajah kesayangan sy , dunia kecil saya. Semoga anak2 sy diberi kesihatan yg baik sll. Ameen :)






Sekian.

P/s : rekod seminggu adam dan irham solat 5 waktu. Alhamdulillah. Semoga istiqamah utk sebulan,40 hari, setahun dan sehingga akhir hayat. Ameen

Pic adam solat sambil duduk slps diajar disebabkan drip n terpaksa duduk di atas katil. Tiada yg lebih mahal harganya dr mendapat anak yg soleh dan solehah. Semoga dimakbulkan permintaan kami. Ameen




Pss : smlm suh irham buat latihan bina ayat ringkas dr gambar dilukis.

1) Abaikan lukisan buruk mama. 
2) abaikan tulisan besar2 irham. Tanda protest kot sbb sejam dh kena buat latihan hehe.

Punya la "menurun" perangai nk ngelat mama, dia punya ayat pertama tu saja dikaitkan dgn gambar kedua juga. Lepas tu irham ckp "mama, boleh tak gambar kedua tu pakai ayat sama je. Kan ada juga perkataan kerusi tu. yg payung pun irham tulis jgk pasal kerusi"... Bijak bijak... Tp mama ckp "tak boleh, kena buat dua jgk ayat lain2" huhu







Mrs Nizar












4 comments: